Pierwsze 200 wierszy.
Saya ingat dengan jelas di mana saya berada.
Bebas!
Hanya pada saat-saat pergolakan,
ketika peristiwa genting, kita boleh sebut ayat itu.
"Saya ingat dengan jelas."
Semoga ini kali terakhir kita perlu turun ke jalanan.
Mereka perlu berhenti. Cukuplah.
Ini salah. Kami malu mengaku kami orang Basque!
Kami rasa sakit dalam hati…
Saya bungkam.
ETA culik seorang individu lagi.
Mereka mengugut membunuh tebusan dalam masa 48 jam.
Mangsa, Miguel Ángel Blanco Garrido.
Polis Negara dan Pengawal Awam menubuhkan pusat…
Sekali lagi, kita digemparkan dengan berita penculikan. Miguel…
Kumpulan pengganas ETA, seperti yang diketahui,
mengeluarkan cabaran semua atau tiada kepada negara
dengan penculikan, ancaman bunuh dan tempoh akhir tertentu…
Pada musim panas 1997,
satu peristiwa penting berlaku yang mengubah segalanya.
Rangkaian TV mendahului berita dengan tindakan baru
oleh organisasi pengganas ETA.
Tapi kali ini…
Kali ini berbeza.
Sebab anda ingat di mana anda berada semasa mendengar
tentang Miguel Ángel Blanco.
Ya Tuhan…
Sejujurnya, bila difikirkan semula,
beta sedih dan marah pada masa yang sama.
YANG MULIA RAJA SEPANYOL
Kita semua ingat hampir setiap perincian tentang lokasi kita,
tindakan kita, perasaan kita…
Saya ingat lagi mak saya beritahu
Miguel Ángel keluar rumah awal…
ADIK MIGUEL ÁNGEL BLANCO
…sebab dia ada mesyuarat pukul 4 dan nak sampai tepat pada masa.
Kami panggil dia "Miguel". Miguel Ángel,
nama panggilan dia selepas itu, Bagi kami, dia "Miguel".
Saya ingat seolah-olah ia baru berlaku beberapa hari lalu.
Kami tak boleh lupa 10 Julai, hari Khamis.
Pada pukul 3.30 petang, semua orang biasanya menepati masa,
dan Miguel selalu tepati masa.
Rasa pelik.
"Miguel belum sampai," pada pukul 3.40. "Mungkin sesak di mana-mana."
Dia ucap selamat tinggal seperti biasa dan tiba-tiba, pada pukul 4.10 petang,
Eman Consulting telefon tanya tentang abang saya,
sebab dia tak datang kerja.
Ibu saya terkejut. Dia kata,
"Peliknya. Dia keluar 10 minit awal
manalah tahu ada apa-apa di jalan."
Kami rasa pelik. Dia tak muncul.
EMAN CONSULTING PERUNDINGAN PERAKAUNAN
Pukul 4.30 petang, mereka telefon lagi untuk beritahu
dia masih belum sampai.
Ibu saya kata dia terus fikir yang bukan-bukan.
Jadi, dia hubungi Hospital Mendaro,
yang paling dekat dengan Ermua,
untuk periksa jika Miguel Ángel Blanco dimasukkan ke sana.
Mereka sahkan tiada pesakit nama itu.
Rakan sekerja saya di Hernani telefon maklumkan
mereka terima panggilan ke Radio Egin, mewakili ETA…
WARTAWAN AKHBAR EGIN
…mengatakan mereka menculik ahli majlis,
dan jika dia tak dibebaskan dalam 48 jam, mereka akan bunuh dia.
Jadi, saya hubungi Kementerian Dalam Negeri.
BOM ETA MELETUP, TIADA KEROSAKAN DILAPOR
Saya sampai di pejabat dan beberapa kali diganggu,
orang beritahu saya…
BEKAS MENTERI DALAM NEGERI
Mereka beri nota
tertulis berlakunya penculikan.
Saya berjumpa Manu dan Fernando.
RAKAN MIGUEL
Manu, pemain gitar. Fernando, pemain piano.
Kemudian Manu…
pada masa itu,
tahu apa yang berlaku kerana dia dengar di radio.
Kami bergegas ke rumah Miguel.
Saya tinggal di asrama di London pada masa itu.
Saya patut tinggal di sana hingga September.
Saya dapat panggilan daripada kawan di asrama.
Mereka sambungkan panggilan dan kata, "Telefon rumah."
Saya kata, "Saya nak keluar, saya telefon nanti."
Dia kata, "Telefon sekarang. Penting."
Saya berada di Dewan Lajur di Istana Moncloa.
BEKAS PERDANA MENTERI
Pembantu saya beri saya nota.
Saya buka dan baca,
"Ahli majlis Partido Popular diculik di Ermua."
Consuelo, ibunya, ada di situ, Marimar Díaz, teman wanitanya,
Ramón Jáuregui juga ada,
setiausaha agung Parti Sosialis Euskadi ketika itu.
Pada satu tahap, Ramón Jáuregui bawa kami ke tepi.
Saya tak pernah cakap dengannya.
Dia kata, "Jangan berharap. Mereka akan bunuh kawan awak."
MIGUEL ÁNGEL BLANCO: THE 48 HOURS THAT CHANGED SPAIN
DISUARAKAN OLEH JON SISTIAGA
Selamat Tahun Baharu 1997!
Ini ialah Sepanyol pada tahun 1997,
tahun pembukaan Guggenheim dan Puteri Cristina berkahwin.
Saya sudi.
Perdana Menteri José María Aznar berkata, "Sepanyol makmur."
Sepanyol itu tak sama dengan hari ini.
Hanya beberapa orang yang ada telefon bimbit,
rumah tiada Wi-Fi dan media sosial belum dicipta.
Ramai yang kecewa kerana pemenang lima kali Tour, Miguel Induráin
mengumumkan persaraannya.
Musim panas, di bar pantai, kami berbelah bagi
antara "Corazón Partío" Alejandro Sanz
dan "La Flaca" Calamaro.
Pada tahap itu, ETA telah membunuh sembilan orang.
Malah, dalam 30 tahun sebelumnya, mereka membunuh hampir 800 orang
atas nama kemerdekaan Basque.
Setiap hari, akhbar dan rangkaian TV menyiarkan berita
tentang serangan atau tangkapan pengganas mereka.
Enam ratus daripadanya dipenjarakan di Sepanyol dan Perancis tahun itu.
Saya berusia 29 tahun, sebaya dengan Miguel Ángel Blanco,
dan saya melaporkan perang pertama saya sebagai wartawan.
Tapi saya pulang ke Euskadi,
dan saya masih bercakap tentang kematian, kegelapan, kejutan dan darah.
Istilah yang saya rasa biasa sebagai orang Basque.
ETA minta sesuatu yang mustahil dan mereka tahu.
Sesuatu yang kejam dan gila.
Jika kerajaan tak pindahkan banduan
ke Euskadi dalam dua hari,
mereka akan bunuh ahli majlis Partido Popular.
Hanya tinggal menunggu.
Hanya tinggal belas kasihan.
48 jam yang akan mengubah segalanya sudah bermula.
KHAMIS, 4 PETANG
47 JAM LAGI
Kami hentikan siaran untuk maklumkan
terdapat bukti kukuh
kemungkinan penculikan oleh kumpulan pengganas ETA.
Hari itu petang biasa di bilik berita kecil, dengan dua orang.
Kami ada tabiat…
WARTAWAN
Salah satu sumber maklumat paling penting kami ialah pengimbas,
peranti yang kami beli di luar negara yang mengesan frekuensi polis.
Petang itu, saya ingat dengan jelas berlaku kekecohan.
Polis sedang berbual,
tentang Eibar, Ermua… Saya kata, "Ada sesuatu yang pelik."
Hakim García-Castellón bertugas di Mahkamah Persekutuan.
Beliau telah membuka…
Kami dimaklumkan tentang penculikan ahli majlis Partido Popular,
di Negara Basque
dan nampaknya seperti peras ugut terhadap negara.
BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Pesawat tentera segera membawa saya ke Lapangan Terbang Sondika.
Kami dalam perjalanan balik ke Donosti.
LEFTENAN KOLONEL PENGAWAL AWAM
Kami berhenti di kawasan rehat untuk minum kopi
berita mula masuk, tapi masih tiada yang pasti,
tapi jelasnya sesuatu berlaku.
Saya ingat lagi pengarah berita beritahu saya…
WARTAWAN
…"Bawa pakaian dan bergerak. Mereka beri budak itu 48 jam."
Saya rasa saya ke Bilbao, bukan?
Ya, kita berbual,
kemudian awak sertai kami sekitar tengah hari.
Kita buat pembinaan semula menggunakan rakaman
dan mula menimbang tara jam-jam kerja seterusnya.
Laporan pertama kami lihat di Televisión Española
mengatakan ahli majlis PP muda dari Eibar telah diculik.
Kami saling berpandangan
sebab sayalah ahli majlis PP muda dari Eibar.
Saya tahu tentang penculikan Miguel Ángel
kerana bekas rakan sekelas di universiti datang dan berkata,
"Ya Tuhan, Luis, saya terkejut. Saya ingat mereka culik awak."
Saya tanya, "Culik saya?"
"Ya, saya baru dengar di radio ahli majlis dari Ermua diculik."
Saya telefon ibu saya dan kata,
"Ibu, saya tak tahu kalau ibu dah dengar, tapi itu bukan saya."
Ibu tanya, "Apa jadi?" "Mereka culik ahli majlis PP."
"Katanya dari Eibar, tapi bukan saya."
Unit Polis Ertzaintza tiba
dan duduk bersama keluarga hingga ke akhirnya.
Mereka ambil alih rumah, telefon dan kata,
"Kami nasihatkan jangan tengok TV. Kami akan jawab telefon."
Saya telefon rumah dan suara asing menjawab.
Mereka tanya, "Siapa?" Saya tanya, "Siapa awak?"
Tentulah saya tak cam suara itu.
"Saya Consuelo, anak Miguel."
Mereka kata, "Tunggu, saya panggil ibu awak."
Kemudian ibu saya datang menangis dan kata, "ETA culik abang kamu."
Saat itu, semua tahu apa nak buat,
iaitu masuk semula ke dalam kereta dan bergegas
ke Donosti, buka sut kami,
pakai baju tempur kami dan keluar.
Tiada siapa nampak apa-apa…
Di seberang jalan, ada kafe.
Pada hari Khamis, orang ramai minum kopi atau makan tengah hari.
Saya tak faham macam mana tiada siapa nampak apa-apa.
Tiada petunjuk. Langsung.
Kenapa mereka pilih dia? Sebab dia sasaran mudah?
Lelaki muda lurus
yang menaiki kereta api yang sama dari Ermua ke Eibar setiap hari
dan bekerja di sebelah stesen?
Dia hilang dalam jarak 200 meter itu.
ETA sangat marah.
No comments yet. Be the first to leave one.