لومړۍ 200 کرښې.
BILIK SOAL SIASAT
Nama penuh pertama?
Thabo.
Semua orang panggil awak Thabo?
Tom dan Thabo, ya.
Saya lihat dalam media,
orang gelar awak "perogol Facebook".
"Perogol bersiri Facebook" Thabo Bester
mengumpan wanita muda dengan kontrak sebagai model
dan menjadi kawan mereka di Facebook.
Bester dipercayai dikaitkan dengan 20 kes rogol dan rompak.
Ia menjadi kes bunuh apabila dia menikam seorang model muda sehingga mati.
Lelaki ini berbahaya.
Saya tak rasa macam manusia normal lagi.
Dia seorang psikopat.
Bester dihukum penjara seumur hidup atas beberapa kes rogol dan bunuh.
Namun, ketika dia di dalam penjara, ada beberapa wanita
yang datang melawat dia.
Seorang daripada wanita itu ialah doktor selebriti,
Nandipha Magudumana.
Bagaimana seorang doktor boleh tertarik kepada pembunuh?
Cinta boleh buat kita lakukan hal yang luar biasa.
Jelas dia tertarik kepada Thabo.
Afrika Selatan belum pernah melihat gandingan Bonnie dan Clyde.
Kemudian saya sedar perkara ini terbongkar.
Thabo Bester yang mengawal.
Lelaki ini sangat jahat. Keji.
Apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua?
Mungkin dia yang goda Thabo.
Adakah ini kerana tamak?
Bagaimana seseorang mampu melakukannya?
Saya tak boleh bayangkan anak perempuan saya lakukan hal begini.
Adakah dia rakan subahat atau mangsa?
Mungkin dia mangsa, tapi ceritanya perlu benar-benar bagus.
MATINYA RAKSASA
Hei, saya tak tahu nak mula di mana.
MESEJ SUARA THABO BESTER YANG DIKATAKAN DARI PENJARA
Saya akan cuba beritahu selengkap yang boleh.
Tolong jangan beritahu sesiapa
sebab saya tak nak orang mencari awak.
Oh, Tuhan, tolonglah aku.
Tak tahu jika saya akan selamat jalani hukuman di sini
atau mereka akan bunuh saya.
Hanya Tuhan yang tahu
niat sebenar manusia.
Tapi jika sesuatu berlaku kepada saya,
setidaknya saya tahu awak dah cuba bantu saya.
3 MEI 2022
Jabatan Penjara mengumumkan
Thabo Bester atau dikenali sebagai "perogol Facebook"…
"PEROGOL FACEBOOK" DITEMUI MATI
…membakar diri di dalam selnya dan mati.
Jabatan Penjara Afrika Selatan
sedang menyiasat kematian Thabo Bester.
Bagaimana kejadian seperti ini boleh berlaku?
Jabatan Penjara perlu beri penjelasan
terhadap hal yang berlaku dan langkah yang perlu diambil.
Bagaimana seorang banduan
di penjara kawalan maksimum boleh membakar dirinya?
Kita dah mula, Antony?
HAKIM EDWIN CAMERON
JEMAAH KEHAKIMAN PENJARA (JICS)
Kami menerima laporan, Thabo Bester mati terbakar di dalam selnya
kerana membunuh diri.
Penjara tempat yang sengsara
dan cetuskan pemikiran yang dahsyat bagi mereka yang dikurung.
Jadi kami biasa menerima laporan banduan membunuh diri.
Tapi kes yang ini unik dan aneh.
Keanehan yang pertama, belum ada banduan yang mati terbakar
di dalam sel di penjara maksimum Mangaung.
PENJARA MANGAUNG
Penjara ini dibina dengan baik.
Sel-selnya berkelompok seperti penjara di Amerika
dan menggunakan rekaan penjara maksimum Amerika.
PENJARA MANGAUNG, BLOEMFONTEIN
Keanehan kedua pula, membunuh diri dengan membakar diri
tanpa bahan dorong utama memang sangat sukar.
Jadi bagaimana nak bunuh diri di dalam sel terkunci pada pukul 3.00 pagi
dengan berbaring di atas katil sendiri
dan membakar katil itu?
Memang sangat aneh.
CAPE TOWN, CAPE BARAT
MAHKAMAH TINGGI
Saya terkejut apabila mendengar dia mati di dalam selnya,
sebab dia seseorang yang kita kenal.
Pada 2012, ketika Thabo Bester ditangkap…
WARTAWAN JENAYAH
…saya masih wartawan muda dan menulis banyak kisah jenayah,
jadi, saya biasa menerima panggilan daripada banduan.
Saya terima satu panggilan.
- Anda terima panggilan daripada… - …Thabo Bester.
Dia kata, "Saya perogol Facebook."
Pada masa itu, semua orang kenal "perogol Facebook".
Dia dapat nama itu daripada cara dia mengumpan mangsa.
Dia akan mohon jadi kawan atau mesej mereka di Facebook
dan menyamar sebagai ejen model
yang menawarkan mereka kontrak.
Dia akan merompak dan dalam beberapa kes, dia merogol wanita itu.
ROGOL FACEBOOK LAGI!
Ini sejurus selepas merogol, sangat tenang, bersandar.
Dia juga suka mencuri komputer riba mangsa.
Sebulan kemudian, dia tangkap di Joburg semasa cuba merampas.
PEMBURUAN BERAKHIR!
Pada masa itulah dia mengaku bersalah atas pembunuhan yang dia lakukan.
KENAPA SAYA LAKUKANNYA!
Ketika saya bercakap dengannya,
dia telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan tambah 25 tahun.
Kemudian dia kata, "Tak, kita jumpa di penjara,
saya nak cakap secara bersemuka."
Saya kata, "Okey."
TAHUN 2022 THABO BESTER MEMBUNUH DIRI
Hujan turun. Hari yang muram dan basah.
Saya masih ingat ketika ke sana, kami gemuruh dan teruja
kerana memburu cerita eksklusif.
Beberapa minit kemudian, Bester pun keluar.
Ini juga kali pertama saya duduk di depan pembunuh yang dah disabitkan.
Dia kata, "Hei, kamu."
Seolah-olah
kami kawan lama yang dah lama tak bertemu.
Dia langsung tak menakutkan.
Apabila dia bercakap,
kita rasa seperti kita bercakap
dengan orang baik yang tersilap langkah.
Kami hampir terlupa dirinya yang sebenar.
Semasa salah satu lawatan kami,
pengawal penjara memberikan satu komen yang amat menarik.
Katanya, "Kamu berdua pun peminat yang nak melawat Thabo?"
Pada ketika itu, baru kami sedar ada orang datang,
secara spesifiknya wanita, yang melawat dia.
Dia pandai menggoda mangsanya dan tahu
cara untuk bermain dengan perasaan dan emosi.
Sehingga buat kami terfikir,
"Di depan kami, kelakuannya lain,
tapi dengan orang lain, dia seorang pembunuh yang kejam?"
TIGA HARI SELEPAS THABO BESTER MEMBUNUH DIRI
TIMBALAN PENGARANG GROUNDUP
Tiga hari kemudian, seorang wanita datang ke Rumah Mayat Free State…
…untuk menuntut mayat Thabo Bester.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Nandipha Magudumana.
Siapa doktor yang menuntut mayat Thabo Bester?
Rasanya ada wartawan yang kata, "Dia pempengaruh
yang amat popular."
"Jika buat apa yang anda suka, anda tak perlu bekerja,"
ialah ungkapan yang beri inspirasi Dr. Nandipha Magudumana,
pengasas Optimum Medical Aesthetics.
Apakah kesannya?
- Boleh saya jujur? - Ya.
Kesannya serta-merta.
Dia seorang doktor kosmetik
yang ada ramai pengikut di media sosial.
Rasanya kita semua menempuhi cabaran
dan yang paling penting,
kita perlu terus fokus, komited dan berfikiran positif.
Dia memiliki syarikat yang bernilai berjuta-juta rand.
Kami buat orang jadi cantik.
- Wah! - Itulah kerja kami.
Dia dilihat sangat berjaya dalam pelbagai usaha niaga.
Hari ini saya di pusat kesihatan dan tapak binaan kami.
Tapi yang anehnya,
dia mengaku dia isteri Bester secara hukum adat…
dan meminta mayat itu dipindahkan ke rumah mayat di Soweto
untuk melakukan pengebumiannya di sana.
Kenapa seorang doktor yang sangat berjaya
terlibat dengan perogol dan pembunuh?
Berita kematian Thabo Bester telah tersebar luas
dan ketika itu, Meisie Mabaso, ibu Thabo Bester,
mahu menuntut mayat anaknya.
RUMAH IBU THABO BESTER
Apabila saya buka radio,
saya dengar berita Thabo Bester terbakar.
IBU THABO BESTER
Polis Afrika Selatan mengesahkan
perogol dan pembunuh, Thabo Bester, membunuh diri.
Fikiran saya buntu kerana meratapi kematian Thabo.
Kami gelapkan tingkap, menandakan ada majlis pengebumian.
Polis datang ke rumah dan kemudian membuat ujian darah
kerana mereka nak pastikan mayat itu mayat Thabo.
Mereka beritahu saya, mayatnya telah dituntut oleh Nandipha.
Dialah yang melawat Thabo di penjara.
Jadi, apabila Thabo mati, mayatnya diserahkan kepada dia.
Selepas polis pergi, Nandipha datang bertemu saya.
Dia keluar dari kereta memakai sut balapan biru.
Tak boleh berseluar semasa berkabung.
Sepatutnya pakai skirt dan penutup kepala untuk menghormati keluarga si mati.
Dia kata dia tinggal dengan Thabo
dan berkahwin dengannya.
Kemudian, entahlah, saya sangat keliru.
Boleh beritahu nama pertama ibu awak?
- Agar saya tahu. - Meisie.
- Tapi awak membesar… - Nenek saya.
…dengan nenek awak? Okey.
PADA 2011, THABO BESTER DITEMU BUAL
OLEH AHLI PSIKOLOGI SELEPAS DITANGKAP
Boleh jelaskan kehidupan awak ketika muda?
Saya jatuh cinta dengan industri hiburan.
Saya mengagumi dan pandang tinggi pada selebriti.
Saya ingin hidup seperti mereka, memandu kereta yang mereka pandu.
Di situlah bermulanya masalah saya.
Kenapa?
Saya tak boleh pisahkan realiti dan kenyataan…
No comments yet. Be the first to leave one.