لومړۍ 141 کرښې.
Kami dah lakukan yang terbaik,
tapi anak kamu tak dapat diselamatkan.
Dia tak dapat diselamatkan! Apa yang patut saya buat?
Saya semakin yakin yang dia ada kaitan dengan pembunuhan Aiden.
-Sudah tentu! -Kita belum pasti tentangnya.
Jangan pertahankan dia kerana awak sukakan dia, Ares.
Bagaimana kalau memang dia yang lakukannya?
-Awak yang bunuh Aiden! -Jangan! Dia seorang gadis!
Hipokrit!
Saya lakukan semua itu untuk menghancurkan Calderioz...
kerana mereka telah membuat Eros koma.
Lio adalah dalang di sebalik semua ini.
Dia cuba mencederakan saya dan Ares.
Dia juga melaga-lagakan Retro dan Calderioz.
Adakah ayah sedang mencari ini?
Jauhkan diri daripada anak saya!
Ini amaran terakhir untuk awak!
Pak Cik Damar?
Pak cik, saya cintakan Serra.
Bukan Aiden yang merogol saya.
Bahkan, dia ingin bertanggungjawab atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Selepas membunuh bayi saya, kenapa ayah bunuh Aiden juga?
Siapa pelakunya?
Beritahu ayah!
Saya tak kenal orangnya.
Saya tak tahu.
Selamat tengah hari, encik.
Nama saya Damar.
Saya ingin membuat laporan tentang kes pembunuhan pemuda bernama Aiden.
Ayah...
Ayah!
Ser...
Kenapa, Serra?
Siapakah tadi, Ser?
Kenapa pihak polis ada di rumah awak?
Serra.
Adakah ia ada kaitan dengan Aiden?
Ayah saya yang bunuh Aiden.
Serra tak hadir lagi hari ini. Mungkinkah dia sakit?
Cuba menelefon dia.
Okey, saya akan menelefon dia.
Dia tak angkat.
Patutkah kita pergi ke rumah dia? Saya risau.
-Saya nak ikut awak. -Saya pun sama.
Cleo...
-Awak nak ikut kami? -Cleo, marilah.
Jom pergi.
Zea.
Apa?
Tiada apa-apa.
Saya cuma nak uji telinga awak sama ada ia masih berfungsi atau tidak.
Apa? Ayah Serra yang bunuh Aiden?
Kemudian?
Pihak polis telah menangkapnya?
Tapi jangan beritahu sesiapa lagi.
Nampaknya Serra berani untuk dedahkannya begitu cepat.
Jadi, awak dah tahu?
Beberapa hari yang lalu,
saya...
dan Serra...
Kami telah memeriksa buktinya bersama-sama.
Saya minta maaf...
kerana saya tak beritahu kamu semua.
Serra yang minta.
Dia ingin uruskannya sendiri.
Kerana ia berkaitan ayahnya.
Ayah Serra.
Kelakuan saya terhadap Zea sebelum ini dah melampau.
Okey.
Untuk menebus kesalahan saya,
saya akan bersihkan nama baik Zea.
Saya dah kata.
-Maaf, Res. -Jangan minta maaf dengan saya.
Serra, jangan pernah takut. Kami semua ada untuk awak.
Saya tak rasa saya boleh bertahan lagi.
Saya tak faham kenapa semua ini berlaku pada saya.
Saya nak ikut Aiden mati.
Serra...
Jangan kata begitu.
Serra...
Awak boleh menangis.
Awak boleh menjadi lemah.
Awak boleh hancur berkecai.
Tapi ada satu benda yang awak tak boleh buat.
Awak tak boleh mengaku kalah.
Betul kata Karissa.
Kami akan sentiasa ada untuk awak.
Bagaimana kalau kami tinggal di sini untuk sementara waktu?
Tak perlu, mak cik saya akan datang.
Biar kami berada di sini sehingga dia datang, okey?
Awak tak perlu fikirkannya. Kami akan terus berada di sini, okey?
Sayang awak, Serra.
Terima kasih banyak-banyak, kawan-kawan.
Jangan lupa, kita juga perlu minta maaf dengan Zea. Dia tak buat salah langsung.
Sudahlah.
Okey.
Wolves?
Mungkin awak masih belum tahu makna persahabatan dan cinta.
Saya tak pernah mencurigai Zea.
Kerana apabila kita mencintai seseorang,
kita akan tahu perwatakan mereka.
Kita akan tahu bahawa orang yang kita cintai tak bersalah...
walaupun seluruh dunia menyalahkan mereka.
Terima kasih.
Siapa sangka awak boleh memahami cinta?
Kenapa awak nampak begitu serius?
Ada kawan saya yang telah ditimpa musibah.
Inna lillahi. Semoga kawan awak diberi kesabaran.
Amin. Terima kasih.
Oh ya, saya akan pergi ke Bandung untuk melawat Eros esok.
Saya juga sedang mempertimbangkan untuk balik ke sana secara kekal.
Tapi tahun pengajian awak dah hampir tamat.
Tidak bolehkah Ares buat awak rasa selesa di sekolah?
Dia menjengkelkan.
Jadi, kamu berdua sedang bergaduh.
Diam!
(Saya mengaku yang saya bersalah terhadap awak.)
(Maafkan saya kalau kata-kata saya menyakiti perasaan awak.)
(Kalau awak ingin memarahi saya dan lepaskan kemarahan awak pada saya,)
(Tapi jangan jauhkan diri daripada saya.)
(Kerana saya ingin awak berada di sisi saya.)
Apa yang Ares cuba beritahu? Lamanya dia menaip.
Itu maknanya dia keliru.
Lelaki memang begitu. Mereka terlalu bangga diri, tapi mereka mahu.
Apa-apa sajalah.
Kenapa awak begitu marah dengan lelaki yang tak berhenti menaip?
Mak cik!
(Nombor Tidak Dikenali: Kami boleh beri pinjaman. Hubungi kami.)
Awak inginkan jaminan, tapi awak ditawarkan pinjaman.
Okey.
(Kepada Calderioz: Adakah awak dah makan, sayang?)
Sejak bila awak bermulut manis begini dengan kami?
Sejak pucuk dicita ulam mendatang.
Abang...
Adakah awak tak penat berterusan tidur?
Saya penat.
Saya rindukan awak.
Mengenai Ares, saya dah cuba siasat...
Maafkan saya. Keputusan imbasan CT dah keluar.
Okey.
Tunggu sekejap, okey?
No comments yet. Be the first to leave one.