Team Bulldog: Off-Duty Investigation

Team Bulldog: Off-Duty Investigation (번외수사)

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

번외수사--Team-Bulldog: Off-duty-Investigation E09 NEXT iQIYI
د لخوا تبصره ANANG2196
Telat 🙏🙏

تګونه

other
په خپور شو: 2020-06-21
ډاونلوډونه: 24
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

Sub bY iQIYI

[Semua watak, lokasi, organisasi dan kejadian]

Jae-min?

Jae-min, awak dah tidurkah?

Awak ada di rumah. Kenapa tak jawab panggilan telefon?

Jae-min, bangun. Jae-min.

"Jin-su"?

Awak bercakap tentang Cho Jin-su, budak dari sekolah menengah itu?

Katakanlah saya yang bunuh dia.

Jadi kenapa saya mahu sembunyikan mayatnya di sini

kalau ia akan buat saya saja yang disyaki?

Awak tak boleh tuduh saya.

Saya berumur bawah 14 tahun ketika itu.

Apa yang saya beritahu awak? Awak tak boleh tangkap saya.

Jae-min.

Tak mungkin.

Ia bermula lagi?

Maafkan saya, tumpang lalu.

Helo.

Hei.

- Macam mana keadaannya? - Awak dah sampai.

Budak baru, hari pertama awak agak teruk.

Awak tak pernah nampak mayat, bukan?

Tidak, tuan.

Saya dah banyak kali nampak semasa lakukan tugas meronda.

Ia kejadian biasa bagi seorang pegawai polis.

Yakah? Sebab itukah awak muntah-muntah?

Saya rasa kerang yang saya makan tadi dah busuk.

Nanti, bukankah ini Pembunuhan Pisau Pemotong?

Apa? Pisau pemotong?

Apa benda itu?

Apa itu?

Ada seorang lagi mangsa di sini!

Hubungi ambulans sekarang!

Kenapa awak asyik merenungnya?

Apa yang berlaku?

Betulkah ini Kes Pembunuhan Bersiri Pisau Pemotong?

Awak pergi ke sauna lagi.

Saya rasa Divisyen Wilayah ambil kes itu.

Mestilah.

Mangsa tiba-tiba muncul. Saya hampir terkena serangan jantung.

Awak temui mangsa terselamat dalam Kes Pisau Pemotong?

Tuan, saya ada soalan.

Kenapa Divisyen Wilayah ambil kes ini

sedangkan ia dalam bidang kuasa kita?

Kita sampai dulu

dan periksa tempat kejadian jenayah.

Sebab ini kes pembunuhan bersiri.

- Awak rasa mereka curi ia daripada kita? - Ya.

Kenapa kita tak boleh siasat kes ini?

Ia dalam bidang kuasa kita.

Ketika masih muda, memang normal untuk rasa ghairah dan penuh bersemangat.

Saya tak rasa penuh.

Saya muntah semua yang saya makan.

Tunggu. Betul juga cakap dia.

Ini pembunuh bersiri. Kalau kita dapat tangkap dia, saya akan dinaikkan pangkat

dan menjadi ketua polis.

Jangan beri dia harapan, tuan.

Dia cuma budak baru. Dia tak tahu apa yang dia cakapkan.

Kalau kita tangkap pesalah itu, kita akan diiktiraf.

Tapi tak ada siapa akan salahkan kita kalau kita gagal.

Betul itu. Secara rasminya, ini kes Divisyen Wilayah.

Jadi kita tak rugi apa-apa.

Selain itu, ada seorang yang terselamat.

- Mari kita cuba. - Tuan seriuskah?

Ada dua mayat yang ditinggalkan,

- jadi penjenayah bukan seorang. - Jangan buat kesimpulan melulu.

Kita perlu buat dengan baik dalam siasatan awal.

Ya, saya setuju, tuan.

Penyiasatan utama adalah yang paling penting.

Aduhai.

Mangsa, Na Jeong-min, dan mangsa terselamat, Ji-young,

pergi ke sekolah yang sama.

Mereka juga dilaporkan hilang selepas berjumpa tiga hari lepas.

Awak tahu apa dia Kes Pembunuhan Bersiri Pisau Pemotong?

Sudah tentu. Ini kes bunuh

yang mana 22 orang telah dibunuh sejak tahun 2000.

Apa yang penting, dia lain daripada yang lain.

Pembunuh bersiri lain bunuh mangsa selepas lakukan serangan seksual.

Tapi orang ini bunuh orang untuk membunuh semata-mata.

Dia sasarkan semua orang.

[Dia seksa mangsanya dengan memotong mereka menggunakan pisau pemotong.]

[Selepas itu, dia bersihkan badan mereka dengan peluntur,]

[pakaikan semula baju mereka dan buang ke dalam timbunan sampah.]

[Tapi dia selalu potong bentuk petak pada baju mereka.]

Na Jeong-min juga ditikam

di leher macam ini.

Adakah itu bermakna kaedah dia semakin kejam?

Pembunuh bersiri juga berubah mengikut masa.

Dia sangat teliti dan kejam.

Awak rasa kenapa dia biarkan Son Ji-young hidup?

Entahlah.

Saya tak nampak apa-apa.

Saya terlalu takut.

Macam mana dengan muka, suara, lokasi?

Awak tak ingat apa-apa?

Tak, saya tak ingat apa-apa.

Cukuplah. Awak tak nampak yang dia rasa tertekan?

Dia alami hilang ingatan sementara akibat kejutan yang teruk.

Doktor pesan penting untuk dia berehat dengan tenang.

Tolong pergi.

Tolong hubungi kami kalau dia ingat apa-apa.

Jaga diri baik-baik.

Jangan risau.

Hei, tunggu.

Awak terlupa ambil beg awak.

Terima kasih.

Nanti.

Saya tak tahu kalau ini akan membantu penyiasatan.

Tapi Ji-young alami sesuatu beberapa hari lepas.

Tak, saya tak ingat!

Saya tak ingat!

Kenapa, Ji-young? Ada apa? Kenapa?

Jangan risau! Ini mak! Kamu tak apa-apa!

Ini mak. Kamu tak apa-apa.

Ini dia.

Son Ji-young hubungi polis seminggu yang lalu

mengatakan ada orang tak dikenali mengekori dia.

Tapi lelaki ini sudah pun agak dikenali di kejiranan ini.

Apa maksud awak?

Ini dia. Nama dia Ham Deok-su.

Dia tiga suku, jadi orang akan salah faham.

Tapi selalunya, dia didapati tak ekori mereka.

Maafkan saya.

Saya Detektif Seo In-jae dari Balai Polis Geumpyeong.

Saya datang nak tanya sesuatu.

Kenapa seorang detektif datang ke sini?

En. Ham Deok-su ada di sini?

Kami perasan ini alamat dia.

Dia keluar membuat penghantaran.

Itu pun dia.

Terima kasih.

En. Ham?

Ya.

Awak pernah nampak wanita-wanita ini?

Tidak.

- Saya nak buang air kecil. - Okey.

- Saya nak buang air kecil. - Okey.

Saya nak buang air kecil.

Dia semakin bagus kecuali itu.

Apa hubungan awak dengan dia?

Saya pernah bekerja di hospital untuk orang kurang upaya

dan di situlah saya jumpa dia.

Kerajaan berhenti beri dana kepada hospital itu, jadi ia ditutup.

Dia tak ada tempat lain untuk dituju,

jadi saya beri dia kerja-kerja biasa dan benarkan dia tinggal di sini.

Tapi ada apa kamu ke mari?

Awak tahu ada orang dibunuh di tempat sampah di seberang jalan?

Yakah?

Patutlah ada ramai orang di pasar

sedangkan biasanya ia sangat sunyi.

Awak pernah nampak wanita-wanita ini?

Saya tak pasti.

Saya kenal kebanyakan wanita muda yang tinggal di kejiranan ini.

Tapi mereka berdua tak biasa dilihat.

Awak pernah nampak, sayang?

Memang dah sedekad.

Lama juga dia bertahan.

Jae-min.

Kalau dia akan mati begini...

Ini tak nampak macam

ada orang pecah masuk ke rumah ini.

Adakah orang itu dikenali?

Tak, ini mesti dia.

Apa?

In-jae. Tengok.

Tengoklah ini.

Kenapa awak pakai baju yang sama?

Awak tidur di sini?

Hei, ini lelaki tua dari kedai baiki kasut semalam.

Kenapa dengan ini?

Ji Su-cheol, 62 tahun.

Dia pindah ke Wilayah Gyeonggi utara pada lewat 1990-an.

Ketika itulah Pembunuhan Bersiri Pisau Pemotong mula berlaku.

Juga selepas dia pindah ke sini tahun lepas,

Na Jeong-min dibunuh.

- Mungkin kebetulan saja. - Apa? Tidak, tunggu.

Awak tahu tak? Bila saya tanya dia

tentang kes Na Jeong-min semalam,

dia kata dia tak tahu tentang pembunuhan itu, bukan?

Tapi awak tahu tak? Tengoklah ini.

Ini gambar dari tempat kejadian.

Gambar dia diambil di khalayak ramai bersama pemerhati yang lain.

Apa?

Bukan itu saja.

Saya siasat tentang dia sebagai langkah berjaga-jaga.

Tengok ini. Gambar dia diambil

di beberapa tempat kejadian jenayah lain.

Awak tak tahukah kata orang, penjenayah selalu muncul di tempat kejadian?

Ini cuma sedikit daripada 22 tempat kejadian jenayah.

Saya rasa orang tua itu ingin tahu dan pergi ke tempat kejadian jenayah.

Lagipun, dia berusia 60-an.

Saya tak rasa dia cukup kuat untuk lawan mangsa.

Kali ini, ada dua mangsa.

Saya kata jangan cepat buat kesimpulan.

Membuang dia daripada senarai suspek hanya kerana dia sudah tua

juga buat kesimpulan melulu.

Saya bukan buat kesimpulan melulu. Itu logik. Aduhai.

Tolong dengar apa yang saya nak cakap.

Tolong saya dapatkan waran untuk geledah rumahnya.

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left