لومړۍ 200 کرښې.
Cepatlah. Bawa dia masuk.
Bos perlu balik hari ini.
Gerak!
-Sunny? -Firoz?
-Sunny! -Awak okey?
Mereka belasah saya.
-Awak okey? -Ya.
-Awak buat apa? -Tiada apa. Awak?
Tiada! Saya cuma tonton video.
Diam. Ada orang datang.
En. Artis.
Siapa yang buat ini?
Secara terus-terang,
kami mencetak gambar lelaki paling jujur di bumi
pada objek yang paling tak jujur di dunia.
Apalah yang kami fikirkan?
PALSU
BAB 1 - ARTIS
APA-APA POTRET DALAM 5 MINIT HANYA 500 RUPEE
Wah!
Terima kasih, tuan.
-Hebatnya! -Ya, ia hebat.
Van Gogh ini milik awak?
Ya, tuan.
Tak nampak perbezaan pun. Sangat bagus.
-Terima kasih, tuan. -Berapa harganya?
6,000 rupee.
Baik saya beli yang asli. Tawarkan diskaunlah.
Saya rasa ia bernilai 1,000 rupee.
Perlu berbakat untuk buat salinan sebenar, tuan.
Ini replika yang tepat.
Janganlah. Apa-apa pun, ini masih palsu.
Jika saya gantungkannya, orang akan sangka ia asli?
Jika awak semahal lukisan 100 juta rupee pada dinding, maka boleh jadi, tuan.
Seribu tawaran akhir saya. Tak lebih, tak kurang.
Ramai orang jahil tentang seni.
Letak tandatangan pelukis ternama dan semua orang nak, dengan diskaun.
Jadi, itu yang saya buat.
Ada yang pakar landskap, pakar potret, ada yang pakar alam benda,
ada pakar seni moden, ada juga buat catan minyak, catan air atau lakaran.
Saya pakar kesemuanya. Saya membuat salinan segalanya.
Saya tiada pilihan.
Jika pelukis tak terkenal, tiada orang akan beli.
Datuk saya artis yang mengagumkan. Dia buat beberapa karya asli.
Dia hebat.
Tapi dia tak masyhur.
Tapi, dia ada sandaran lain. Majalah Kranti miliknya.
MAJALAH KRANTI
Dia menyayanginya lebih daripada segalanya, termasuk saya.
Hei, Firoz! Apa khabar?
Datuk sedang mencari awak.
Jika dia tak bangun, biar dia tidur.
Bangun! Bawa ini ke sana.
Jangan kerah dia sangat, mati dia nanti.
Senang. Kita bukan kesuntukan masa pun.
Salinan baru ada di sini, bukan?
Awak berjaya jual lukisan?
Terbitan minggu ini nampak hebat, pak cik!
Malangnya, hanya kita yang suka. Lihat sana. Tiada siapa beli majalah dah.
Peniaga sekerap untung besar.
-Datuk ada di atas? -Ya.
Dengar. Minta bawa dia pulang.
Dia kerah kami selama 15 jam.
Banyak betul rungutan awak.
Biar dia. Kekal aktif bekerja buat dia sihat.
-Kalau tak dia terlantar di katil. -Itu nasib kita.
Guna pil tidur jika perlu, tapi bawa dia pulang!
-Macamlah boleh. -Sunny…
Siapkan ini, Sunny.
Entah kenapa, tapi tangan saya menggeletar hari ini.
Dah baca terbitan hari ini?
Dah. Hebatlah, datuk.
Tipu. Kamu belum baca.
Saya dengan datuk di sini setiap hari. Saya tahu apa yang tertera di sini.
Itu masalah generasi kamu.
Kamu lihat dan dengar banyak benda,
tapi kamu tak faham apa-apa.
Hantar terbitan dalam talian, setidaknya budak-budak boleh tengok.
Luar talian pun tak terjual, tapi datuk nak edisi dalam talian.
Kita perlu bangkitkan orang ramai, nak. Datuk nak hantar Kranti kepada orang.
Jika bukan melalui penulisan, mungkin cara lain.
Datuk boleh bekerja sepanjang masa. Datuk cuma harap dapat bimbingan.
Nah.
Bak kata orang, kita boleh pilih kawan, tapi bukan keluarga kita.
Firoz kawan saya.
Namun, Majalah Kranti buruk yang lapuk ini ialah keluarga saya.
Tak kira betapa saya bencikannya, saya tak boleh lari darinya.
Datuk mulakan majalah ini untuk memacu masyarakat kami.
Kakitangan di sini berkongsi ideologi datuk.
-Ada kerja rumah? -Ada.
Semasa budak lain bermain selepas sekolah, macam budak biasa,
kami keluar untuk jual terbitan Kranti yang terbaru.
Tiada siapa yang beli.
Beli senaskhah!
Datuk kata Kranti akan merubah dunia.
Namun untuk itu berlaku, orang kena baca dulu.
Saya rasa orang yang beli pun sebenarnya tak baca.
-Awasi luar. -Pergi!
Kami letak duit yang disimpan di dalam lacinya.
Dia tak pernah tahu sumber duit itu.
-Minta dua Pepsi. -Tak, satu saja.
Kita juga sedang berjimatkah?
120 rupee, selepas guna 5 rupee untuk soda, tinggal 115 rupee!
Kita perlu cari jalan untuk buat 500 sehari.
-Itu keterlaluan, cuba 100 rupee. -Ayuh buat 250.
-Jadi, lagi berapa hari untuk kita jadi… -Jutawan?
Lebih daripada itu.
Kita akan jadi jutawan dalam 109.75 tahun.
Ada orang jadi kaya dengan simpan duit?
Kami habiskan masa di percetakan ketika kecil.
Dua puluh lima?
Saya suka lukisan datuk dan Firoz suka mesin di percetakan.
Jadi, datuk ajar saya melukis
dan pak cik ajar Firoz cara mencetak.
Ada tahun yang begitu sukar hingga kami hidup makan ban.
Senja dan fajar, pagi dan petang, ban.
Kami hanya makan ban.
Kehidupan berubah jadi "Be-ban."
Selamat hari jadi
Potonglah!
Setidaknya ini ditabur tutti-frutti.
Apa jadi dengan hidup kami? Tidak lebih daripada sebiji ban.
Lihat itu! Bernilai 25,000 rupee.
Tak. Setidaknya 50,000.
Hei, lihat! Itu setidaknya 100 ribu!
100,000 RUPEE
-75,000 rupee. -20,000 rupee.
20,000 RUPEE
50,000 rupee.
50,000 RUPEE
Yang itu juga 100 ribu.
300,000 RUPEE
Sepuluh juta!
10,000,000 RUPEE
Apabila kita miskin, kita hanya nampak duit.
Kenapa selalu begitu jelita?
Saya rasa awak tak nampak usaha saya.
Apa awak buat pada Tahun Baru?
Rasanya kawan saya rancang parti di Club Velocity. Saya mungkin pergi.
-Saya akan bawa awak ke sana. -Jangan risau. Ia terlalu mahal.
Sayang, saya kena pergi.
Okey?
Awak rasa saya tak mampu ke Club Velocity?
Saya tak cakap begitu, Sunny.
Saya cuma kata ia mahal.
Kenapa dengan awak hari ini?
Baiklah. Jika sayang nak berparti dengan saya,
kita boleh ke Club Velocity. Okey?
-Baik. -Janji.
Okey, saya benar-benar kena pergi.
Keluar lagi lima minit, okey?
Tinggalkan kunci kereta di tayar.
Selamat tinggal.
Hei! Motosikal tak dibenarkan diletak di sini.
Ya. Nak pergi dah.
-Saya nak pergilah. -Bagus. Berambus!
Maaf! Tergelincir pula.
Kenapa awak sukakan dia? Mereka semua sama!
Kekasih miskin tak mengapa, tapi suami kena kaya.
Mereka usap anjing liar di jalan, tapi hanya beli Shih Tzu.
Awak memadai untuk bermesra, tapi dia takkan kenalkan kawan dia.
Cuba baik sikit. Awak cuma burukkan orang saja.
Dia kekasih saya.
Kekasih? Cuma di tempat letak kereta.
Jika dia benar-benar anggap awak kekasih dia,
kenapa awak belum jumpa kawan dia?
Hanya saya beritahu awak kebenaran yang pahit.
-Saya akan beritahu kebenaran pahit lagi. -Cakaplah.
Awak cuma nak bercinta dengan dia kerana tarafnya lebih atas.
Awak sangka saya tak tahu?
Dengar.
Biarkan sajalah.
Sudahlah bazirkan duit kita pada gadis kaya.
Kita akan papa dan dia takkan kisah pun. Faham?
Saya dah berjanji.
Kita akan buat duit balik tahun depan. Takkanlah ia semahal itu?
27,000 rupee setiap pasangan. Tapi, kamu bukan pasangan.
Untuk orang jantan, 27,000 rupee sekepala.
27,000 rupee?
-27,000 rupee. -Tak perlu ulang banyak kali.
Tunggu sekejap.
Kenapa begitu mahal?
Tuan, tempat ini mengadakan parti yang amat mewah.
Jadi, 27,000 rupee.
Begini, lupakan harga cekik darah ini. Boleh beri kami diskaun?
Beginilah. Keluar dari sini, beli beberapa botol arak,
gantung lampu di teres, main muzik yang kamu suka
dan berparti dengan rakan yang sama kelas. Tentu seronok. Berambus.
Kuldeep. Kuldeep Sharma.
Berapa gaji awak?
Untuk parti malam ini,
awak mampu beli tiket sendiri?
Tak mampu, bukan?
Setidaknya kami cuba.
Awak siapa nak ungkit hal kelas?
Orang memakai selipar tak dibenarkan.
Pergi sebelum dipukul dengan selipar.
Hei, jahanamlah! Suatu hari nanti saya beli hotel ini!
-Bodoh. Ayuh. -Halau mereka!
-Ayuh! -Usir mereka!
No comments yet. Be the first to leave one.