لومړۍ 160 کرښې.
Hei, apa kamu berdua sedang buat?
Kerja projek kami untuk pameran sains sekolah.
Saya suka pameran sains!
Ia ada keseronokan kerja rumah dan keterujaan persaingan akademik.
Ia kedengaran lebih hebat dalam fikiran saya.
Saya buat jam kentang. Lihat ini.
Awak tukarnya jadi jejari kentang.
Saya tahu. Saya tak boleh bekerja dengan perut kosong.
- Jadi, Billy, apa projek awak? - Saya buat ini.
Stoking mop?
Jadi, awak akan bersihkan lantai dengan kaki?
- Hei, idea yang baik. - Mari cuba ia.
Stoking mop lebih bagus daripada boneka kaki berbulu.
Boleh tahan.
Jangan sebut "pameran sains" di depan Max. Ia akan bangkitkan kenangan pahit.
- Hanya daripada kata… - Senyap. Ya.
- Kenapa? Apa akan berlaku? - Percayalah. Dia akan jadi gila.
Kita perlu lakukannya.
- Ya. - Jangan.
- Pameran sains! - Pameran sains!
Siapa yang sebut pameran sains?
- Ia berbaloi. - Ia berbaloi.
SYARIKAT PERPINDAHAN ACE
Apa awak lihat tidak sama dengan yang sebenar
Jalani kehidupan kami dengan rahsia
Kami di sekitar pasti awak tak sedar Jalani kehidupan kami seperti orang biasa
Keluarga yang bahagia, itu yang kami cuba jadi
Semakin awak rapat, semakin awak nampak rahsia
Mungkin itu semua disangka realiti
Hanya keluarga biasa, cuba menjadi normal
Serta jauhi masalah, hidup dalam dua kehidupan
- Maaf kerana sebut "pameran sains," Max. - Phoebe yang suruh kami lakukannya.
Saya tak suruh.
Saya tak nak Max dengar perkataan itu.
Kita terpaksa dengar kisah pahitnya
- dengan panjang lebar. - Ia terjadi lima tahun lalu.
Ketika di Metroburg, saya pelajar gred empat yang idealistik
impikan kegemilangan pameran sains.
Saya bina peranti yang boleh buat apa saja 10 kali ganda lebih besar.
Projek lain tiada peluang untuk menang. Terutamanya projek Phoebe.
- Projek awak takkan menang. - Lampu tikus saya hebat.
LAMPU TIKUS
Namun, apabila saya hidupkan Pembesar-Matik,
saya telah dimalukan.
Saya lihat impian pameran sains saya hancur berkecai.
Siapa yang akhirnya menang?
- Orang tak penting yang tak layak. - Saya menang.
Itulah saya cakap.
Apa yang saya tak suka ialah cara awak berlagak dengan pingat itu.
Awak sukakannya? Inilah perasaan berada di tempat pertama.
- Lampu tikus! - Ya!
Awak besar-besarkan cerita. Saya hanya buat begini.
- Saya menang. - Okey, saya faham.
Jika keadilan wujud, saya yang akan buat tarian itu.
Namun, bukan tarian itu. Ia nampak teruk.
Awak masih pakai pingat awak?
Sentiasa. Kita dah terbiasa dengan ruamnya. Betul, Max?
Nanti. Awak tiada ruam.
Awak lihat nanti. Masa saya akan sampai.
Nora, ini perkara yang langsung tiada kaitan,
awak nak bantuan dalam projek awak?
Kami tak sepatutnya dapat bantuan.
Saya hanya akan buat beberapa cadangan. Seperti jangan masuk campur.
Selagi awak tak buat semuanya, tak mengapa.
Jika dia dapat bantuan, saya juga nak.
Jangan risau, Billy. Saya akan tolong awak.
Tak seperti sesetengah orang, saya lakukannya sebab saya ambil berat
bukan sebab cuba selesaikan rasa tak puas hati zaman kanak-kanak.
Tolonglah, tiada kaitan dengan zaman kanak-kanak saya.
Ayuh, Max Mini. Kita ada kerja untuk dilakukan.
Saya rasa badan saya mula muncul ruam.
DETIK KEKALAHAN ORANG JAHAT TERBAIK
Ini sebabnya saya bersara.
Saya dapat menonton enam jam tanpa gangguan
aksi terbaik Thunderman tewaskan orang jahat.
- Hank. Saya fikir… - Ia dah tamat.
Jika tujuan kita berpindah ke pinggir bandar untuk hidup secara normal,
kita perlu sesuaikan diri.
Saya rasa sangat sesuai duduk di sofa ini.
Ya. kita semua bangga dengan bekas punggung awak.
Awak tak fikir kita boleh berinteraksi lebih baik dengan jiran kita?
Apa awak buat, Barb?
Saya daftarkan kita jadi tuan rumah kelab buku.
Aduhai, saya tak nak sertai kelab buku.
Ayuh. Percayalah saya. Buku minggu ini ialah
The Countess of Winterbury Gables. Ia sebuah kisah…
Ayuh.
Saya buat satu perjanjian.
Jika awak sertai kelab buku ini, saya masak makanan kegemaran awak.
Saya nak Meaturduckballizza!
Awak mereka-rekanya.
Saya serius tentang lof daging dibalut ayam belanda dibalut itik
dibalut bebola daging dan dibalut dalam piza.
Ia Makanan Terhebat Tahunan dalam Meat Illustrated.
Mereka kata ia umpama makan pelangi daging.
- Baik. Ini buku awak, saya akan masak… - Sebut.
- Meaturduckballizza. - Meaturduckballizza!
Lihat.
Memandangkan stoking mop "terlalu bahaya," saya ambil salah satu darinya
dan letak ia di hujung batang kayu panjang.
Jadi, awak buat mop.
Saya tak faham.
- Hei, apa idea awak yang lain? - Saya ada banyak idea.
Topi mop, mangkuk sup mop, jam mop, mop…
Semuanya idea yang hebat. Namun,
apa kata kita buat sesuatu yang klasik dan kurang bercirikan mop?
Telefon ham?
- Bagaimana dengan model gunung berapi? - Baik, telefon ham dah pun dihasilkan.
Telefon ham, ini Billy.
Okey, mari lakukannya.
"Ketika matahari terbit di Winterbury Gables di pagi musim luruh…"
Kita dah selesai di sini. Maaf, Barb.
Aduh.
Saya baru habis baca buku ini. Sungguh romantik. Adakah awak menangis?
Anggap saja saya terkesan.
- Awak belum baca lagi, bukan? - Dah tentu saya baca.
Saya ada terlalu banyak pendapat tentangnya.
Bagaimana saya nak ingat semuanya di kelab buku?
Bukan masalah besar.
Awak hanya tuliskan semua nota awak seperti saya. Nampak? Mudah.
Awak ada banyak nota.
Sekarang, begitu juga dengan saya.
Ini dia, Nora. Kembalinya projek terhebat pameran sains.
Pembesar-Matik 2.0.
Ia perlukan reben.
Tak perlu reben.
Beginilah, jika awak nak membantu, apa kata awak buatkan saya sandwic?
Jangan kedekut daun salad, si comel.
- Hei, Nora. Max, awak ada… - Hei, kakak.
Itu apa? Saya ingat kamu berdua buat jam kentang.
Tak. Inilah Pembesar-Matik 2.0.
Ia akan cairkan benda dua kali lebih cepat?
Bukan, ia akan beri kejayaan di pameran sains. Saya patut menang lima tahun lalu.
Betul, saya tak puas hati!
Terimalah hakikat, Max, walaupun mesin awak tak rosak,
saya masih akan menang! Lampu tikus!
Phoebe. Itu dulu, sekarang masa untuk mesin ini.
Bertenang, Colosso, itu hanyalah lobak gergasi. Tiada sebab untuk…
Benarkan saya makan lobak itu!
Itu…
- Ia sebenarnya agak mengagumkan. - Sudah tentu.
Awak ingat saya akan buat apa? Model gunung berapi membosankan?
Model gunung berapi. Ia ciptaan yang paling teruk…
Saya datang, Billy!
Ada masalah perlu diselesaikan.
Saya tak cerewet. Hanya ambil dan perahnya ke dalam mulut saya!
- Lupakan gunung berapi, Billy! - Sia-sia saya ambil lava dari Hawaii?
Kenapa awak tak hubungi telefon ham saya?
- Kita perlu fikir idea lebih hebat. - Lebih hebat atau lebih bercirikan mop.
Awak tahu, apa kata saya mulakannya dan awak pergi ambilkan sedikit bekalan?
- Okey. Bekalan yang bagaimana? - Bagus.
Lisa, kami sungguh teruja menjadi sebahagian daripada
kelab buku awak. Betul, Hank?
Dah tentu.
Tiada orang bawa makanan yang dibalut dalam lebih daripada satu makanan lain.
Kita akan sebut semula perkara itu nanti, sekarang bercakap tentang buku.
Hank, apa kata awak mulakan dulu?
Maafkan saya?
Hank dan saya masih baru, mungkin orang lain nak mula dulu.
Jangan mengarut. Tiada sesiapa akan menilai awak.
No comments yet. Be the first to leave one.