The Night Listener

The Night Listener

Pobierz napisy Malay

Informacje o wydaniu

The Night Listener (2006) Malay
Komentarz od kikywebsite

Tagi

other
Opublikowano: 2019-10-27
Pobrania: 30
Dla niesłyszących: No

Podgląd napisów Malay

Pierwsze 200 wierszy.

Sedia?

Ya, mari kita cuba macam itu.

Dari studio WNYH di Bandar New York...

...saya Gabriel Noone, dan ini "Noone at Night".

Sebagai pencerita...

...saya habiskan masa bertahun-tahun untuk fiksyen.

Seperti burung murai...

...saya cenderung mengambil cerita menarik dan buang yang lain.

Fakta selalunya boleh diubah ketika bercerita.

Tapi kali ini, saya harus berhati-hati.

Saya akan ceritakan peristiwa itu seperti yang saya ingat.

Lagipun saya nak anda percaya ini.

Itu saja dah cukup sukar.

Cerita ini dinamakan "The Night Listener".

Ia bermula pada minggu yang paling teruk.

Jess telah berpindah, mengatakan ia hanya sementara.

Dan saya sangat sedih. Semuanya tak masuk akal lagi.

Saya cuba membaca cerita saya yang tak masuk akal...

...cerita yang membentuk kerjaya saya.

Cerita yang sentimental tentang ulang tahun kelapan kami.

Tapi ia terasa sangat palsu.

Saya tak dapat mulakan kata-kata.

Tak boleh begini.

Ia taklah teruk sangat.

Ia tak kedengaran macam saya.

Tahap bunyi sama. Saya boleh cuba ubah.

Tidak, ia kedengaran palsu.

Gabriel. Kita tak boleh buat begini lagi.

Ulang saja yang lama, okey?

Saya tak boleh. Maaf, saya tak boleh.

Hei.

Kenapa awak di sini?

Saya ingat nak belanja awak minum.

Apa yang terjadi dalam sesi?

Kami mengalami masalah bunyi.

Saya nak tidur.

-Awak pasti awak tak nak pergi. -Saya pasti.

Bukan urusan saya, tapi stesen risau.

Awak perlu siapkan lima rancangan.

Saya tak nak bercakap tentang itu.

-Saya risaukan awak, Gabe. -Saya tak apa-apa. Betul.

Baiklah. Begini.

-Ambil ini. -Tidak. Aduhai, Ashe.

Jangan risau. Awak tak perlu menulis ringkasan penerbit.

-Terima kasih. -Saya nak awak baca saja.

Kami akan terbitkannya pada suku depan.

"A Diary of Transcendent Hope dan Courage."

Tolonglah. Ia sekali dengan aromaterapi?

Jangan bergurau, boleh?

Awak akan ada soalan sebenar selepas membacanya.

-Bersabar, okey? -Ya.

Jumpa lagi.

Ya Tuhan! Takut saya.

-Saya nak ambil beberapa barang. -Tiada masalah.

Nampaknya awak bawa Lucifer.

Lucien. Dia cuma kawan.

Saya dah beritahu. Saya perlukan ruang sedikit.

Tak mengapa.

Jumpa lagi.

-Tidak, Hugo. Pergi. -Hugo!

"Charles Dickens" yang ditulis Pete Logand...

...baru 12 tahun ketika ibu bapanya suruh dia mengilatkan kasut.

..di sebuah kilang berdekatan dok.

Ini merosakkan dia selama-lamanya dan menjadikan dia penulis.

Saya rasa kita semua ada kilang gelap...

...tempat yang dahsyat...

...yang pasti buat kita hilang ketulusan jiwa seperti hilang gigi bongsu.

Bagi saya, ia adalah bilik bawah tanah di Milwaukee.

Ia ditukar menjadi bilik yang sepatutnya tempat permainan saya.

Tiada orang pernah tertanya-tanya kenapa ayah saya buat ia kalis bunyi.

Saya dah tahu semua permainan dia ketika saya tujuh tahun.

Ketika saya 11 tahun, ada orang dewasa lain bersama dia.

Saya tertanya-tanya apa yang ibu saya tahu.

Kemudian suatu malam saya dengar dia di bilik itu, berbisik.

Minta seseorang ke tepi.

Saya sedar dia ada di situ selama ini.

Itulah tujuan penutup mata, untuk rahsiakan saya.

Jadi mereka boleh menjual rakaman itu di Internet.

Ini telefon Gabriel dan Jess.

Mohon sampaikan pesanan selepas nada ini.

Hai, ini Pete Logand.

Orang yang menulis buku itu?

Ashe beri saya nombor awak, jadi saya cuma nak...

Dia kata jika saya cakap dengan lama awak mungkin...

Oh, ya.

Selamat tinggal.

-Diserang hendap? -Itu perkataan yang paling baik.

Saya fikir mungkin awak akan rasa lebih baik...

...jika ada perkara lain nak difikirkan.

Dengan perasaan saya ini, saya mungkin tersalah cakap.

Tak mungkinlah. Awak suka buku itu?

-Ia agak dingin. -Ya.

Tapi kuat.

Dia seorang yang berani. Berapa usianya?

14 tahun.

Ya Tuhan.

Bagaimana awak dapatnya?

Diterima begitu saja. Tak ada agen atau apa-apa.

-Donna hantarnya kepada kami. -Siapa?

Maafkan saya, dia pekerja sosial yang ambil dia jadi anak angkat.

Donna buat dia menulis sebagai terapi.

Mesti banyak yang awak sunting.

-Ya... -Apa?

Sebenarnya itu manuskrip paling kemas yang saya sunting tahun ini.

Tak guna.

Saya takkan buat begini kepada awak...

...kalau saya rasa awak tak ada kaitan.

Ingat bilik bawah tanah yang dia tulis?

Ya.

Dia dengar rancangan awak selepas mereka pergi.

-Ya Tuhan. -Dia mahu saya...

...berikannya kepada awak.

Jess?

Apa yang awak buat?

Hai.

Saya tak boleh terbitkan buku awak kalau awak tak beri buku cek.

Tempat ini bersepah.

Lagipun, saya suka mencuci baju. Ia buat saya gembira.

Elektrik terputus lagi.

Ada masalah dengan kotak fius awak. Dan ayah awak telefon.

Awak jawab?

Saya terpaksa jawab. Dia asyik cakap...

"Awak di sana?"

"Angkatlah, tak guna. Ayah tahu kamu di sana."

Dia orang tua yang baik.

Jika dia jumpa awak, dia akan panggil awak "gadis Cina comel"...

...di belakang awak.

Saya memang gadis Cina comel.

Berapa umur dia sebenarnya? Mesti dia dah tua.

Kenapa? Sebab saya tua?

Saya harap saya dah tak perlu fikirkan ibu bapa pada usia awak.

Semoga berjaya.

Mereka tanya tentang Jess.

Awak belum beritahu mereka, kan?

Tidak. Sebab dia dah pulang ketika itu.

Betul.

Helo. Sila tinggalkan pesanan selepas nada.

Hai, Pete.

Ini Gabriel Noone.

Ashe beri nombor awak kepada saya...

Saya dah baca buku awak.

Saya sangat menyukainya.

-Hei. -Hei.

Betulkah ini awak?

Mengapa pula bukan saya?

Saya tak tahu. Tak kedengaran macam awak.

Secara berdepan saya kurang dramatik.

Awak kedengaran teruk.

Itu penjelasan yang baik.

Jangan terasa.

Saya cuma tak percaya ini awak.

Awak perlu percaya.

Saya minta maaf.

Ibu baru saya kata mulut saya celupar.

Betulkah? Ya, dia betul.

Apapun, saya kagum dengan buku awak.

Saya ucapkan semoga berjaya.

Jadi bagaimana kamu sambut Krismas?

Apa maksud awak?

Awak dan Jess. Awak ada pokok?

Tidak.

Kami tak sambut Krismas besar-besaran.

Ya. Saya faham maksud awak.

Kami ada tangki air berkarat di seberang jalan.

Mereka gantung bintang di atasnya setiap tahun.

Bintang. Itu bagus.

Ya.

Tapi ia tak menghadap sini.

Hanya menyerlahkan grafiti di tangki itu.

Seluruh bandar nampak "Bethlehem."

Apa yang kami nampak hanya "Roberta cantik".

Sumpah, dengan tulisan merah yang besar, "Roberta cantik".

Mereka cuba untuk cat grafiti itu. Tapi ia muncul semula.

Mesti dia betul-betul cantik.

Awak okey?

Tak guna.

Pete?

Tak guna.

Ya, saya okey.

Awak perlu beri amaran kalau nak bergurau.

-Minum ini. - Maaf.

-Kenapa? -Donna ada di sini...

...menyusahkan saya.

Saya takkan dapat bersabar kalau dia tak cantik dan berambut merah.

Ini dia. Cakap sesuatu.

-Helo, saya Donna Logand. -Hei.

Maaf saya hentikan perbualan ini.

Tapi batuk dia mula merisaukan saya.

Ya. Saya faham...

Helo?

Saya Donna.

Dia sedang tidur.

Kami terpaksa...

...keluarkan air dari paru-parunya.

Dia ada beritahu awak tentang AIDS?

Ya, ada.

Ada beberapa ubat yang menakjubkan hari ini.

Ia berkesan untuk Jess.

Ya, kami telah cuba banyak ubat...

...tapi dia menghidapi sifilis semasa berumur lapan tahun...

Komentarze

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left