لومړۍ 167 کرښې.
Tolonglah hujan supaya mak akan datang
Jemput saya dengan payungnya
Rintik-rintik, percik-percik, la-la-la
Rintik-rintik, percik-percik, la-la-la
Shu…
Mak!
Mak minta maaf sebab lambat. Hujan tiba-tiba saja turun.
Hati-hati balik.
Terima kasih banyak.
Mak!
Tolonglah hujan supaya mak akan datang
Tuan muda dah bangun.
Selamat pagi.
Susahnya nak suruh awak bangun.
Tolonglah bangun!
Awak akan selesema kalau terus pakai baju tidur itu.
Shuichi, selamat pagi.
Hari ini Sabtu, bukankah awak kena pergi ke pasar lambak hari ini?
Awak dah sediakan semuanya?
Saya tak nak pergi ke acara bodoh itu.
Kenapa orang nak beli barang yang orang lain tak nak?
Buang saja kalau ia dah terlalu usang.
Budak ini…
Tuan muda, penting untuk kita jaga barang kepunyaan dengan baik.
Kita ada terlalu banyak duit dan itu tak penting pun,
kita boleh saja terus beli barang baru.
Aduhai.
Hujan akan turun petang nanti. Pastikan awak bawa payung.
Saya tak perlukannya.
Saya akan naik teksi kalau hujan.
SEKOLAH RENDAH DOMORI PASAR LAMBAK
SEKOLAH RENDAH DOMORI
Marilah. Mari singgah dan lihat!
Kami ada banyak barang bagus.
200 YEN
Tengok, ini macam baru. Masih dalam keadaan bagus.
Nampak? Ia hampir macam baru. Apa pendapat awak?
Hei, jangan pergi. Marilah tengok ini.
Setidaknya, awak patut basuh itu dulu. Kalau tak, tak ada orang nak beli.
Makoto.
Awak tak tahu kalau basuh sesuatu seperti ini akan mengurangkan nilainya?
Wah, ini nampak sangat bagus.
Ya.
Hei, Miki, boleh saya lihat apa lagi yang awak jual?
Dah tentu. Sekejap, ya…
Hei, semua.
Bagaimana dengan apron kucing comel ini?
Kucing?
Ia nampak agak menakutkan.
Tak apa, terima kasih…
Tapi, saya dah menyulamnya dengan baik.
Kerja tangannya memang sangat teruk.
Ya.
Nampaknya semua orang lakukan kerja yang baik.
Ya.
Sekolah Rendah Domori adakan pasar lambak sekali setahun
untuk para pelajar menjual barang yang mereka tak perlukan lagi.
Kami nak ajar mereka untuk jaga barang kepunyaan dengan baik.
Ya, saya benar-benar fikir ia idea yang bagus.
Cikgu Nueno?
Harga ini tak masuk akal.
Adakah radio ini masih berfungsi?
- Ya. - Okey, saya nak beli.
Adakah 10 yen okey?
Apa? Awak masih nak tawar-menawar dengan harga itu?
Cikgu Nueno…
Lima puluh yen dah cukup rendah.
Awak sangat kedekut, Nube.
Jadi?
Hidup orang dewasa sangat susah, tahu?
PAKAIAN TERPAKAI 200 YEN
Apa?
Shuichi, apa semua ini?
Bukankah awak suruh bawa barang yang saya dah tak perlukan lagi?
Inilah barangnya.
Oh, ya. Saya perlu letak harga.
Saya akan buat semuanya satu yen.
- Satu yen? - Apa?
Bukankah satu yen itu terlalu murah?
Tapi semua ini adalah benda yang saya tak perlukan lagi.
Menyusahkan nak buang semuanya.
Jadi, saya nak ini.
Saya nak beli ini.
Saya nak beli semua! Semuanya, segalanya!
Pasar lambak ini adalah untuk pelajar, jadi jangan menyibuk.
SAYA MERENUNG TINDAKAN SAYA!
Saya tak dapat beli apa-apa…
- Mari tukar selepas saya selesai. - Terima kasih.
Memang boleh begitu.
Shuichi daripada keluarga sangat kaya yang memiliki beberapa restoran mewah.
Dia kata ibu bapanya belikan apa-apa saja yang dia minta.
Dia makan makanan mewah setiap hari.
Jadi, dia hidup dalam dunia yang sangat berbeza daripada kita?
Patutkah saya kahwin dengan dia sebab duit dia?
SAYA MERENUNG TINDAKAN SAYA KEDEKUT!
Shuichi, awak pasti tentang ini?
Kenapa?
Kami selalu beli versi yang terkini, jadi yang lama cuma mengumpul habuk.
Tapi, tengoklah. Bukankah pembersih vakum ini masih baru?
Ini? Ia dah rosak. Tengoklah betul-betul.
Di sini?
Kami dah ada yang baru, jadi tak ada guna simpan ini lagi.
Tapi, itu bukan sebab untuk awak buat barang ini macam sampah.
Kenapa?
Dengar. Objek itu ada beri rasa sayang dan kenangan…
Saya tak perlu dengar ceramah awak, jadi tolong hentikannya.
Cikgu Nueno, awak tak ada duit sebab awak perlu bayar
semua kerosakan yang awak buat, betul?
Awak cuma kedengaran macam lelaki miskin yang suka merungut pada saya.
Shu…
Apa? Hujan dah turun.
- Hujan ribut. - Hujan turun lebat.
Tak nampak macam hujan akan berhenti.
Mungkin kita patut kemas semua barang.
Saya akan buat pengumuman dengan sistem siar raya.
Pasar lambak akan berakhir sekarang disebabkan hujan turun.
Pelajar, pulang ke kelas dan tunggu arahan cikgu kamu.
Saya boleh saja berlari balik kalau hujan begini. Tak ada masalah.
Beg saya!
Hei, pulangkan.
Mereka sangat bodoh.
Kalau tak ada payung, telefon saja teksi.
Itu lebih cepat daripada menunggu orang datang jemput.
SATU JAM
Shuichi…
Ada orang panggil saya?
Apa?
Ia dah rosak.
Saya tak boleh gunakannya.
Lagipun, ia sangat kecil.
Adakah ini untuk pelajar lebih muda?
Tolonglah hujan supaya mak akan datang
Lagu ini…
Ia dah terlalu lama… Bila waktunya?
Hujan cuma renyai-renyai sekarang?
Ini dan ini juga. Saya nak belinya dengan harga satu yen.
PERKAKAS RUMAH - PERMAINAN
Shuichi?
Saya dah agak dia ada di sini.
Apa awak buat? Kami semua nak balik.
Mereka kata kita boleh mengemas esok.
Kenapa ini?
Shuichi? Kenapa dia guna payung itu?
Tolonglah hujan supaya mak akan datang
Jemput saya dengan payungnya
Rintik-rintik, percik-percik, la-la-la
Apa…
Apa awak nak?
Jangan dekat dengan saya. Pergi!
Shuichi…
Kenapa awak tahu nama saya?
Sesiapa! Selamatkan saya!
Mak!
Jangan sentuh pelajar saya!
Awak…
- Nube. - Kamu berdua.
Shuichi berkelakuan pelik. Kami risau, jadi kami ikut dia.
- Apa benda itu? - Selamatkan saya!
Saya akan dimakan!
Shuichi? Shuichi ada dalam benda itu?
Oh, tidak! Nube, kita perlu selamatkan dia.
Apa awak buat? Benda itu dah lari.
Shuichi…
Shuichi…
Di mana saya?
Shuichi.
Apa yang berlaku ini?
No comments yet. Be the first to leave one.