د خپرونې معلومات

야식남녀-Sweet-Munchies-E12 END NEXT VIU
د لخوا تبصره ANANG2196

تګونه

other
په خپور شو: 2020-07-01
ډاونلوډونه: 8
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Sub bY VIU

Resynced == ANANG KASWANDI ==

(Semua watak, organisasi, tempat, dan acara adalah fiksyen.)

Betul.

Saya sangat benci awak.

Awak lihat bagaimana saya menderita kerana perasaan saya terhadap awak.

Awak tahu segalanya,

jadi saya benci awak kerana tetap berbohong.

Dan saya takut semuanya akan gagal kerana awak.

Tapi,

lebih daripada apa-apa...

saya bimbang tentang awak sekarang.

Saya takut awak akan terluka.

Untuk fikir yang awak...

menderita sendirian selama ini.

Saya rasa sangat teruk...

dan ia menyakitkan.

Saya tahu yang saya mementingkan diri,

tapi A Jin,

saya cinta awak.

Awak tidak berhak beritahu kebenaran.

Awak fikir awak siapa?

Kim A Jin,

adakah awak seorang wartawan?

Adakah kita melaporkan situasi semasa kita?

Apa itu "kebenaran"?

Fikir tentang semua penonton...

yang menangis dan ketawa ketika tonton rancangan awak.

Awak mahu mereka rasa seperti orang dungu?

"Kebenaran"?

Oh Tuhan.

Apa yang awak mahu? Awak mahu kecewakan mereka...

dan buat mereka marah?

Awak mahu hancurkan semua khayalan mengenai rancangan?

Oh Tuhan.

Dalam situasi ini,

membuat yang terbaik untuk tamatkan perkara dengan baik...

adalah apa awak mesti buat untuk penonton yang suka rancangan ini.

Adakah awak tahu?

Tapi...

kita tidak boleh terus jalankan rancangan seperti ini.

Siapa kata kita akan teruskan begini?

Keputusan bukan di tangan awak berdua.

Siapa lagi yang tahu mengenai perkara ini?

Hanya pengarah yang bertugas. Anggota kru lain tidak tahu.

Kalau kita tamatkan "Kudapan Manis" lebih awal,

CK akan alami kerugian besar.

Maksud saya, berapa banyak iklan yang kita akan hilang?

Tapi kalau kita terus jalankan rancangan,

situasi mungkin akan hilang kawalan,

jadi saya rasa lebih baik untuk tamatkan rancangan di sini.

Apa alasan kita untuk tamatkan rancangan lebih awal?

Kita akan kata yang hanya ada lapan episod dalam Musim Satu...

dan akan kembali dalam masa terdekat sebagai Musim Kedua.

Saya rasa itu adalah penyelesaian terbaik.

Baiklah, buat begitu.

- Baik, tuan. - Tuan.

Kita tidak boleh lepaskan ini begitu saja.

Lihatlah masalah yang kita hadapi sekarang.

Seseorang harus dipertanggungjawabkan untuk ini.

Sebaik saja semuanya diselesaikan,

saya akan...

letak jawatan.

Oh Tuhan.

Kenapa kita mahu tamatkan rancangan?

Rating penonton paling tinggi di antara semua rancangan CK,

jadi kenapa...

Hei, kenapa awak begitu tenang?

Ini bermakna episod yang sudah dirakam akan dibuang juga.

Bukannya awak peduli tentang rancangan ketika sertai pasukan.

Awak hanya ikut arahan saya. Kenapa begitu banyak cakap sekarang?

Itu...

Nampaknya saya seorang saja yang tidak tahu apa sebabnya.

Tolong beritahu saya.

Saya seorang pengarah bersama dalam rancangan ini.

Gyu Jang.

Saya akan beritahu awak apa berlaku,

tapi awak perlu rahsiakannya.

Baik.

Park Jin Sung telah berbohong kepada kita.

Dia bukan gay.

Apa?

Bila awak dapat tahu?

Jawab soalan saya.

Hei, Kim A Jin.

Saya...

minta maaf.

Awak telah bunuh rancangan. Dan apa? Awak minta maaf?

Serius?

Saya tidak rasa minta maaf akan cukup.

Bagaimana awak mahu bertanggungjawab untuk ini?

Apa awak mahu buat? Jawab soalan saya.

Gyu Jang, jangan terlalu keras padanya.

Dia mungkin rasa tidak selesa dengan situasi ini juga.

Bagaimana awak boleh bela dia sekarang?

Reputasi saya bakal terjejas.

Sekejap.

Ini bermakna awak juga tahu.

Adakah ini yang awak sembunyikan dari saya?

Adakah awak semua berkomplot?

Ini sukar dipercayai.

Saya tahu perasaan awak.

Awak mesti rasa terkejut kerana ini tiba-tiba berlaku.

Awak tidak tahu apa-apa.

Bagaimana awak mahu tahu betapa jijiknya saya rasa?

- Kenapa? Apa dia? - Gyu Jang.

Kenapa dengan awak?

Hei, Kim A Jin.

Adakah awak bisu? Kenapa tidak kata apa-apa?

Kenapa pura-pura jadi mangsa lepas mulakan semua ini?

- Hei. - Lepaskan saya.

A Jin juga mangsa.

Saya tiada alasan.

Saya betul-betul minta maaf.

Awak mengaku rancang ini dengan Park Jin Sung, bukan?

Jawab soalan saya.

Sekarang!

Apa bising ini?

Kembali bekerja!

Kenapa awak belum pulang?

Saya menunggu awak.

Saya bimbang yang awak bekerja lewat.

Oh Tuhan.

Pasukan rancangan aneka ragam sebelum ini telah berseronok, bukan?

Kita malah ada makan malam pasukan yang besar untuk meraikannya.

Saya tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku.

Adakah awak okey?

Apa maksud awak?

Meletakkan jawatan sebagai ketua pengarah.

Sejujurnya?

Saya tidak okey.

Saya kebetulan dapat tahu lebih awal,

tapi tidak sanggup beritahu awak.

Saya minta maaf.

Awak tiada penyelesaian.

Secara jujurnya,

saya tidak boleh kata yang ini bukan salah saya juga.

Sudah pun cukup sukar untuk cari cef biasa,

tapi saya mendesak dia...

untuk cari cef gay...

dalam masa sehari.

Jangan salahkan diri sendiri.

Saya harap ia akan berakhir dengan saya,

tapi saya tidak pasti itu akan berlaku.

Saya akan pulang dulu.

Episod "Kudapan Manis" minggu ini adalah yang terakhir.

Sebaliknya rancangan TV Sang Young akan ditayangkan minggu depan.

- A Jin. - Baguslah.

Tiada siapa terluka.

Itu tidak betul.

"Kudapan Manis" berharga awak sudah tiada.

Walaupun awak tertekan dengan kerja...

dan kelaparan sepanjang hari,

awak kata yang awak gembira...

sebab ada rancangan TV yang awak kendalikan.

Namun, sekarang saya...

telah rampas benda berharga itu...

dari awak.

Bukan begitu.

Encik Nam.

Sekarang saya sudah pasti.

A Jin, awak suruh Cef Park mainkan peranan lelaki gay.

Encik Nam.

A Jin tidak tahu apa-apa.

Awak mahu saya percaya itu selepas apa yang saya lihat?

Park Jin Sung,

awak fikir saya dungu?

Dia benar-benar tidak tahu apa-apa.

Adakah begitu?

Saya betul-betul tidak faham.

Hei,

kalau awak betul-betul tidak tahu,

bukankah normal untuk bertindak balas seperti ini.

Awak sepatutnya mengamuk...

dan menjerit kerana dia rosakkan rancangan TV berharga awak.

- Bagaimana awak boleh duduk sini? - Encik Nam.

Mari pergi. Awak boleh cakap dengan saya.

- Lepaskan saya. - Kita akan bincangkan ini.

Saya suruh lepaskan!

A Jin!

Ini sukar dipercayai. Ini bukan melodrama.

Adakah awak saling jatuh cinta ketika menjelaskan diri?

Saya tidak percaya yang saya bekerja dengan awak berdua.

Hei, Kim A Jin.

Awak hanya...

mahu debut,

bukan?

Hei.

Awak hanya perlu buat duit,

bukan?

"Kudapan Manis" sebenarnya penting kepada saya.

Kenapa awak heret saya ke dalam pembohongan awak...

dan buat saya menderita bersama awak?

Jawab soalan saya.

Kenapa?

Beritahu saya kenapa awak buat ini!

Dia pengarah "Kudapan Manis", bukan?

Saya tidak boleh percaya.

- Dia? - Ya.

Itu dia A Jin yang mengagumkan.

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left