Record of Ragnarok

Record of Ragnarok (終末のワルキューレ)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

1 فصل

د خپرونې معلومات

Record Of Ragnarok S01E12
د لخوا تبصره KakifilemBot

تګونه

other
په خپور شو: 2025-11-03
ډاونلوډونه: 48
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 141 کرښې.

SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX

Sejarah manusia selama tujuh juta tahun bakal berakhir.

Bukan kerana perang nuklear atau serangan bangsa asing,

mahupun hentaman asteroid.

Manusia kini berdepan

dengan kemusnahan di tangan

pencipta manusia sendiri iaitu para dewa!

GÖLL, ADIK BONGSU KERABAT VALKYRIE

Masanya dah tiba, Brünnhilde.

DEWAN PERHIMPUNAN VALHALLA

HERMES, SALAH SEORANG DARIPADA 12 DEWA OLYMPUS

Seribu tahun telah berlalu sejak perhimpunan yang lepas.

Mari kita mulakan perbincangan kita.

Perhimpunan untuk membincangkan nasib manusia yang dihadiri oleh semua dewa.

Persoalannya ialah…

patutkah kita biarkan manusia hidup seribu tahun lagi

atau patutkah kita hapuskan mereka?

Dewa-dewa sekalian, nyatakan pendapat kamu.

Saya rasa…

manusia patut dihapuskan.

Sepanjang seribu tahun ini, tiada langsung tanda-tanda mereka akan berubah.

Hapuskan saja seluruh umat manusia.

Ya, betul kata awak, Shiva.

Sepanjang seribu tahun ini,

dunia semakin hancur.

Laut dicemari sampah dan tumpahan minyak, hutan belantara semakin nipis

dan haiwan-haiwan semakin pupus.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan

manusia sendiri ialah bencana

yang membinasakan semua makhluk hidup di bumi.

Betul kata Aphrodite!

Manusia patut dihapuskan!

Manusia hanyalah bala!

Saya tak sanggup memimpin mereka.

Saya setuju!

Nampaknya semua sepakat.

Dengan keputusan sebulat suara,

Perhimpunan Valhalla memutuskan bahawa manusia perlu…

Tunggu!

- Apa? - Siapa itu?

Seorang Valkyrie rupanya.

Valkyrie!

Awak buat apa, Brünnhilde?

Awak tak boleh mencelah ketika mereka baru saja mencapai keputusan!

Dengan penuh hormatnya saya membantah, dewa-dewi sekalian.

- Jangan masuk campur, Brünnhilde! - Jangan masuk campur, Brünnhilde!

ODIN, DEWA UNGGUL NORSE

Dewi kacukan bodoh!

Ini urusan dewa-dewi, jadi jangan masuk campur!

Awak tak puas hati? Mari lawan saya!

Saya tak nafikan kezaliman dan kekejaman manusia.

Berani awak tak endahkan saya!

Tapi

amatlah kejam kalau mereka dihapuskan begitu saja.

Okey.

Saya ada cadangan.

Bagi menentukan

nasib manusia untuk seribu tahun akan datang,

tunjukkan sifat pengasih dan kuasa dewa dengan menguji mereka.

Menguji manusia?

Awak nak tenggelamkan daratan lagi?

Atau percepatkan zaman ais dan bekukan bumi?

Tidak.

Ada cara yang lebih berkesan.

Apa?

Apa maksud dia?

- Hei! - Apa maksud dia?

Pertarungan akhir antara dewa dan manusia.

Ragnarok!

Ragnarok?

Seperti yang tertera dalam fasal khas Perkara 62, Perenggan 15

Perlembagaan Valhalla,

ia bermaksud "pertarungan satu lawan satu antara dewa dan manusia".

Kanun Perlawanan Akhir Antara Dewa dan Manusia,

juga dikenali sebagai "Ragnarok".

Pertarungan satu lawan satu antara 13 orang manusia dan 13 orang dewa.

Pasukan yang menang tujuh pusingan akan dinobatkan juara.

Jika manusia kalah dalam tujuh pusingan, maka mautlah yang menanti mereka.

Sebaliknya, jika manusia menang,

mereka boleh hidup selama 1,000 tahun lagi.

Tapi kanun ini tak pernah berkuat kuasa sejak awal kewujudan manusia.

Kerana mencari manusia yang mampu menewaskan dewa

adalah mustahil!

Dalam erti kata lain, kanun itu hanyalah formaliti.

Ia hanyalah jenaka bagi para dewa.

Mengarut betul!

Valkyrie seperti awak tentunya tahu.

Manusia tak setanding dewa!

- Buang masa saja! - Buang masa saja!

Betul!

Kita akan menang dengan mudah!

Apa gunanya bertarung dengan manusia?

Mengarut sungguh!

Jadi semua dewa di sini mahu manusia dihapuskan

dan

kamu mahu mengelak daripada bertarung dengan manusia?

- Apa? - Apa?

Kamu mahu bunuh semua manusia tanpa bertempur dengan mereka?

Kamu tak mahu lawan mereka?

Mungkinkah sebenarnya…

kamu semua…

takut melawan manusia?

Kalau begitu, maafkan saya kerana mengganggu.

Brünnhilde…

Abaikan saja cadangan saya.

Lupakan saja tentang Ragnarok.

Sudahlah!

Awak yang akan dibunuh dulu sebelum manusia!

Cepat minta maaf!

Brünnhilde!

Apa?

Mereka tak marah?

Ada satu perkara yang pasti bagi Brünnhilde.

Saya dah agak. Dewa lebih panas baran berbanding manusia.

Begitu. Ragnarok, ya?

Cadangan yang menarik.

Terima kasih atas cadangan yang begitu menarik itu.

Apa pendapat kamu semua?

Setelah sekian lama, kamu ingin saksikan

gegak gempita pertempuran dewa-dewa

dan kuasa kita yang sebenar?

Apa pendapat kamu semua?

Ayuh, dewa-dewa sekalian.

Tunjukkan kuasa kita kepada manusia!

Maka pertarungan akhir antara dewa dan manusia,

Ragnarok, bakal diadakan!

Brünnhilde.

Saya mahu awak pilih wakil manusia.

Awak mahu tolong manusia, bukan?

Awak salah seorang daripada Valkyrie,

dewa kacukan manusia yang hidup dalam kalangan manusia suatu ketika dulu.

Betul tak?

Saya akan pilih tiga belas orang manusia yang paling gagah

dalam sejarah manusia sejak tujuh juta tahun lepas.

RAGNAROK

ARENA VALHALLA

Perlawanan dah nak mula, Brünnhilde.

Ya.

Siapa wakil melawan dewa yang pertama?

Sejak berzaman-zaman lamanya…

HEIMDALL, PENUNGGU KIAMAT

More Malay subtitles for Record of Ragnarok

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left