Pierwsze 200 wierszy.
CARA UNTUK BERJAYA GAGAL
Tuan dan puan, sekalian,
saya rasa telah tunjukkan
dengan bersama, kita boleh berjaya.
Kita perlu jadi lebih cekap.
Saya dan pasukan IT telah membangunkan satu aplikasi.
Satu aplikasi yang akan kurangkan kos syarikat.
Saya faham perasaan tuan dan puan. Kos yang mana?
Lihat sekeliling. Apa semua itu?
-Pekerja. -Ya, betul.
Tapi selain pekerja, mereka ini apa?
-Perbelanjaan. -Betul, tuan. Perbelanjaan.
Dengan aplikasi ini, jarak kita hanya satu klik sahaja.
Kita akan berada di sini, mereka di rumah.
Saya percaya itu akan bantu kita tingkatkan produktiviti dan kecekapan.
Saya sudah e-mel maklumatnya.
Jika diluluskan,
kita akan teruskan dengan aplikasi ini dan yang lain-lain juga.
En. Gilberto Ordonez telefon minta jadualkan mesyuarat.
Suruh dia hubungi Jabatan Pembangunan.
Persatuan alumni anjurkan makan tengah hari minggu ini.
Tak boleh. Saya sibuk dengan urusan kelab kejuruteraan.
Dewan Perniagaan ikut jadual awak.
Aturkan mesyuarat 30 minit.
Mak awak nak bercakap dengan awak.
-Saya akan hantar mesej. -Telefon, bukan mesej.
Nak cakap?
Gustavo, si Bintang. Kamu tak ingat dia?
Entahlah. Ya, mungkin.
Seorang lagi budak di kejiranan.
Dia kawan masa kecil kamu.
Tak perlu ingatkan saya. Kenapa dengannya?
Dia dibuang kerja.
Mak ingat mungkin kamu boleh beri dia kerja di syarikat kamu.
Apa orang macam dia boleh buat, mak?
Entahlah. Jadi tukang buat kopi.
Dia boleh cuci tandas. Mesti ada kerja untuknya.
Dia budak baik.
Budak baik?
Kalau dia baik, dia tak perlu merayu nak kerja pada umur sekarang.
Betul?
Mak jarang minta bantuan kamu, Miguel.
Mak...
Yalah.
Baiklah, suruh dia datang jumpa saya. Tapi saya kena jujur.
Saya tak nak janji apa-apa.
Itu pun dah cukup.
Mak, seminggu lagi saya nak kahwin. Jangan lupa, okey.
Tentang yang itu. Dah fikir nasihat mak?
-Tentang apa? -Undang kawan-kawan lama kamu.
Mereka bukan kawan saya, mak.
Dah bertahun saya tak jumpa mereka.
Masa yang sesuai untuk jumpa semula.
Saya tak berminat.
Saya minta diri dulu, mak. Saya nak ke universiti.
-Okey. Selamat tinggal. -Okey.
Apa langkah pertama untuk mengecilkan syarikat?
Mudah saja.
Lihat pada aspek globalnya. Gambaran luas, perspektif makro.
Fokuskan aspek yang bawa kejayaan saja
yang menjalankan syarikat. Itu saja.
Jadi, apa kita akan buat?
Kita jawab satu soalan. "Apa yang lebih penting,
"syarikat atau modal insan?"
Syarikatlah.
Saya dah cakap dengan ayah. Dia minat nak melabur dalam pembangunan aplikasi.
Betul?
Sayang, terima kasih, tapi...
saya lebih suka tak campur hal peribadi dengan kerja.
Lagipun, pelabur saya berminat. Jangan risau.
Kita dah nak kahwin.
Yang milik saya, milik awak juga.
Betul, tapi ayah awak bukan sebahagian kita.
Apa kata
kita bincang tentang perkahwinan kita?
Masih ada banyak benda nak buat dan saya tak mahu ubah.
Baiklah. Dah tengok bunga yang saya hantar?
-Ada di sini. -Awak suka yang mana?
Sekejap.
Helo?
Apa khabar, tuan? Selamat pagi.
Hebat.
Terima kasih kerana percayakan kami. Tuan takkan menyesal.
Saya akan ke pejabat dan tunjukkan semua yang berkaitan dengan...
Ya, tuan. Aliran tunai. Betul.
Jumpa nanti. Okey.
Ya!
Zaman ini, bukan senang hendak berjaya.
Syabas!
Kita hidup dalam dunia global.
Dunia yang amat kompetitif.
Dunia yang penuh dengan kemungkinan,
tapi juga penuh dengan manusia yang bersaing untuk peluang itu.
Ini dunia yang mendesak kita untuk segera berjaya.
Mungkin, benda yang paling berharga dan dihargai ialah masa.
Itu sebab pentingnya kita bangunkan apa yang digelar "Semangat berjaya."
Peluang untuk mencapai kejayaan
boleh berlaku bila-bila masa.
Perkara paling teruk kita boleh buat
ialah tidak merebut peluang itu dan membiarkannya berlalu.
Kemungkinan, peluang itu takkan menjelma lagi.
Langsung.
Apa khabar, Migueluchis?
Awak tak nak sapa saya?
Wah.
Besarnya syarikat awak!
-Apa? Awak tak ingat saya? -Tak.
Saya Gustavo, si Bintang, tak ingat?
Jejaka yang bergaya.
Mak awak beritahu tentang peluang kerja itu.
Saya datanglah. Apa boleh saya buat?
Awak masih ingat Jejaka Kacak? Lopez?
Dia ada kedai telefon dekat tasik.
Perkahwinannya bertahan dua tahun.
Jangan beritahu sesiapa, tapi dia ceraikan isterinya
dan balik kampung sebab nak jaga maknya yang sakit.
Tidak. Saya ayah mereka dan saya berhak jumpa mereka.
Saya tak hantar duit sebab keadaan di sini teruk, Miriam, tapi...
Awak tahu niat saya baik, Miriam.
Sudahlah! Saya rindukan anak-anak!
Apa masalah awak? Teman lelaki awak kaya!
Helo? Miriam?
Saya nak cerita tentang Osquitar. Ingat dia lagi?
Oscar?
Dia akauntan bebas sekarang.
Dia ada anak berusia 12 tahun yang rupa macam dia.
Awak patut tengok, melucukan.
Itu tak adil.
Kamu tak patut hisap ganja di sekolah.
Malah,
budak sebaya kamu tak patut hisap ganja di sekolah.
Vicente bekerja dalam bidang pemasaran.
Dia belum kahwin lagi.
Logik di sebalik kempen ini ialah membuatkan pengguna rasa
bahawa pencegahan kutu akan menyatukan masyarakat.
Tak kira awak kaya atau miskin.
Masalah ini memberi kesan kepada semua lapisan kanak-kanak.
Kalau kita tak tanganinya betul-betul,
ini akan jadi masalah kesihatan awam yang serius.
Dia masih tinggal di rumah bapanya, moga rohnya aman.
Hidupnya senang, tapi tentu sukar hidup sendirian bertahun-tahun.
Awak masih ingat Chunky Manrique?
Penjaga gol itu.
Dia sangat berjaya.
Bekerja di syarikat makanan bungkus...
-Sebentar. -Okey, jangan risau. Saya tunggu.
Baiklah.
Kenapa?
Mereka dah sampai?
Bagus, bawa mereka ke bilik mesyuarat.
Panggil saya selepas semua dah tiba.
Bagi mereka tengok unjurannya.
Okey.
Awak sangat sibuk, Migueluchis.
Ya, kita tak perlu buang masa.
Ya, betul. Jangan berlengah lagi.
Sebenarnya, Migueluchis...
saya penganggur.
Saya perlukan kerja.
Mak awak suruh saya bawa resume.
Bos.
Kosong saja.
-Tak, ada isinya. -Ya, memang ada,
tapi maksud saya...
Tiada maklumat.
Boleh saya tanya sesuatu?
Boleh. Bukankah kita berkawan?
Apa yang awak buat selama ini?
Meneruskan hidup, macam orang lain.
Tak, yang saya maksudkan yang ini.
Oh, yang itu.
Mak, tolong saya. Kalau mak betul-betul sayang saya,
jangan hantar orang macam dia lagi ke pejabat saya.
Hanya membuang masa,
dan amat memalukan.
Miguel, mesti dia boleh buat sesuatu.
Tapi dia ini...
Buaian gayut, kelapa, pantai dan bola raket sepanjang hari.
Dia tak boleh ikut jadual atau dengar cakap.
Dia seorang yang baik.
-Cakap dengannya, mak pasti... -Tak nak.
Ini bukan hal cakap lagi, mak.
Jangan hantar orang macam itu ke pejabat saya lagi.
Lagi satu mak, saya ada panggilan penting.
Saya sibuk. Nanti saya telefon.
Kamu tak lupa apa-apa, sayang?
Apa?
Hari ini hari jadi mak, tapi kamu tak ucap apa-apa.
Maafkan saya, mak.
Maafkan saya. Mak tahu saya sukar ingat tarikh penting.
Maafkan saya, mak. Banyak nak fikir, majlis kahwin, kerja.
Mak maafkan dengan syarat.
Malam ini mak ajak tetamu dan mak nak kamu balik.
Baiklah, mak. Saya akan datang.
-Okey, sayang. -Okey.
Sayang kamu.
Dia tak menjawab.
Nanti mesti dia telefon balik.
Jangan risau, Pn. Monica.
Miguel mesti sampai nanti. Jangan risau, Pn. Monica.
No comments yet. Be the first to leave one.