لومړۍ 200 کرښې.
Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -
Saya keliru kerana saya tak faham mengapa sesuatu seperti ini terjadi.
Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan,
ini adalah seluruh hidup saya dan sekarang ia sudah tiada,
saya tidak tahu apa yang saya patut lakukan.
Syarikat Peddleton adalah semua yang saya tahu,
dan sekarang ia telah diambil dari saya.
Bila seseorang melihat kelemahan di dalam diri saya,
saya mengubah kelemahan itu menjadi sebuah kekuatan.
Danica, awak begitu kuat.
Saya rasa saya tidak boleh melakukan apa-apa seperti ini.
Awak boleh mengubah hidup awak dengan mendapat geran tanah itu, Clarinda.
Itu hanya boleh dilakukan jika Bartholomew meninggal dunia.
Awak tidak akan dapat geran tanah itu lagi.
Saya takkan benarkan.
Letakkan senjata itu, bodoh.
Hati-hati, Bartholomew.
Ridge sedang dalam perjalanan.
Dan dia masih mencintai Clarinda.
Dan Jared mencintai saya.
Clarinda.
Itu betul.
Saya ada di sini untuk awak.
DIINSPIRASI DARI KISAH BENAR WANITA YANG BERANI
KHUSUSNYA SEORANG
Ini adalah kisah Joy.
Seperti yang diceritakan oleh saya.
Neneknya.
Semua orang bermula dengan impian hidup mereka.
Impian Joy bermula di bengkel kepunyaan ayahnya.
Cucu saya mempunyai seorang kawan baik, Jackie.
Seorang kakak tiri, Peggy.
- Seekor anjing. - Tidak apa-apa.
Seorang ayah.
Seorang mak.
Yang merupakan anak perempuan saya.
Seorang nenek.
Itu saya.
Dia membuat banyak benda indah di dalam hidupnya.
Keajaiban.
Beberapa orang suka membuat barang-barang.
Mereka ada kesabaran dan fokus untuk bekerja dengan hasil tangan mereka.
Joy ialah salah seorang yang suka membuat barang-barang.
Dan saya akan membuka pintu pagarnya.
Ke padang rumput yang hijau dan luas.
Dan saya pergi ke dalam hutannya.
Dan di sana, saya banyak mengatasi perkara berbahaya.
Seekor serigala, dan benda lain yang menakutkan.
Kemudian saya mula membina rumah saya sendiri.
Di mana saya boleh tinggal dan membuat hasil kerja indah.
Untuk dilihat dan dimiliki seluruh dunia.
Mungkin untuk putera dan puteri yg tinggal di seberang hutan di dalam istananya.
Nampak?
Dan mereka jatuh cinta.
Dan mungkin mereka akan menjemput saya atas hasil kerja yang saya telah buat.
Awak perlu seorang putera yang tampan.
Itulah yang awak perlukan, seorang putera.
Tidak, saya tidak perlu seorang putera.
Ini adalah sebuah kekuatan istimewa, saya tidak perlukan seorang putera.
Anak perempuan saya Terry bersendirian di dalam biliknya, menonton drama opera.
Awak boleh mengubah hidup awak dengan mendapat geran tanahnya, Clarinda.
Saya ada sesuatu untuk awak.
Oh, Danica, um..
Awak sangat kuat dan saya rasa saya tidak boleh melakukan sesuatu seperti ini.
Saya selalu merasa itu tugas saya untuk mendorongnya.
Jadi saya kata..
Awak akan menjadi dewasa.
Dan menjadi seorang wanita muda yang kuat dan pandai.
Awak akan ke sekolah, jumpa pasangan awak,
besarkan anak-anak awak sendiri yang cantik.
Dan awak akan membina perkara indah.
Seperti di dalam bilik awak. Okey?
Apa yang terjadi dengan impian gadis ini?
Tengok ini.
Mak, saya tidak jumpa tali kerja saya,
Mereka tidak akan membiarkan saya masuk tanpa tali itu.
Joy, awak tak jumpa tali kerja awak?
- Boleh nenek tolong? - Tidak, tapi saya..
Sayang, dengar..
Nenek tahu kehidupan tak seperti yang kita sudah sering bincangkannya.
Dan awak masih ada banyak kehidupan awak.
Di hadapan awak, dan awak masih ada banyak masa.
Harapan membawa keabadian.
- Terima kasih, Nenek. - Pasti.
Mak. Lihat apa yang saya jumpa.
Apa itu?
Takkan mak tak ingat?
Pengikat anjing yang saya cipta semasa sekolah tinggi.
Ingat Mitzi tercekik beberapa kali, jadi saya ciptakan pengikat anjing.
Dengan kunci yang mudah dilepaskan, jadi anjing tidak akan pernah tercekik.
Dan saya menutupnya dengan pelekat pemantul cahaya,
Ditambah, ini adalah pengikat anti kutu.
Mungkin saya tidak akan terlambat ke pekerjaan saya ini.
Kalau mak mendapatkan hak paten atau seorang peguam.
Joy. Awak yang selalu melakukan banyak hal, sayang.
Bagaimana mak boleh diharapkan untuk ingat semuanya?
Sekarang Syarikat Hartz ada hak paten atas tali pengikat itu.
Mak tidak tahu cara mendapatkan hak paten.
Bau apa itu?
Ow.. Bagaimana boleh tumpah yogurt di bawah sini, mak?
Saya tercari-cari bau apa itu.
Dah berkulat, oh Tuhan.
Ya betul, kerana kehidupan saya tak sepatutnya dirampas dari saya seperti ini.
Joy, lihat siapa yang kembali!
- Bartholomew kembali! - Tidak, tidak.
Saya ingat Bartholomew sudah mati.
Dia kembali sebagai hantu dengan kekuatan yang lebih besar.
- Hantu, pergilah! - Saya lebih kuat sekarang.
Saya tidak boleh menguruskan ini, bagaimana ini mungkin?
- Saya akan selalu.. - Jauhkan diri darinya!
Clarinda, awak tidak tahu apa yang boleh dilakukan oleh hantu kepada awak!
Nenek akan membawa awak ke parti hari jadi, okey? 5 minit.
Hai!
- Apa yang awak lakukan di sini? - Saya mengembalikan dia kepada awak.
- Saya tidak menginginkannya lagi. - Apa?
Dia dah rosak. Dia tidak ada tempat lain untuk dituju.
Dia sudah tinggal di dalam rumah saya selama dua tahun.
- Oh ayah, saya minta maaf. - Ya..
Tapi ayah tahu Tony tinggal di ruang bawah tanah.
Bekas suami awak tidak sepatutnya tinggal di ruang bawah tanah.
Itu bukan cara yang sesuai selepas bercerai.
Okey. Saya tidak tahu ayah nak tidur mana.
Ayah, jangan masuk ke sana. Mak ada di dalam sana.
Awak boleh ambilnya kembali, Terry. Saya tidak mahukan dia lagi.
Apa yang bagusnya bersama Sharon?
Ayah, jangan jawab.
Kami pergi ke Muzium Seni Metropolis..
- Apa yang awak suka di muzium? - Apa yang saya suka?
Saya akan beritahu awak.
Saya suka patung Rom lama, saya suka baju besi abad pertengahan,
Saya suka perhiasan Etruscan..
Muzium penuh dengan debu dan kematian.
- Minum Espresso, makan panini.. - Okey, okey, cukup.
- Itu yang saya suka. - Awak makan panini dalam keranda, Rudy.
Sebuah keranda berdebu dan membosankan.
Dah tu kenapa awak tanya, awak orang yang gila kah?
Ini seperti bercakap dengan seorang yang gila.
Apa lagi, Kapten Jack?
Apa lagi yang begitu hebat?
- Kapten Jack? Oh, terima kasih. - Ya, Kapten Jack.
- Yang menyusahkan. - Dan awak tahu apakah diri awak?
Awak seperti sebuah kebocoran gas.
- Kami tak terbau awak, tak nampak awak, - Saya bukan sebuah kebocoran gas.
- Tapi awak membunuh kami semua diam-diam. - Awak tarik kembali ucapan itu
dan beritahu saya apa lagi yang awak lakukan bersama Sharon!
Awak makhluk dari paya hitam.
Tidak! Perbualan ini sudah berakhir!
- Saya pergi. Semoga berjaya. - Oh Tuhan, ini dia.
Hati-hati Joy, dia akan marah!
Oh tolonglah, awak ingin saya marah? Itulah kebiasaan awak.
- Awak membuat saya kesal. - Saya ada vagina?
- Hei Terry! - Okey, hentikan.
- Awak suka ini? - Ayah, jangan!
Bagaimana kalau marah begini?
Tidak!
- Bagaimana dengan ini? - Oh, oh!
- Bagaimana kalau begini? - Jangan, ayah!
- Okey? - Awak gila!
- Hentikan! - Awak lelaki gila.
- Saya gila! - Awak lelaki yang rosak!
Awak betul, saya gila!
Awak yang suka cari pasal!
Maafkan ayah sayang, ayah tidak suka begini.
Awak tidak sepatutnya melihat hal seperti ini, ayah sangat menyesal.
- Ayah betul-betul minta maaf.. - Ini tidak terjadi.
- Ayah akan membersihkan ini semua. - Ayah, jangan. Jangan bersihkan itu.
Ayah, berhenti! Jangan lakukan, okey?
- Apa yang awak kata? - Hentikan! Saya akan melakukannya!
Saya hanya ingin keluar dari bilik ini.
Terima kasih.
Hai semua, mak minta maaf tentang jeritan tadi.
Nenek akan membawa awak ke parti hari jadi, okey?
Hai sayang.
Datuk memecahkan barang-barang lagi.
Datuk memecahkan barang-barang, tapi nenek salah.
Jadi, datuk sedikit salah, tapi nenek betul-betul salah.
Tapi datuk akan tinggal bersama kita untuk sementara waktu.
- Ya! - Ya!
Saya tidur dengan datuk, ya!
Sharon tidak pernah mengasingkan cuciannya,
Warna putihnya selalu jadi kelabu,
- Tapi awak ada sentuhan ajaib itu.. - Ya.
- Boleh ayah berikan ini kepada awak? - Ya, saya akan mengambilnya. Ya.
- Ambil saja beg ayah. - Bagaimana dengan semua barang ayah?
- Beg ayah, awak dapat semua itu? - Saya faham, nanti saya akan bawa itu.
- Saya sayang datuk. - Datuk sayang awak.
Saya dah isi borang cukai ayah, saya isi borang W-2.
Awak teruk.
Apa yang dia lakukan di sini?
Sharon membawanya kembali.
Jadi dia akan tinggal bersama kita hingga dia menemui kekasih baru atau.
Sebuah tempat baru untuk tinggal. Awak tahu bagaimana semua ini berlaku.
Joy, awak tahu saya tidak boleh melakukan ini.
Hanya untuk sementara. Lagipun, dia ayah saya.
Ya, tapi ayah awak akan mengganggu pekerjaan saya.
Jangan berdebat, buat saja apa yang saya katakan!
- Ayah, bangun! - Tapi saya kena bekerja!
Saya tidak menyukainya, saya tidak menyukainya.
Ini bukan cara yang sesuai untuk bercerai.
Awak nak nasihat saya bagaimana cara sesuai untuk bercerai?
No comments yet. Be the first to leave one.