Zomvivor

Zomvivor (มหาลัยคลั่ง)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

1 فصل

د خپرونې معلومات

Zomvivor 2025 S01EP7
د لخوا تبصره KakifilemBot

تګونه

webdl
په خپور شو: 2025-11-03
ډاونلوډونه: 50
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Tekanan darah sistolik ialah 82 milimeter merkuri.

Tekanan darah diastolik ialah 55 milimeter merkuri.

Kadar degupan jantung ialah 75 degupan seminit.

Ini tak bagus.

Mak mesti duduk di hospital.

Mak dah cakap dengan doktor. Mak cakap mak boleh duduk di rumah.

Doktor mana?

Saya tak pernah nampak nama doktor pada ubat mak.

Mak tak pernah benarkan saya atau Non teman mak ke hospital.

Nak saya sendiri tanya doktor, mak sakit apa?

Mak!

Nanti mak cakap dengan dia semula.

Dia siapa? Beri saya nama dia.

Ada ramai, mak tak ingat.

Mereka jaga mak dengan baik.

Kalau hospital kerajaan leceh sangat, jangan pergilah.

Nanti saya minta tolong San.

Jangan.

Dia boleh dan nak tolong. Hospital itu milik keluarga dia.

Tak perlulah.

Tak boleh, mak.

Mak mesti diperiksa secara terperinci supaya mak boleh dirawat ikut masa.

Kamu tak dengar mak cakap?

Jangan ganggu dia.

Jangan susahkan dia.

Semua orang akan tanggung akibat sendiri.

Mak boleh tanggung akibat mak.

Mak sedar tak mak banyak sebut tentang karma kebelakangan ini?

Tapi cakap jujur, mak faham tak apa itu karma?

Cuba beritahu saya.

- Mak tak sakit teruk pun. - Kanser?

- Tahap berapa? - Bukan kanser.

Jadi, apa dia?

Saya dah tak tahan!

Mak tak beri saya pilihan!

Mak tak buat keputusan!

Mak nak apa sebenarnya?

Saya nak tanya mak.

Mak nak sembuh atau tak?

Ini bubur mak.

Nak makan sekarang?

Mak makan sekarang, kemudian makan ubat.

Tolong letak dalam mangkuk.

Ning.

Saya nak pergi ke makmal.

Ini dia bubur mak.

Terima kasih.

Mak…

Waktu saya kecil, saya tak pernah makan sendiri, bukan?

Ya.

Betul.

Kamu umur lima atau enam tahun baru kamu pandai makan sendiri.

Sebelum itu, mak yang suap kamu.

Kamu tak nak orang lain suap kamu.

Kenapa?

Entahlah.

Kenapa agaknya?

Mari saya suap besar-besar.

Kepada sesiapa yang menerima video ini,

berhati-hatilah menggunakan pengakuan saya sebagai bukti.

Ia boleh memudaratkan anda

atau orang yang anda sayang.

Segala yang akan saya katakan selepas ini adalah benar.

Semuanya bermula dengan satu projek bernama Anisong.

TAHUN 2002

Saya tak terima!

Semua orang setuju untuk kongsi bersama. Kenapa awak nak tanggung sendiri?

Saya tak tahu.

Undang-undang Hamilton.

Saya serahkan kepada kamu.

Ini tak kelakar.

Boleh tinggalkan kami sekejap?

Boleh.

Kita dah bincang.

Semua fikir awak kena pecat! Bukan kena masuk penjara!

- Mereka takkan terima kalau tahu. - Tak terima pun kenapa?

Adakah orang masuk penjara suka-suka?

Suka-suka nak rosakkan masa depan?

Tak semua bertuah ada rumah atau tanah.

Mungkin kerja ini satu-satunya yang mereka ada.

Hidup awak macam mana?

Anak-anak awak?

Mereka bukan keluarga, saudara atau sesiapa.

Siapa kata?

Jangan berlagak macam awak lebih kenal saya.

Saya tahu apa saya buat.

Semua orang mesti tahu.

- Kita dengar kata mereka. - Wiroj!

Dang ada gambar.

Gambar?

Gambar apa?

Gambar kita dalam kereta.

Macam mana boleh ada?

Mereka semua tahu tentang hubungan kita.

Mereka di sini?

Lupakan.

Ya, lupakan! Kita dah dewasa.

Mereka mula sebut tentang korupsi.

Memang betul pun. Memang kita palsukan resit.

Kalau kita lawan, mereka akan gunakan gambar kita.

Apa awak nak buat nanti?

Isteri awak? Ibu bapa awak?

Saya akan cakap sekali saja lagi.

Mereka boleh tentukan kita hidup atau mati.

Masa depan awak penting bagi saya.

Sebab saya tahu orang macam awak

mampu mengubah macam-macam.

Tapi bukan orang macam saya.

Awak tahu apa nak buat.

Saya pergi dulu.

Semoga berjaya.

Dia dituduh rasuah oleh pengurusan baharu

kerana ingin menguasai bajet jabatan penyelidikan.

Disebabkan keputusan itu, hubungan kami pun berakhir.

Tapi keadaan tak semudah yang dia sangka.

Akhirnya, dia tak sanggup pergi ke penjara

sebab dia baru saja mengetahui dia hamil anak keduanya.

Jadi dia memilih untuk lari ke luar negara,

menunggu sehingga semuanya selesai

dan itu keputusan yang tepat.

Tiga tahun kemudian,

tiada siapa berusaha menjejaki atau menghukumnya,

malah mereka yang menuduhnya pun tidak.

Mereka telah membina kehidupan sendiri.

Ning.

Mak rindukan kamu.

Mana adik saya?

Non!

Mari sini. Non.

Mari jumpa kakak kamu.

Non, ini Kak Ning.

Kamu berdua adik-beradik.

Selepas itu, dia memulakan hidup baharu.

Dia bekerja sebagai buruh

untuk menyara anak-anak.

Silakan.

Sebab dia dah tak boleh bekerja sebagai saintis lagi.

Dia terpaksa menyembunyikan kisah silam dia.

Stik salmon dan sotong goreng. Minum?

Terutamanya daripada anak-anak.

Ada empat jenis ubur-ubur. Ubur-ubur air tawar tergolong dalam kelas Hydrozoa.

Yang seterusnya tergolong dalam kelas Scyphozoa.

Tapi dia tahu dialah punca

anak-anaknya tidak hidup sempurna sedangkan sepatutnya lebih baik.

Empat ubur-ubur.

Mak.

Ya?

Kenapa?

Tak ada apa-apa.

Kepala mak pening dengar kamu cakap tadi.

Itu semua nama-nama saintifik.

Macam mana kamu boleh ingat semua?

- Tak boleh pun. - Apa?

Main-main saja.

Entahlah.

Mungkin sebab saya selalu baca, jadi saya dah ingat.

Mak rasa kamu ingat sebab kamu suka.

Itu pun betul juga.

Tapi kebelakangan ini, saya macam kena hafal.

Kalau tak, saya tak boleh jawab peperiksaan.

Saya mesti sebut kuat-kuat, biar lekat dalam kepala.

Cubalah hafal sebanyak mungkin sekarang.

Suatu hari nanti, kamu hanya akan ingat

apa yang kamu nak ingat

tanpa sesiapa pun paksa kamu.

Ada pula begitu.

Non.

Pergi buka pintu.

Pergi buka pintu.

Kenapa tak suruh Ning?

Saya sibuk.

Saya pun sibuk.

Saya ada peperiksaan.

Semua benda suruh aku.

Mak, Non cakap kasar.

Dia dah lama tak potong rambut, itu melanggar peraturan sekolah.

Ning! Biasiswa Penaung!

Mari kita tengok.

Apa dia?

Tak ada apa-apa, dapat belajar di tempat lain.

Biar mak tengok.

Dokumen yang dihantar tidak lengkap?

Kita dah hantar semua. Mereka nak apa lagi?

Tak apalah, mak. Kita tak perlu berpura-pura jadi miskin nak duit mereka.

Mungkin ada orang yang lebih memerlukan.

Tak. Mak rasa ada yang tak kena.

Mak tahu apa yang kena?

Helo, encik nak pesan apa?

Hei! Phao!

Apa khabar, profesor?

Oh, Tuhan!

Saya tinggal di kawasan ini dan saya masih hidup.

Bila kali terakhir kita jumpa?

Saya rasa dah dekat 15 tahun.

Awak masih lawa macam dulu.

Mari kita minum. Tapi tak boleh minum di sini, nanti kena tengking.

Beri saya nombor awak.

Kanchana,

bos saya nak jumpa awak.

Dia ada tawaran kerja untuk awak.

Zomvivor subtitles in other languages

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left