Anuja

Anuja

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

[𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧] 𝐀𝐍𝐔𝐉𝐀 (𝟐𝟎𝟐𝟒) 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐈 𝐍𝐅𝐗 𝐖𝐄𝐁
د لخوا تبصره Coffee_Prison
𝗥𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟 𝗡𝗘𝗧𝗙𝗟𝗜𝗫 >> 𝟮𝟮:𝟱𝟵 ➖ 𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘔 𝘈𝘳𝘳𝘢𝘻𝘪 𝘈𝘻𝘮𝘪

تګونه

webdl
په خپور شو: 2026-08-17
ډاونلوډونه: 2
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 140 کرښې.

Suatu masa dulu,

ada seorang petani tinggal bersama isteri, anak perempuan

dan cerpelai peliharaannya.

Pada suatu hari, ibu bapa itu diminta pergi ke bandar.

Jadi, mereka meninggalkan anak mereka dalam jagaan cerpelai itu.

Semasa pemergian ibu bapa itu,

ada ular memasuki tingkap rumah mereka.

Tapi si cerpelai melindungi anak itu

dan menyiat-nyiat badan ular itu

dengan giginya yang tajam seperti pisau.

Apabila ibu bapa itu pulang,

cerpelai itu berlari keluar untuk menyambut mereka.

Apabila mereka melihat darah menitis dari mulutnya,

mereka sangka cerpelai itu telah memakan anak mereka.

Si bapa mula memukul cerpelai itu dengan tongkatnya.

Si ibu berlari masuk, tapi hanya ada cebisan bangkai ular

bersepah di lantai,

dan anak mereka langsung tidak cedera.

Tapi menjelang dia menyedari hal sebenar,

cerpelai itu sudah pun mati dipukul si petani.

Kemudian?

Apa lagi?

Itu saja.

Kau lupa penamatnya.

Banyak cerita mak yang aku dah lupa.

Tapi aku betul-betul ingat cerita ini.

Kau ingat lagi tak suara mak?

Kalaulah boleh ingat.

Panggil dia.

Baik, bos.

Duduk!

Apa kamu buat di sini? Kenapa tak ke sekolah?

Saya…

Dia cari rezeki yang halal.

Saya tolong dia.

Halal?

Awak tahu tak ini salah?

- Beritahu dia umur kau. - 14 tahun.

Dengar sini.

Siapa nama cikgu tadi?

Cikgu Mishra.

Kami ada dokumen lengkap untuk semua pekerja kami.

Tak ada pekerja haram.

Nak,

ujian kemasukan pada pukul 8.00 pagi hari Selasa.

Kamu berbakat besar.

Tapi cikgu tetap perlu gigih berusaha untuk daftarkan nama kamu.

Kami biasanya tak ambil budak macam…

Macam apa?

Budak macam apa?

Apa maksud cikgu? Cuba cakap.

Cakaplah!

Ini peluang keemasan untuk dia.

Siapa nak tanggung "peluang" ini?

Yuran ujian cuma 400 rupee.

Bukannya mahal sangat pun.

Bagi cikgu murahlah.

Empat ratus rupee.

Bagi dia mahal.

Biasiswa sekolah berasrama Williams satu peluang besar!

Sudahlah.

Cikgu orang terpelajar yang bijak pandai. Saya tak macam cikgu.

Saya cuma orang bodoh.

Tapi budak ini tahu apa dia nak

dan apa dia buat.

Semua orang bekerja di sini secara sukarela.

Saya berterima kasih kalau cikgu boleh

sukarela berambus dari pejabat saya. Keluar.

- Ya, saya tahu rahsia awak. - Yalah.

Hari Selasa, pukul 8.00 pagi.

- Jangan lupa. - Ya.

Pergilah.

Pergi.

Pergi!

Ya, En. Adams.

Okey, pergi.

Pergi.

Pergi.

- Mana satu? - Yang ini.

"Seorang lelaki bekerja berpenghasilan…"

- "Mencari…" - "…mencari calon isteri yang sesuai."

Kemudian? Bacalah lagi.

"Calon tersebut mestilah berkulit cerah."

- Kulit aku cerah tak? - Tak cukup cerah untuk lelaki ini.

- Apa ini? - "Dia tidak…".

"Dia tidak seharusnya terlalu bercita-cita tentang masa hadapan."

Tak boleh bercita-cita?

Siapa lagi nak bercita-cita kalau bukan perempuan?

Pernahkah lelaki buat kerja?

- Tak. - Tak pernah.

- Selamat tinggal, Si Kacak. - "Kacak"!

Dengar sini, sayang. Pasal ujian Selasa nanti.

Kau pasti akan cemerlang.

Markah penuh. Aku yakin.

Empat ratus rupee!

Kalau kita ada duit banyak itu pun, tetap tak berbaloi.

Tak berbaloi?

Semua benda ada harganya.

Macam majlis kahwin dan bersanding.

Banyak duit perlu dibelanjakan.

Habis, macam mana kau nak kahwin?

Kau tak payah risaulah.

Aku dah fikirkan semuanya.

Kalau kau sanggup tolong aku esok,

aku akan beritahu rancangan aku.

Rancangan apa?

Mana kau dapat?

Tak kisahlah.

Kau curi dari kilang, ya?

Aku ada 14 beg begini.

Kalau kita jual satu beg 40 rupee,

kita akan dapat

560 rupee.

Boleh aku ambil satu?

Ambillah.

- Yang mana? - Yang ini.

Beg 400 rupee, cuma 40 rupee.

Beg berwarna-warni berkualiti.

- Mari beli beg! - Mari beli beg!

- Mari beli beg berwarna-warni! - Beg berkualiti!

Mak cik nak beli beg?

Beg 400 rupee, cuma 40 rupee.

Kak, nak beli beg?

Tak ada orang nak.

Mungkin mereka tak perlukan beg?

Tak cantikkah?

Aku suka.

Cuba jerit kuat lagi.

Beg baharu, 40 rupee saja!

Beg 400 rupee, cuma 40 rupee. Mari.

Anuja!

Beg baharu, 40 rupee saja!

Beg baharu, 400 rupee saja!

Kak, beg baharu, 400 rupee saja.

Pak cik, beg baharu, 400 rupee saja.

Beg baharu, 400 rupee saja!

Beg baharu, 400 rupee saja, mak cik.

Cantiknya.

- Berapa harganya? - Satu 400 rupee.

Mak cik nak tengok sekejap.

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left