Specials

Informacje o wydaniu

너의 노래를 들려줘 I Wanna Hear Your Song E15-E16 190827-NEXT-VIU
Komentarz od SapickeD
Ep 15 - 16

Tagi

other
Opublikowano: 2019-09-13
Pobrania: 38
Dla niesłyszących: No

Podgląd napisów Malay

Pierwsze 200 wierszy.

(Kandungan berikut tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.)

Awak tidur dengan lena?

Anehnya, saya dapat tidur lena.

Ketika awak tidur malam tadi,

saya uruskan fikiran saya seorang diri.

Yi Young!

Sebenarnya,

saya teringat beberapa bahagian dari memori saya.

Saya tidak sanggup untuk beritahu awak tentangnya.

Saya akan mengaku sekarang.

Pisau yang awak simpan itu...

adalah pisau yang saya miliki dahulu.

Dengan pisau itu,

saya menikam Kim Ian.

Saya tidak tahu kenapa saya menikam dia.

Saya tidak ingat apa yang berlaku sebelum dan selepasnya.

Saya akan pergi buat sementara waktu...

untuk periksa apa yang sebenarnya berlaku.

Siapa awak?

Siapa awak?

Sudah lama tidak berjumpa, Cik Hong Yi Young.

Awak semakin cantik selepas setahun.

Saya rasa hidup berjalan dengan baik untuk awak.

Awak kenal saya?

Bagaimana awak kenal saya?

Awak perlu bertanya?

Saya kecewa.

Setahun yang lalu, kita mengelak dari peluru bersama-sama.

"Kita mengelak dari peluru bersama-sama"?

Apa maksud awak?

Oh Tuhan, dengan muka awak yang suci itu,

awak berpura-pura tidak tahu apa-apa.

Setahun yang lalu, kita bertemu di sini.

Awak tidak ingat?

Awak datang ke sini pada hari itu?

Awak...

nampak saya di sini?

Sekarang, awak pasti telah ingat semula.

Betul. Saya berjumpa awak di sini.

Jangan mendekati saya.

Jangan mendekati saya. Jangan!

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

Anda akan disambungkan ke peti simpanan suara.

Saya tidak akan mendekati awak.

Awak hanya perlu jawab soalan saya.

Di mana awak letakkannya?

Benda yang diambil oleh teman lelaki awak.

Benda apa?

Teman lelaki saya ambil benda apa?

Baiklah.

Saya tahu awak tidak akan beritahu dengan mudah.

Memandangkan pihak atasan sedang terdesak mencarinya,

saya rasa ia mesti sangat penting.

Jika di tempat awak, saya juga akan sembunyikannya dengan baik...

sehingga nilainya meningkat lebih tinggi.

Tapi awak tetap perlu beritahu saya.

Ia tiada di rumah awak.

Awak pecah masuk ke rumah saya?

Awak yang pecah masuk?

Saya mahu mengambilnya dan pergi dengan senyap.

Tapi saya tidak menemuinya.

Di mana ia?

Beritahu saya sekarang,

sebelum kesabaran saya habis.

Benda yang awak cari...

Apa benda yang awak cari itu?

Bagaimana rupanya?

Awak cuba uji kesabaran saya sekarang?

Jangan mendekati saya!

Apabila difikirkan, awak sebenarnya ada pengalaman.

Awak yang tikam teman lelaki awak hari itu, bukan?

Awak...

Awak nampak...

saya menikam Kim Ian?

Saya nampak.

Ya, dengan mata saya sendiri.

Sebenarnya, itu pisau yang sama.

Awak datang ke sini hari itu dengan pisau ini?

Awak yang acukan pisau ini kepada saya?

Awak pemilik pisau ini?

Apa maksud awak?

Saya tidak guna alat mainan seperti ini.

- Saya bukan kanak-kanak. - Saya merayu pada awak.

Tolong ceritakan apa yang berlaku di sini setahun yang lalu.

Tolong beritahu saya...

apa yang berlaku pada hari itu.

Saya tidak tahu apa yang awak cari,

tapi bukankah awak akan jumpa ia jika awak beritahu apa yang berlaku?

Awak...

tidak ingat apa yang berlaku pada hari itu?

Tidak, saya tidak ingat.

Saya tidak ingat apa-apa.

Jadi tolonglah beritahu saya!

Jadi itu sebabnya.

Tidak hairanlah, ia sangat aneh.

Jadi sebab itu pihak atasan biarkan awak terus hidup...

dan awak hidup seperti tiada apa yang berlaku.

Akhirnya saya faham sekarang.

Jika begitu, ini mengubah keadaan.

- Jika awak tidak berbohong. - Jangan mendekati saya!

Yi Young!

Awak di dalam?

- Yi Young, awak di dalam? - Diam.

Jangan bergerak.

Jika tidak, leher cantik awak akan cedera.

Yi Young.

Kita akan berjumpa lagi, Yi Young.

Yi Young! Hei!

Kenapa ini?

Apa yang berlaku?

Tiada apa yang berlaku. Saya baik-baik sahaja.

- Awak boleh berjalan? - Ya.

Perlahan-lahan.

Bagaimana awak boleh tenang?

Seseorang nyaris mati.

Si tidak guna itu telah ekori dia dan juga telah tikam leher dia,

jadi bagaimana awak boleh cakap yang awak tidak tahu dia ada di mana?

Kami juga tidak pasti jika itu dia atau bukan.

Itu memang dia. Saya nampak dengan mata saya sendiri!

Saya yakin yang itu adalah dia.

Bukan mudah untuk cari seseorang yang sembunyikan diri.

Saya akan pergi ke rumah lama dia. Mari selesaikannya satu demi satu.

Lupakannya. Saya sudah tidak percayakan awak lagi.

Beritahu saya semua yang awak tahu sekarang.

Saya akan pergi cari dia.

Kebelakangan ini, memang satu trend untuk orkestra...

untuk pilih yang tidak dapat pendidikan formal dalam muzik...

dan rancang persembahan bersama atau kolaborasi.

Para penonton mahukan sesuatu yang menakjubkan.

Dia adalah ahli yang dipilih sendiri oleh Maestro Nam.

Dia tiada pendidikan formal dalam muzik, tapi dia sangat menyerlah.

Saya yakin yang awak pasti akan sukakan dia.

Itu orangnya?

Ya.

Dia boleh tahan.

Persembahannya mengasyikkan.

Apa pendapat awak?

Awak memang betul.

Saya sudah perhatikan dia sejak daripada awal lagi.

Apabila dia mula jadi terkenal nanti,

ia akan senyapkan semua kekecohan yang berlaku...

akibat daripada pemecatan Sun Gong Mi.

Kita akan bunuh dua ekor burung dengan sebiji batu.

Penipu dan pengampu itu.

Berikan dia pas ke bilik latihan peribadi kita...

supaya dia boleh berlatih dengan tenang.

Juga berikan seorang pembantu kepada dia.

Pastikan dia boleh gunakan dewan simfoni bila-bila dia mahu.

Pastikan ia dilakukan dengan baik.

Awak mahu pergi makan sesuatu?

Awak sedang buat apa?

Saya akan hantar sebuah video kepada nenek awak.

Kepada Bok Boon?

Ya. Ini video yang saya rakam semasa sesi latihan itu.

Dia cakap mata dia terlalu sakit untuk lihat melalui telefon.

Jadi dia boleh menontonnya di TV sekarang.

Kenapa awak mahu hantar video latihan kepada dia?

Dia boleh sahaja datang lihat persembahan kita.

Tolonglah. Sesi latihan ini juga...

sama menakjubkan seperti sebuah persembahan.

Dia telah besarkan awak jadi seorang lelaki yang budiman...

dengan bangun awal setiap pagi dan buat mi.

Saya yakin yang dia pasti rasa sangat bangga dengan awak.

Kita mahu pergi makan di mana?

Terima kasih.

Siapa itu?

Rasanya saya tahu siapa. Tunggu sebentar.

Nanti dahulu!

Tunggu sebentar!

Awak Yu Da, bukan?

Awak yang ambil gambar saya dan Maestro Nam, betul?

Kenapa awak lakukannya secara rahsia?

Awak tidak rasa apa yang awak buat ini...

adalah tindakan seorang pengecut?

Jangan bersembunyi dan datang berhadapan dengan saya.

Saya akan jujur dengan awak.

Bagaimana leher awak? Bukan awak sepatutnya pergi ke hospital?

Saya tidak apa-apa. Ia akan sembuh juga nanti.

Saya sudah hubungi sebuah firma keselamatan.

Mari tukar kunci awak hari ini. Saya risau tentang semua ini.

Awak sudah tidak perlu fikirkan tentang saya lagi.

Saya akan uruskannya sendiri.

Kenapa awak tiba-tiba jadi begini?

- Apa maksud awak? - Kenapa awak suruh saya...

jangan risaukan awak dan cakap yang awak akan uruskannya sendiri?

Awak pasti yang awak tidak apa-apa?

Apa maksud awak sebenarnya?

Awak sebuah robot? Awak langsung tiada sebarang emosi?

Kenapa awak perlu berpura-pura?

Beberapa jam lalu awak telah diekori oleh seorang lelaki misteri.

Awak nyaris mati dalam gudang itu.

Awak faham atau tidak? Sangat pelik jika awak rasa okey sekarang.

Mari kita bercakap di luar.

Ceritakan secara terperinci tentang apa yang berlaku dalam gudang itu.

Apa yang dia cakap? Bagaimana dia boleh cederakan leher awak?

Saya rasa...

dia sudah mula ekori saya sejak dari rumah lagi.

Ketika saya masuk ke dalam gudang itu,

dia telah ikut saya.

Awak ada nampak muka dia?>

Komentarze

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left