لومړۍ 200 کرښې.
Mustahil.
Inilah orang yang saya maksudkan.
Begitu.
Sayalah Ketua Pergerakan Pedagang Saryang...
...dari Haeju.
Jeong Do Jeon.
Kenapa dia ada di sini?
Adakah kamu semua Moo Myung?
Itu Cho Young, bukan?
Apa dia buat di sini?
Ekori dia.
Pastikan kamu tak terlepas.
Faham?
Ya.
Adakah dia datang kerana dia tahu...
...siapa kami?
Tak mungkin. Kalau begitu...
...tentu dia datang bersama para tentera.
Kenapa awak tenung saya begitu?
Bukan begitu.
Saya cuma terfikir yang awak ini terlalu hebat...
...untuk kelihatan sebagai ketua pedagang.
Awak juga...
...tak nampak...
...seperti seorang pedagang.
Betul itu.
Sebenarnya...
...saya tak ada pengalaman berniaga.
Kali ini...
...saya bercadang untuk menceburkan diri.
Masih banyak yang saya perlu belajar.
Saya dengar awak dari Haeju...
...jadi saya ingin tanya sesuatu.
Begitu.
Sekiranya lelaki ini Moo Myung...
...adakah dari awal lagi semua ini adalah perangkap?
Atau...
Apa sebenarnya rancangan dia?
Jeong Do Jeon...
Kalau begitu...
...lelaki ini Lee Bang Ji.
Anak Yeon Hyang.
Jadi...
...apa yang awak ingin tahu?
Oh, ya.
Berkenaan dengan Gunung Guwol di Haeju.
Malam pun dah lewat...
...apa kata awak bermalam di sini?
Arak di sini memang sedap.
Saya tak tahu berapa ramai orang mereka.
Demi keselamatan tuan...
...kami mesti tinggalkan tempat ini.
Terima kasih atas pelawaan itu.
Tapi bagi pedagang seperti saya, masa itu emas.
Ada perkara yang saya tak boleh saya tangguh.
Begitu.
Kalau begitu, terima kasih untuk hari ini.
Sama-sama.
Tak salah lagi, itu lambang Moo Myung.
Kalau rumah penginapan itu tak diuruskan oleh Moo Myung...
...sekurang-kurangnya ia pasti ada kaitan dengan Moo Myung.
Kalau mereka Moo Myung...
...bukankah mereka akan dedahkan pertemuan ini...
...dengan Puak Jurchen tadi?
Siapa dia?
Jeong Do Jeon.
Dia...
Maksud tuan, Tuan Jeong Do Jeon?
Kenapa Sam Bong...
...jumpa Moenpa secara rahsia?
Nampaknya, tuan berjaya dapatkan persetujuan dia.
Dia...
...terima sepucuk surat dari Moenpa.
Ia di dalam sampul berwarna merah.
Jadi, orang yang paling berkuasa di negara ini...
...buat persetujuan rahsia dengan Moenpa?
Tak mungkin dia...
Sekiranya jangkaan saya tepat...
...surat itu...
Apa dia?
- Kamu. - Ya, guru.
- Seokgu ada di sini, bukan? - Ya.
Bawa Seokgu dan kejar Sam Bong.
Cari sampul berwarna merah itu.
Lee Bang Ji ada bersama dia...
...jadi cuba elak dari bertarung. Kamu faham?
Baiklah.
Benarkah?
Ya. Orang itu ialah Cho Young.
Saya telah hantar orang untuk ekori dia.
Jadi...
...tak salah lagi tempat ini milik Moo Myung.
Kita tak tahu berapa ramai orang mereka di sini.
Kita kena tinggalkan tempat ini dulu.
Kita akan pergi pejabat sempadan. Mari.
Mari.
Apa urusan tuan...
...datang jauh sampai ke mari?
Saya mahu awak...
...hantar tentera ke rumah penginapan itu...
...dan tahan semua yang ada di sana.
Apa?
Kenapa tiba-tiba saja?
Tahan dan laporkan pada saya.
Saya akan jelaskan nanti.
Baiklah.
Saya mahu awak pulang segera ke Gaegyeong...
...dan serahkan ini pada Yeon Hee.
Dia akan serahkan surat ini pada baginda permaisuri.
- Baiklah. - Dan laporkan keadaan di sini...
...dan kita perlu ekori setiap langkah Cho Young.
Baiklah.
Awak hantar orang Boon Yi untuk ekori Tuan Sam Bong?
Tanpa beritahu saya dulu?
Ya.
Boon Yi masih belum buat sebarang keputusan.
Jadi, buat sementara waktu...
...dia akan terus laksanakan tugasnya.
Itu bukan masalahnya!
Masalahnya...
...awak telah memberi arahan...
...tanpa pengetahuan saya.
Dalam rumah ini...
...saya perlu tahu semuanya.
Tuanku.
Nampaknya patik pilih waktu yang salah untuk datang.
Tak kena masa pula.
Maafkan patik.
Tapi...
...ini bukan masanya untuk tuanku dan cik puan bertengkar.
Ini hanya akan menunjukkan kelemahan tuanku.
Bukan begitu.
Bang Won!
Kakanda.
Apa khabar?
Saya akan hidangkan teh.
Terima kasih.
Kamu siapa?
Patik dipanggil Ha Ryun.
Ho Jeong!
- Ya. - Orang suruhan Guru Lee Saek.
Orang suruhan?
Jangan ambil hati dengan kata-kata kakanda.
Dengan beta pun dia begitu.
Ya.
Bang Won, kakanda baru pulang...
...dari bertemu ayahanda di istana.
Kakanda telah mohon...
...agar ayahanda ampunkan adinda.
Ayahanda pun dah semakin tua.
Selepas baginda mengeluh, baginda mahu...
...adinda menghadap baginda.
Adinda?
Putera Hwoean telah jemput tuan putera.
Sudah tentu anakanda takkan berani...
...lengahkan titah ayahanda.
Apa kegiatan anakanda sekarang?
Anakanda habiskan masa...
...dengan membaca buku dan berbual dengan kakanda.
Benarkah...
...anakanda ada kaitan dengan Moo Myung?
Ayahanda.
Apa maksud ayahanda?
Tuanku.
Apa maksud tuanku?
Kenapa anakanda senyap?
Itukah...
...yang Tuan Sam Bong beritahu?
Kenapa sebut tentang dia?
Adakah anakanda tak mahu jawab soalan tadi?
Ayahanda.
Tak mungkin anakanda sanggup libatkan diri...
...dengan pemberontak seperti mereka.
Semua itu tak benar.
Jadi, apa kata baginda raja?
Ayahanda tanya sekiranya...
...beta sanggup terima hukuman sekiranya beta didapati...
...ada kaitan dengan Moo Myung.
Jadi...
...beta cakap beta sanggup.
Adakah Tuan Sam Bong cuba sisihkan tuanku?
Entah.
Tak ada berita lain tentang Sam Bong?
Sam Bong telah bertemu dengan seorang Ketua Puak Jurchen Moenpa...
...di sempadan negara.
Dia ke sana sebagai pegawai khas.
Tak mustahil dia bertemu Ketua Puak Jurchen.
Ya. Sudah tentu.
Banyak perkara yang perlu dilakukan...
...untuk kekalkan kestabilan negara baru ini.
Tapi...
...kenapa agaknya...
...dia bertemu secara rahsia dan menyamar sebagai ketua pedagang?
Menyamar?
Adakah dia sedang rancang sesuatu?
Sam Bong...
Apa yang dia cuba lakukan?
Benarkah itu rancangan tuan?
Apa maksud awak?
Apa yang saya dengar sewaktu di khemah Puak Jurchen.
No comments yet. Be the first to leave one.