لومړۍ 108 کرښې.
BOHEMIA, AUSTRIA-HUNGARY MALAM SEBELUM PERANG DUNIA PERTAMA
Putih akan mengemat dalam empat gerakan lagi.
Count Volger!
Boleh saya beri tuanku sedikit nasihat?
Jangan tahan nafas kalau tuanku pura-pura tidur.
Aleksandar, maafkan kami atas gangguan mengejut ini.
Klopp…
Apa yang berlaku?
Sila ikut kami. Ini arahan ayah kamu.
Dia dah balik?
Archduke ada meninggalkan arahan.
Sama macam Mozart semasa muda.
Mereka kata dia asah kemahirannya dengan latihan mengejut.
Dulu bonda kamu selalu bercakap tentangnya, bukan?
Awak nak saya menggubah fiug?
Kami terhibur, tapi kita tak ada masa.
Walker menunggu di belakang kandang kuda. Tuanku akan mengemudinya.
Walker!
Ikut sini, tuan muda.
Kita takkan guna runabout malam ini.
Ini…
Stormwalker.
Saya akan mengemudi benda ini?
Jangan risau, Mozart Cilik.
Saya akan berada di sisi kamu.
Sekarang, ketatkan helmet kamu.
Saya Hoffman, ketua jurutera!
Maaf, tempat ini bersepah.
Ikut sini, tuan muda.
Awak serius?
Tuanku, silakan.
Penutup tingkap dibuka!
Kawalan asas sama seperti model latihan.
Baiklah, boleh kita mulakan?
Latihan hari ini adalah untuk operasi sulit.
Cuba bertenang.
Bagus, tuan muda!
Terima kasih, Klopp.
Perjalanan seperti ini memang menyeksakan.
Sekejap. Ini laluan yang bonda guna semasa menunggang kuda.
Kalau kita tinggalkan jejak di sini, tentu bonda marah.
Saya tahu tuanku tak bersedia,
tapi kita tiada pilihan kalau nak bergerak lebih jauh sebelum subuh.
Ini cuma latihan, bukan? Kenapa ada destinasi?
Volger, apa yang berlaku?
Tuan muda, ikut kami.
Kita mesti tinggalkan Bohemia sejauh yang boleh.
Ini arahan ayahanda kamu.
Tapi ayahanda saya di Sarajevo…
Awak di bawah arahan siapa?
Kamu mesti faham. Semua ini atas kehendak Archduke.
Bohong!
Saya pun harap begitu.
Awak nak culik saya?
Awak pun sama?
Ayahanda saya akan penggal kepala kamu…
Maafkan saya.
Tapi ayahanda dan bonda kamu telah dibunuh di Sarajevo hari ini.
EDINBURGH, SCOTLAND
Cerahnya hari ini!
Selamat berkenalan, saya Dylan Sharp.
Bukan.
Saya Dylan.
Dylan Sharp, tuan!
Boleh tahan!
JANGAN KETINGGALAN! SERTAI SEKARANG
Maafkan saya!
Dylan Sharp, tuan! Saya nak ambil ujian untuk masuk tentera!
Awak agak kurus, bukan?
Saya nampak langsing kalau berpakaian. Tengok ini.
Jangan tertipu. Nampak otot saya?
Baiklah, semoga berjaya.
Terima kasih.
- Seterusnya! - Ya, tuan!
Selamat datang ke East Fortune.
Makhluk hasil kejuruteraan genetik yang dicipta oleh Charles Darwin
ialah ciptaan hebat yang mengukuhkan Empayar British selama 50 tahun.
Takkan kamu takut
dengan kejayaan besar revolusi makhluk buatan ini?
Dengar sini!
Clanker Kuasa Pusat
akan menyerang kita tanpa belas kasihan dengan mesin perang mereka, Walker!
Buktikan keteguhan semangat Darwinist dalam setiap pertempuran!
Macam lelaki sejati!
- Kamu faham? - Ya, tuan!
Baiklah. Sekarang…
Perhatian!
Mula-mula, saya nak uji sama ada kamu layak jadi juruterbang.
Pusing belakang!
Huxley!
Tak mungkin.
Huxley menyeramkan.
Kita akan mati.
Ingat, makhluk ini agak panas baran
dan dengan cuaca yang tak menentu,
lebih baik kamu berhati-hati supaya tak jatuh.
Siapa nak mula dulu?
Sesiapa yang tak berani boleh pergi sekarang!
Semuanya?
- Saya nak cuba, tuan! - Apa?
Tengok, tingginya 305 meter.
Saya akan turunkan kamu kalau kamu bertahan 10 minit di udara.
Kalau ada yang tak kena atau kamu panik, kibarkan benda ini kepada kami.
Jangan risau. Saya takkan panik, tuan.
Mereka semua kata begitu.
Tunggu.
Di mana tuil untuk melepaskan hidrogen?
Macam mana kamu tahu?
No comments yet. Be the first to leave one.