لومړۍ 200 کرښې.
Luka tembakan, masuk ke dalam badan, tak tembus. Beri tekanan.
Di sini.
Masukkan IV.
Mohon sinar-X abdomen, dan sediakan pesakit untuk AR vaskular.
Baik, doktor.
Lilia, awak perlu lawan.
- Dah dapat pengenalan? - Belum, tuan.
Kes ini pelik, tuan.
Semua sudah mati. Nampak macam dibaham haiwan.
BUKTI
Cik.
Kami menyiasat homisid melibatkan beberapa orang mangsa.
Awak jururawat bertugas?
Siapa nama awak?
Isabelle Pineda.
Jururawat Pineda.
Ketua Inspektor Carreon. Ini Inspektor Angua.
Kami nak cakap dengan pesakit awak, Filomena Reyes. Dia di sini, bukan?
Dia menjadi orang penting dalam kes yang kami sedang siasat.
Dia perlu berehat.
Cik, kami bukan pelawat.
Kami polis.
Tuan
rasa pesakit saya yang berusia 88 tahun
membunuh seseorang?
Kalau bukan dia, pasti dia tahu pelakunya.
Jururawat Pineda,
tak mengira umurnya, maksud rakan sekerja saya,
mungkin dia boleh beri maklumat
tentang kejadian yang dia nampak semalam
supaya kes ini boleh diselesaikan. Itu saja.
Dia kehilangan banyak darah.
Dia tak patut diganggu walaupun kamu polis.
Itu menghalang keadilan!
Datang semula apabila dia lebih stabil.
- Baru cakap dengan dia. - Cik, awak tak…
Kami faham.
Terima kasih luangkan masa.
Kami akan kembali.
Apa pula kali ini?
Awak tak nak jawab?
Baguslah puan dah sedar.
Saya jururawat di Hospital Besar Baguio ini.
Siapa bawa puan ke sini?
Bagaimana puan boleh datang?
Siapa yang asyik telefon?
Tak penting.
Puan kehilangan banyak darah.
Puan ingat bagaimana puan ditembak?
Bagaimana saya sampai ke sini?
Anak puan yang bawa.
Kami mencari dia, tapi tak tahu dia pergi ke mana.
- Apa? - Bagaimana nak hubungi dia?
Anak saya?
Saya tak ada anak lelaki.
Ada seorang lelaki di sini.
Dia berusia sekitar 30 tahun, tingginya lebih kurang begini,
dan rambutnya panjang.
Itu Matias.
Dia bukan anak saya.
Dia teman lelaki saya.
Baguslah, puan.
Cubalah berehat.
Maaf tentang ini.
Saya dengar awak bercakap dengan polis.
Terima kasih.
Tapi saya betul-betul nak berehat dulu.
Mungkin saya boleh beritahu awak apabila saya dah sedia nak bercakap.
Baiklah.
Terima kasih.
- Tolonglah! - Jangan melawan!
Hei, pengumpul!
Saya dengar awak dapat kes lain, ya?
Awak nak tambah dalam koleksi awak?
Budak tak guna.
Budak tak guna!
Sekejap.
Kenapa dia dipanggil "pengumpul"?
Sebab dia kolot.
Dia paling lama di sini, tapi masih lagi berpangkat inspektor.
Tiada satu pun kesnya selesai.
Dia kumpul kes dan failkannya. Kadangkala, dia cuma melihatnya saja.
Dia tak pernah selesaikan kes?
Tak pernah!
Kenapa dia tak reka sesuatu saja?
Letak dadah atau pistol?
Dia memang lurus bendul.
Polis yang bodoh.
Kenapa dia masih tak dipecat?
Kalau dia dipecat, kita semua dipecat.
BELUM SELESAI
Saya rasa kes ini ada kaitan dengan kes lama saya.
Lihat lokasinya.
Tempat kejadian sama saja.
Tengok kecederaannya.
Ini pembunuh bersiri, tuan. Mereka dah kembali!
- Dari tahun 1980-an? - Ya, tuan!
Pembunuh bersiri?
Usahawan kaya yang menguruskan badan amal. Filomena Reyes?
Ya, Lilia.
Dia pemilik rumah yang dipecah masuk baru-baru ini.
Dia ada beberapa perniagaan di Baguio.
ANAK JATI KEBANGGAAN BAGUIO
- Apa itu? - Bila gambar ini diambil?
Pada 1980-an. Dulu dia suspek saya, tapi tiada apa-apa hasil.
Kalau Filomena tiada anak,
jadi siapa ini?
Saya ambil gambar itu pada tahun 1990-an.
Lelaki itu macam tak menua, bukan?
Jadi, siapa dia?
Saya masih tak tahu. Dia tak ada sebarang rekod.
Ini sukar dipercayai, tapi tengok ini.
Lilia sendirian dalam gambar, tapi macam bercakap dengan seseorang.
Betul. Peliknya.
Kenapa lelaki ini tiba-tiba muncul padahal Lilia Reyes sudah tua?
Sayang, saya balik dulu.
Kenapa? Syif awak dah tamat?
Syif saya dah tamat, tapi…
- Hei. Tidak. - Kita kekurangan staf. Boleh tolong?
- Saya belum… - Tolonglah. Ini Hari Keluarga anak saya!
Sekejap, saya belum mandi atau makan!
Kita dah biasa begini, bukan? Ayuh, awak boleh buat.
Lagipun, awak bujang. Bolehlah!
- Biar betul? Bujang dan didera. - Tolonglah? Terima kasih.
Terima kasih. Jumpa lagi. Sayang awak!
Isabelle!
Awak tak jawab telefon!
Jangan begini, saya ada pesakit.
Awak tipu! Syif awak dah tamat tadi, bukan?
Saya ganti untuk syif siang.
Awak kata nak tolong saya bayar sewa.
Saya ada cakap begitu?
Awak kata nak sokong saya semasa saya buat seni!
Itu dulu, ketika kita masih bersama.
Kita dah berpisah. Jadi, boleh pergi?
- Saya ada pesakit! - Ya?
Kalau begitu, pulangkan lukisan yang saya berikan untuk saya jual.
Apa?
Awak nak saya panggil pengawal?
Jururawat…
Biar betul! Awak tak nak pergi?
- Jururawat! - Menjengkelkan!
Saya ada di sini.
- Awak perlukan bantuan? - Tak apa. Saya akan uruskan.
Tarik nafas panjang.
Puan tak apa-apa?
Saya rasa awak perlukan bantuan.
Terima kasih.
- Dia masih di sana? - Masih di sana.
- Boleh saya berada di sini? - Sakitnya! Jangan pergi.
Aduh!
Okey, tarik nafas panjang.
Dia dah pergi.
Dia keluar.
Dia dah pergi.
Terima kasih.
Awak nak dengar cerita?
Cerita apa?
Keluarga saya tinggal di Baguio. Kehidupan kami selesa.
Tapi pada Disember 1941…
Lilia, biarkan saja. Kamu dah berkemas?
- Ya! - Kamu dah siap. Mari pergi. Ayuh!
Cepat, mari pergi!
Tentera Jepun datang. Perang meletus.
Tentera Jepun…
Salam Maria…
Ada orang?
Kami tinggalkan Baguio sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Ibu bapa saya fikir keadaan akan menjadi lebih baik.
Kami pindah ke Batangas dan tinggal dengan saudara.
Teresing!
Kehidupan kami di sana sangat berbeza daripada kehidupan sebelumnya.
Teresing.
Kami terpaksa kerana tiada pilihan lain.
Kami merayu. Kami merantau jauh.
Kami tak boleh menumpang sementara?
Bahaya.
Saya akan merisikokan diri.
Bagaimana dengan saya?
Abang,
tolong terima ini.
Ambillah!
Dengar sini…
Ini bukan tentang duit, okey?
Tapi awak pasti tahu…
Kami merayu.
Kali ini saja, tolonglah.
Awak tak perlu merayu.
Tapi saya membahayakan diri.
Ayah berjanji akan ambil semula selepas perang.
Ia masih milik kamu. Kita simpan saja.
Baiklah.
Kamu boleh tinggal di sini,
tapi jika tentera Jepun datang, tanggung sendiri.
Hei, apa itu?
Saya tak tahu.
Saya nampak
Mulanya nampak macam manusia, kemudian bertukar jadi raksasa!
Ia membunuh keluarga ini, jadi saya pun kejar guna parang.
Aswang
No comments yet. Be the first to leave one.