لومړۍ 163 کرښې.
Saya akui, apa yang mereka bina di sini
agak menakjubkan.
ETHIOPIA, KOTA ADWA, 1896
Tapi sekarang, mereka nak hancurkan semua ini.
Lebih banyak masa tuanku luangkan di dunia luar, Putera Tafari,
lebih banyak untuk dilihat.
Sejarah dunia luar ditakrifkan dengan kekejaman dan peperangan.
Sebab itu Wakanda takkan pernah masuk campur dalam hal semua ini.
Pertempuran ini akan merumitkan misi kita.
Awak tahu apa mereka kata, Kuda.
Wira terhebat dalam sejarah
ditempa dalam api yang paling dahsyat.
Saya okey.
Pedagang itu dapat artifak itu
semasa hari-harinya sebagai lanun di Lautan Hindi.
Jika maklumat yang kita dapat betul…
ia sekarang berada di gudangnya,
betul-betul di tengah kawasan pertempuran.
Pasti awak pernah berada dalam situasi yang lebih bahaya sebelum ini.
Jadi, apa rancangan kita?
Patik akan mencari jalan
untuk menembusi pertempuran itu tanpa dikesan.
Tuanku pula akan tunggu dan lihat di sini.
Ibu bapa tuanku hantar tuanku ke sini untuk memerhati.
Tapi jika saya tawarkan beberapa konteks sejarah,
ia boleh membantu menyelesaikan misi kita.
- Tuanku… - Lihat,
yang berkulit putih berasal daripada Itali.
- Tuanku… - Orang Itali ini
mahu meluaskan empayar mereka ke Ethiopia,
tapi mereka tak tahu apa yang menanti mereka.
Putera Tafari!
Okey, pertama sekali,
membungkam anak raja boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.
Kita disiapkan untuk penyusupan, bukan peperangan.
Persediaan kita tak cukup. Kita mesti batalkan misi ini.
Apa? Bagaimana dengan artifak itu?
Misi War Dog lebih penting daripada satu artifak.
Kadangkala ia bermakna mengurangkan sebarang bahaya kepada negara.
Awak nak saya pulang dengan tangan kosong dalam misi pertama saya?
Kita perlu berundur sekarang sementara boleh.
Sejarah kita tak menceritakan kisah mereka…
yang hanya duduk dan lihat, Kuda.
Inilah masanya untuk kita bertindak.
Kita di sini bukan untuk melakar sejarah!
Tafari!
Tafari? Jawab, Putera Tafari.
Kembali ke sini sekarang.
Ini satu arahan.
Jangan buat patik langgar protokol.
Tunggu di situ, patik datang sekarang.
Jangan cuba ambil artifak itu.
Patik ulang, jangan cuba…
Saya dah dapat!
Awak tak nampak gembira jumpa saya.
Tuanku mengingkari arahan patik.
Terus meluru masuk ke dalam bahaya…
"Ia sifat semula jadi War Dog untuk mengikut haluan sendiri,
"bukan yang tersedia untuk mereka."
Apa?
Pengarah Noni,
War Dog pertama yang mendapatkan balik salah satu artifak Wakanda yang hilang.
Macam yang kita buat.
Mungkin tuanku patut fokus pada masa kini,
kalau tuanku mahu kembali ke Wakanda dengan selamat!
Seorang putera mungkin boleh buat ikut suka hati…
PANTHER TERAKHIR
…tapi ejen lapangan perlu ikut protokol.
Sudahlah, Kuda!
Apabila kita kembali ke Kota Emas,
patik akan minta Pengarah
untuk batalkan sesi latihan bersama.
Demi keselamatan tuanku.
Saya tak kisah.
Saya nak saksikan Kuda, legenda suku kaum Pelombong,
ejen yang bunuh lanun Ben Pease itu beraksi.
Bukan sesiapa pun ini.
Apa yang berlaku kepada awak?
Patik jadi matang, tuanku.
Patik dah ada keluarga.
Mungkin satu hari nanti, tuanku akan faham.
Patik perlu pulang kepada mereka.
Bagaimana dengan tanggungjawab awak kepada Wakanda?
Patik takkan boleh buat kedua-duanya kalau patik mati mengejar kemasyhuran.
Namun, disebabkan saya buat begitu kita dapat artifak itu.
Saya harap ini boleh dimasukkan dalam sejarah kita nanti.
Kerja War Dog tak boleh diketahui, tuanku.
Apa yang penting ialah misi, bukan kisah di sebaliknya.
Senang untuk awak cakap.
Awak dah ada tempat dalam sejarah.
Saya masih mencari tempat saya.
Tuanku ialah putera kepada Raja dan Ratu Wakanda.
Putera ketiga.
Abang sulung saya ditakdirkan untuk takhta.
Saya tak ditakdirkan untuk…
apa-apa.
Saya fikir jika saya sertai War Dog,
saya boleh lakarkan nama saya dalam sejarah Wakanda.
Apa pun, sukar untuk percaya saya akan buat perkara begini.
Kapak bukanlah puncak teknologi,
walaupun mengikut piawaian orang luar.
Lagipun, ini bukan pemegang yang asal.
Kepala kapak dibuat daripada vibranium.
Orang luar telah bunuh sesama mereka dengan senjata mereka sendiri.
Bayangkan apa mereka akan buat dengan senjata kita.
Untuk kebaikan kita dan mereka,
kita mesti lindungi teknologi kita dari…
Apa benda itu?
Kuda, jaga-jaga!
Tafari?
Protokol kecemasan.
Tiada isyarat.
Tafari?
Putera Tafari?
Itu apa?
Apa pun awak, kami tiada masalah dengan awak.
Berhenti di situ atau awak akan dihalang.
Senjata. Kita perlukan senjata.
Kuda, tunduk!
Tafari!
Tafari, ambil kapak itu.
Lari ke selatan. Cepat!
Kuda. Tidak, saya boleh bantu.
Tidak.
Kuda.
Sekarang, Tafari!
Tolonglah. Saya bukan musuh kamu.
Awak orang Wakanda?
Ya.
Tolonglah. Tiada masa untuk ini.
Tidak. Tak mungkin dia orang Wakanda.
Saya kenal semua pegawai lapangan,
dan saya tak pernah lihat wanita ini.
Saya tahu situasi ini sukar untuk difahami.
Tapi saya merayu, nasib Wakanda berada di ambang bahaya.
Awak bukan dari Wakanda.
Saya akan.
Apa?
Apa maksud awak?
Biar saya tunjukkan.
Buka mata kamu.
Tafari.
Apa yang berlaku?
Kuda, ini…
Kota Emas.
Lima ratus tahun dari sekarang.
Tidak. Tanah tandus ini tak mungkin Wakanda.
Pada masa saya, ia hanya tanah perkuburan.
Tapak kekalahan terakhir kami.
Bagaimana ini boleh berlaku?
Horde. Mereka datang dari pinggiran galaksi
dan mengaburkan matahari dengan jumlah mereka.
Negara-negara di bumi bersatu untuk melawan mereka,
kecuali satu negara yang boleh membuat perbezaan.
Undang-undang Wakanda menahan kita daripada membantu orang luar.
Jadi, negara luar Wakanda dibiarkan tak berdaya.
Apabila Horde menyasarkan negara kami,
kami tak cukup berkuasa untuk melawan.
Kami cuba lawan balik.
Tapi mereka tetap bunuh kami semua.
Kami sahaja yang tinggal daripada negara kita.
Beberapa Dora Milaje, jeneral,
dan saya, Ratu Wakanda, Black Panther terakhir.
No comments yet. Be the first to leave one.