لومړۍ 200 کرښې.
Sarikata disediakan oleh: manaire
Tuhanku, bersamalah denganku, di saat aku memerlukan-Mu.
Bukanlah untuk wabak yang berjalan dalam kegelapan.
Bukan juga untuk kemusnahan yang membinasakan pada tengah hari.
Tuhanku, bersamalah denganku, di saat aku memerlukan-Mu.
Kerana Kamulah tempatku berlindung,
setinggi tinggi tempat-Mu, tempat kediaman-Mu.
Tuhanku, bersamalah denganku, di saat aku memerlukan-Mu.
Pada 18 Julai 1981, Ed Warren dan Lorraine Warren
Tiada kuasa yang melebihi-Mu,
telah dijemput untuk menyertai upacara pengusiran roh
tiada wabak yang berani mendekatimu.
yang merasuk David Glatzel.
Tuhanku, bersamalah denganku, di saat aku memerlukan-Mu.
Kerna Dia akan menghantar malaikat-Nya kepada engkau,
Dia berusia 8 tahun.
untuk menjaga engkau dalam segala jalanmu.
Tuhanku, bersamalah denganku, di saat aku memerlukan-Mu.
Mari berehat sebentar, jom?
Sayang, awak okey?
Ya, saya okey saja.
Cuma saya belum pernah ada kes sebegini.
Dia patut cuba untuk tidur.
Sini. Mari sini.
- Oh, saya akan membawanya, Tuan Glatzel. - Hah?
Ya.
Terima kasih.
- Terima kasih, Arne. - Tiada masalah. Ayuh, kawan.
Dia tidak boleh terima lagi dah.
Dia tidak perlu.
Semuanya akan bergerak lebih lancar sekarang kerana pengusiran roh diluluskan.
Paderi Gordon sudah pun dalam perjalanan.
Awak tahu awak seorang budak yang berani?
Dulu masa kecil, saya lembik je,
jadi saya tahu bagaimana rasanya kena buli.
Tapi...
Tapi ianya tak sama langsung dengan apa yang awak lalui.
Saya tidak berasa sangat berani.
Berani tidak bermaksud awak tidak takut.
Ia bermaksud awak takut tetapi awak tetap bertahan.
Tidak akan ada apa-apa.
Saya tidak akan membiarkan apa-apa berlaku kepada awak.
Saya janji.
Arne. Bila awak akan ajak kakak saya kahwin?
Saya tak tahu apa yang awak cakap ini.
- Iyalah tu. - Tidak, saya tidak, saya...
Jangan! Tolong saya!
Jangan, jangan! jangan, jangan!
- David! - David! Mana dia?
David!
Apa yang berlaku? Awak okey tak?
David, apa yang berlaku?
David?
Tidak!
Paderi, kita kena buat, sekarang!
Baik, bawa dia masuk kereta dan hantar ke gereja.
Tak, Paderi. Sekarang.
Jangan! Jangan! Jangan!
Pegang tangannya, jangan lepaskan.
Selamatkan hambaMu yang mempercayai kamu, Ya Tuhanku.
Biarkan dia menemui awak, Tuhanku,
menara yang berkubu di muka musuh.
Pakai baju besi sepenuhnya dari Tuhan,
supaya kamu dapat bertahan melawan tipu daya syaitan.
Menentang kuasa kegelapan di dunia ini.
Melawan kejahatan.
Lorraine, apa jadi?
Saya okey.
Lorraine.
Tuan! Hantarkan dia bantuan dari tempat suci awak
dan awasi dia dari Sion.
Tuhan, dengarkanlah doaku.
Tuhan!
Paderi!
Paderi!
- Di mana peti pertolongan cemas awak? - Ia di dapur!
Saya pergi!
Ed, cepatlah!
Cepat, Ed!
Ed. Ed, cepatlah!
Tidak berfungsi!
Apa? David, tunggu!
Berhenti! Apa? Apa?
David! David! Tolong saya!
Awak buat apa? David!
Tolong dia, tolong!
David, berhenti! David! David!
- Keluar dari dia! - Arne, jangan bercakap dengannya.
Aku cakap, keluar. Dia hanya budak kecil je, dasar roh penakut!
Jangan, Arne, jangan bercakap dengannya!
Aku akan hentikan jantung kau, pakcik tua.
Ed!
Hei!
Dengar sini. Pandang sini.
Pandang saya. Saya tahu awak masih di sana, David.
Jangan kacau dia, okay?
Tinggalkan dia dan ambil saya.
Ambil saya.
Hei, ambil saya. Ambil saya!
David!
Tinggalkan dia dan ambil saya!
Jangan.
Jangan, jangan.
David. David, David!
David, awak okay? Hey, hey.
David, pergi dekat mak.
Oh, oh!
Ya, David.
Ed? Ed! Sayang!
Apa?
- Telefon ambulan! - Okay.
Pengusiran roh yang merasuk David Glatzel adalah bertujuan untuk menamatkan
penderitaan beliau yang telah berbulan lamanya.
Namun bagi Arne Johnson, ini hanyalah permulaan.
Tragedi yang bakal mendatang telah menjadi berita dan bualan
diseluruh negara dan menjadi kes paling kejam
dalam kerjaya Ed dan Lorraine.
Bedasarkan kisah benar.
Penjelmaan. Syaitan yang memerintahkanku.
manaire sub
Puan Warren.
Dia dah stabil.
Kami akan memindahkannya ke unit koronari.
- Ianya serangan jantung? - Ya.
Dan, maaf, bukan yang kecil.
- Bolehkah kami jumpa dia? - Belum lagi.
Kami akan masukkan sten ke dalam arteri,
cuba mengalirkan darah kembali ke jantungnya.
Dia akan okey tak?
Kita perlu menjalankan beberapa ujian lagi sebelum saya boleh menjawabnya.
Saya minta maaf.
- Tinggalkan dia! - Arne, jangan bercakap dengannya.
Tinggalkan dia dan ambil saya.
Tinggalkan dia!
Eh, mumia itu hidup.
Hei, kenapa awak biar saya tidur begitu lama?
Saya tak biarkan awak, saya tak dapat bangunkan awak.
- Awak tidak boleh membangunkan saya? - Tidak, saya tidak boleh.
Pelik.
Awak pasti tidak cuba betul-betul.
Tidak.
- Kawan! Tenang, tenang, tenang! - Baiklah, Bruno ada di luar.
Bruno memahami, dia tidak peduli.
Tidak.
Kejap, tunggu. Sebenarnya, saya ada sesuatu nak tanya.
Okay. Nak tanya apa?
Em...
- Benda kecil sahaja. - Mmm-hmm.
- Saya... Saya dah lama fikir... - Mmm-hmm.
Dan David sekarang sudah selamat,
mungkin kita harus lupakan semua ini
dan pindah dari sini.
- Awak faham? - Maksud awak, pindah dari Brookfield?
Kenapa tidak? Tidak ada yang menahan kita di sini. Betul?
Ya. Kecuali keluarga saya
dan wang yang tidak kita ada. Arne...
Wang bukan masalah besar, bukan?
Kami berdua bekerja,
dan tempat ini tiada caj.
Arne, saya baru mula bekerja. Saya tidak boleh pergi begitu sahaja..
- Ya Tuhan! - Lagipun,
Bruno tidak tahu langsung cara menjaga anjing-anjing ini.
Hey...
Biar saya pertimbangkan. Okay?
- Adakah awak akan mempertimbangkan? - Ya, saya akan pertimbangkannya.
Baik. Sudah.
Baiklah, pakai baju.
Saya sayang awak.
Saya rasa David akan menyukainya.
- Awak dah telefon mak saya? - Sudah.
- Saya dah beritahu kita akan lambat. - Okay, terima kasih.
Tidak, Arne. Berhenti makan.
Puan Haskett, gembira dapat berjumpa dengan awak, terima kasih kerana datang.
- Kami keluar sekarang. - Selamat tinggal, Pookie.
Saya dah tulis senarai perkara yang harus awak lakukan semasa kami tiada.
Menjaga perkara seperti ini adalah sebab saya mengupah awak.
Tidak pada hujung minggu.
Saya membenarkan awak tinggal percuma di sini.
Itu patut belikan saya hujung minggu dan mungkin juga cuti.
Andy dapat satu cawan, yang lain dapat dua.
Magic dan Sparky akan diambil, jadi tidak perlu risau tentang mereka.
Tetapi awak mesti bawa semua anjing lain berjalan-jalan pada sebelah petang.
Ruby alah pada lebah, jika dia disengat awak harus menghubungi doktor haiwan kecemasan.
Saya dah tulis nombornya dan lekatkan pada peti sejuk.
Arne, mahu lima dolar?
Stereo saya rosak.
Okay, nanti saya tengok. Tapi harganya 15 dollar.
Sepuluh.
- ...apa yang berlaku pagi ini. - Saya tahu.
Mak, baiklah. Jangan cakap apa-apa.
Mak janji.
Cukup...
Dia tanya boleh tak kami tinggalkan Brookfield.
- Awak tahu apa maksudnya, bukan? - Tidak.
- Maksud mak, dia melamar? - Tidak semestinya.
- Awak cakap, ya? - Bukan macam itu.
Arne! Boleh tolong ambilkan dulang yand ada daging di atasnya?
Oh ya. Saya kelaparan! Adakah awak lapar, kawan?
Ya.
Ambil daging.
No comments yet. Be the first to leave one.