لومړۍ 150 کرښې.
Makan malam sudah siap. Nora, boleh panggilkan Phoebe dan Max?
Baiklah. Phoebe! Max! Turun makan!
- Bukan itu maksud ayah. - Maaf!
Spageti dan bebola daging.
- Hei, Barb. - Ya, Hank.
Saya buatkan awak bebola daging gergasi.
Nampak? Sebab itulah saya sayangkan awak. Awak memang cantik, bijak dan semuanya.
- Ke tepi, saya lebih tua. - Tua 20 saat!
Ia 20 saat terhebat dalam hidup saya.
Ini bebola daging ayah!
- Hebatnya! - Hebatnya!
Awak tak tengok pun. Bagaimana awak tahu ia dibaling?
Saya tak tahu. Saya tiba-tiba dapat rasa bahaya berdaging.
- Juga rasa berdebar-debar? - Ya.
- Tahu apa maksudnya? - Phoebe seorang ahli sihir!
- Mari kita lihat jika dia mencair. - Hei, kakak kamu bukannya ahli sihir.
Mari kita undi. Siapa rasa Phoebe ahli sihir?
Sebenarnya, Phoebe sedang kembangkan deria Thunder.
Kebolehan untuk kesan bahaya sebelum ia berlaku.
Ini langkah pertama untuk jadi adi wira hebat.
Dia dah berjaya buat dunia lebih selamat untuk bebola daging.
Oleh sebab Max dan Phoebe ialah kembar, maksudnya Max pun ada kebolehan itu.
Hei.
Tak. Dia tiada deria Thunder.
Tak kisah. Saya ada sesuatu yang Phoebe tiada.
Macam gred yang teruk dan muka hodoh?
Max, tiada sebab untuk kamu rasa teruk atau buat muka macam itu.
Kamu akan dapat deria Thunder.
Ya, yang paling penting, awak harus ingat saya lebih hebat daripada awak.
Phoebe, salah. Mak dapat deria Thunder semasa mak berusia 17 tahun.
- Bila ayah dapat kuasa ayah? - Itu tak penting. 12 tahun.
Saya okey, mak. Saya dah cakap, saya tak kisah.
Max lahir 20 saat selepas Phoebe, mungkin dia ada kuasa itu sekarang.
Masih tiada deria Thunder.
Kamu okey?
Kamu selamat sekarang.
SYARIKAT PERPINDAHAN ACE
Apa awak lihat tidak sama dengan yang sebenar
Jalani kehidupan kami dengan rahsia Kami di sekitar pasti awak tidak sedar
Jalani kehidupan kami seperti orang biasa
Keluarga yang bahagia, itu yang kami cuba jadi
Semakin awak rapat, semakin awak nampak rahsia
Mungkin itu semua disangka realiti
Hanya keluarga biasa, cuba menjadi normal
Serta jauhi masalah, hidup dalam dua kehidupan
- Hei, Cherry. - Hei, Pheebs.
Ada sesuatu yang berbeza tentang awak.
Mungkin saya gembira sebab saya mampu buat perkara yang hebat.
Tidak, saya rasa baju awak dipakai terbalik.
Awak tak dapat kesan itu, bukan?
Deria Thunder dapat kesan bahaya, bukannya baju terbalik
atau adik yang terlupa berus giginya.
Awak perlukan bantuan?
Di tempat saya, saya angkat tiga ekor kambing pada masa yang sama. Pergi!
- Phoebe selamatkan dia. - Dia seorang wira!
- Awak macam tahu apa yang akan berlaku. - Ya, hampir begitulah.
Berikan tepukan buat Phoebe!
Ya!
Apa yang saya terlepas?
Adakah sandwic akan tenangkan kamu tentang deria Thunder yang kamu belum dapat lagi?
Ya, jika ia ada mustard kegemaran saya.
Terima kasih.
Perlukah awak bermain golf sekarang?
Hei, ini satu-satunya masa ti yang saya ada.
Kenapa ibu awak beri awak sandwic?
Mak rasa kasihan sebab saya belum ada deria Thunder.
Saya akan teruskan buat begitu hingga dapat benda ini.
Komputer super dengan 2,000 terabit dengan sambungan satelit.
Selepas aktiviti menyelamat Phoebe hari ini,
mak akan cuba gembirakan saya.
- Sayang, mak hantar brownie. - Terima kasih, mak.
MAK SAYANG KAMU
Syabas. Cara yang sesuai untuk tangani kelemahan awak.
Fore!
Tidak! Saya dah dapat deria Thunder saya. Saya tak nak deria Thunder.
Terimalah. Nampaknya awak dah dapat anugerah itu.
Mak nak turun.
Mak bawa susu untuk diminum sambil makan brownie.
Ada apa-apa yang kamu mahukan? Mungkin satu pelukan?
Sebenarnya, ada sesuatu saya perlu beritahu mak.
Saya nak komputer super 2,000 terabit dengan sambungan satelit.
Dua pelukan?
- Saya belum dapat deria Thunder saya. - Hei, tapi Max…
Saya belum dapat deria Thunder saya lagi!
Baiklah, mak akan belikan kamu komputer.
Phoebe! Marilah, masa untuk latihan adi wira mingguan kita.
Nanti saya turun.
Mungkin saya boleh dikecualikan.
Saya tertekan akibat deria Thunder ini dan seluar dalam saya semakin ketat.
Kamu mungkin perlukan latihan untuk mulakan deria Thunder kamu.
Tentang seluar dalam itu, tahan sajalah.
Mod latihan diaktifkan.
Berdiri di atas platform ini sambil tutup mata
dan cuba kesan balingan bola tenis kepada kamu oleh Billy dan Nora.
Kami akan baling dengan perlahan. Buat dengan laju, Billy.
Apa yang berlaku di sini?
Kami baru saja nak mula. Fokus, Max. Cuba ligatkan deria Thunder itu.
Billy, Nora, tembak apabila dah bersedia.
Kalaulah saya tahu bola-bola ini akan dilancarkan.
Agar saya boleh elaknya. Aduh!
Aduh!
Anak mak yang berani ini.
Mak akan letak komputer baru yang sangat mahal ini dalam bilik kamu.
- Sangat apa? - Tiada apa-apa.
Ayah nak tengok apa Phoebe buat. Ayah akan kembali.
Lancarkan ke arahnya.
Jangan sasarkan kepala.
Awak baru saja tangkap bola itu tanpa melihat.
Tidaklah.
- Awak sedang pegang bola itu. - Tidaklah.
Sekarang awak akan pergi saja untuk elak daripada disoal.
Ya, betul.
Ayuh, Nora. Mari kita tengok apa dia nak buat.
- Hei. - Tangan saya mungkin tertekannya.
Entahlah, Cherry, saya bukannya wira, tapi awak boleh terus panggil saya begitu.
Ya, "Fanatik Phoebe" bagus sebagai nama kelab.
- Mungkin kita… - Selamat tinggal, Cherry.
Mari cakap tentang perkara asas.
Sebenarnya, ayah, saya tak perlukan latihan lagi.
Saya dah dapat deria Thunder. Saya berhak pakai sut adi wira ini.
Jangan berlagak. Deria Thunder boleh jadi rumit.
Kadangkala, susah nak tahu bahaya yang sebenar jika kamu tak fokus.
- Saya faham. Fokus. - Fokus di sini.
Ayah, bertenang, saya dah mahir. Saya selamatkan seseorang hari ini.
Ayah tahu perasaan itu?
Hai, saya Thunder Man, gembira bertemu awak.
- Saya dah sedia untuk apa-apa saja. - Yakah?
Nampak?
Aduh!
Nampak?
Apa? Kamu fikir saya dah dapat deria Thunder saya?
Itu perkara paling dahsyat dan teruk pernah saya…
Kamu tak boleh buktikan apa-apa.
Kita dah tersilap, Billy. Mari naik ke atas.
Tangga.
Tangga.
- Apa yang kamu berdua cuba buat? - Buktikan yang awak ada deria Thunder.
Kamu okey, sayang? Mereka basahkan kamu?
- Awak menipu mak untuk dapatkan barang. - Betul cakap awak.
Banyak benda bagus yang saya dapat. Jangan beritahu mak.
Kami takkan beritahu selagi awak minta dia barang yang kami mahukan.
Apa dia?
Sebiji limau tangerin!
Saya cakap sebuah trampolin.
Itu lebih bagus!
SEKOLAH TINGGI HIDDENVILLE
Ayuh, Raptors!
- Phoebe, ceritakan sekali lagi. - Ya.
Tolonglah, ia tidaklah terlalu menarik.
Mulakan, Cherry.
No comments yet. Be the first to leave one.