Fix You (Soul Repairer / Younghonsoosungong / 영혼수선공)

Fix You (Soul Repairer / Younghonsoosungong / 영혼수선공)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

영혼수선공-Fix You-E27-E28 NEXT-VIU
د لخوا تبصره ANANG2196

تګونه

other
په خپور شو: 2020-06-19
ډاونلوډونه: 9
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Sub bY VIU

Si Joon telah lepaskan hak untuk jelaskan dirinya...

dan juga tidak munculkan diri.

Saya rasa dia sudah bersedia untuk terima apa-apa keputusan...

yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tatatertib itu.

Jadi tiada apa-apa yang kita patut risaukan.

Jangan buang masa lagi. Uruskannya hari ini juga.

Baiklah, puan.

Apa yang saya mahu tahu ialah...

jika penyakit ini boleh disembuhkan sepenuhnya.

Ia boleh disembuhkan...

selagi awak merawatnya buat masa yang panjang.

Berapa lama masa yang diperlukan?

Saya faham bahawa ia berbeza untuk setiap orang,

tapi secara amnya berapa banyak masa yang diperlukan?

Berapa banyak hospital yang awak sudah pergi?

Ini adalah hospital keenam.

Saya faham bahawa awak rasa gelisah.

Bagaimana saya boleh dapat penyakit seperti ini?

Adakah ia genetik?

Menurut apa yang saya baca di Internet,

kebanyakan mereka yang menghidapi penyakit ini...

ada konflik dengan ibu mereka semasa kecil.

Adakah itu sebab kenapa saya ada penyakit ini?

Adalah lebih penting untuk tahu tentang diri awak sendiri...

berbanding daripada diagnosis itu.

Boleh awak ceritakan tentang diri awak?

Awak boleh cerita tentang zaman kanak-kanak...

atau apa sahaja yang awak mahu.

Zaman kanak-kanak saya?

Awak akan mainkan peranan yang sangat penting dalam rawatan.

Baiklah.

Telefon ini telah dimatikan.

Sila tinggalkan mesej selepas bunyi bip.

Kenapa telefon bimbitnya dimatikan?

Saya rasa dia sibuk.

Bukan satu masalah besar jika dia matikan telefon.

Bila kami boleh dapat makanan kami?

Makanan awak akan tiba.

Meja nombor lima, betul?

Nikmatinya.

Apa? Gambar?

Maksud awak...

timbalan pengarah upah seseorang untuk ekori Doktor Lee?

Ya, saya rasa begitu.

Saya sudah tidak boleh terima semua ini.

Doktor Park. Tuan!

Jika awak bertemu timbalan pengarah sekarang,

awak hanya akan bertengkar.

Tiada perkara lebih baik yang dia boleh lakukan...

selain daripada ekori seseorang?

Dahulu Ki Tae bukan seperti ini.

Kenapa dia terlalu taksub untuk menjadi ketua pusat ini?

Awak berdua belajar bersama-sama dahulu.

Jadi apa kata jika awak bincangkannya sambil minum?

Awak perlu bincangkannya dalam suasana yang lebih selesa.

Dengan cara itu, awak boleh berbual dengan sempurna.

Tidak perlu berbual. Dia sudah melampau.

Ki Tae, kenapa awak malukan diri sendiri?

Apa?

Awak sudah lupa bahawa saya adalah bos awak?

Dahulu awak bukan begini.

- Awak patut rasa malu. - Awak langsung tidak tahu...

betapa marahnya saya rasa disebabkan oleh Si Joon.

Silakan, awak boleh jadi ketua pusat ini.

Saya akan berusaha untuk pastikan awak mendapat kedudukan itu.

Awak fikir awak siapa? Siapa awak untuk luluskannya?

Awak menjadi timbalan pengarah juga adalah kerana saya.

Awak tidak tahu, bukan?

Tolong lakukan sesuatu untuk saya dan belajar...

bagaimana untuk menjadi seorang yang baik.

- Tidak guna! - Budak tidak guna!

Oh Tuhan, sakitnya. Hentikannya. Ia sangat menyakitkan.

Awak langsung tidak setaraf dengan saya.

Saya tidak rasa awak akan sedar tentang kesalahan awak.

Tapi walaupun begitu,

jangan sehingga kita jadi binatang.

Tidak guna.

(Restoran Gongbap, Sedang bersedia untuk beroperasi)

Saya benar-benar minta maaf tentang sebelum ini.

Saya juga bersalah.

- Awak tidak salah. - Tidak.

Saya bersalah.

Saya telah banyak kali buat awak marah.

Saya telah alami perubahan mood yang teruk.

Saya benar-benar minta maaf tentang semua yang telah berlaku.

- Gong Ji Sun. - Apa yang sedang berlaku?

Kenapa awak telah banyak berubah?

Saya akan kuatkan diri saya untuk mencubanya.

Kuatkan diri awak untuk lakukan apa?

Cuba hidup seperti orang lain.

Jika saya meletup dan kita bertengkar sekali lagi,

boleh awak berikan saya sedikit masa?

Saya akan segera tunjukkan rasa menyesal.

Apa awak sedang katakan?

Kenapa awak terus mengalah?

Bertengkar dengan awak...

buat saya rasa kesunyian.

Itu sebabnya.

Suruh Doktor Lee datang makan.

Saya boleh buat begitu?

Telefon ini telah dimatikan.

Sila tinggalkan mesej selepas bunyi bip.

Anda akan dikenakan bayaran.

- Dia tidak jawab? - Telefon dia telah dimatikan.

- Dia pasti sedang sibuk. - Jika begitu hubungi Ji Hee...

dan tanya apa yang dia sedang lakukan.

Saya boleh lakukannya.

Doktor Lee tiada di sini.

Jawatankuasa tatatertib akan bermesyuarat hari ini,

dan dia baru sahaja beredar.

Telefon ini telah dimatikan.

Sila tinggalkan mesej selepas bunyi bip.

Anda akan dikenakan bayaran.

Sebentar.

Saya tidak boleh bersikap impulsif.

Mari kita bertenang dan berfikir.

Satu. Ada sesuatu yang besar telah berlaku di tempat kerja.

Dua. Dia telah pulang ke rumah.

Tiga. Dia mematikan telefon...

kerana dia mahu bersendirian.

Empat. Adakah ia betul jika saya bunyikan loceng dia?

Lihat? Dia tidak pergi jauh.

Dia berada di rumah.

Pada waktu seperti ini,

saya perlu tunggu dia secara senyap.

Di jurang yang sempit dan dalam

Di sebuah mata air kecil di mana air jernih mengalir

Tersembunyi di antara bunga liar yang cantik

Adalah klover empat daun yang tumbuh daripada embun

Satu daun

Dua daun

Tiga daun

Empat daun

Kawal emosi saya.

Kawal emosi saya.

Kawal emosi saya.

Saya okey. Saya cuma berehat sebentar.

Doktor Lee. Jangan bersedih.

Satu hati untuk awak, dua hati untuk awak.

Jangan bersedih doktor. Awak yang terbaik.

Awak yang terbaik. Jangan bersedih.

Semoga berjaya.

Penggantungan selama sebulan?

Saya langsung tidak percayakannya.

Pemotongan gaji sudah cukup teruk, tapi penggantungan?

Awak sudah bercakap dengan Si Joon?

Dia telah mematikan telefonnya.

Saya pasti dia rasa kecewa.

Saya risau jika keadaan dia menjadi buruk semula.

Awak tidak rasa bahawa dia akan letak jawatan atau sesuatu, bukan?

Saya tidak tahu tentang perkara itu.

Dia seorang yang sukar dijangka.

Oh Tuhan.

Woo Jung.

Saya ada terdengar tentang Doktor Lee.

Awak tidak rasa ia terlalu keras?

Penggantungan bermaksud...

dia tidak boleh dinaikkan pangkat selama 18 bulan...

dan gajinya akan dipotong.

Woo Jung,

awak tidak rasa kita patut aturkan sesuatu untuk dia?

Bukankah kita patut berkumpul untuk ceriakan dia?

Hari ini, saya akan pergi...

lakukan kerja sambilan saya sebagai seorang guru.

Di akademi itu, para pelajar yang comel sedang menunggu saya.

- Saya sangat popular di sana. - Oh Tuhan.

- Percaya atau tidak. - Dia penuh dengan tenaga.

Di sini tempat di mana saya mengajar.

Saya akan pergi dan jalani hari yang sibuk ini.

Selamat tinggal!

Lee, ini adalah tentang Woo Joo.

Saya telah buat kesalahan yang besar.

Kenapa? Kenapa awak rasa ragu-ragu?

Doktor Lee.

Saya telah lakukan kesilapan besar.

Saya beritahu Woo Joo bahawa dia ada masalah psikiatri.

- Apa? - Dia cakap...

dia akan berjumpa doktor lain untuk mengetahuinya,

jadi saya tiada pilihan lain. Saya minta maaf.

Saya benar-benar minta maaf.

Bagaimana awak dapat tahu? Awak lihat carta dia?

Doktor In arahkan saya buat kajian tentang rawatan PTSD.

Saya sedang membaca carta dan...

Saya minta maaf.

Alangkah bagusnya jika awak juga ada kecacatan.

Saya boleh sukakan awak dengan bebas jika begitu.

Bukankah ia lebih baik jika awak bukan seorang doktor?

Ia pasti lebih baik jika awak tiada pekerjaan.

Apa yang awak mahu?

Kenapa pula ayah pesakit datang bertemu dengan doktor?

- Cakap apa yang awak mahu. - Apa dia?

"Methylphenidate"?

Itu adalah sejenis bahan perangsang.

Seorang budak...

Awak tahu dia masih di bawah umur.

Bagaimana awak boleh beri dia ubat perangsang...

tanpa pengetahuan ibu bapanya?

Adakah awak tidak waras?

Adakah awak mahu kehilangan lesen?

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left