The Ministry of Ungentlemanly Warfare

The Ministry of Ungentlemanly Warfare

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

The Ministry of Ungentlemanly Warfare (2024) WEB
د لخوا تبصره Sanzoryu
SUBS MALAY PENUH | WEB | "Kini tak perlu kerut dahi." | Durasi 02:00:20 | Manual translated | Rate kalau suka | Kini di telegram t.me/sanzoryu

تګونه

webdl
په خپور شو: 2024-05-15
ډاونلوډونه: 704
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

[ Berdasarkan Sebuah Kisah Benar ]

[ Diambil daripada Fail Sulit Winston Churchill yang telah diubah statusnya pada tahun 2016 ]

[ Lautan Atlantik, Perairan Kawalan Nazi ]

[ Lautan Atlantik, Perairan Kawalan Nazi, 1942 ]

Awak belayar dari mana?

Uh, Sweden.

Awak boleh berbahasa Inggeris? - Saya... Saya... orang Sweden,

tapi saya cakap bahasa Inggeris sedikit.

Kami akan naik ke atas.

Semua dialu-alukan. Semua dialu-alukan.

Termasuk yang kecil itu. Dia boleh datang juga.

Selamat datang.

Kenapa awak berada di sini?

Kami cuma bercuti sambil belayar.

Berjalan dengan kawan-kawan.

Jauhkan tangan awak.

Pengenalan?

Pasport?

Nah.

Ada orang lainkah di atas bot ini?

Hanya kami berdua.

Ada sesiapa di bawah sana?

Tiada.

Cari di setiap sudut.

Marilah, kami ada banyak makanan...

Jauhkan tangan kotor awak!

Berundur!

Dan awak,

angkat kedua-dua tangan ke atas!

Ooh!

Habislah kau!

Kau nakal-nakal ya!

Saya akan bagi 100 franc untuk tembak dia.

Jangan tembak saya!

Dia benci orang Jerman. Awak memang patut tembak dia.

Saya... Saya minta maaf. Awak menakutkanlah.

Suruh dia jalan di atas papan.

Dia suka kayu.

Binatang mabuk pengotor!

Saya mengaku bersalah.

Saya selalu bawa satu tin minyak tanah

khas bagi waktu-waktu seperti ini.

Dah agak lama,

tapi kali terakhir seseorang ketawakan saya

bila saya menaiki kapal mereka,

saya berikan mereka pilihan.

Sama ada berenang ke daratan

atau cuba berada di atas kapal yang terbakar.

Saya dan Hans tertanya pilihan mana yang mereka akan pilih,

mati melalui air atau api.

Yang anehnya, mereka pilih kedua-duanya.

Mereka tunggu sehingga detik-detik terakhir,

sampai rambut mereka disambar api,

dan kulit mereka yang melecur terkupas daripada jari-jemari mereka,

sebelum mereka junamkan diri mereka ke dalam air

dengan harapan...

untuk mencapai daratan.

Salah seorang daripada mereka

tenggelam terus dan mati.

Tapi yang kami kagumnya, si tubuh besar itu,

dia tunjukkan semangat yang hebat.

Walaupun sangat sukar... - Tolak, tolak.

...dengan penat lelahnya dia berjaya sampai ke daratan.

Kami ikuti dan bersorak untuk dia

dan ganjarkan pencapaian mengagumkan itu

dengan satu peluru

pada belakang kepalanya.

Kelakar bukan?

Kenapa awak tak ketawa?

KEMENTERIAN PEPERANGAN SECARA KASAR

Syabas, Lassen.

Ada ramai lagi puak ini.

Ya.

Ah...

Saya tak pasti cara itu berkesan, Lassen.

Kapten mereka nampak gelisah.

Mereka tengah sasarkan meriam mereka.

Mereka akan jumpa jaraknya tak lama lagi, tuan.

Freddy, kami patut risaukah?

Oh, saya rasa tidak, tuan.

Bahan letupannya agak besar, jadi saya pasang fius yang agak besar.

Saya jumpa kawasan luar bilik simpanan peluru,

jadi bila ia meletup,

ia memang akan meletup.

Makin dekat...

Bila-bila masa saja sekarang.

Freddy?

Syabas, Frederick.

Terima kasih, Kapten.

Sekarang, boleh tuan beritahu kami apa kita buat di sini?

Peperangan di Eropah terus marak

bila Hitler dan tentera Nazi-nya menjajah semua di laluannya.

Poland, Belgium dan sekarang Perancis,

semuanya telah jatuh kepada rejim Fasis si Hitler,

meninggalkan Britain mempertahankan harapan terakhir

bagi pembebasan seluruh Eropah.

Jadi marilah, England, bersedia untuk berjuang.

Tapi kami tak mampu lakukannya sendirian.

Dan mana-mana saudara-saudara Amerika kita

yang mahu sertai kita dari seberang Atlantik

terus dikecewakan

oleh senjata rahsia Jerman, kapal selam.

Kapal selam kecil yang bahaya ini

memburu sesuka hatinya di lautan Atlantik Utara.

Tidak mampu dikesan, kapal selam menenggelamkan kapal tanpa diskriminasi,

sama ada yang mengangkut senjata api, bekalan makanan dan minuman

mahupun orang awam yang menuju pulang

daripada negara jiran seberang lautan.

Selagi kapal selam menguasai lautan Atlantik,

ia kekal mustahil

bagi pasukan berani Amerika untuk sampai ke negara kita.

Adakah Britain akan terpaksa menuruti rancangan Hitler

atau hadapi kebinasaan daripada serangannya?

London terbakar dan lautannya bertukar merah,

bila mana bom jatuh dari atas dan torpedo dari bawah

menggiling rakyat British.

Dan tanpa pertahanan terhadap kapal selam yang bahaya ini,

nampaknya mungkin sudah tiada harapan

bagi keamanan di Eropah.

Jerman potong rantaian bekalan kita dengan kapal selamnya,

kita pula potong rantaian bekalan kepada kapal selamnya.

Melalui ejen-ejen perisikan kita, kita dah jumpa caranya.

Seluruh hal...

menservis, memperbaiki, dan mengisi senjata

bagi armada kapal selam Atlantik si Hitler...

dilaksanakan oleh dua buah kapal tunda Nazi...

dan sebuah kapal pembekal Itali di Fernando Po.

Saya perlukan askar yang sanggup pergi menenggelamkan kapal-kapal itu.

Kenapa kita tak lancarkan saja serangan udara di Fernando Po

dan tenggelamkan kapal-kapal itu?

Sebab si Jerman licik itu dengan liciknya,

telah tempatkan diri mereka dalam sebuah tanah jajahan Sepanyol.

Fernando Po adalah kawasan neutral.

Kalau kita serang tanah jajahan itu,

kawasan Eropah lain yang tak dijajah akan sertai Nazi,

dan tunggu masa saja nanti

sebelum kita dapati diri kita

menggoreng sosej besar

sambil memakai seluar kulit Jerman.

Hitler tak mengikut garis panduan yang ada

dan kita pun takkan.

Ini tentulah akan jadi misi yang tak diluluskan,

tidak dibenarkan dan tidak rasmi.

Jika mereka ditangkap oleh British,

mereka akan disumbat ke dalam penjara.

Tapi kalau Nazi yang jumpa mereka...

penyeksaan dan kematian.

Walaupun tak semua akan bersetuju,

saya mungkin ada orangnya,

tapi masalahnya adalah,

dia sedang dipenjarakan selama yang Raja mahukan.

[ Ibu Pejabat Eksekutif Operasi Khas, London ]

Kita mungkin tak suka sikapnya,

tapi dia berani, dia pembunuh,

dan askar akan ikut dia ke mana saja.

Kita pastikah ini idea yang baik?

Mestilah kita tak pasti.

Tapi kita terdesak.

Bawa dia masuk.

Ke hadapan!

Berdiri di sana, Mejar.

Terima kasih, Sarjan.

Gus March-Phillipps,

ini Leftenan Komander...

Fleming. Ian Fleming.

Dia pernah bertugas di Perisikan Tentera Laut,

sekarang dia bekerja untuk saya.

Kenapa saya di sini, M?

Saya ada misi yang saya mahu kamu ketuai.

Kenapa kamu minta saya, M?

Tuanglah teh untuk kamu, Mejar.

Kita berdua tahu yang saya...

tak begitu digemari oleh pihak pentadbiran.

Sebab yang mereka dapati kamu tak menarik

adalah sebab yang sama saya dapati kamu menarik.

Misi?

Operasi "Postmaster".

Untuk lumpuhkan kapal selam Jerman di laut Atlantik Utara.

Dan, uh, apa perancangannya?

Kapal selam itu perlukan minyak dan torpedo.

Tapi mereka juga perlukan

penapis karbon dioksida bagi oksigen.

Tanpanya, mereka tak boleh menyelam dan memburu.

Terdedah di permukaan, mereka jadi tak berguna.

Sasaran?

Kapal Duchessa d'Aosta.

Ianya kapal orang Itali yang orang Jerman gunakan...

...untuk mengisi minyak, senjata dan menambah

penapis CO2 bagi seluruh armadanya.

Ia tersembunyi di pantai Afrika Barat.

Sebuah pulau kecil dipanggil Fernando Po.

Kami mahu kamu, um, tenggelamkannya.

Kamu akan menyamar jadi nelayan belayar di pantai barat

di atas kapal pukat tunda berisi bahan letupan yang cukup

bagi memusnahkan Kapal Duchessa.

Ini adalah Ejen Heron dan Stewart.

Mereka akan bekerja di bawah penyamaran di pulau itu.

En. Heron telah pun dikenali di sana,

menjalankan pelbagai jenis bisnes.

Bisnes apa?

More Malay subtitles for The Ministry of Ungentlemanly Warfare

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left