لومړۍ 200 کرښې.
Pn. Gein?
Pn. Gein?
Adeline!
Adeline!
Mak!
MAK KE JAMUAN GEREJA
Saya tahu awak siapa.
Saya tahu awak siapa!
Duduk.
Ini untuk apa?
Untuk awak.
Awak yang curi coli dan seluar dalam saya, bukan?
Saya tahu berapa banyak. Saya pesan di Sears and Roebuck.
Ada kegelapan dalam diri awak, Eddie Gein.
Ya, awak tahu sebab awak pun sama.
Betul cakap awak. Tapi awak tak jujur dengan saya, Eddie.
Ini peluang terakhir untuk awak berterus terang.
Kalau awak tak jujur dengan saya, demi Tuhan, kita putus.
Saya nampak mayat itu, Eddie.
Itu mayat mak awak?
Bukan.
Bukan dia.
Jujur sajalah.
Saya jujurlah.
Mana awak dapat?
Saya gali.
Kenapa?
Sebab saya berminat.
Katanya dia cuma perlukan tulang.
- Siapa? - Mak.
Awak panggil mayat itu mak?
Ya. Itu memang mak.
Dia…
Dia ada di dalamnya.
Saya tak tahu nak jelaskan.
Mayat itu mak.
Saya faham.
Awak memang mengerikan, Eddie Gein.
Macam mana rasanya waktu kali pertama awak sentuh mayat?
Sebenarnya, mayat itu segar.
Baru seminggu dia mati.
Saya ada tengok gambar Weegee.
Orang terjun dari Jambatan Brooklyn.
Waktu mayatnya dijumpai, mukanya hancur macam tanglung labu pada Malam Iblis.
Muka dia berpercikan macam itu.
Macam itukah dia mati?
Tak.
Kematian biasa saja rasanya.
Entah kenapa orang kecoh sangat tentang kematian.
"Abu kepada abu, debu kepada debu." Macam disebut dalam Bible.
Semua berkaitan manusia tak menjijikkan saya.
Saya rasa kalau manusia boleh buat,
ia pasti mempesonakan.
- Ambil ubat ini selepas makan. - Ya.
Ya, beri sajalah, Albert. Terima kasih.
Awak tak apa-apa?
Ya, terlupa pula awak ada di situ.
Ya, saya okey. Jangan pedulikan saya.
Saya nak beli kapur lagi.
Banyak-banyak kapur nak buat apa?
Seekor lagi heifer saya mati. Yang ini muda lagi.
- Ya. - Macam anak lembu.
Ya, kapur mencepatkan pereputan.
Semuanya 29 sen.
Alamak.
Saya ada 25 sen saja. Biar saya letakkan balik sikit.
Alahai, Eddie.
Saya boleh belanja selebihnya.
- Nanti saya bayar balik. - Aduhai, tak payahlah.
Setiap kali awak datang, saya rasa sangat gembira.
Awak seorang saja yang layan saya dengan baik.
- Taklah. - Betul!
Saya selalu rasa nak menangis kalau ada orang ikhlas buat baik.
Tengoklah saya.
Saya betul-betul dah tak boleh tahan.
Jiwa saya rasa macam nak ranap.
Awak nampak pucat.
Ya.
Awak dah makan?
Saya tak ada selera.
Disebabkan pil doktor, saya tak ingat bila kali terakhir saya makan.
Tapi ia buat badan saya jadi cantik.
Betul.
Badan saya tak pernah langsing begini sejak zaman sekolah.
Tapi saya gementar sepanjang masa.
Macam inilah.
Apa kata awak tutup sejam? Saya nak bawa awak pergi makan.
Apa?
Tak apalah, Eddie. Saya baru ambil 25 sen terakhir awak.
Kita boleh ke farmasi. Saya ada akaun di sana.
Marilah.
Saya tak boleh biar wanita menangis.
Mari kita pergi isi perut.
Kalau macam itu,
baiklah, Eddie Gein.
Saya akan ikut awak.
Bernice Worden bekerja tak ingat dunia.
Betul.
Dengan nama Jesus, amen.
Amen.
Makanan sedap, rezeki berkat, syukur, mari makan!
Albert, tolong tambahkan kopi saya.
Sambung balik tadi,
saya bangga anak saya jadi pegawai polis,
tapi dia tak pernah datang melawat.
Dia dah ada hidup sendiri. Umur saya 17 tahun waktu melahirkan dia.
Saya muda lagi,
tapi tiba-tiba saya dapat anak, jadi saya terperangkap.
Awak tak makan bifstik awak.
Ya, saya cuma perlu hisap rokok dulu.
Nanti mesti selera saya datang balik.
Bernice, saya rasa ada yang tak kena.
Tak. Saya…
Maafkan saya.
Awak buat saya teringatkan dia.
- Siapa? Anak awak? - Tak, Bert.
Lelaki yang saya betul-betul cintai.
Dia datang ke kedai.
Suami saya, Leon, dah mati lebih kurang setahun.
Dia cari paku tanam, tapi dia tak tahu saiznya.
Saya tahu semuanya tentang paku tanam.
Kemudian, sedar-sedar saja, kami berbual berjam-jam lamanya,
dan kami betul-betul dilamun cinta.
Dia kata dia sanggup lari dengan saya kalau itu yang saya nak,
kemudian saya cakap, "Bert, saya tak boleh jadi perempuan gasang.
Anak saya pegawai polis, awak tahu tak?
Ini peluang terakhir saya. Saya nak ada hubungan sebenar.
Saya tak boleh dikenali sebagai 'Jezebel si tauke kedai perkakasan'."
Dia akur.
Dia akur. Dia tinggalkan isteri dia dan pindah ke rumah saya.
Dia kata, "Trudy.
Trudy, saya cintakan perempuan kedai perkakasan itu.
Saya tak pernah segembira ini."
Kemudian apa berlaku?
Isterinya minum peluntur, Eddie.
Dia bunuh diri.
Aduhai.
Awak tahu di mana kubur dia? Saya cuma ingin tahu.
Eddie, ia jadi skandal besar.
Bert tak tahan jadi bahan gosip
dan bualan orang ramai.
Sudah semestinya, semua orang salahkan saya.
Mereka mula panggil saya "mak cik paku jalang".
Kemudian Bert pergi. Dia lesap macam itu saja.
Saya kena makan pil ini.
Kalau saya tak makan,
entah apa akan terjadi.
Mungkin saya akan gila.
Awak terpesona dengan dada saya, Ed Gein?
Maaf.
Tak.
Tak, jangan minta maaf.
Itu baju dalam jenis apa?
Jarang nampak yang begitu berenda.
Ya, Bert belikan untuk saya.
Saya tetap pakai lagi walaupun perit rasanya teringatkan dia.
Demi memperingati cinta kami yang hilang.
Boleh saya cuba pakai?
Apa awak cakap?
Boleh tak?
Ya…
Boleh.
Memandangkan awak sangat baik dengan saya,
takkan saya nak cakap tak boleh?
Awak sama macam dia,
suka buat saya jadi nakal,
suka buat saya jadi perempuan gasang.
Hidulah.
Ada bau wangian saya.
Seronok betul petang hari ini, Eddie.
- Saya tak nak ia berakhir. - Ia tak perlu berakhir.
Saya dah lama tak meluncur.
Tak apa. Biar lambat, asal selamat.
Betul.
Hai.
Siapa dia?
Bukan sesiapa.
Saya nak beli air gas untuk kita.
Baik!
MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN
Berikan saya dua Coke.
Helo.
Percuma saja.
Dia sangat sesuai dijadikan sofa!
Eddie.
Indah betul rasanya.
Dah lama saya tak meluncur.
Awak buat saya rasa macam gadis muda.
Pada mata saya, awak masih muda.
Taklah!
Tahu cara nak jadikannya lebih baik?
Saya pernah rasa sekali. Puas betul.
Saya minum wain.
Baiklah,
kalau awak nak minum wain, En. Gein,
saya tahu di mana kita boleh dapat.
Ya!
- Ya. - Ya!
Puas betul.
Yakah?
No comments yet. Be the first to leave one.