لومړۍ 200 کرښې.
Anda tak larat. Saya tak larat.
Kita semua dah tak larat dengan cuaca panas, lembap dan berkabut ini.
Kita dah bosan dengar tentang suhu lebih 30 darjah Celsius.
Pengedar GM penuhi segala kehendak anda.
Hai, saya Belinda Carlisle, anda menonton MTV.
ARKED PERMAINAN VIDEO
Berjaya!
Satu hari lagi bersuhu panas di negara kita,
sekurang-kurangnya di 24 bandar.
Tak pernah ada 22 Jun yang sepanas ini.
Ini yang paling teruk.
Seingat saya dulu tak pernah ada musim yang berterusan panas begini.
Ini sukar bagi saya, saya ada asma.
Ia mengancam kesihatan saya.
Amaran dikeluarkan di seluruh negara
kerana kemarau tahun 1988 memasuki tahap kritikal.
Kerajaan berkata kemarau melanda 48 negeri.
BANTULAH KAMI, TUHAN
Kawasan tandus di pergunungan, ladang gersang di Midwest,
suhu tinggi di seluruh negara…
Keadaan yang dahulunya cuma cereka sains kini menjadi kenyataan.
Di seluruh negara, gelombang haba membunuh sekurang-kurangnya 36 orang.
Dua lelaki berusia awal 20-an
mati akibat strok haba bulan lepas di sini.
Yang merisaukan,
suhu panas ini mungkin akibat pengumpulan CO2 di atmosfera,
iaitu kesan rumah hijau yang ditakuti.
Pasti semua orang mahu tanya
tentang suhu panas yang melanda banyak kawasan di negara kita.
SIDANG KESAN RUMAH HIJAU
Adakah gelombang haba dan kemarau ini ada kaitan
dengan kesan rumah hijau?
Saya nak mula dengan Dr. James Hansen,
pengarah Kajian Angkasa di Institut Goddard.
Kadar pemanasan sejak 25 tahun lalu adalah yang tertinggi dalam rekod.
Empat tahun paling panas semuanya dalam tahun 1980-an,
dan 1988 akan menjadi tahun paling panas dalam rekod.
Pada pendapat saya, ini ialah bukti kukuh
bahawa kesan rumah hijau telah dikesan
dan ia mengubah iklim kita sekarang.
Gelombang haba bukan hanya berpunca daripada pemanasan rumah hijau.
Tapi seperti kata Jim,
memang munasabah untuk kita andaikan kesan rumah hijau wujud.
Ia sedang berlaku. Pemanasan dah bermula.
PEMANASAN GLOBAL BERMULA PAKAR BERITAHU SENAT
Ramai saintis kini yakin kita telah mengubah atmosfera…
KEPANASAN BERMULA
…hingga menjadi perangkap haba.
KESAN RUMAH HIJAU
Kita berada di dalam gelembung.
Pemanasan iklim yang laju akan mengubah wajah dunia
dan mungkin akan mencetuskan bencana alam yang lebih kerap.
New York mungkin akan alami cuaca seperti Miami.
Dr. Stephen Schneider daripada Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan.
Mungkin saya terima 10 panggilan seminggu dalam beberapa bulan ini
bertanyakan soalan,
adakah gelombang haba dan kemarau ini amaran yang kamu semua sebut
sejak 15 tahun dulu?
Awak sedia nak jawab, "Saya dah kata"?
Pakar macam awak jarang dapat peluang bercakap kepada jutaan rakyat
dan kata, "Hei, sedarlah. Ini serius."
Tak kira macam mana kami kira,
hasilnya sama saja.
Jadi, kami tahu kesan rumah hijau itu wujud.
Apa maksud kesan rumah hijau?
Pencemaran melalui minyak dan plastik,
dan kemusnahannya dalam persekitaran semula jadi.
Kita boleh kawal lalu lintas dan isu-isu lain.
Kita patut kawal isu ini juga. Ia sangat penting.
Presiden Reagan melawat kawasan tengah AS
untuk melihat sendiri kesan kemarau.
Petani hadapi bencana alam paling teruk sejak Dust Bowl zaman 1930-an.
Di Illinois,
Naib Presiden George Bush memujuk petani yang ladangnya dipenuhi tanaman layu.
Dalam tahun pilihan raya ini, Rumah Putih dan naib presiden sedar bahawa
cara mereka tangani isu kemarau boleh mempengaruhi
peluang Republikan menang.
Tuan-tuan dan puan-puan, naib presiden Amerika Syarikat.
Selepas tujuh tahun di belakang Ronald Reagan,
George Bush naik ke pentas pada malam ini dan berkata,
"Saya nak jadi pemimpin anda.
"Dengar, lihat dan mengundilah November nanti."
31 OGOS 1988
Saya nak cakap tentang aspirasi saya.
Tentang rancangan saya untuk menangani isu alam sekitar.
Timbalan Presiden AS, Yang Berhormat George Bush.
Selamat datang ke Michigan.
Terima kasih semua.
CALON PRESIDEN REPUBLIKAN
- Cantiknya. - Tempat ini cantik.
Terima kasih, para hadirin semua.
Terima kasih.
Musim panas ini, kita banyak bercakap tentang kesan rumah hijau.
Apabila negara-negara semakin maju, pembakaran bahan api fosil meningkat
dan itu mengeluarkan CO2
yang boleh menyumbang kepada peningkatan suhu di atmosfera.
Tapi ada yang kata masalah ini terlalu besar
dan masalah pemanasan global ini mustahil dapat diselesaikan.
Jawapan saya mudah saja.
Ia boleh dilakukan dan kita mesti lakukannya.
Dan isu ini
tidak dibatasi ideologi atau sempadan politik.
Ini bukan fahaman liberal atau konservatif.
Ini agenda bersama untuk masa depan.
Mereka yang rasa kita tak mampu tangani kesan rumah hijau ini
lupa tentang kesan Rumah Putih.
Sebagai presiden, saya mahu buat sesuatu.
Soul Train.
Pengalaman terhebat di AS.
"ADAKAH ANDA SANGGUP BERKORBAN?"
7 JULAI 1977
PRESIDEN JIMMY CARTER
PEJABAT EKSEKUTIF PRESIDEN PEJABAT DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI
MEMORANDUM KEPADA PRESIDEN
PELEPASAN CO2 FOSIL DAN KEMUNGKINAN PERUBAHAN IKLIM YANG MEMBAWA BENCANA
MASALAH INI BERPUNCA DARIPADA KETIDAKMAMPUAN KITA
UNTUK SEGERA BERALIH KEPADA BAHAN API BUKAN FOSIL
Adakah ini cuma cuaca buruk atau perubahan iklim yang besar?
Apa kesannya kepada hidup kita?
Para saintis telah lama fikirkan soalan itu.
Saintis yang ketengahkan isu ini,
Dr. Stephen Schneider, pakar iklim di Boulder, Colorado,
memberi amaran yang kita pertaruhkan masa depan dan akan kalah.
Schneider ialah timbalan ketua Projek Cuaca
di Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan.
Semasa berbincang dengan saintis lain atau mengkaji data cuaca,
dia sentiasa fokus pada kelangsungan hidup manusia.
Bahan pencemar buatan manusia berkembang pada kadar eksponen.
Awak bercakap tentang pencemaran udara industri dan automotif.
Ya, itu antara contoh.
Pembakaran bahan api fosil, arang, minyak dan gas,
semua itu hasilkan produk sampingan iaitu CO2
dan jumlah CO2 yang dihasilkan sejak abad lalu
diketahui semakin meningkat.
Itu memang pasti.
C02 DI ATMOSFERA 1958-1977
CO2 BAHAGIAN PER JUTA (BPJ)
Kita lihat peningkatan 10% CO2 sejak 20 tahun lalu.
Jadi, apa kesannya?
Ia menghasilkan kesan rumah hijau yang memanaskan bumi,
yang boleh cetuskan perubahan iklim
yang tak pernah berlaku
sejak 5,000 tahun lalu.
Ia boleh berlaku hujung abad ini, melebihi perubahan semula jadi.
Maknanya ia boleh berlaku?
Ia boleh berlaku. Saya tak rasa kemungkinannya kecil.
- Awak rasa… - Kemungkinannya besar.
Selamat sejahtera.
Malam ini saya nak cakap tentang masalah
yang tak pernah berlaku dalam sejarah.
Minyak dan gas asli yang kita guna untuk 75% tenaga kita
hampir habis.
Punca masalah tenaga kita sama seperti punca masalah alam sekitar kita.
Pembaziran sumber.
Pemuliharaan bantu kita selesaikan kedua-dua masalah serentak.
Ada tak perkara yang presiden sebut tadi
yang awak tak boleh terima?
Saya tak suka bersejuk pada musim sejuk.
Awak sanggup berkorban untuk selesaikan masalah ini?
Saya tak kisah pun.
Saya juga akan ajar anak-anak saya buat begitu.
Sebenarnya, mereka yang selalu ajar saya.
Sudikah awak membantu?
Saya akan bantu. Saya akan cuba. Ya.
Saya rasa presiden tak boleh buat sendiri.
Saya pasti kita semua perlu membantu.
Awak takut tak semasa Presiden Carter cakap tentang tenaga malam tadi?
Saya tak tonton TV. Saya mabuk semalam.
Menjelang akhir abad ini,
saya mahu 20% daripada semua tenaga yang negara kita guna
dijana oleh matahari.
Ancaman jangka panjang,
yang kita tak pertimbangkan pun beberapa tahun lalu,
iaitu pengumpulan CO2,
kini menjejaskan kita semua.
Penjimatan tenaga perlu jadi cara hidup kita.
Selamat menonton bersama Walter Cronkite.
Selamat sejahtera.
Tiga presiden cuba yakinkan kita yang kita perlu jimatkan minyak.
Tapi gagal.
Penggunaan meningkat, begitu juga kebergantungan negara pada minyak asing.
Sementara Iran berusaha stabilkan politiknya,
eksport minyak masih dihentikan.
Minyak Iran penting dalam pengeluaran gasolin Amerika.
Keadaan boleh jadi serius seperti embargo minyak Arab 1973-1974.
Jabatan Tenaga umumkan pelan catuan gasolin
yang boleh hadkan pengguna kereta kepada dua gelen sehari.
MAAF, TIADA MINYAK
MAAF, TIADA MINYAK
Saya dah beratur di dua stesen.
- Pagi ini? - Pagi ini.
- Berapa lama? - Kedua-duanya lebih sejam.
Kereta dah habis minyak.
Kosong.
Orang patut letak kereta di garaj
dan biarkan saja di situ.
Awak tak buat pun.
Sebab orang lain tak buat.
Habis nak buat apa? Duduk di rumah seorang?
Jika semua orang buat, itu idea yang bagus.
No comments yet. Be the first to leave one.