Pierwsze 200 wierszy.
Terjemahan sari kata oleh Aman
Saya mahu jadi Cantik sejak kecil.
Saya sangka ia akan ubah segala-galanya.
Kisah saya hari ini bermula pada masa lalu.
Beratus-ratus tahun lalu, manusia terlalu bergantung kepada bahan api fosil.
Sumber semula jadi Bumi dipersia-siakan
dan dunia jadi huru-hara dan berperang.
Mereka dipanggil orang Zaman Karat.
Beberapa ahli sains terbaik
ditugaskan untuk menyelamatkan saki-baki tamadun.
Mereka dapat idea yang menggemparkan.
Satu pelan untuk sumber kuasa yang boleh diperbaharui.
Tapi masalah terbesar dunia masih wujud, iaitu sifat semula jadi manusia.
Perbezaan antara manusia telah mencipta kelas, suku dan negara
lalu menghalang mereka bersatu sebagai bangsa manusia.
Oleh itu, mereka membuat satu keputusan yang radikal.
Perubahan.
Pada hari jadi ke-16, setiap orang akan melalui pembedahan
untuk menjadi diri yang sempurna.
Apabila semua orang sempurna, kemelut akan lenyap.
Semua orang akan menjadi sihat, bahagia dan Cantik.
Tapi kami yang belum berumur 16 tahun, menanti pembedahan kami.
Sehingga itu, kami bukan sesiapa.
Kami diabaikan.
Mereka panggil kami
Hodoh.
Cermin, buat saya Cantik.
Baik, Tally.
Ini Morfo versi 732.
BELATUK KITA LUMBA NAIK KE BUMBUNG!
- Ya. Saya dapat awak. - Ya, saya boleh.
- Kenapa lambat? - Kaki saya pendek.
- Buat masa ini… - Ini malam apa?
Saya rasa Malam Kasino.
Seronoknya mereka.
Tak ada seorang pun yang nampak pelik, dipulaukan atau tak senyum.
RUMAH AGAM GARBO EMPER
Saya nak sangat berada di sana.
Awak akan berada di sana, tiga bulan lagi.
Ya, tapi bukan esok. Macam awak.
Ya. Saya masih tak percaya.
Awak yang bawa saya ke sini.
Awak ingat kali pertama kita godam asrama?
Awak paksa saya buat aksi pertama.
- Saya tak paksa apa-apa. - Ada.
- Tidak. - Ya, awak paksa.
Awak rasa sangat teruja sekarang?
Ya, tapi macam mana kalau saya tak kenal diri saya?
Tolonglah.
Tak kira betapa cantiknya awak nanti,
hidung belatuk awak itu akan menghantui awak selamanya.
Saya akan tetap jadi Sepet walaupun selepas pembedahan.
Saya suka mata awak.
Itulah diri awak yang sebenar.
Kita masih jadi diri kita, cuma…
Kita jadi lebih baik.
Jangan lupa masa silam awak, okey?
Biar betul?
Awak akan kekalkan parut ini, bukan?
Saya janji.
Awak kenangan terindah saya di tempat ini.
Sampai sekarang.
- Ada sesuatu saya nak… - Pernah tak…
- Maaf, awak cakap dulu. - Tak apa. Awak dulu.
Baik…
Pernah tak awak terfikir
apabila kita jadi Cantik nanti…
kalau ada dunia
yang…
mungkin awak dan…
- Okey. - Tadi…
- Nyaris-nyaris. - Kita kena gerak.
Ya. Baik.
Janji yang awak takkan buat masalah semasa saya tiada.
Okey? Dengar sini.
Saya tak sanggup kalau awak tak ada pada 9 September nanti.
Saya pun sama.
Macam ini. Jumpa saya di jambatan sebulan lagi.
Saya akan beritahu awak semuanya.
Betulkah?
Betul.
- Okey. - Baiklah.
Tally, bangun.
Tally, bangun.
Tally, bangun.
Selamat pagi.
Hari ini hari Jumaat, 18 Jun.
Pelajar asrama diminta melapor diri ke Dewan Farran.
Majlis tamat belajar akan bermula dalam lima minit…
Sudahlah Hodoh, jangan lembab pula…
Apabila kaki saya panjang nanti, siap.
Awak nampak mereka, Kenit? Mereka lari ke Asap.
- Semalam. - Ingatkan mereka tak jadi.
- Mereka takkan berjaya. - Asap tak wujud.
Jangan pandai cakap saja, Dex.
- David sendiri jemput mereka. - David?
- Dia bahaya. - Dia bawa perubahan.
- Tingginya tujuh kaki dan jalan atas air. - Diam.
Dipersilakan Gabenor Daerah Dr. Nyah Cable.
Bagi anda yang berumur 16 tahun hari ini,
anda bakal mendaki kemuncak perubahan.
Satu rantaian yang bermula dengan satu prosedur rapi
yang akan membuat anda sempurna, luaran dan dalaman.
Anda akan jadi cantik dan bebas
daripada kebencian dan penyisihan hanya kerana rupa paras anda.
Saya sangat teruja untuk anda pindah ke bandar
dan menjalani kehidupan yang anda tunggu-tunggu.
Pelajar yang akan jadi Cantik esok, sila tampil ke hadapan.
Peris…
Jambatan. Lagi sebulan.
Jangan lewat. Janji?
Janji.
Jumpa lagi, Sepet.
Jumpa lagi.
Tumpang lalu. Maaf.
Hei.
Kekasih awak?
Kawan baik.
Beri saya pil berus gigi.
Satu pil berus gigi.
Pelajar baharu, selamat datang ke tahun pertama anda di asrama.
Awak budak baru?
Ya.
Saya Peris, mereka panggil saya Belatuk.
Saya Tally.
Apa kami nak panggil awak?
Kamu tentu lebih cantik tanpa mata sepet itu.
Sepet.
Belatuk dan Sepet, menarik.
Kenapa, Tally? Kamu tak nak mata emas, macam mak?
Kita macam tak wujud.
Jom kita berjanji.
Janji apa?
Sementara kita masih begini…
Sepet!
…kita takkan jadi Hodoh.
Sepet!
Antara kita, kita…
Cukup.
Nanti, Sepet… Jangan.
Kita kawan selamanya.
Semasa zaman Karat,
kebergantungan kepada bahan api fosil telah menghancurkan Bumi,
mencemar udara, tanah dan bekalan air kita,
lalu mengakibatkan perpecahan, kemelut dan kehancuran Orang Karat.
Tapi mujurlah, pasukan jurutera bio terbaik kita
mencipta bunga yang diubah suai secara genetik, Anggerik Harimau Putih.
Tumbuhan ajaib ini menghias dan membekalkan tenaga kepada bandar kita.
Mulakan imbasan 196.
BELATUK MACAM MANA HIDUP DI BANDAR?
HELO?
Dalam dua bulan, 12 hari, anda akan jadi Cantik.
Tally, bangun.
Tally, bangun.
Tally, bangun.
Dalam dua bulan, tiga hari, anda akan jadi Cantik.
Asimetri dicatat untuk prosedur pembetulan.
Warna mata pilihan?
Emas.
Imbasan 200 selesai.
Prosedur ini sama ratakan kita.
MACAM MANA DI GARBO? HIDUP LAGI TAK?
TIADA MESEJ BAHARU
TAK SABAR NAK JUMPA AWAK MALAM INI!
Buka.
Dilarang keluar semasa waktu berkurung.
Tingkap dilarang daripada…
Buka tingkap.
Belatuk!
Belatuk!
Belatuk? Awak di mana?
- Maaf. - Helo, Si Cantik.
Tumpang tanya. Mana Rumah Agam Garbo?
Di sana.
…dalam beberapa kali dan…
Pada saya, memang cantik.
Peris?
Hei.
- Itu… Cantik kostum awak. - Terima kasih!
Ya, tapi Pesta Haiwan di medan tingkat bawah.
Belatuk…
Ini sayalah.
Tally…
Apa awak buat di sini?
Awak tak datang jambatan…
Ya, jadi awak curi-curi masuk?
Saya risau dan awak tak pernah lewat.
Ya, entahlah. Di sini lain.
Saya tak tahu nak berbual tentang apa.
Awak akan faham, apabila awak Cantik nanti.
Kita dah janji, "Kita kawan selamanya."
Ya, mungkin nanti.
Dalam dua bulan lagi?
Parut awak.
Awak dah janji.
Saya terjaga daripada pembedahan dan sedar saya tak nak parut ini, Tally.
Jangan panggil saya Tally.
Awak panggil saya Sepet.
Ya.
Pendatang haram dikesan.
No comments yet. Be the first to leave one.