لومړۍ 170 کرښې.
Eh?
Arai turun tadi, kan?
Kobeni, awak berdiri di situ dan membuat gerak isyarat "V".
Aduhai...
Aki, apakah yang berlaku?
Rasanya ini keupayaan iblis.
Kobeni, awak berdiri di situ dan jangan gerak.
Kenapa ada bilik lagi di luar tingkap?
Eh, saya tak dapat keluar melalui mana-mana tingkap.
Semuanya menuju ke bilik di seberang.
Memang begitu.
Kita telah ditahan di tingkat lapan
dan tak dapat keluar.
Mari menganalisis keadaan sekarang.
Rasanya iblis yang membuat kacau.
Tak kira kita naik dan turun dari tangga tingkat lapan.
kita akan kembali ke tingkat lapan.
Lif juga rosak tanpa sebab.
Kita tak dapat keluar melalui bilik atau tingkap.
Biarpun buka siling, kita tetap akan balik ke tingkat lapan.
Adakah disebabkan oleh iblis yang dibunuh oleh Power tadi?
Ia menggunakan kuasa meterai sebelum mati.
Iblis itu yang...
Awak yang suruh saya bunuh iblis itu!
Bukan saya!
Mustahil. Kuasa iblis akan hilang selepas mati.
Aki, adakah serpihan daging itu mempunyai reaksi?
Untuk itu,
ia belum ada sebarang reaksi hingga sekarang.
Ia menggunakan iblis tadi sebagai umpan untuk menganiayai kita.
Ini kali pertama saya menemui iblis yang begitu licik.
Namun,
jika lama kita tak keluar,
pemburu iblis lain akan datang membantu, kan?
Harap-harap mereka tak terperangkap seperti kita.
Kita semua akan mati di sini.
Kita akan mati kelaparan...
Ko... Kobeni, kuatkan semangat!
Bukankah awak jadi pemburu iblis agar abang awak dapat belajar di universiti?
Saya juga terpaksa sebenarnya.
Ibu bapa saya cuma mahu hantar abang yang cemerlang ke universiti.
Mereka suruh saya kerja untuk dapat duit.
Saya cuma lakukan kerja haram atau menjadi pemburu iblis.
Sebenarnya, saya juga nak belajar di universiti.
Namun...
Saya pasti akan mati di sini!
Muka awak...
Tak berguna!
Jangan ketawa lagi!
Kobeni, iblis paling suka ketakutan.
Musuh paling gembira jika nampak awak begitu takut.
Namun, saya benar-benar takut.
Kenapa Aki pun kelihatan tak kena?
Jam di dalam bilik...
berhenti pada pukul 8:18 sejak tadi.
Jam di dalam semua bilik
telah henti pada pukul 8:18.
Mungkin disebabkan keupayaan iblis,
hanya masa di tingkat lapan telah henti.
Jika begitu, barangkali tiada orang dapat datang bantu.
Baguslah! Saya dapat tidur sepuas-puasnya.
Adakah awak bodoh?
Barangkali kita akan tertahan di sini buat selamanya.
Mungkin tidak juga.
Kamu bangunkan saya selepas ada cara penyelesaian.
Rugilah jika tak tidur di atas katil yang begitu selesa ini.
Saya akan tidur dengan rasa syukur kepada iblis...
Dia benar-benar tidur.
Denji.
Awak dah patut bangun.
Kita sudah dapat keluar dari tingkat lapan?
Sayang sekali, nampaknya kita masih tak dapat keluar sekarang.
Apabila awak tidur,
kami sedar air dan elektrik masih dapat digunakan.
Kami juga jumpa makanan di dalam bagasi tetamu yang melarikan diri.
Sejujurnya, semua orang sudah hampir tak dapat tahan.
Aki tak henti-henti mencari iblis.
Saya minta dia rehat, tapi dia enggan dengar.
Asalnya, Arai mencari bersama Aki,
tapi dia telah mengurung diri di dalam bilik
sebab takut akan keadaan sekarang.
Kobeni juga telah gila.
Dia cuba minum air mangkuk tandas, jadi saya pukul dia hingga pengsan.
Manusia iblis itu pula...
Kenapa dengan Power?
Saya ada banyak masa lapang dan asyik fikir pasal Hadiah Nobel.
Asalkan ciptaan saya memenangi Hadiah Nobel,
manusia akan patuh pada saya, kan?
Kemudian, saya akan jadikan Hadiah Nobel sebagai batu loncatan
untuk menjadi Perdana Menteri.
Saya nak lihat manusia menderita.
Langkah pertama adalah meningkatkan cukai penggunaan ke 100%!
Dia selalunya begitu.
Baiklah jika begitu.
Kita bertiga akan memantau Kobeni dan Arai.
Jika hanya saya seorang, saya takkan dapat pergi ke tandas.
Tinggal sebatang rokok sahaja.
Awak terlalu tenang. Bosannya.
Aki sedang berusaha mencari, jadi saya dapat berehat.
Tambah lagi dengan kuasa nikotin.
Dapat bergantung pada sesuatu ialah satu perkara baik.
Saya nak menjalani kehidupan dengan bergantung pada benda lain.
Jenama rokok kamu adalah sama.
Sebab orang yang ajar Aki merokok
ialah saya.
Aki, awak tak merokok?
Merokok akan menjejaskan tulang. Saya tak mahu.
Baik awak belajar merokok untuk bergaul dengan orang lain.
Saya enggan bergaul dengan sesiapa.
Biar saya teka sebab awak nak jadi polis.
Barangkali awak nak bunuh Iblis Pistol, kan?
Orang yang jadi polis dengan muka muram selalunya begini.
Sebab hanya polis dapat memiliki serpihan daging Iblis Pistol.
Pemburu iblis takkan hidup lama. Merokok sajalah.
Saya takkan mati dengan begitu mudah.
Awak harus patuh pada janji ya.
Kematian pasangan adalah amat menyusahkan.
Apakah masalah dia?
Dia teman wanita pasangan saya sebelum ini.
Berkonflik dengan kenalan pasangan yang mati merupakan perkara biasa.
Mereka tak mampu balas dendam terhadap iblis,
jadi mereka hanya dapat lepaskan geram pada saya.
Saya anggap perkara ini sebagai salah satu kerja pemburu iblis.
Apa awak buat tadi?
Saya melekat gula-gula kenyal
pada baju bajingan itu.
Awak patut melawan apabila dipukul.
Ini bukan masalah awak.
Saya rasa tak puas hati,
jadi saya pergi balas dendam.
Padan muka dia.
Orang itu takkan sedar tentang gula-gula kenyal itu buat selamanya.
Oh, ya. Guru pernah kata,
pemburu iblis yang ditakuti oleh iblis
bukan orang yang kuat ataupun berani,
tapi orang yang otaknya bermasalah.
Jadi, awak pasti dapat panjang umur.
Adakah awak mengusik saya?
Beri saya tauhu badam itu jika awak tak makan.
Saya beri awak sebatang rokok.
Merokok akan menjejaskan tulang. Saya tak mahu.
Saya ada firasat bahawa kita akan bergaul dengan lama.
Saya harap awak dapat merokok.
Saya hanya hisap sebatang rokok bersama awak.
Saya cuma akan hisap sebatang rokok ini dalam sepanjang hidup.
Senior Himeno, awak masih ada rokok?
Sayangnya, ini rokok terakhir.
Berilah saya rokok itu.
Aduhai.
Itu ialah ciuman secara tak langsung! Liciknya!
Diam.
Ada satu berita buruk.
Bukankah kita bunuh seekor iblis?
Saya yang bunuhnya.
Iblis itu...
telah semakin besar.
Saya memang telah bunuhnya tadi...
Kita tak dapat keluar dari hotel ini.
Saya tak pernah nampak bentuk ini...
Apakah iblis ini sebenarnya?
Manusia.
Kamu manusia
yang bodoh.
Saya nak membuat perjanjian dengan kamu.
Ia telah bercakap.
Perjanjian apa?
Biar saya makan manusia yang bernama Denji itu.
Mayatnya pun boleh... Biar saya makan dia...
Dengan itu, saya akan biar pemburu iblis lain keluar dari sini secara selamat.
Balik secara selamat...
No comments yet. Be the first to leave one.