لومړۍ 200 کرښې.
- Hei! - Apa?
Macam mana kalau kita tak dapat cari ayah kamu?
Apa kita nak buat?
Qiu Wen Kai.
Bila kali terakhir kita bercakap di telefon?
Dah enam tahun?
Saya ada dua berita untuk awak.
Satu berita gembira.
Satu kurang gembira.
Saya beritahu berita gembira dulu.
Tahniah, awak dah jadi seorang pak cik sekarang.
Nama anak saudara awak ialah Lilith.
Satu perkara lagi...
saya sedang nazak.
Tolong bantu Lilith cari ayahnya.
Nama dia Li He.
Dia juga minat muzik macam awak.
Nama kumpulan muzik dia ialah The Vagabonds.
Dia penyanyi utama.
Aduhai.
Dah dewasa pun masih minat kumpulan muzik?
Mengarutlah.
Kami janji temu macam biasa...
sebelum jatuh cinta dengan satu sama lain.
Masa kami dapat Lilith...
dia benar-benar gembira.
Jadi kenapa dia tinggalkan awak?
Saya yang suruh.
Saya kata dia cuma boleh kembali kalau dah terkenal.
Lagipun, dia ada cakap yang...
kalau itu tak berjaya...
dia akan kembali apabila Lilith capai usia tiga tahun.
Dia takkan ingat apa berlaku sebelum itu.
Jadi di mana dia sekarang?
Berhenti tanya soalan-soalan tak berguna ini.
Dia dah lama berusia tiga tahun.
Keadaan agak jelas.
Teknologi dah begitu maju zaman sekarang ini.
Susah sangatkah nak cari seorang lelaki?
Dia tak suka terikat dengan teknologi.
Selepas dia pergi...
setiap kali dia sampai ke tempat baru...
dia akan tulis surat atau poskad pada saya...
hinggalah tiga tahun lalu.
- Awak pernah tertanya-tanya kalau... - Tidak.
Dia takkan berbohong pada saya.
Sekarang ini zaman apa?
Awak masih percaya pada cinta tak goyah?
Inilah sebabnya kenapa kita...
kena percaya pada cinta yang takkan goyah.
Apa yang awak tahu?
Sister Qiu pernah sebut...
pada hari dia meninggalkan dunia ini...
mari kita jangan cakap tentang...
macam mana kasih sayangnya masih kekal di sini.
Dia cuma harap mereka yang ada di sini...
mengingati dia.
Dia seorang...
yang hidup dan menyayangi dengan bersungguh-sungguh...
dan itu saja dah cukup.
Jadi Wen Kai...
awak akan mainkan sebuah lagu untuk kakak awak?
Tak perlu ada mawar di atas kubur saya.
Atau teduhan pokok sipres.
Biarkan kehijauan meliputi saya.
Menerima titisan hujan dan dibelai oleh embun.
Manusia akan kenal kehidupan menerusi kematian.
Amen.
Untuk Li He
Untuk Wen Kai
Patutkah kita mula dengan tarikh paling dekat?
Hui.
Saya dah pun rindukan awak dan Lilith.
Walaupun dia takkan begitu ingat sangat sekarang.
Keputusan ini...
akan jadi satu penyesalan...
yang saya takkan boleh tebus.
Jaga diri awak baik-baik.
Saya akan kembali selepas impian saya dah berakhir.
Mi jenis apa agaknya yang dia akan beli?
Saya harap sedaplah.
Makan sendiri, pak cik takkan suap kamu.
Suka hatilah.
Jangan merungut kalau kamu lapar.
Mak kata kita kena lindungi alam sekitar.
Apa yang pak cik tahu?
Kita akan tanya sekali saja.
Kita akan pergi kalau dia tiada di sini.
Awak nak daun teh, telur atau jagung?
Tak apa, terima kasih.
Maaf, awak pernah dengar tentang The Vagabonds?
Ya, pernah. The Vagabonds.
Mereka adalah wira.
- Wira? - Ya.
- The Vagabonds. - Ya.
- Wira? - Awak pekak?
Mereka mungkin wira bagi sesetengah orang.
Tapi bagi saya, mereka cuma penyibuk.
Ada lalatlah.
Ada pemaju yang tawar untuk beli tanah kami.
Awak tahu berapa harga yang mereka tawarkan?
Berapa biji telur yang saya kena jual?
Biar saya tunjuk pada awak.
2,311,571 biji telur.
Kalau seorang makan sebiji telur untuk tiga hidangan sehari...
dia perlu 770,523 hari dan dua hidangan.
Berdasarkan 365 hari setahun...
dia perlu makan selama 2,111 tahun.
Boleh tahan banyak.
Akhirnya, mereka gagalkan tawaran itu.
Saya tak sangka rumah buruk ini boleh dapat harga begitu tinggi.
Betul, saya boleh bayar hutang dengan semua wang itu.
Kalau semua orang setuju untuk jual bersama...
kami akan tawarkan harga terbaik...
dan faedah untuk beli unit-unit baru kami.
Jangan gembira dulu.
Hou Sheng...
ini rumah pusaka ayah awak.
Kalau dia tahu awak nak jual...
dia akan merangkak keluar dari kuburnya.
Betul, kami mungkin miskin.
Dengan peti lagu lama itu...
kami masih akan menyanyi dengan sepuas hati.
Bolehkah nyanyian awak melegakan kelaparan?
Pekan ini dah tiada harapan lagi.
Kalau ayah masih ada...
dia akan suruh saya jual juga.
Betul dan mereka yang buat keputusan lebih awal...
diberi keutamaan untuk pilih unit hujung...
atau unit di tingkat lebih tinggi...
- Dia tercekik? - Betul.
Kenapalah dia tak tercekik sampai mati saja?
Barulah semua masalah selesai.
Apa yang berlaku kemudian?
Kemudian? Mereka mula menyanyi.
Hujan kejam.
Langsung tak pedulikan hari-hari yang menantiku.
Langsung tak pedulikan hatiku yang lembut.
Merampas hari-hari yang menantiku.
Titisan hujan.
Menarikku ke kolam kepedihan.
Ditarik dari dahan dan daunan.
Takkan dilihat lagi.
Bunga gugur.
Siapa akan peduli?
Ribut tak berhenti, memusnahkan masa depanku.
Apa nak buat tentang bunga yang gugur?
Bunga di dalam hujan.
Ditiup ke tanah dek angin dan hujan.
Siapalah akan nampak kepedihan dan kesedihanku?
Bunga yang gugur, takkan kembali lagi.
Bunga gugur.
Siapa akan peduli?
Ribut tak berhenti, memusnahkan masa depanku.
Apa nak buat tentang bunga yang gugur?
Bunga di dalam hujan.
Ditiup ke tanah dek angin dan hujan.
Siapalah akan nampak kepedihan dan kesedihanku?
Bunga yang gugur, takkan kembali lagi.
Hujan kejam.
Langsung tak pedulikan hari-hari yang menantiku.
Langsung tak pedulikan hatiku yang lembut.
Merampas.
Hari-hari yang menantiku.
Awak pastikah? Ia cuma sebuah lagu.
Ya, tapi lagu itu!
Ya, lagu Bunga Dalam Hujan .
Ia buat kami teringat En. Wu.
Ketika En. Wu masih hidup...
dia menentang pemaju itu.
Tapi apabila dia dah tiada...
tiada sesiapa lagi yang nak memimpin kami.
Macamlah kamu semua menanggung kerugian besar.
Kamu semua tak setuju nak jual.
Siapa yang akan beli unit saya saja?
- Apa yang berlaku seterusnya? - Tiada apa.
Anak-anak muda di sini semua dah pindah ke bandar.
Masa depan apa lagi yang ada?
Semua ini salah mereka.
Adik, biar saya beritahu sesuatu.
Kumpulan muzik itu adalah yang paling menjengkelkan.
Ayah saya tak menjengkelkan!
Hou Sheng, minta maaf pada dia.
Tak apa, dia cuma budak saja.
Pak cik yang paling menjengkelkan!
Saya dah cakap yang lelaki busuk mesti bukan orang baik.
Tapi kamu tak percayakan saya.
Adik, kenapa awak lari ke luar sini?
Matahari terlalu terik.
Awak akan kena selaran matahari nanti.
Biar nenek ambilkan awak kulit tembikai.
Sapu pada kulit untuk sejukkannya, okey?
Nampaknya kumpulan muzik ayah kamu agak terkenal.
Dengar sini...
ayah kamu cuba untuk jadi wira.
Itu bermakna...
dia tak pertimbangkan kesannya.
Dia cuma sukakan prosesnya.
Kamu faham?
Nenek cakap ayah saya orang yang baik.
No comments yet. Be the first to leave one.