لومړۍ 200 کرښې.
Tetamu kita seterusnya ialah pendaki solo bebas yang hebat,...
...sila beri tepukan kepada Alex Honnold.
Saya tidak faham satu perkara.
Satu masalah atau kesilapan kecil,...
...awak akan jatuh dan mati.
Ya. Nampaknya awak faham hakikat itu.
- Ya. - Ya.
Saya rasa sesiapa pun...
...boleh mati pada bila-bila masa saja.
Mendaki solo bebas membuat kematian rasa lebih dekat...
...dan lebih nyata.
Adakah perasaannya berbeza apabila mendaki tanpa tali?
Apabila kita mendaki tanpa tali,...
...risikonya sangat tinggi,...
...jadi tahap fokus kita juga lebih tinggi.
Ia pengalaman yang benar-benar berbeza.
Bukannya saya mendaki...
...sehingga sesuatu yang buruk berlaku.
Saya tidak melihatnya dari perspektif itu.
Mungkin itulah sebab ia berbahaya bagi saya.
Mungkin saya terlalu hampir dengannya...
...dan tidak sedar saya menuju ke cenuram dengan laju.
Baik.
Saya suka membezakan antara risiko dan akibat.
Apabila saya melakukan pendakian solo bebas,...
...saya akan fikirkan risikonya,...
...kebarangkalian saya jatuh adalah rendah,...
...walaupun akibatnya sangat buruk.
Itu salah satu tarikan pendakian solo bebas.
Menukar sesuatu yang kelihatan...
...sukar dan berbahaya menjadikannya selamat.
Adakah menjadi pendaki gunung...
...sesuatu yang positif atau negatif dalam hubungan cinta?
- Hubungan cinta? - Ya.
Secara keseluruhannya, negatif.
Saya banyak mengembara dan tinggal di dalam kereta.
Mari kita bercakap...
...tentang beberapa pendakian yang awak telah lakukan.
Pendakian solo bebas bersejarah, Moonlight Buttress.
Semasa saya melakukan pendakian itu, saya terfikir...
...ia perkara yang baru dan ekstrem.
Namun bagi saya, ia rasa mudah dan selamat.
Awak tidak berhenti,...
...kerana cabaran seterusnya ialah pendakian Half Dome.
Half Dome ialah langkah besar bagi saya kerana...
...ia dua kali ganda lebih besar daripada...
...gunung-gunung yang saya pernah daki.
HALF DOME, YOSEMITE, CALIFORNIA, TAHUN 2008, 2,000 KAKI
Pendakian solo bebas sangat berbahaya...
...dan kurang daripada satu peratus pendaki melakukannya.
Alex sudah melakukan lebih seribu pendakian solo bebas,...
...tetapi tiada yang lebih sukar daripada ini.
Saya menjadi takut di beberapa tempat,...
...dan mula menjadi sedikit cemas.
Pada ketika itu, kita perlu tenangkan diri.
DI ATAS YOSEMITE TIDAK PERNAH DILIHAT
Apakah perkara seterusnya dalam pendakian solo bebas?
Saya tidak tahu. Sudah bertahun-tahun...
...saya fikir tentang El Capitan.
Apabila saya melihatnya, saya rasa takut.
Saya tidak pernah mahu mendakinya,...
...atau mungkin saya mahu tetapi saya rasa...
...ia menakutkan.
Saya mahu ke lembah paling cantik di dunia.
Saya masih ingat pergi ke Yosemite semasa kecil...
...dan ayah saya akan bawa...
...bekas penyejuk di belakang kereta.
Dia akan simpan biskut dan susu sejuk,...
...dan kami akan duduk di atas batuan di Tunnel View,...
...iaitu pemandangan paling cantik di Yosemite.
Sebaik saja kita nampak El Capitan, kita terfikir,...
..."Itu dia, sangat mengujakan."
El Capitan ialah dinding batuan paling menakjubkan di dunia.
TAMAN NEGARA YOSEMITE - CALIFORNIA
Musim Bunga 2016
Saya suka berada di dalam van.
Saya rasa lebih selesa di dalam van sekarang...
...kerana sembilan tahun saya tinggal di dalamnya.
Van pertama saya, sebenarnya saya curi van mini keluarga.
Selepas ayah meninggal dunia semasa saya berumur 19 tahun,...
...saya berhenti sekolah.
Ada duit insurans nyawa.
Saya ada duit yang mencukupi untuk hidup.
Enam tahun lalu, saya tinggal di tempat letak kereta Walmart.
Saya belanja 0.88 dolar untuk makan setiap malam.
Tinggal di dalam van memang hebat,...
...tetapi sekali-sekala bagus juga jika ada bilik mandi...
...dan dapat mandi.
Saya dengar awak sudah ada teman wanita.
- Menuju ke arah itu. - Menuju ke arah itu?
Dia menyokong saya,...
...dan mahu saya buat perkara yang saya suka.
Ya. Kita akan lihat.
Ya, tapi mungkin ada ramai teman wanita dalam hidup saya.
Dari segi pendakian,...
...saya ada matlamat yang mahu dicapai...
...dan saya sentiasa akan utamakan pendakian...
...berbanding wanita.
Sekurang-kurangnya, setakat ini.
Berapa kali awak sudah mendaki El Capitan?
Mungkin 40 kali.
Pernah mendakinya secara solo bebas?
Tidak, sesiapa pun tidak pernah.
Mengapa masih belum?
Tengoklah dan fikirkannya,...
...ia amat menakutkan.
Saya pernah terfikir...
...sejak tahun 2009, setiap tahun sejak 2009,...
...saya asyik terfikir, "Inilah tahunnya."
Setiap tahun apabila saya memanjatnya, saya terfikir,...
..."Ini bukan tahunnya, ia mustahil."
Saya pun tertanya-tanya.
Masalahnya ialah saya tidak akan berpuas hati...
...selagi saya tidak cuba.
Jika saya berusaha dan masih tidak berjaya,...
...mungkin ia bukan untuk saya daki,...
...tetapi untuk generasi akan datang.
Atau mungkin sesiapa yang sudah lepaskan segalanya dalam hidup.
Semasa saya fikirkan El Capitan beberapa tahun lalu,...
...ada banyak persoalan tentang tembok itu.
Saya tidak tahu tentang cerun ini,...
...saya tidak tahu tentang cerun itu,...
...dan saya tidak tahu tentang kepingan batu ini,...
...ada banyak perkara yang tidak masuk akal bagi saya.
Jika impian utama ialah mendaki El Capitan secara solo bebas,...
...maka saya perlu pemahaman yang baik...
...tentang permukaannya.
Imej mental tentang bahagian yang sukar.
Lokasinya serta masalah yang mungkin dihadapi.
Jika saya mahu memanjatnya,...
...Freerider nampaknya laluan yang terbaik.
LALUAN FREERIDER, YOSEMITE, CALIFORNIA, 3,200 KAKI
- Hai. - Apa khabar?
Hei.
Lebih baik saya ikat terus pada abah-abah.
Awak mahu mengetuai Freeblast atau saya?
Saya rasa kita patut buat seperti sebelum ini...
...dan awak yang mengetuai Freeblast.
Saya akan cuba daki...
- ...sejauh mungkin. - Ya.
Tommy baru tiba dan mereka akan daki laluan Freerider.
- Baiklah. - Saya akan cuba daki...
...cerun ini dan cerun Traverse...
...kemudian saya akan guna pemegang.
Baiklah.
Adakah tali kita cukup...
- ...untuk melakukannya? - Ya.
Baik.
Idea mendaki El Capitan bersama Tommy Caldwell...
...adalah untuk merasai laluan itu dan mendapat bayangan.
Untuk lihat di mana yang menakutkan dan yang tidak.
Oh Tuhan.
Lihat tali pada pendakian pertama.
Tommy ialah wira bagi saya sejak kecil lagi.
Saya tiada posternya di dalam bilik semasa kecil,...
...tetapi dia seperti wira lain.
Saya akan cakap, "Tommy hebat."
Tommy tunjukkan perkara yang boleh dibuat...
...iaitu mendaki bebas di El Capitan.
Tommy ialah pendaki yang meneroka setiap aspek perbatuan.
Kebanyakan laluan yang dia tetapkan di El Capitan...
...tidak dapat diulangi kerana ia terlalu sukar.
Kemuncaknya ialah Dawn Wall...
...iaitu projeknya selama bertahun-tahun.
Ia dinding batu yang paling sukar didaki di dunia.
PENEROKA MODEN
Sudah bertahun-tahun saya taasub dengan El Capitan.
El Capitan sangat besar.
Kebesarannya tidak dapat dibayangkan.
Ia terdiri daripada 3,200 kaki granit.
Apabila melihatnya, nampak seperti mustahil,...
...ia tidak kelihatan seperti boleh didaki.
Saya faham sebab Alex taasub.
El Capitan membuat ramai pendaki taasub.
Ia kali pertama didaki pada tahun 1958...
...oleh Warren Harding,...
...dan ia memakan masa 46 hari selama 16 bulan...
...kerana mereka tidak boleh mendakinya secara berterusan.
Mereka perlu gerudi bolt ke dalam granit...
...dan tarik diri ke atas.
Sejak itu,...
...El Capitan menjadi tumpuan dunia pendakian gunung.
Saya sudah mendaki El Capitan selama 20 tahun...
...tapi saya tidak akan lakukannya tanpa tali.
Tidak boleh buat silap walaupun sedikit.
Bayangkan kejayaan mendapatkan pingat emas Olimpik,...
...yang jika kita gagal dapatkannya, kita akan mati.
Itulah persamaan mendaki El Capitan secara solo bebas.
Ia perlu dilakukan dengan sempurna.
Hari ini, saya membayangkan pelbagai jenis senario,...
...memikirkan tentang gerakan, posisi badan...
...dan perkara paling penting, memikirkan tentang perasaan...
...berada dalam kedudukan itu tanpa tali.
Banyak perkara yang boleh dibuat jika ada tali.
Oh Tuhan.
Akan tetapi apabila membayangkan tali tidak digunakan,...
..."Saya tidak pasti jika tempat kaki itu boleh dipercayai."
Oh Tuhan, kaki saya sangat sakit.
Saya teruja dan tangan saya sakit.
Saya rasa penat.
No comments yet. Be the first to leave one.