Team Bulldog: Off-Duty Investigation

Team Bulldog: Off-Duty Investigation (번외수사)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

번외수사--Team-Bulldog: Off-duty-Investigation E10 NEXT iQIYI
د لخوا تبصره ANANG2196

تګونه

other
په خپور شو: 2020-06-22
ډاونلوډونه: 17
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 193 کرښې.

Sub bY iQIYI

[Semua watak, lokasi, organisasi dan kejadian]

Apa?

Apa ini?

Helo?

Siapa ini?

Begitu.

Awak pasti awak bukan pesalahnya?

Macam mana nak buktikan yang ini bukan gurauan?

[Kalau saya ada masa nak buktikan, saya lebih rela potong lidah awak.]

[Kalau awak nak tahu siapa pelakunya, padam video siaran langsung itu,]

Helo?

Helo?

Apa ini?

Adakah ini benar?

Apa ini?

"Jika berlaku kebakaran, pecahkan dinding ini."

Apa ini?

Oh, ya.

Mereka pasang dinding palsu supaya orang boleh lari

ke rumah jiran sekira berlaku kebakaran.

Saya tak percaya ini cara pesalah masuk.

Periksa rakaman CCTV dan lihat siapa yang melawat unit

sebelum dan selepas kejadian itu.

Unit ini digunakan sebagai model rumah,

jadi mesti ramai yang datang ke sini.

Okey.

Saya nampak kacak.

Lihatlah garis rahang saya.

"Agensi Detektif Tak Won".

"Jauh lebih baik daripada agensi penyiasatan."

"Kami bekerja seperti anjing"?

- Menyalak? - Apa yang awak cakap ini?

Aduhai.

Aduhai, mereka salah guna perkataan.

Berdasarkan rupa rakan sekerja awak, saya pasti orang akan upah awak membunuh

dan bukannya menyiasat.

Jadi awak beritahu saya yang seseorang

- tertinggal telefon dalam kereta awak? - Ya.

Awak dah periksa nama yang didaftarkan dan rakaman kotak hitam itu?

Saya dah periksa, tapi telefon itu ialah telefon pakai buang.

Saya juga dah lama jual kamera papan pemuka itu.

Saya kekurangan wang untuk makanan.

Aduhai. Kemiskinan awak buat saya sedih.

Awak berminat untuk sertai perniagaan ini?

Tak apalah.

Sebaliknya, tolonglah saya dengan hati Einstein.

Mungkin awak maksudkan Schweitzer.

Saya rasa Kes Pembunuhan Bilik Berkunci ke-10

yang berlaku pada tahun 2012.

Orang yang sama, begitu juga simpulan itu.

Tunggu.

Maksud awak, saya sebenarnya bercakap dengan Pembunuh Bilik Berkunci di telefon?

Ya, kemungkinan besar.

Dia cakap apa?

Dia beritahu saya dia tahu siapa pembunuh Park Jae-min

dan saya patut buat apa yang disuruh kalau nak tahu.

Itu cara membuat perjanjian. Terima dan beri.

Bukan sebaliknya? Beri dan terima.

Tak, lebih baik dapatkan apa yang awak nak dulu.

Jadi apa yang dia nak daripada awak?

Dia nak kita padam video siaran langsung yang dimuat naik oleh Pengarah Hong.

Rancangan dengan Profesor Pi? Lelaki yang lebih hodoh daripada saya?

Ya, Detektif Durian.

Dia juga nak kita muat naik video pengakuan yang kami salah.

Mesti ada sesuatu yang mencalarkan maruahnya.

Pembunuh bersiri mudah marah

apabila orang tidak mengiktiraf jenayah mereka

atau tersilap tentang mereka.

Jadi apa patut kita buat?

Saya boleh cuba apa saja untuk padam video yang dimuat naik itu.

Tapi terpulang pada syarikat saya untuk putuskan nak minta maaf atau tak,

jadi saya tak boleh buat keputusan sendiri.

Awak sentiasa ada dua pilihan.

Sama ada beri apa dia mahu

dan jadi pengarah terhormat yang ditemu bual dengan pembunuh bersiri

buat pertama kalinya dalam sejarah.

Atau awak boleh abaikan dia dan buat macam biasa, macam sekarang.

Tapi macam mana kalau ada orang sengaja nak kenakan saya?

Jangan risau.

Kita sentiasa ada Sihat Seratus Tahun.

- Saya akan tolong awak. - Tutup mulut awak.

Saya takkan bekerja di sana walaupun dipecat.

Kenapa unit bercantum perlu jadi rumah contoh?

Tentu ada banyak kesan cap jari dan DNA di sana.

Mungkin itu sebabnya.

Aduhai, apa yang berlaku?

Kenapa kamu semua nampak muram?

Edarkan kepada semua orang.

Ambil seorang dan pulihkan tenaga.

- Terima kasih. - Terima kasih.

Hei, Dae-jin, ada jumpa apa-apa dalam kamera keselamatan?

Ya. Tengok ini.

Bukankah dia nampak macam pesalah itu?

Maknanya dia masuk ke dalam dan berpura-pura melihat sekeliling,

guna dinding palsu di balkoni

untuk pecah masuk ke rumah Park Jae-min, melakukan pembunuhan

dan tunggu sehingga semua orang keluar sehingga dia juga boleh pergi.

Seram sejuk saya dibuatnya.

Beg itu mungkin untuk alat yang dia guna untuk jenayah itu

sebab dia tak bawa mayat itu.

Kita akan dapat banyak bukti sebaik saja kita jumpa beg itu.

Dia pakai topi dan topeng. Mustahil untuk tahu dia siapa.

Bila dah ada rakaman kamera keselamatan,

siasat semua orang yang datang ke rumah modelnya.

Periksa alibi mereka.

- Ya, tuan. - Ya, tuan.

Awak nampak sesuatukah? Ia rakaman yang sama.

Saya tahulah. Saya boleh kesan dia.

Yakah?

Siapa dia?

- Hei, Dae-jin. - Ya?

Dah lama saya tak buat begini, tapi mari guna salah satu alat saya.

Apa? Ini waran geledah.

Sudah sepuluh tahun, tapi saya masih tak dapat waran bila perlukannya.

Saya benarkan awak masuk sebab awak bawa waran geledah.

Tapi apa yang berlaku?

Lelaki tua dan isterinya takkan buat apa-apa yang melanggar undang-undang.

Saya takkan lama, jadi jangan risau.

Terima kasih.

Kenapa dia sangat mencurigakan?

Hei, cari betul-betul.

- Okey. - Bagus.

Mari kita lihat.

Hei, lama tak jumpa.

- Apa khabar? - Pergi.

- Keluar dari sini sekarang juga. - Kenapa?

- Keluar. - Awak nak buang air lagi?

- Kenapa? - Keluar. Keluar dari sini.

- Kenapa dengan awak? Lepaskan saya. - Keluar.

Boleh kita berbincang?

Dia takkan berganjak.

Beratnya dia.

Saya kata mari kita berbincang.

Saya sedang cari beg pakaian.

Dan saya rasa ia mungkin ada di sini.

Saya dah jumpa.

Dia dah jumpa.

Ia sama seperti yang kita lihat dalam rakaman itu.

Aduhai, tak mungkin boleh nafikannya.

Mari kita bawa dia ke balai dan soal siasat dia.

Tak, kita perlukan bukti kukuh.

Susah nak tangkap dia lagi kalau kita kehilangan dia

- kerana kekurangan bukti. - Oh, ya.

Saya tak boleh buat kesilapan yang sama sepuluh tahun lalu.

Minta PFN periksa secepat mungkin.

- Baiklah. - Aduhai.

Lama tak jumpa.

Saya jangkakan kedatangan awak selepas terima panggilan dari Deok-su.

Dia beritahu saya yang awak ambil beg pakaian dari rumah.

Awak akan tangkap saya lagi?

Saya tak pasti.

Saya sibuk kebelakangan ini.

Oh, ya.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk buat ia berkilat?

Ini kasut formal.

Ya. Itu kasut kegemaran saya.

Mak saya belikannya untuk hari jadi saya.

Ada seorang lelaki yang saya teringin nak tangkap.

Selepas menangkap lelaki itu, saya akan pakai kasut mahal ini.

Jadi buatlah yang terbaik untuk kilatkan kasut ini.

Saya akan kembali untuk ambil semula nanti.

Jadi disebabkan video yang awak tak pasti itu benar,

awak nak padam video Pengarah Hong dan minta maaf?

Bila video itu mencecah sejuta tontonan sekarang?

Tuan.

Saya pasti yang video ini benar.

Saya dah sahkan dengan pakar.

Tiada pakar yang sebagus Profesor Pi dalam bidang ini.

Ada seorang. Dia dipanggil Detektif Durian.

Siapa itu?

Apa pun, tolonglah saya.

Awak tak rasakah ini berita besar?

Penyiaran adalah tentang kredibiliti.

Saya mesti dapatkan sesuatu dengan langkah yang berisiko ini.

Jika kita sendiri betulkan, maksudnya kita silap.

Awak akan dapat sesuatu daripada ini.

Kalau kita ikut cakap dia, dia akan telefon saya balik.

Siapa yang beritahu awak? Pembunuh bersiri ini?

Macam mana kalau bukan dia?

Aduhai, kenapa awak begitu pesimistik? Kita patut percayakan satu sama lain.

Awak nak saya percayakan pembunuh bersiri?

Jadi, dengarlah cakap saya. Pembunuh bersiri ini

mungkin akan tunaikan janjinya.

Macam mana kalau saya dipecat?

Ini bukan hanya berkenaan "Semakan Fakta".

Tanpa rancangan yang pasti,

saya takkan benarkannya.

Apa pendapat kamu semua?

Temu bual dengan pembunuh bersiri yang masih belum ditangkap.

Ini bukan tak pernah berlaku di Korea saja.

Tak pernah berlaku dalam dunia ini.

Tapi awak tak rasakah ini terlalu bahaya?

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left