لومړۍ 119 کرښې.
Selamat kembali.
Pasti anda semua ternanti-nanti
untuk tahu apa yang akan berlaku.
Siapa bersedia untuk perkara ekstrem?
Tatkala cuaca semakin panas,
lihatlah siapa mampu menghadapinya.
Teduhan kabin ini nampak seperti tempat berlindung…
tapi kejahatan pasti akan muncul.
Buat masa ini, rakun muda ini sedang menikmati keselesaan baharunya.
Tikus kecil ini pula
telah melahirkan tiga anak yang sihat malam tadi.
Semuanya comel dan tidak berdaya.
Dengan wajah yang hanya boleh disayangi ibunya.
Si ibu bertanggungjawab memastikan anak-anaknya selamat.
Katak kuak ini pula?
Ia cuba mengelakkan masalah.
Tapi inilah ketenangan sebelum ribut.
BABAK DUA KABIN
Bukan manusia sahaja yang mengalami mimpi ngeri.
Rakun bermimpi juga.
Syukurlah,
siang memberikan kelegaan sementara.
Apa lagi yang mampu menenangkan fikiran selain snek dan bersiar-siar?
Ia menemukan tempat tinggal.
Sekarang, ia mencari kekasih untuk dibawa pulang.
Sebelum itu, sarapan dulu.
Rakun memiliki ingatan yang sangat kuat,
dan ia asyik teringat telur-telur itu.
Cara terbaik untuk memulakan hari.
Sebelum ini, ia belajar sesuatu yang penting.
Seeloknya berjaga-jaga
dan cepat.
Ambil saja beberapa biji telur…
tanpa menarik perhatian.
Jangan terpedaya.
Anak-anak aligator ini nampak seperti tidak berbahaya,
tapi ia boleh membesar sehingga tiga meter.
Dalam masa yang singkat, ia sudah boleh mula melahap seekor rakun.
Ya, suaranya comel.
Tapi anak-anak memanggil,
dan si ibu akan datang.
Di luar teduhan kabin ini,
mentari musim panas amat menyeksakan.
Sinarannya begitu menyengat,
tanpa ada hujan untuk mencabarnya…
membuatkan tasik mengering dengan pantas.
Panas, ya?
Ini satu mimpi ngeri bagi katak.
Amfibia bernafas melalui kulit,
jadi kulitnya harus sentiasa lembap.
Kalau amfibia tidak jumpa air…
badannya akan kering dan kecut.
Agorafobia si kecil ini mungkin menyelamatkan nyawanya sekarang.
Dalam keadaan ini, dengan adanya kolam itu,
ia mungkin takkan keluar.
Rakun kita masih memburu.
Hormon baharu pun sudah mula dirembeskan, rakun ini bukan mencari makanan sahaja.
Rakun betina meninggalkan jejak bau untuk diikuti rakun jantan yang layak.
Udara pula dipenuhi bau sesuatu.
Sesuatu yang
sudah mati.
Rakun lain.
Rakun inikah yang tinggal di loteng itu?
Keluar bersiar-siar dan tidak kembali?
Dijerat dan dibiarkan mereput di bawah terik matahari.
Bau kematian menyeru segerombolan pemakan bangkai…
dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Melahap binatang yang mereput.
Kerja ini panas.
Meniup gelembung darah membantu menyejukkan badan.
Haba keluar daripada ludah itu
dan merendahkan suhu lalat ini.
Sama seperti berpeluh,
cuma lebih menjijikkan.
Seekor lalat boleh mengeluarkan sehingga 300 biji telur.
Dalam sehari saja…
ia menetas menjadi ulat.
Aduhai, seleranya pun boleh tahan.
Supaya mulut boleh menelan sebanyak mungkin daging busuk,
ulat ini bernafas melalui dubur.
Saya tahu apa yang anda fikir.
Ini sangat menjijikkan.
Tapi pemakan bangkai seperti ini…
sangat penting untuk keseimbangan alam.
Tanpanya,
bangkai haiwan akan bertimbun di hutan.
Akhirnya, selepas berhari-hari makan,
ulat itu pun kenyang
dan mula berubah.
Mengeras menjadi pupa,
di mana perubahan aneh yang seterusnya akan berlaku.
Mengembangkan kepala membantu membebaskan diri.
Daripada telur kepada ulat kepada lalat
dalam masa lebih kurang dua minggu.
Satu kitaran hidup.
Disuburkan dengan kematian.
Berlindung di dalam mungkin lebih selamat.
Lagipun, cuaca panas di luar.
RACUN TIKUS
Tidak sangka anak-anaknya begitu cepat membesar.
Baru beberapa hari berlalu,
bulu sudah tumbuh dan mata akan dibuka tidak lama lagi.
Anak-anak masih bergantung pada ibu untuk memberikan makan setiap dua jam.
Tapi pengorbanan harus dibuat oleh ibu yang setia seperti ini.
Selama tiga minggu, sehingga anak-anak sedia membawa diri,
si ibu terperangkap di kabin ini.
Setidak-tidaknya, ada tempat selamat…
betul tak?
RACUN
MEMBUNUH TIKUS
Semakin besar anaknya,
semakin banyak susu diperlukan.
Si ibu perlu mencari lebih banyak makanan.
Tempat ini bukan untuk makhluk hutan.
Terutamanya tikus kecil.
Setiap hari, tikus ini perlu meneroka…
setiap pelosok…
kabin ini.
Mempertaruhkan semuanya agar anak-anak dapat makan.
No comments yet. Be the first to leave one.