لومړۍ 200 کرښې.
Terjemahan Oleh Aziz Lee, Brunei.
- Pagi. - Pagi.
"Boleh kamu mengeja "Parakeet"?"
Parakeet?
- B-I-R-D. - "B-I-R-D."
- "Salah. Cuba lagi." - Salah?
Salahlah, Makcik Trish. Cubalah lagi.
Apa ada untuk sarapan?
- Giliran saya, kan? - Mmm-hmm.
Sayang, Donna mengurung diri di bilik mandi kita.
Boleh tak kamu tolong suruh dia keluar dari sana?
Peranan kesukaan saya, Ibu Tiri jahat.
Setentunya.
Pagi ni macam terasa sejuk pula, kan?
Ya. Nanti saya periksa. Kamukah yang buat sarapan?
Makcik Trish cakap hari ini giliran saya.
Jangan sebut "Makcik Trish".
Kan Pakcik dah bagitahu masa kamu sampai supaya jangan panggil dia begitu.
Sudah sebulan Pakcik bagitahu.
Bruce, susah nak tinggal kalau dah terbiasa.
Betul juga. Memang pun.
Mak saya selalu panggil dia Trish.
Nenek saya pun selalu panggil dia Trish.
Tapi Makcik Pat tak suka. Dia anggap nama itu tak ada kelas.
- "Tak ada kelas?" - Panggil saja Pat, okey?
Saya akan cuba. Pakcik nak bantu saya sediakan sarapan?
- Ya, boleh juga. Jom. - Apa maksudnya "tak ada kelas"?
Ayuh. Pakcik dengar semalam Mak dan Ayah kamu ada telefon.
Ya, mereka ada telefon.
Donna?
- Donna? Nanti kita.. - Tunggu sekejap, Pat.
Nanti kita terlambat lagi,..
..dan kalau kamu nak guna pensil mata, ianya ada pada saya.
- Nah. - Terima kasih.
Kamu nampak cantik. Sebenarnya, tak tebal lagi cantik.
Okey. Kita ada telur, sosej, bacon, jeruk timun. Nak buat apa?
Bakarlah.
Oh, tidak! Janganlah lagi.
Saya masak. Pakcik sediakan pinggan.
Siap.
- Ciptaan yang cantik. - Macam karya Picasso.
Tak! Sebenarnya dia patut lukis hidung kamu di sini.
Boleh saya pinjam ini?
Kamu kelihatan seperti orang Eskimo.
Tak. Saya kan orang California.
Saya bukannya biasa memakai pakaian begini.
Dengar, gadis surfer, seminggu sebelum kamu sampai di sini,..
..suhu dah berada di atas paras sifar selama enam minit.
Kalaulah begini sejuknya di dalam,..
..kamu pasti akan menghargainya setelah kamu keluar nanti.
Tak pernahkah cuaca di Chicago hangat?
Kamu pasti akan tahu nanti bila bulan Ogos, nak.
Ogos? Bukankah saya sepatutnya pulang sebelum Ogos?
Kalaulah Pakcik ada kuasa, Pakcik akan biar kamu tinggal di sini selamanya.
Pat? Apa yang akan Makcik pakai malam ini?
- Oh, saya.. - Gaji tahun lepas.
- Baju itu tak adalah mahal. - Ah! Yakah?
Apa pula yang akan Ayah pakai?
Tuxedo.
Yang pernah Ayah pakai semasa bersanding?
Ya, yang pernah Ayah pakai semasa bersanding.
Tahu tak, Ayah kamu bukannya pernah berfesyen pun.
Baju tu baru setahun, sayang.
Saya rasa Pakcik nampak kacak di dalam gambar perkahwinannya.
Dengar tak? Itulah suara kewarasan.
Saya setuju.
Kacak, tapi konservatif.
Saya setuju.
Sekejap, sekejap. Kamu dipihak Pakcik, kan?
Seorang gadis berhak untuk mengubah pendiriannya.
Uh, tak, terima kasih. Kami akan naik yang selepas ini.
Okey.
- Siapa yang nak hantar saya? - Saya.
Mari pergi.
Semua masuk!
Terima kasih, Cik Puan.
Vroom! Pasang tali keledar anda.
Kamu kena berhati-hati sikit, sayang.
Ingat apa yang pernah menimpa Narcissus?
- Nar apa? - Ahli Mitologi Yunani.
Seorang lelaki yang gemar melihat bayangannya terlalu lama di dalam kolam,..
..kemudian terjatuh dan lemas.
Cuma seorang budak saja yang cuai begitu.
- Betul cakap kamu. - Hei!
Ada apa ni?
Biasalah, setiap bangunan baru pasti ada masalah.
Tapi kita kena pandai mengawal masalah sebelum ianya menimpa kita, kan?
Hah?
Kan?
Betul.
Tolong tunggu sekejap!
Bai, sayang.
Jaga diri.
Terima kasih kerana menghantar.
Bai, Ayah.
Pagi, Gene. Macammana kamu hari ini?
- Pagi, Bruce. - Pagi.
- Pagi, En. Gardner. - Pagi, Bill.
Ada apa dengan pemanas?
Uh, saya nak memeriksanya sekarang. Mungkin ada masalah suhu.
Okey, baiki secepatnya dan suruh orang periksa lif pengangkutan ke 15.
- Ada sedikit masalah di sana. - 15? Boleh.
Pagi.
Helen!
Tunggu!
Helen!
Helen!
Helen! Helen!
Baguslah! Tak payahlah saya datang ke sekolah teruk itu hari ini.
Oh, habislah.
Ayuh, mari kita kejar mereka sampai di pintu depan.
Ayuh, lekaslah.
Hati-hati!
- Maaf! - Carol Anne. Ayuh, lekaslah!
Kalian, sekejaplah.
- Hei! Donna! - Sekejap!
Ayuh!
Lekaslah!
- Taxi! - Oh, hai. Kamu apa khabar?
Baik.
Oh, syukurlah.
Di luar lebih panas dari di dalam.
Itu pun mereka!
Helen!
Helen!
Lihat. Itu pun dia si Donna dan sepupunya yang pelik.
- Mereka lambat lagi. - Sopanlah, Marcie.
Hai, Donna.
Scott.
- Maaf, Helen. - Tak mengapa.
Isnin nanti giliran kamu pula.
Kamu kena hantar dua minggu berturut-turut.
Dua minggu?
Dua orang, dua minggu. Samalah macam saya.
Cepatlah, Mak. Nanti kami terlambat.
Okey.
Bai.
- "Tak mungkin." - "Saya sukakannya."
Teruknya!
Uh! Uh, tunggu sekejap.
Selamat pagi.
Beritahu dia saya dah sampai.
- Hai, Mary. - Hai.
Adakah kamu terlupa membayar bil pemanasan? Sejuk betul di sini.
Saya tahu. Pelik, kan? Sedangkan, di luar lebih panas.
Kenapa mereka pindahkan benda itu?
Takamitsu tidak suka benda itu mengganggu kerja, sayang.
Yakah? Adakah dia akan bertanggungjawab..
..jika benda yang bernilai $26,000 itu rosak?
Kamu juga yang dah bagi dia kuasa sepenuhnya.
- Adakah katering sudah diuruskan? - Sudah.
- Risalah, muzik? - Sudah, sudah.
Semuanya sudah diuruskan. Tenanglah, bawa duduk dan rileks.
Takkan ada sebarang masalah.
Okey.
Okey.
Hei, jangan letak di sana!
Dia yang suruh kami letak di sini.
- Tenang saja. - Ya, tapi..
- Awas! - Dah okey, dah okey.
Tak mengapa.
- Hei, semuanya okey. - Tiada apa-apa.
Okey!
Takkan ada sebarang masalah, kan?
"Patricia."
"Hai, Тrish."
"Carol Anne."
Jadi, kamu datang tak ke parti saya malam nanti?
Saya mungkin tak datang.
Kenapa pula?
Dia tak dapat datang ke parti kita malam nanti.
Dia kena tinggal di rumah dan menjaga Carol Anne.
Sebab Ibunya pun ada majlis malam nanti.
Saya sendiri dengar Ibunya beritahu Mak.
Itu parti saya, bukan untuk semua.
Dengar sini, celupar. Pat bukannya Ibu saya.
..dan kalau pun saya nak datang ke parti abang kamu, tiada masalah.
Hei, Bruce. Boleh bincang sekejap?
Boleh. Ada apa, Nate?
Keluar sekejap. Ada sesuatu yang saya nak tunjukkan.
Okey.
Baiklah. Kita nak pergi ke mana?
Kenapa? Ada orang pecahkan cermin.
- Gantikan saja. - Oh, bukan setakat di bahagian ini.
Setiap bahagian dari sini sehinggalah sampai ke bahagian atas.
Hei, Nathan.
- Bill? - En. Gardner.
Kalian kena tengok yang ini.
Ais.
Macammana pula perkara ini boleh berlaku?
Saya fikir, kamu yang dapat jelaskan kepada kami, En. Gardner.
Sally, hubungi kontraktor pemanasan dan penyaman udara,..
..kemudian suruh Stan untuk jumpa saya di pejabat..
..bersama skema bagi sistem pengudaraan. Segera.
"Baiklah, En. Gardnеr."
Macammana kamu pula boleh masuk ke sekolah seaton yang pelik itu?
Sekolah itu untuk budak yang pintar, bukan budak yang pelik.
Ya, sebab itulah kamu tak pernah pergi ke sana, celupar!
Martin!
Dia dah sampai.
No comments yet. Be the first to leave one.