لومړۍ 200 کرښې.
- Mesej baru. - Kau dah bangunkah? Oh, Tuhan!
Terlalu awal untuk hubungi kau. 7.52, 6.52, 5.52.
Tiga jam lebih awal. Lupakan saja mak telefon.
Mesej dipadam.
- Mesej baru. - Sayang, ini mak.
Mak tahu kau akan duduk pada hujung minggu saja...
tapi mak nak tanya beberapa perkara. Kau suka yogurt Greek?
Mesej dipadam.
Mak bangga akan kau. Mak tak boleh percaya kau akan melawat...
semua syarikat itu demi produk kau. Kau macam Donald Trump.
- Mak tak sabar nak lihat kau! - Mesej dipadam.
Hai, ini mak. Ini panggilan terakhir.
Mak akan letak kereta dan masuk ke dalam terminal esok...
sebab susah nak meletak kereta di bebendul jalan...
dan mak tak nak kena saman.
Mak mungkin akan pergi ke Gap. Jadi, cakap kalau nak apa-apa.
Mak juga ada pas gimnasium untuk kau kalau kau nak buat Pilates.
- Jurulatih baru mak lesbian. - Mesej dipadam.
- Mesej baru. - Mak hanya cakap tentang esok...
dan lupa ucap semoga berjaya.
Mereka akan suka kau. Siapa sanggup menolak kau?
Andrew Brewster? Mereka sedia jumpa awak.
Terima kasih.
- Apa yang awak ada untuk kami? - Benda yang saya ada adalah...
satu produk hebat yang Kmart boleh jual di tempatnya...
sebelum orang lain lakukannya.
Mula-mula, sedikit maklumat tentang saya.
Saya ada Ijazah Sarjana Kimia dari UCLA.
Sejak tiga tahun lalu, saya bekerja di Agensi Perlindungan Alam...
dan saya tak kekal di situ kerana kaum wanitanya.
Saya kekal situ kerana tertarik dengan kerja yang saya buat...
iaitu teknologi mampan yang dijana oleh sumber yang boleh dibaharui.
Saya tahu perkara yang kamu fikir. Khutbah kimia. Betul?
Kamu silap! Pada suatu hari...
saya mencapai kejayaan. Saya telah cipta...
ampaian emulsi mikro yang memanfaatkan...
kuasa pembersihan semula jadi.
Minyak kelapa...
minyak isirung kelapa sawit...
dan soya!
Bukan kicap tapi kacang soya.
Semua ini menghasilkan benda yang saya gelar...
Boleh kamu lihat? Saya ingat meja ini akan kecil.
Scieoclean!
"Sains" dan "bersih" dalam satu perkataan.
Okey, sangat terperinci. Terima kasih kerana datang.
- Kami akan hubungi awak kelak. - Saya ada kelulusan FDA...
- dan bantuan kewangan... - Sebenarnya kami sudah pun...
- berunding dengan syarikat besar. - Produk mereka membawa bahaya.
Syarikat organik yang terkemuka.
Awak cubalah cari pasaran dan mungkin kita boleh berjumpa lagi.
- Mesej baru. - Jadi, apa yang terjadi?
Mak tahu mak mengganggu kau tapi mak tak senang duduk ini.
Mak yakin mereka suka kau. Kmart! Mak tak boleh percaya ini!
Mesej dipadam.
Hai, ini Joyce. Sila tinggalkan mesej.
Mak, saya dapat jutaan mesej mak. Ini jawapan-jawapan saya.
Kmart okey. Jangan beli seluar untuk saya.
Saya tak nak buat Pilates dan saya pun tak sabar nak jumpa mak.
Andy!
Andy!
- Mak ada di sini! - Hei, mak.
- Mak ada di sini! - Saya nampak. Semua orang nampak.
- Hai. - Anak mak. Oh, Tuhan!
- Gembira berjumpa mak. - Lihatlah kau itu!
- Oh, Tuhan! Kau pakai blazer? - Ya.
- Bagaimana kau tahu beli blazer? - Saya ikuti kelas untuk itu.
Oh, Tuhan! Kau tertinggal tanda harga!
- J. Crew? Bergayanya anak mak. - Ya.
Mak akan simpan kalau-kalau ada jualan murah.
- Panas di sini atau mak saja rasa? - Hanya mak.
- Hanya mak? - Tak panas langsung.
Mak masak ayam untuk malam ini dan mak jemput beberapa kawan.
Mereka tak sabar jumpa kau.
Saya harap mak tak jemput mereka. Perjalanan saya jauh.
- Kau penat? - Ya, gangguan ritma harian.
- Kau tentu tak nak layan orang. - Ya. Terima kasih kerana faham.
Tapi mak telah masak banyak ayam.
- Tak sangka! Andy sudah besar! - Pakai blazer.
Ia dari J. Crew. Tunjuk kepada mereka.
- Ia mampu dibeli. - Andy akan mulakan perniagaan.
- Betulkah? Tahniah! - Dia cipta produk baru.
Kini dia akan jualnya dari pintu ke pintu. Betul?
- Itu tak benar. - Berbahaya buat jualan langsung.
Saya tak akan buat begitu. Ia tak diamalkan sekarang.
- Mak tersilap dengarkah? - Tak, ia agak rumit. Tak apa-apa.
Saya gembira jumpa kau. Saya dengar banyak perkara baik tentang kau.
- Baguslah itu. - Gayle kawan baru kami.
Dia penjaga berat kami. Suaminya dah meninggal.
- Saya bersimpati. - Saya tak bersimpati.
- Dia sangat teruk. - Dia tak sabar nak tinggalkannya.
Andy, tolong saya. Pujuk mak kau untuk hadiri program orang bujang.
- Marilah. - Aku tak nak pergi.
- Andy, suruh dia. - Kau pasti sangat popular.
Dalam kalangan orang botak.
Aku tak nak. Aku dah cukup bahagia.
Ada lebih banyak patung katak selepas Hari Kesyukuran.
Banyak juga tempat yang jual katak.
Mak harap kau minum air.
Bagus, sebab mak minum enam botol sehari sekarang.
- Ia bagus untuk kulit kau. - Sebab itulah saya minumnya.
Mak gembira kau buat itu.
- Apa yang mak buat? - Mak mengisi semula botol air...
sebab tak guna bayar duit yang banyak untuk sekotak botol...
sedangkan kau boleh gunanya berulang kali.
Jadi, kau benar-benar nak memandu ke semua janji temu itu?
Ya, sampai Vegas.
Kau berteman?
- Tidak. - Tidak? Ingatkan kau jumpa...
gadis yang namanya eksotik itu.
- Bethany? - Ya. Apa terjadi padanya?
- Hubungan itu tak menjadi. - Bagaimana dengan gadis Timur itu?
Itu bukan istilah yang diterima sekarang ini dan...
entahlah. Itu pun tak menjadi.
Ingatkan ada yang akan menjadi.
Bagaimana dengan mak? Mak jumpa sesiapa?
Andy, tolong jangan mengarut.
Kau nak mak hadiri program Gayle?
- Mahu mak berkelakuan tak senonoh? - Saya nak masuk tidur.
- Ya. - Mak dah keluarkan rakaman lama.
- Mak ingat kita boleh tontonnya. - Saya masih rasa lesu.
- Mak faham. - Selamat malam.
Selamat malam, sayang. Mak beli seluar dalam untuk kau di Gap.
- Okey. - Boleh pulangkan kalau tak muat.
- Itu amat menjijikkan. - Mereka kenal mak.
Mak, maaf...
Seperti yang mak selalu beritahu kau, kalau semua budak...
berbaris dan mak boleh pilih seorang saja...
mak akan sentiasa pilih kau.
Mak sayang kau, Andy. Kau anak mak yang sempurna.
- Ini sangat bagus untuk mak. - Yalah itu. Ini kerja bodoh.
Cuba sajalah, mak. Ia mungkin menyeronokkan.
Kau tanya jika aku mengembara berjalan kaki? Tak, aku tak buat itu.
Cuba tanya wanita kurus itu. Dia kelihatan macam 40 tahun.
Jangan cakap sebab aku sedang berfikir.
Tak bolehkah mak cuba? Mak tak akan jumpa lelaki...
kalau terus begini. Ayah meninggal ketika saya lapan tahun.
Tapi mak tak pernah berjanji temu lepas itu. Betul?
Mahu tahu apa sebab sebenar?
M&M di atas katil.
Semasa mak bersama-sama ayah kau dulu...
mak akan soroknya di bawah bantal sehingga dia terlena...
agar mak boleh makannya tanpa dikritik.
Kini mak tak akan sorok M&M semula.
Apabila mak jelaskan begitu, ia memang masuk akal.
- Itu satu tujuan yang baik. - Kau bagi nasihat kepada mak.
- Kenapa kau tiada teman? - Mahu tahu apa sebabnya?
- Apa? - Saya belum jumpa wanita yang...
- akan benarkan saya makan M&M. - Sudahlah itu.
Kenapa pula ia alasan yang baik bagi mak tapi bukan untuk saya?
- Kita cakap perkara yang sama. - Tak. Mak sudah kahwin...
dan berumah tangga. Mak telah lakukannya dan kini mak rasa penat.
Kau pula cuba mengelakkannya.
Mungkin kau perlu menjalani terapi. Ia membantu mak.
Saya tak perlukan terapi. Sejak bila mak menjalani terapi?
Mak dan Anita berjumpa seminggu sekali untuk minum kopi.
Melainkan kamu berjumpa dalam pejabat pakar terapi...
- itu bukan terapi namanya. - Mahu tahu apa yang kami bincang?
Sebab mak salahkan diri mak bagi masalah kau dengan wanita.
Jadi, mak bincang dengan Anita tentang masalah saya dengan wanita?
Ada kalanya mak rasa mak telah menjejaskan perspektif kau.
Saya tahu, mak. Mak telah menetapkan standard yang tinggi...
- dan tiada sesiapa boleh capainya. - Bukan itu, sayang.
Saya nak masuk tidur.
Anita kata mak patut beritahu kau tentang buah hati mak di Florida.
- Apa? - Sudah tiba masanya kau tahu ini.
- Tahu apa? - Ada kejadian dalam hidup mak...
yang mak tak pernah kongsi dengan kau.
Mak pergi ke Florida untuk bercuti. Mak masih muda masa itu.
Mak terjumpa seorang lelaki dan jatuh hati padanya.
Ya.
- Mak jatuh cinta serta-merta. - Okey.
Dia pun tinggal di Manhattan. Kami pulang dan jalin hubungan.
Dia tak nak hubungan yang serius tapi mak begitu asyik dengan...
kehangatannya. Kami sangat ghairah, Andy.
Mak boleh tapis semua itu sebanyak yang mungkin.
Dia tak nak hubungan yang serius pada masa itu...
tapi mak nak berkeluarga. Itulah saja impian mak.
- Akhirnya ayah kau muncul. - Apa terjadi pada lelaki itu?
Dia jadi teman lelaki pertama dan ayah kau teman lelaki kedua.
- Sayang... - Teruknya.
- Mak teruk sedikit masa itu. - Itu lagi...
- Tolonglah. - Kenapa mak beritahu ini?
Ayah kau melamar dalam masa sebulan.
Jadi, mak jumpa lelaki itu dan kata...
"Aku telah menemui seseorang dan dia nak mengahwini aku."
Mak berharap dia akan kata, "Joyce, kau tak boleh kahwin dengannya."
Tapi dia tak cakap itu. Tahu apa yang dia kata?
"Kau hebat."
Tapi dia suruh mak mengahwini ayah kau.
Oh, Tuhan. Mak sangat kecewa.
Mak sangat kecewa sehingga mak tak sanggup berjumpanya semula.
- Apa yang terjadi? - Apa yang terjadi?
Mak mengahwini ayah kau, kami pindah dan mak hamil.
Apabila kami ketahui mak mengandung anak lelaki...
kami telah menyenaraikan nama-nama dan...
Kau nak anak kau mengingatkan kau kepada orang yang dicintai.
Jadi...
mak menamakan kau Andy...
sempena nama budak Florida itu.
No comments yet. Be the first to leave one.