Pierwsze 200 wierszy.
- Ya Tuhan. Comelnya. - Ya, anak-anak ayam kita.
Ya Tuhan!
Wah, ayam!
Ayam ialah haiwan darat yang paling banyak diternak.
Ayam dianggap rendah lemak, mesra alam dan menyihatkan.
Industri ini buat segala yang termampu untuk buat orang ketagih.
Sebanyak 78 bilion ekor ayam disembelih setiap tahun.
Industri ayam bernilai suku trilion dolar.
Ia didorong oleh cinta kita terhadap ayam goreng segera yang enak dan murah.
London, buat bising!
Saya tak boleh hidup tanpa dua benda ini. Berjenaka untuk cuit hati orang dan ayam.
Saya nak ceritakan tentang kedai ayam.
Nak tahu kedai ayam yang bagus?
Ada kaca kalis peluru.
Ayamnya sedap, kamu sanggup mati. Percayalah.
Ayam panggang, ayam kari, jerki ayam…
Tapi kegemaran saya,
ini stereotaip orang kulit Hitam dalam tiga, dua…
Ayam goreng.
Sejak gigitan pertama saya 30 tahun lalu,
ayam goreng semakin popular.
Kita berada dalam era kedai ayam dan orang ramai taasub.
Ayam dianggap pilihan mesra alam yang menyihatkan.
Tapi tidak.
Sekarang, 36 peratus murid sekolah rendah dianggap obes dan berat berlebihan.
Ada amaran tentang kesan besar penternakan ayam terhadap alam sekitar.
Mengarutlah.
Saya pelawak yang suka ayam goreng sejak kecil
dan nak tahu apa yang berlaku.
Jadi, saya akan buat eksperimen
dan pertaruhkan kesihatan saya.
Selama 28 hari hanya makan ayam goreng segera.
Saya akan ke seberang Atlantik.
Saya akan pergi dari South London ke kawasan pedalaman selatan Amerika.
Aduhai!
Saya nak tahu kesan makanan ini terhadap tubuh dan minda kita.
Aduhai.
Benarkah ayam ini membawa kita ke jalan kehancuran?
Sarapan ayam.
Ada perkara yang orang tak boleh bayangkan
sebab tiada siapa boleh masuk.
Busuknya!
Mereka tak mahu orang bertanya.
Kita semua hidup dalam eksperimen sains
dan industri itu membunuh kita.
Aduhai.
Saya makan ayam ini dan saya hampir gila.
Awak tak sedar,
saya tak buat perkara macam ini.
HARI SATU
LONDON GIGITAN PERTAMA
HELO DATARAN LEICESTER MASAKAN SEGAR
Baiklah. Hidangan pertama.
Saya pilih sandwic ayam.
- Sandwic ayam dengan keju… - Terima kasih.
- …dan kuah. - Hari pertama, hidangan pertama.
Pukul 11 pagi.
Saya rasa kotor.
Dalam eksperimen ini, saya makan ayam goreng selama sebulan.
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Letak sedikit sos.
Sebahagian diri saya fikir, "Baguslah! Hidangkan kepak ayam."
Celup dalam kuah.
Sesiapa yang mula-mula terfikir bahawa kita boleh makan kepak burung ini…
Sama hebat dengan penemu susu,
sebab ada seseorang yang buat begini.
"Hei, rasa ini."
Genius.
Sedapnya.
Saya tak main-main. Saya teruja sekarang.
Awak nampak saya senyum? Sedap betul.
Bagus. Hidangan pertama selesai.
Satu selesai, 83 hidangan lagi.
Selama sebulan, tiada gim, tiada makanan yang dimasak sendiri
dan setiap hidangan saya ialah ayam goreng segera.
Tapi mujurlah ada banyak pilihan sekarang.
Semasa kecil pada tahun 90-an, Britain terkenal dengan kedai ikan dan kentang.
Kemudian, ayam goreng muncul.
Saya ingat hanya ada satu kedai ayam semasa membesar.
Sekarang, satu jalan di South London ada lebih 20 kedai ayam!
Di UK, ada lebih 6,000 kedai.
Di tengah London, ada kedai yang lebih mewah.
Ayam yang diimport dari Amerika.
Semakin jauh kita pergi,
semakin tiada nama.
DFC…
MFC… Kita tahu FC bermakna "ayam goreng," tapi apa itu M?
Apa maksud M? Apa? Tengok, PFC.
Mesti "Ayam Goreng Sempurna" dengan kebab doner.
Mungkin ada satu lagi di sudut sana.
KHF? Apa itu?
Ayam ialah perniagaan besar.
Di UK, setiap hari kita belanjakan lebih 12 juta paun untuk ayam goreng.
Harga kontrak pemain Liga Perdana!
Ini bukan sekadar saya makan ayam goreng.
Saya nak belajar tentangnya.
Dokumentari Netflix tak lengkap tanpa pakar
di dalam bilik yang terang, jelaskan perkara yang saya tak tahu.
Mari mula.
Kita dalam era populariti ayam goreng.
Ia produk daging segera yang paling pesat berkembang di dunia.
Wingstop dibuka di kejiranan ini.
Sudah tentu ia didorong oleh media sosial.
- Lada lemon. - Lada lemon. Makan.
Selebriti suka.
Kalau tengok TikTok,
saya nampak orang menari di kedai ayam atau pelajar melepak di luar kedai.
Ini pusat belia zaman sekarang.
Kita ke belakang lihat persiapan.
Ada debaran, ada keterujaan.
Ya Tuhan! Eddie beri saya jaket KFC!
Itulah muslihatnya. Ia bergaya dan moden, tapi mampu milik.
Tapi sebenarnya, ada banyak perkara di sebalik tabir
yang saya rasa jenama tak mahu diingatkan
atau didik pengguna.
Baiklah, Kate.
Apa pun, makan tengah hari.
- Boleh saya duduk di sini? - Ya.
Terima kasih.
Kamu selalu datang ke sini?
- Dia datang semalam. - Ya.
Kalau saya kata saya perlu makan ayam
setiap hari untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam?
Awak akan mati.
- Saya akan mati? - Ya.
- Hanya kerana makan ayam? - Ya, tapi setiap hari.
Ayuh, tabik, makan ayam setiap hari.
Mati? Apa yang dia merepek?
Seperti kata Craig David, mandir.
DUA HARI LALU
Sebelum saya mulakan maraton ayam epik, saya jumpa doktor pakar.
- Naik ke atas penimbang. - Okey.
Diri tegak.
Saya sangat menggemari ayam.
Saya suka Nando's. Boleh rasa…
Saya pernah buat kandungan dan alih suara untuk McDonald's dan Nando's.
Jangan uji kesetiaan saya.
Mesti ada penonton akan kata,
"Awak dalam industri ayam goreng."
Saya akan kata, "Ya, betul." Rasanya sedap. Jangan main-main.
Makanan lain tak boleh diisi di dalam baldi. Sebaldi burger?
Tak sesuai.
Tapi sebaldi ayam goreng?
Semasa kecil, kami makan sebagai ganjaran. Kami rasa kaya.
Saya ingat mak saya beli sebaldi KFC
yang disertakan dengan Viennetta.
Kami rasa, "Kami dah berjaya! Jangan cakap dengan kami lagi."
Awak akan rasa dicucuk.
Awak ada sebarang masalah kesihatan sekarang?
- Setakat ini, tiada. - Bagus. Sejarah keluarga.
Ibu saya ada diabetes.
Jenis dua?
Ya. Datuk saya pun.
- Okey, jadi ia keturunan. - Ya.
Tarik nafas panjang.
- Usia saya 37 tahun. - Bagus.
Saya mula fikirkan orang tersayang, orang di sekeliling saya.
Fikirkan kesihatan saya.
Hembus! Hembus.
Saya ingin tahu kesannya terhadap badan saya.
Hati awak sangat sihat. Ia sangat…
Betulkah?
Ya, menakjubkan.
Ujian tak menunjukkan sebarang tanda diabetes.
- Itu bagus. - Hebat.
- Awak cergas dan sihat… - Wah.
…dan saya doakan yang terbaik.
Apa pendapat awak tentang eksperimen ini?
Beginilah.
Kalau saya jadi awak, saya takkan buat.
Okey.
HARI DUA
JEJARI SEGAR, SANDWIC SEGAR, KEPAK SEGAR
Ayam saya dah sampai.
Ada orang di pintu depan.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Sarapan ayam.
Ayam goreng popular kerana ia sedap. Tak boleh disangkal.
Tak salah sesekali makan ayam goreng kalau ia dimasak di rumah.
Namun, ini rangkaian makanan segera
yang menjual ayam ultra-proses.
Semuanya diproses dengan bahan kimia
dan dibuat supaya rasa sangat sedap.
Burger itu sangat sedap.
Saya takkan kata,
"Saya vegan. Saya akan perjuangkan hak ayam."
Dua burger filet ayam mini.
Tak. Dengarlah. Ayam cukup untuk semua orang.
Syukurlah ayam tak boleh terbang.
Makan makanan ultra-proses selama sebulan
mungkin kedengaran ekstrem.
Namun, dianggarkan
lebih 50 peratus diet rakyat UK
terdiri daripada makanan ultra-proses.
Sedapnya.
Mo tak tahu sebenarnya
apa yang akan berlaku kepada badan dan mindanya.
Saya tak nak takutkan dia sebelum dia mulakan eksperimen.
HARI TIGA SARAPAN
HARI TIGA MAKAN TENGAH HARI
No comments yet. Be the first to leave one.