لومړۍ 200 کرښې.
Tepat pada masanya, Kusi.
Chasqui yang sebenar!
Awak tiba pada masanya!
Tahniah!
Saudaraku, terima kasih kerana singgah untuk kelahiran anak pertama saya.
Mestilah kami takkan terlepas, kawanku.
Lihat, Kusi.
Musang sudah muncul di langit.
Ini petanda anak awak akan menjadi seorang pelari yang hebat.
Oh, jadi anak saya ni lelakilah?
Menakjubkan.
Anak kamu telah dilahirkan dengan selamat dan sihat.
Bagaimana dengan anak lelaki saya?
Kuat dan bertenaga?
Sangat bertenaga.
Serta dia anak perempuan yang menakjubkan.
Macam mana dia nak menjadi seorang pelari?
Apa kata kamu semua pulang dulu?
Mungkin dewa sedang menguji kesabaran kamu.
Saya pasti suatu hari nanti kamu ada anak lelaki
yang akan menjadi seorang Chasqui hebat seperti kamu, Kusi.
Hingga tiba saat itu, raikanlah kelahiran anak perempuan kamu.
Kerana dia sememangnya satu anugerah.
Anugerah yang sungguh lantang.
Dapat pun!
Saya dapat tangkap mereka!
Saya boleh buat!
Hei, awak tak apa-apa?
Sebenarnya awak hampir dapat tangkap dia.
Dia seekor llama yang liar dalam kumpulannya.
Cuba yang lebih jinak lain kali.
Apa seronoknya kalau jumpa pun?
Setidaknya ia takkan meludah tepat ke mata awak.
Apa pun, nama saya Kayara.
Nama saya Paullu.
Sekarang dia tengah kejar kita!
Lari!
Cepat!
Terima kasih sebab selamatkan saya daripada llama sewel tu.
Kenapa awak nak tangkap llama sewel tu?
Si Inca, ayah saya
mahukan saya jinakkan ia sebelum bulan penuh nanti.
Cuma tinggal tiga hari saja!
Ayah awak seorang Inca?
Jadi awak akan menjadi Inca seterusnya?
Saya belum jadi seorang Inca.
Saya tak terkejarkan pun.
Tak macam awak, awak tu laju.
Lebih laju daripada budak lelaki.
Saya mewarisinya daripada ayah saya, Kusi.
Kusi?
Apa?
Dia tu Chasqui terbaik ayah saya!
Betul kan?
Dia memang orang terhebat, bukan?
Saya pula akan ikut jejak langkah dia.
Ceh! Perempuan mana boleh menjadi Chasqui.
Memang dilarang.
Hanya lelaki saja boleh menjadi Chasqui.
Memang itu lumrah peraturannya.
Peraturan dicipta untuk dilanggar.
Wahai pemuda Inca yang gagah.
Ayah!
Ayuh, budak!
Saya perlu hantarkan Quipu kepada Inca!
Cubalah ikut kalau boleh!
Tengok, Kayara! Saya lari laju daripada awak!
Saya bagi awak lepas sebab awak anak diraja!
Nampak? Semudah itu saja.
Giliran ayah pula!
Apa khabar, Raja Inca!
Ayah!
Anakku!
Gembira dapat jumpa ayah!
Nampaknya kamu sudah berlatih dengan tekun, Paullu.
Saya sudah bawakan quipu untuk Inca.
Biar saya yang ambil.
Terima kasih.
Hanya Chasqui saja dibenarkan masuk kuil melainkan
diizinkan oleh Inca Huayna Capac.
Maaf anakku, Kayara.
Kamu kena faham yang perempuan tidak boleh menjadi chasqui.
Ini tak adil!
Tunggu, Kayara.
Kamu ada semangat ibu kamu.
Ayah harap dia ada di sini untuk bantu besarkan kamu.
Ayah rindukan mak kamu setiap hari.
Saya pun sama.
Sewaktu ayah sebaya kamu,
atuk ajarkan ayah mengenai bintang.
Ia dapat membimbing kita, tahu?
Bintang itu saja yang tak pernah bergerak.
Kamu akan temuinya di tempat sama setiap malam.
Jika kamu buat garisan dari bintang itu,
kamu akan temui haiwan suci tersembunyi di depan mata.
Kamu nampak ular? Llama? Katak?
Tak, tak, dan tak.
Bagaimana dengan ikan paus?
Saya tak tahu apa tu ikan paus.
Ianya makhluk lautan sebesar bangunan kuil.
Ayah pernah pergi ke laut dan melihatnya.
Ini cenderahati yang ayah bawa pulang.
Suatu hari nanti, saya akan lari ke lautan dan naik ikan paus.
Ikan yang sebenar, bukannya tiruan seperti di langit
di mana cuma ayah saja yang nampak.
Itu kerana kamu tak buka mata sendiri.
Kamu anak murid yang teruk seperti ayah dulu.
Namun ayah membesar sebagai seorang chasqui,
kenapa saya tak boleh pula?
Boleh tak kamu memahami, Kayara?
Tidak jika ajaran itu yang teruk.
Selamat malam, ayah.
Awak ni comellah.
Siapa tuan awak, si kecil?
Mungkin dialah orangnya.
Hei, jangan ganggu dia.
Hei!
Mereka takkan jumpa awak di atas sini.
Awak pasti kelaparan.
Awak nak rasa sebutir jagung?
Silakan, tengoklah.
Saya rasa nafsu makan awak lebih besar daripada perut awak.
Tapi awak memang ada mata kecil dan perut yang besar.
Awak ini kelakarlah
Apa gelaran patut saya berikan pada awak?
Bagaimana dengan Wari?
Sebab awak ada wajah kecil seperti Wari.
Saya tertanya jika awak boleh nampak tikus belanda pada bintang.
Tengok, Wari. Saya nampak haiwan lain.
Llama, katak, musang, dan ular.
Serta bintang yang takkan bergerak.
Ayah!
Ayah mungkin tak percaya,
tapi saya nampak haiwan pada bintang malam semalam!
Ada llama, katak dan juga...
Apa tak kena?
Raja Inca sudah mangkat.
Raja? Saya perlu pergi jumpa Paullu.
Dia pasti sendirian.
Paullu ialah raja baru kita.
Dia akan menggalas banyak tanggungjawab
dan tiada masa untuk berkawan dengan kamu.
Kayara?
Daulat tuanku!
Rakyat Paititi sekalian, sebagai raja baru kamu,
beta bersumpah akan melindungi kota ini
dan mengutamakan kesejahteraan rakyat beta.
Terimalah hadiah yang sederhana ini daripada puak Piro dari Amazon.
Terdapat khabar angin ada lelaki datang dari lautan
dengan menaiki ular gergasi bersayap.
Racun daripada katak ini mungkin melindungi tuanku daripadanya.
Terima kasih, Shaman.
Daulat Inca baru!
Rakyat Inca sekalian.
Tiada lambang yang lebih agung bagi kebanggaan kami selain Chasqui.
Merekalah yang mengukuhkan empayar dengan bawakan pesanan
keamanan, harapan dan kedamaian.
Demi meraikan pertabalan beta,
dalam tiga hari lagi,...
Beta akan anjurkan perlumbaan hingga ke persisiran Tasik Besar.
Keputusan akan menentukan generasi chasquis seterusnya.
Tetamu tuanku sudah sampai.
Tolong suruh dia masuk.
Apa membuatkan kamu ke mari, bawahanku?
Ampun tuanku.
Saya gurau saja. Jemputlah masuk, Kayara.
Bagus cara awak berlutut.
Saya tak tahu apa nak buat dalam situasi begini.
Kita berdua sama saja.
Dengar, saya mungkin sudah menjadi raja
tapi persahabatan kita tetap kekal.
Terima kasih, Paullu.
Saya juga bersimpati atas kemangkatan ayah awak.
Ini merupakan hari yang panjang.
Penduduk Colca menghadiahkan saya dengan sekawan llama berbulu emas.
Lagipun, siapa saja tak suka llama berbulu emas?
Untuk pertandingan bakal chasqui nanti,
benarkan saya bertanding.
Saya tak boleh langgar tradisi lama begitu saja.
Tiada siapa akan percayakan saya.
Namun awak seorang Inca.
Tiada siapa akan mempersoalkan tindakan awak.
Saya harap sangat begitu.
Mungkin selepas saya menyesuaikan diri,
saya boleh pertimbangkan semula.
Maafkan saya, Kayara.
Apa patut saya buat?
Biarkan impian saya lenyap?
Saya boleh kalahkan peserta lain dalam sebarang perlumbaan.
Saya sudah tahu.
Saya berhak dapat peluang untuk mencuba.
Ada orang dilanda masalah.
Saya datang ni!
Kaki saya!
Kaki saya akan terputus!
Tolong saya!
Tolong saya!
Tolong saya!
Jangan risau. Saya ada.
Memang sakit betul!
No comments yet. Be the first to leave one.