لومړۍ 200 کرښې.
- Ibu dia nak dia balik? - Ya.
Silas cakap apa?
Dia tak nak balik. Dia nak tinggal di sini.
Macam mana dengan awak?
Saya pun sama.
Masalahnya, air kencing dia positif ganja dan benzo
dalam ujian baru-baru ini.
Oliver pun positif.
- Apa? - Ya.
Bila dia buat ujian itu?
Selepas mereka ditangkap mencuri tempoh hari.
Awak tahu mereka saling mempengaruhi.
Dani, macam mana sekarang?
- Dia tak nak tinggal dengan ibu dia. - Okey.
LAND OF SIN
- Apa maksud kau? - Synden itulah.
Kenapa dengan Synden?
Malas aku nak fikir pasal tanah itu.
Kita patut ikut Ragnar dan biar perempuan itu bolot semua.
- Betul. - Tengoklah apa jadi sekarang.
Hai.
- Kau orang patut beritahu aku. - Apa?
- Kenapa? - Aku boleh tolong.
- Tolong? Kau nak apa lagi? - Kau masih tak puas hati pasal itu.
- Terima sajalah. - Elis…
Ayah yang buat keputusan itu, bukan aku. Jangan salahkan aku.
- Silas dah mati. - Kau pun rasa macam itu, Ivar?
Apa? Suka hati akulah nak cakap apa! Aku tak bodoh macam bini kau.
- Apa? Apa kau cakap? - Hei!
- Cukup. - Hormatlah sikit.
Awak nak biar saja dia maki saya?
Hormatlah sikit! Mayat Silas ada di situ.
Apa tengok-tengok?
Hai.
Awak okey?
Mereka memang macam itukah? Apa halnya itu?
Mereka gaduh pasal apa? Harta pusaka?
Pasal tanah di belakang ladang Elis.
Tanah?
Ya.
Nathalie? Siapa Nathalie? Awek Silas?
Ya.
Ibu tak bagi saya cakap dengan awak.
Kita nak benda yang sama.
Cari pembunuh Silas.
Silas ada gelang, tapi gelang itu tiada semasa dia ditemui.
Awak tahu mana gelang itu?
Saya tak tahu apa-apa.
- Ya? - Aku ini, Malik. Mana kau?
Kami cuba kumpulkan semua bukti. Forensik dah sahkan itu dia.
- Saya boleh rasa ada sesuatu tak kena. - Okey.
Saya tinggal seorang, jadi saya tak nak…
- Hai. - Helo.
- Saya tak nak masuk campur. - Ya.
Gotthard cakap dia nampak sesuatu yang boleh bantu siasatan kita.
Saya nampak mereka bergaduh. Saya tinggal seorang saja di sini, jadi…
Awak ada dengar apa-apa? Mereka cakap pasal apa?
- Awak cakap mereka bergaduh. - Ya, dan lari ke pantai.
- Awak kenal tukang besi itu? - Ya, saya kenal dia.
- Tapi… - Tak, bukan dia.
Tak, bukan dia. Saya dengar mereka bergaduh.
Forensik dah sahkan?
Jenis rumpai laut dan moluskanya sama dengan keputusan autopsi.
Maksudnya, dia dibunuh di sini.
Kemungkinan besar.
Kau yakin?
Okey.
Saksi nampak dua lelaki keluar dari kereta dan bergaduh.
Salah seorangnya ialah anak Ivar, Silas.
Lelaki seorang lagi belum dikenal pasti.
- Tukang besi itu? - Tak, bukan dia.
Saksi kenal tukang besi itu.
Kakak tukang besi dah sahkan alibi dia pada malam kejadian.
Bukti forensik di rumah dia menunjukkan yang dia bunuh diri.
Ubat-ubat ini penuh semasa kami datang.
Kita boleh nampak kesan darah dan kesan tapak kasut dia yang berdarah.
Lagipun, kita tahu yang Silas ugut dia.
Apa Silas tahu pasal dia?
Laporan autopsi dah keluar?
- Belum, tapi tak lama lagi. - Okey.
Ada kemungkinan yang dia dibunuh, tapi…
Kau ada kawan di forensik. Boleh telefon dia?
- Okey. - Suruh mereka cepat sikit.
Seterusnya.
Kita akan pergi semua rumah di sepanjang jalan di tepi pantai itu.
Termasuk semua stesen minyak di jalan itu.
- Semua tempat yang ada CCTV. - Pemeriksaan serentak.
Macam mana dengan tanda di lengan Silas?
Nampak macam masih baharu.
Aku dah siasat, tapi tak jumpa apa-apa.
Aku kenal seseorang yang lebih tahu. Nanti aku tanya dia.
Jangan lupa laporan analisis penemuan di bawah kuku Silas.
Kemudian, tiket-tiket feri itu…
Kenapa dia tiba-tiba nak cabut? Dia lari daripada siapa?
Kita boleh semak rekod panggilan dia.
- Kawan-kawan dia tentu tahu. - Ya.
Geng-geng di kawasan ini? Ada konflikkah?
Helo?
- Hai, ibu. - Hai, Oliver.
- Kamu tengah buat apa? - Tiada apa-apa.
- Ibu ada di mana? - Bjäre.
Ibu cari dia?
Dia dah mati.
Tipulah.
Ada orang bunuh dia.
Saya tak percaya.
Dia dah mati, Oliver.
Siapa curi barang aku?
Lima peket Tramadol dan tiga Xanax.
- Oliver, kau yang habiskannya. - Hei!
Macam mana? Seronok balik rumah?
Apa bezanya? Aku dah nak mati.
Macam mana, Elis?
Susahlah.
Kau ingat lagi waktu aku tumbuk budak-budak bodoh di astaka itu?
Ya.
Masa itu, orang takut dengan kita. Orang hormat kita.
Tiada sesiapa berani cari pasal.
Apa boleh buat?
Elis.
Kau tahu apa yang perlu dibuat.
Demi Silas
dan keluarga kita.
Boleh janji dengan aku?
Hei? Elis…
- Macam mana? - Macam mana apa?
Dia minta kau tolong.
- Kau berhutang dengan kami. - Hutang?
- Ya. - Kami?
Berapa kali aku nak cakap?
- Bukan aku tulis wasiat itu. - Tolonglah!
Kau orang adik-beradik. Adik-beradik takkan buat macam itu.
Bacalah wasiat itu.
Eh, lupa pula. Nama kau tiada dalam wasiat itu.
Yang ada nama aku dan Ivar.
Bodoh nak mampus.
Jangan dengar cakap pak cik kamu. Faham, Kimmen?
- Dahlah itu. - Jangan dengar cakap dia.
Kita nak makan pun tiada duit.
Kamu pun tahu kita ini cuma menyusahkan mereka.
Silas pun sama. Dia pun cuma menyusahkan mereka.
Saya Dani Anttila, polis.
Saya tengah tengok peta sebidang tanah di utara Bjäre.
Långvida Gentofta 12:3.
- 12:3? - Ya.
Kes mahkamah berkaitan pemilikan tanah itu masih belum jelas.
- Kes mahkamah? Ada pertikaian? - Betul itu.
Okey.
Ada tiga nama, adik-beradik. Elis, Ivar dan Ragnar.
SIAPA PEMILIK TANAH ITU?
- Pertikaian itu antara siapa? - Ivar dan Elis.
- Ivar dan Elis? - Ya.
Okey, terima kasih.
Aku dah dapat kandungan telefon dan rekod panggilan Silas.
Tengok dua nombor ini.
Silas mesej salah seorang daripada mereka.
"Lelaki Tak Dikenali #1".
Ini mesej-mesejnya. Mereka guna kod rahsia.
- Taklah rahsia sangat. - Ya.
Mereka bergaduh pasal duit dan salahkan satu sama lain.
Lelaki Tak Dikenali #1 atau "LTD1".
Kalau Silas ada di pantai itu, maksudnya dia dengan LTD1?
Mungkin.
Apa kita tahu pasal kontrak telefon LTD1?
Macam biasa, ia didaftarkan atas nama orang yang dah mati.
- Dia tak nak kita jumpa dia. - Okey.
Kita mesti cari "LTD1".
- Mana nombor satu lagi? - Ya, ini nombornya.
Nombor ini milik seorang kakitangan di pusat tahanan remaja.
- Di Ängelholm? - Ya.
Silas pernah masuk situ.
René Guzmán, 25 tahun.
Dia dah lama kerja di situ, di kedua-dua blok lelaki dan perempuan.
- Dia ada rekod jenayah. - Atas kesalahan apa?
Serangan.
Contoh yang baik.
Kakitangan kami selalu bertukar-tukar.
Nasib baik René masih nak kerja di sini. Budak-budak suka dia.
- Bila kali terakhir dia didakwa? - Ketika dia sebaya mereka.
Hai.
Awak telefon Silas 20 kali. Boleh awak jelaskan sebabnya?
Tiada apa-apa sebab. Semua orang di sini guna telefon itu.
- Boleh kami tengok buku log? - Buku log?
- Kamu catat semua yang berlaku, bukan? - Mestilah.
Awak kenal Silas, bukan?
Dah lama saya tak cakap dengan dia. Sejak dia keluar dari sini.
- Aku tunggu di luar. - Okey.
Hai.
Ada pemetik api?
- Awak dari mana? JKM? - Tak, dia polis.
Betul?
- Mana awak tahu? - Saya boleh bau.
Gurau saja.
Macam mana?
- Macam mana apa? - Tempat ini, warden-warden…
- Macam penjara. - Ya.
Macam mana René? Dia okey?
- Kenapa? Dia ada buat apa-apakah? - Taklah, saya tanya saja.
- Tanya saja? - Ya.
Saya ada pemetik api kalau awak ada rokok.
No comments yet. Be the first to leave one.