ConMom

ConMom

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

ConMom 2025 Malaysub 1080p WEB
د لخوا تبصره KakifilemBot

تګونه

webdl
په خپور شو: 2025-09-26
ډاونلوډونه: 26
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Berbania merupakan sebuah kerajaan yang aman dan bahagia.

Diperintah oleh Raja Fernando

dan Permaisuri Valeriana.

Mereka ada tiga orang anak.

Anak sulung ialah Putera Pedro,

anak kedua ialah Putera Diego

dan anak bongsu pula ialah Putera Juan.

Pada suatu hari, Raja Fernando gering.

Seluruh Berbania berduka.

Tuanku, kami telah buat segala yang termampu,

tapi kami tak mampu sembuhkan tuanku.

Hanya nyanyian Ibong Adarna saja yang dapat menyembuhkan baginda.

Burung itu boleh ditemui di Gunung Tabor.

Putera Juan pergi dengan tergesa-gesa.

Curamnya gunung ini.

Pada tengah malam, Ibong Adarna mula menyanyi.

Itu mak!

Ayuh, mak!

Dia terpukau dengan suara mempesonakan itu.

Sebelum dia melelapkan mata,

dia cederakan tangan dia dan perah limau nipis pada lukanya.

Rasa mengantuknya hilang

dan dia berjaya menangkap Ibong Adarna.

Ayahanda dah sihat.

Penyakit ayahanda dah sembuh.

Terima kasih, Ibong Adarna.

Terima kasih, Putera Juan.

Ayuh, mak!

Terima kasih!

Mak sangat hebat!

Apabila saya besar nanti, saya nak jadi seperti mak.

- Yakah? - Awak pun nak jadi burung?

Sudahlah, Pak Cik Benok!

Saya nak jadi pelakon seperti mak.

Dia benar-benar hebat!

Baiknya kamu.

Jadi, cuma mak awak saja yang hebat?

- Pak cik juga! - Begitulah!

- Yakah? Hanya mereka saja yang hebat? - Sekejap!

Begitukah?

Tentulah, Pak Cik Jetboy pun hebat juga.

Begitulah. Betul, bukan?

Mak awak dan pak cik hebat sebab kami ditakdirkan untuk bersama.

Lupakan saja Pinky. Dia dah ada anak.

Janganlah serius sangat, Benok. Saya bergurau sajalah.

Kamu semua hebat!

Pak cik, ayah-ayah angkat saya dan Mak Cik Brittany.

Tapi mak yang paling hebat!

Wah!

Kamu tahu kenapa mak hebat?

Sebab mak ada penyokong terbaik.

Tapi, mak,

apa yang Putera Juan buat nampak menyakitkan,

dia cederakan lengan dia dan perah limau nipis pada lukanya.

Begini…

Kadangkala apabila kita sangat sayangkan seseorang,

kita sanggup berkorban apa saja demi orang itu.

Putera Juan berkorban

untuk tangkap Ibong Adarna dan sembuhkan ayahnya, bukan?

Mak, apabila mak sakit, saya pun akan buat begitu juga.

Saya akan cari dan tangkap Ibong Adarna untuk mak.

Kamu pun akan perah limau pada luka kamu? Betulkah kamu akan buat begitu?

Janji?

- Janji? - Janji.

Mak pun akan buat begitu.

Mak sanggup buat apa saja demi kamu. Termasuk perah limau atas luka mak.

Satu kilo pun mak sanggup.

- Okey? - Perah di mata awak?

Hanya di lengan.

Janganlah ketawa!

Apa kata beri budak ini main buaian?

- Boleh! - Mari sini.

Okey, ambil beg kamu.

Hai, Pn. Pinky.

- Selamat pagi! - Selamat pagi!

Kamu mungkin akan lambat. Cepat!

Jangan lupa…

Jaga kelakuan, dengar arahan dan sentiasa buat yang terbaik.

Syabas!

- Sempurna! - Sudahlah, mak!

Okey, masuklah. Kamu akan lambat nanti. Cium mak.

- Mak sayang kamu! - Saya juga! Jumpa lagi!

Pinky,

terima kasih untuk semalam.

Kami tak sangka Joy jatuh sakit.

Sama-sama.

Saya rasa sedikit gementar.

Awak tak beritahu awal-awal saya akan jadi burung yang menyanyi.

Peti suara saya belum bersedia!

Awak buat dengan hebat. Sejak sekolah tinggi lagi awak berbakat.

Awak dilahirkan untuk beraksi di pentas.

Jika saya jadi awak…

Saya pasti awak rindu, bukan?

Sebenarnya…

Dia akan buat kemunculan semula!

Sudahlah!

Anton takkan benarkan.

Sudah tiba masanya.

Awak dah buat semua yang suami awak nak. Yana pun dah besar.

Dia boleh uruskan dirinya sendiri. Dia berdikari dan bijak.

Ada sebab untuk awak kejar semula cita-cita awak.

Kami akan bergaduh tentang hal ini tanpa henti.

Jadi, bergaduh sajalah.

- Apa masalahnya? - Saya selesa dengan keadaan sekarang.

Saya dapat habiskan masa dengan kamu dan buat persembahan sekali-sekala.

Awak mungkin akan rosakkan hubungan mereka.

Awak memang kaki bodek. Jadilah kawan yang menyokong.

Menyokong? Saya sentiasa menyokong mereka. Saya tak nak mereka bergaduh.

Untuk pengetahuan awak, Benok,

jika bukan kerana Anton,

kita takkan dapat makan di kelab eksklusif ini.

Awak takkan dapat makan itu, walaupun awak dah tercekik.

Apa-apa sajalah.

Kamu banyak bercakap. Saya nak makan dulu.

Saya nak kencing. Jom ke tandas.

Kamu kencing sekali?

- Ya, marilah. - Mari pergi.

- Kenapa ajak saya? - Mari.

Ayuh, mari pergi!

- Awak patut ikut. - Mari.

Saya tak nak pergi. Saya akan tunggu…

Mari ikut kami, kami akan bantu awak kencing.

- Saya boleh pergi sendiri. - Tak!

Hei, awak dah fikirkan nama?

Anton?

Kenapa?

Sayang?

Anton? Sayang?

Itu Pinky.

Bila awak nak beritahu saya?

Sayang…

kita nak bergaduh tentang ini?

Biar betul, Anton?

Hal ini asyik berulang dan sekarang dia hamil.

Kenapa awak berkahwin dengan saya?

Nampak? Sebab inilah saya tak nak beritahu awak.

Awak akan melebih-lebih lagi.

Melebih-lebih? Awak buat dia hamil. Bagaimana saya nak bertenang?

Salahkah saya terluka?

Cukuplah, Pinky.

Beginilah perangai awak. Salah awak, tapi saya pula yang dimarahi.

Saya cakap cukup!

Saya dah tak sanggup lagi.

- Saya penat. - Jadi, pergilah!

Awak penat, bukan?

Jadi, pergilah! Keluar!

Pinky.

Jangan pergi.

Tunggu.

Anak mak suruh saya pergi.

Tolonglah, Pinky.

Kamu tahu Anton panas baran.

Beri dia masa untuk bertenang.

Mak, dia asyik curang.

Apa pun…

sebagai isteri dia, kamu perlu kekal di sisinya.

Jika kamu perlu bersabar,

itulah yang kamu akan buat.

Maaf, mak.

Saya tak tahu bagaimana mak lakukannya.

Pinky.

Mak, lihat!

- Wah, kamu yang buat? - Ya.

Yana tak nak hantar projeknya sebab dia nak tunjuk kepada puan dulu.

- Terima kasih, puan. - Baiklah.

Jumpa lagi, Yana!

- Jumpa lagi! - Jumpa lagi.

Mari.

- Ayah datang. - Yana.

- Ayah dah habis kerja. - Ya.

Ayah balik kerja awal supaya boleh jemput kamu.

- Mak dah beritahu berita itu? - Belum. Berita apa, mak?

Mak perlu ke suatu tempat.

Mak nak ke mana?

Sebenarnya mak ada kerja, Yana.

Ayah bawakan baju untuk dia sebab dia keluar terburu-buru tadi.

- Kits, boleh ambilkan barang dia? - Okey, encik.

Terima kasih.

Boleh saya ikut mak?

Kamu tak boleh ikut mak, Yana.

Tapi saya akan rindukan mak.

Berapa lama mak akan pergi?

Mak pun akan rindukan kamu.

Tapi jangan risau.

Mak takkan pergi lama, okey?

Mak akan hubungi kamu.

Cepat balik, okey?

Hei, Maloi!

- Mari sini! - Sekejap.

- Cepatlah, Maloi! - Ya, saya di sini.

Cepat!

Lihat mukanya.

Sudahlah.

Kenapa awak ejek dia? Dia ada masalah.

Maafkan saya.

Sebab itulah dia tolak awak dulu.

Saya lagi?

Tunggu sekejap.

Hai, mak!

Hai, sayang! Kamu dah gosok gigi?

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left