Informacje o wydaniu

Trust No One The Hunt for the Crypto King (2022) WEB-DL
Komentarz od Ridz
Sub Retail

Tagi

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Opublikowano: 2022-03-30
Pobrania: 23
Dla niesłyszących: No

Podgląd napisów Malay

Pierwsze 200 wierszy.

Saya tak kenal Gerry.

Nama saya Gerald Cotten. Saya pengasas QuadrigaCX.

Saya tak perlu kenal Gerry.

Jika berdagang dalam Internet,

kita hanya percaya luaran sesebuah laman sesawang.

ANDA DILOG MASUK!

Sekadar barisan kod HTML yang digabungkan ala kadar.

BELI BITCOIN, JUAL BITCOIN

Jika diselidik lagi, baru anda sedar betapa rapuhnya Internet.

Sebalik laman sesawang itu, ada manusia yang kendalikannya.

Orang-orang itulah yang anda perlu percaya.

SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

CARIAN GOOGLE AKU RASA BERTUAH

TULIS MESEJ

Sebuah misteri yang terbongkar pagi tadi.

Ia berkaitan dengan kematian Gerald Cotten

serta wang bernilai 250 juta dolar yang telah ghaib.

Mana duit itu?

Kira-kira 110,000 akaun pelanggan.

Itu semua harta saya, semua simpanan saya.

APA SEMUA INI?

Kini dunia Bitcoin sudah goyah.

Ada orang kata dia tak mati.

BURSA HILANG AKSES

CEO KRIPTO PALSUKAN KEMATIAN?

Kononnya Gerry memalsukan kematian dan bawa lari duit.

Dia kini bersembunyi dan wajahnya diubah pakar bedah plastik.

Dia boleh jadi rakyat 20 negara

dengan 20 wajah berbeza dan 20 nama berbeza.

Okey, sekarang imbas kod QR…

Dia tak nampak macam dalang jenayah yang pintar.

Ada banyak serpihan cerita yang berbeza. Begitu banyak persoalan.

BIAR BETUL

Kita mesti siasat.

Kes ini terus jadi bencana yang menggemparkan hidup ramai orang.

ADA SEBARANG TEORI?

DIA MASIH HIDUP

MUNGKIN JUGA DIA BUNUH DIRI

SAYA SYAK DIA DIBUNUH

CARI GERALD

Sama ada dia silap percaturan dan rugi satu suku bilion dolar

atau dia berjaya lakukan jenayah terhebat sepanjang zaman.

Bitcoin boleh mengubah dunia.

Itu yang saya percaya.

Saya percaya Gerry fikir perkara yang sama.

Bitcoin melanggar kebiasaan.

Ia seakan-akan pemberontakan terhadap sistem kewangan konvensional, oleh itu

Bitcoin menjadi tarikan hangat.

Tetapi ramai orang kripto

sama ada paranoid atau sangat sukar mempercayai orang.

KOPERASI BITCOIN VANCOUVER

Kepercayaan tak mudah didapati dalam bidang saya.

Saya pasti ramai yang tak setuju dirakam begini.

Kita tak banyak masa bersenam bila terlibat dalam kripto

jadi kita curi masa.

Saya memang pakar nombor.

Bukan menulis, tapi nombor.

Saya lebih percayakan teknologi berbanding orang.

Hebatnya.

Saya mula-mula dengar tentang Bitcoin pada tahun 2013.

Saya jumpa komuniti tempatan di sini.

Kami berjumpa di restoran seminggu sekali…

KOPERASI BITCOIN VANCOUVER

…dan bercakap tentang Bitcoin. Sekadar lapan ke 12 orang.

Melalui komuniti dan koperasi Bitcoin, saya kenal Gerry Cotten.

Gerald, kita mula dengan awak.

Ya.

Awak lahir, awak ada di sini. Apa ceritanya?

Gerry seorang yang mesra, sentiasa positif, ceria.

Dia selalu ketawa.

Saya tak pernah tengok Gerry marah.

Gerry sesat dalam pagar sesat.

Semua orang yang terlibat dalam Bitcoin pada masa itu memang macam ulat buku.

RAKAN GERRY COTTEN

Kami memang tak sesuai bergaul dengan orang ramai.

Semua orang pasti ada minat. Kebetulan itu minat mereka.

Rasanya okey.

Jadi Gerry minat berniaga.

Bitcoin adalah mata wang digital.

Ia sama macam duit tunai, cuma kita pegang dalam bentuk digital.

Gerry bijak dan terus menarik perhatian

semasa mempromosikan teknologi itu.

Komuniti Bitcoin cuba berubah

daripada bentuk mata wang konvensional ke arah mata wang digital yang moden

yang tidak dipengaruhi birokrasi bank.

Dia bijak. Dia tahu dia bijak.

Antara bahagian tersukar adalah memperoleh Bitcoin.

Terutamanya di Kanada.

Jadi saya tubuhkan QuadrigaCX pada 2013

untuk membeli dan menjual Bitcoin.

Jika anda tidak tahu tentang Bitcoin…

BURSA BITCOIN TERBAIK KANADA

…ia seperti bursa saham.

Tapi kita bukan berdagang saham, sebaliknya kita berdagang Bitcoin.

Dalam erti kata mudah…

LOG MASUK

…bursa mata wang kripto membenarkan kita berdagang…

BELI

…antara Bitcoin dengan tunai dan juga sebaliknya.

ANDA TELAH BELI BITCOIN

Mereka ambil untung dengan mengenakan bayaran

untuk setiap urus niaga yang mereka proses.

BAYARAN TAMBAHAN TERUSKAN

Kelab Bitcoin hanya bertemu di restoran

untuk duduk dan berbincang tentang Bitcoin.

Apabila pejabat Quadriga dibuka, Gerry jemput kami

dan seluruh komuniti bertemu di sana.

"Kita boleh bincang tentang Bitcoin sini."

Orang ramai berharap Quadriga dapat membantu mengukuhkan Bitcoin.

Ini saat penentuan dalam dunia Bitcoin.

Ini bab baru agar kita dapat melangkah ke arah industri kewangan aliran utama.

Dalam salah satu pertemuan, kami minum bir Bitcoin

dan ada seseorang kata, "Hei, cuba tengok harga Bitcoin."

Ia mata wang terhangat di dunia.

Nilai Bitcoin melonjak naik.

Grafnya nampak macam separuh menara Eiffel.

Kami semua tengok telefon dan jerit, "Oh, Tuhan!"

"Oh, Tuhan! Tengok, ia naik!"

Nilai Bitcoin mencecah 11 ribu dolar.

Dua belas ribu.

Lima belas ribu.

Tujuh belas ribu.

Lapan belas ribu.

Mata wang baru ini buat ramai orang jadi orang kaya baru juga.

Sepuluh tahun lalu, ia tak wujud.

Saya rasa menyesal pula.

Pada mulanya, tiada siapa tahu Bitcoin. Tiba-tiba ia terpampang di dada akhbar.

Bitcoin semakin diterima ramai.

Dalam setiap bar, pelayannya nak cakap tentang Bitcoin.

Semasa Quadriga ditubuhkan pada 2013, nilai Bitcoin hanya 100 dolar.

Jika kita terus tengok akhir tahun 2017,

kami ada Bitcoin bernilai 20 ribu dolar.

Orang tanya mana mahu beli Bitcoin? Saya jawab, "Quadriga."

Memperkenalkan QuadrigaCX…

Jika kita berminat dengan Bitcoin dan di Kanada, kita tentu kenal Quadriga.

Kami bermula sebagai syarikat kecil

yang berdagang beberapa Bitcoin sehari.

Sepanjang tahun lepas, kami telah menjadi bursa terbesar negara.

Setiap kali ada benda baru, tentu ada baik dan buruknya.

Ada orang yang nak berubah

tapi ramai yang mahu jadi kaya cepat.

Hai, semua. Nama saya Tong. Saya orang Cina Kanada.

Selamat menonton YouTube saya.

Di saluran YouTube saya, ada banyak jenis video.

Saya harap anda seronok menontonnya sebagaimana saya seronok membuatnya.

Terima kasih kerana menonton.

Saya kerja di San Francisco. Saya jurutera perisian.

Gaji jurutera perisian di San Francisco memang tinggi

tapi setelah bekerja tanpa henti selama tujuh ke lapan tahun…

JURUTERA PERISIAN

…saya mahu berhenti. Saya mahu melancong, tengok dunia.

Ramai kawan saya untung besar dengan mata wang kripto.

Mereka untung ratusan ribu dolar.

JUTAWAN KRIPTO

Oh, Tuhan. Tengok kereta ini!

Pada tahun 2011, saya beli Bitcoin pada harga pada $2.52.

Maksudnya, boleh dikatakan harga bagi Lamborghini ini hanya 115 dolar bagi saya.

Jadi saya fikir, "Saya pun nak buat duit."

Saya buat tiga pinjaman.

Jumlahnya kira-kira 85 ribu dolar.

Saya laburkan dalam pelbagai mata wang kripto berbeza.

Tak ada orang mahu lambat jadi kaya.

Saya nak lawan kawan-kawan saya.

Ya, selesanya.

Setakat ini, Kanada merangkumi satu peratus jumlah urus niaga sedunia.

Sambil kami berkembang seluruh dunia, untung juga akan meningkat.

CARA TERMUDAH BERDAGANG BITCOIN

Biar saya gambarkannya.

Encik Cotten nampak macam mana-mana genius Internet yang biasa.

Lelaki muda dan menarik.

Dia memang menepati gambaran kita.

Berapa Bitcoin awak beli pada masa itu?

Dalam seratus.

Betul?

Ia sangat menguntungkan.

Jadi awak dah berkawan dengan Mark Zuckerberg?

BAGAIMANA COTTEN MEMBINA QUADRIGACX DAN BENCANA SELEPASNYA

Pada 2017, semuanya berjalan amat lancar. Keuntungan amat besar.

Mungkin jutaan dolar. Bukan "mungkin". Pasti puluhan juta.

Dia beli kapal terbang.

Dia beli kapal.

Kalau tak silap, dia beli pulau juga.

Dia mula beli hartanah.

Dia juga baru kahwin.

Kita mula.

Semasa dia di sini, gayanya tak menonjol pun.

Dia pakai kemeja biasa, seluar denim.

Sekarang dia dah hidup mewah.

Terbang!

Melancong seluruh dunia, menikmati gaya hidup nomad digital.

Dia boleh kerja dari mana saja, itu yang hebat.

Nilai Bitcoin masih terus naik.

Akhirnya ia menjunam.

Dan

saya rasa itulah permulaan masalah di QuadrigaCX.

Pasaran Bitcoin mengalami pergolakan yang agak dramatik malam ini.

Setelah mencecah harga yang mencatat rekod baru semalam, mata wang kripto itu

menjunam hari ini.

Pasaran mula jatuh.

Bitcoin dan mata wang kripto lain mula merosot nilai.

Komentarze

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left