My Dear Guardian

My Dear Guardian (爱上特种兵)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

1 فصل

د خپرونې معلومات

My Dear Guardian S01E38 1080p iQ WEB-DL my
د لخوا تبصره mfzf

تګونه

webdl
په خپور شو: 2026-06-17
ډاونلوډونه: 14
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 174 کرښې.

Saya tak apa-apa.

Jangan pedulikan saya.

Saya betul-betul okey.

Saya cuma tidak sangka

saya sendirilah

yang hantarnya ke balai polis.

Kebetulan pula, dia baru sahaja

hendak pertemukan saya dengan ibunya.

Kenapa menjadi begini?

Kenapa?

Ini bukan salah awak, Mi Gu.

Saya tahu

ini bukan salah saya.

Dia yang menipu saya selama ini.

Dia yang bersalah.

Padan muka dia.

Dia memang patut dihukum.

Namun, saya tetap berasa sedih.

Xia Chu.

Saya cemburu akan awak

kerana dapat kenali Zhuo Ran yang berumur 18 tahun itu,

dan bukannya Pei Yu pada hari ini.

Namun, mereka berdua amat mirip.

Mereka sangat mirip sebenarnya.

Saya rasa hampir nak mati sekarang.

Awak tak akan mati, Mi Gu.

Kita akan dilukai dalam kehidupan.

Namun, semua luka itulah

yang akan jadi kekuatan kita nanti.

Saya telah mengharunginya.

Awak pasti boleh juga.

Adakah buku ini menarik?

Semasa seseorang

meragut nyawa orang lain,

dia telah pun bunuh diri.

Sepanjang hayatnya,

dia hanya boleh hidup dalam kehinaan.

Apakah perasaan orang yang hidup sebegitu?

Kehidupan yang tanpa cinta,

benci atau ketenangan jiwa

sehingga berlarutan buat selama-lamanya.

Rasanya, orang lain sukar

untuk memahami perasaan itu

kecuali orang yang alaminya sendiri.

Liang Mu Ze.

Awak masih ingat janji awak pada saya

di laman bumbung ini?

Jangan beri saya peluang untuk selamatkan nyawa awak.

Jangan mungkir janji lagi,

Liang Mu Ze.

Liang Mu Ze.

Apa yang awak suka tentang saya?

Saya suka akan awak yang

tetap seronok menyanyi

walaupun nyanyian awak lari nada.

Apa pula yang

awak suka tentang saya?

Rupa awak yang tidak takut akan apa-apa pun.

Sebenarnya saya takut.

Apa yang awak takut?

Cuba awak teka.

Melaksanakan misi?

Cedera?

Bunuh orang?

Saya takut...

Saya takut akan kehilangan awak.

Kita memang pasangan yang sepadan.

Doktor Xia.

Terima kasih.

Terima kasih kerana menyedari saya

betapa bagusnya dapat teruskan hidup.

Saya nak nyanyi, Liang Mu Ze.

Nyanyilah.

Macam mana kalau nyanyian saya lari nada?

Saya akan temani awak sekali.

Pukul berapa sekarang?

Dia asyik tanya masa.

Menurut inferens kami,

dia dan Tuan telah pun menetapkan

masa dan cara penyampaian maklumat risikan.

Ada sesiapa yang cuba hubunginya

sejak semalam hingga sekarang?

Tak ada.

Semasa dia ditangkap di tempat kejadian,

dia telah daftar masuk ke forum Kota Nafsu

lalu menghantar satu siaran.

Apakah isi siaran itu?

Stok telah diterima.

Menunggu ketibaan angin.

Rasanya, stok itu

merujuk kepada maklumat risikan yang telah dia peroleh

ataupun

petunjuk yang berkaitan dengan maklumat itu.

Apakah yang dimaksudkan pula

dengan menunggu ketibaan angin?

Tuan.

Zhuo Ran telah berjaya dalam misinya.

Tetapi,

dia minta Tuan hantar ibunya

dan Tian Yong kepadanya terlebih dahulu.

Kami baru terima berita dari pihak Dongan.

Mustahil dia telah peroleh maklumat itu.

Maksudnya, siaran itu

adalah palsu?

Kenapa dia berbohong

kepada Tuan?

Setahu saya,

ibunya turut hilangkan diri

bersamanya pada masa itu.

Saya telah tanya Xia Chu.

Ibunya memang kurang sihat

dan menghidapi penyakit jantung agaknya.

Mungkin ibunya dijadikan ugutan selama ini

agar dia patuh kepada segala arahan

yang diberikan oleh Tuan.

Mungkin sebab dia berdiam diri

dan tidak dedahkan Tuan

adalah untuk melindungi

keselamatan ibunya.

Kalau dia nak tunggu ketibaan angin,

biar dia menunggu saja. Sambil itu,

hantar video Tian Yong ketagih dadah kepadanya.

Biarlah dia tengok sendiri.

- Baik. - Jom.

Video ini telah dipintas sekat semalam

di platform dagangan Empayar Kewangan

oleh rakan petugas kita di bahagian teknikal.

Menurut analisis awal,

video itu adalah

respons Tuan tentang siaran Pei Yu.

Namun, kami masih tak tahu sebab

Tian Yong ditayangkan dalam video itu.

Berdasarkan hasil penelitian video

serta pelan lantai rumah besar yang dibekalkan oleh

pihak polis tempatan,

kami anggarkan bahawa

Tian Yong dikurung di dalam

tingkat bawah tanah rumah itu.

Besar kemungkinan dia telah

disuntikkan dadah oleh pihak mereka.

Dong Zhi Gang.

Untuk makluman kamu,

kami telah laporkan situasi ini

kepada pihak atasan

dan juga perketatkan soal siasat terhadap sekutu yang telah ditangkap.

Sebaik sahaja kami peroleh pengakuan mereka,

pihak atasan akan turunkan perintah

untuk bekerjasama dengan pihak polis Vilik.

Kami akan

jalankan operasi penyelamatan segera.

Saya juga akan mohon kepada pihak atasan untuk bekerjasama dalam misi ini.

Hutang ini

mesti dibayar balik.

Adakah ini

Tian Yong?

Kenapa dengannya?

Dia telah ditawan oleh penjual dadah.

Dalam video itu,

dia telah disuntikkan dadah.

Kalau begitu,

apa yang boleh dibuat sekarang?

Tunggu arahan pihak atasan.

Tunggu arahan pihak atasan.

Saya tak mampu buat apa-apa pun di sini.

Liang Mu Ze.

Bawa bertenang.

Kod Morse?

Saya tengah fikir

sama ada kita patut ada

cara komunikasi khas

antara kita berdua.

Fikirkanlah.

Mungkin suatu hari nanti

- awak dijadikan orang tawanan... - Jangan mengarut.

My Dear Guardian subtitles in other languages

More Malay subtitles for My Dear Guardian

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left