د خپرونې معلومات

I Can Speak (2017) Malay
د لخوا تبصره kikywebsite

تګونه

other
په خپور شو: 2019-06-30
ډاونلوډونه: 35
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

"I Can Speak"

"Satu Mesej Baru"

"Dua Mesej Baru"

"Semoga berjaya di pejabat baru awak!"

"Awak sebalik lepas pusingan pertama?" Inikan parti perpisahan awak?"

Saya Park Minjae.

Saya ditugaskan di bahagian hal ehwal awam.

Gembira bertemu awak.

Awak orang baru?

Ini kerja pertama awak?

Saya ditukarkan dari Yongchun. Saya Tahap 9.

Gembira bertemu awak.

Saya Sohn Ahyoung. Tahap 8.

Saya nampak muda, kan?

Saya mula kerja di sini selepas kolej.

Awak masuk ke perkhidmatan awam selepas buat kerja lain?

Hai, budak baru.

Awak patut beli minuman ginseng.

Tapi awak beli ini sebab saya mungkin ada alahan pada ginseng?

Ia cuma buat air kencing saya kuning dan jantung berdegup laju.

Pasti sukar untuk kita serasi.

Hal Ehwal Awam.

Minjae, boleh terangkan...

Nanti saja.

Dia datang pada malam yang hujan seperti biasa.

- Apa maksud awak? - Semalam hujan lebat.

Betul.

Saya patut bawa balik ros merah kalau hujan pada hari Rabu.

Ia dah berbulan-bulan berlaku!

Selepas hujan pada waktu malam...

...dinding bangunan kami akan retak...

...dan lantainya mendap!

Jadi saya periksa cuaca dan buat intipan.

Dia akan muncul setiap kali hujan!

Adakah dia pembunuh bersiri yang pakai seluar dalam merah?

Awak fikir apa yang dia sedang buat?

- Buang air? - Selama 10 minit?

Mungkin dia dah lama sangat tahan kencing.

Ini asid sulfurik.

Dia berpura-pura kencing dan tuang asid!

Dia tuang asid sulfurik pada rekahan...

...buatkan ia roboh...

...dan menyebabkan hakisan!

Saya suruh awak tutup pada waktu malam!

Orang mabuk pergi ke situ dan kencing di sana.

Ambil dadah lagi.

Sebab itu ia mesti dibangunkan semula.

Siapa awak?

Pemilik bangunan.

Awak guna samseng untuk ugut dan belinya dengan murah.

Awak rasa boleh bangunkan semula...

...tanpa kebenaran penyewa?

Puan!

Encik Ma beli tempat itu secara sah...

...dan pembangunan semula belum diputuskan lagi.

Kami akan uruskan semuanya dengan baik.

- Uruskan apa! - Semoga berjaya!

Dah lama saya cakap lampu keselamatan rosak.

Tapi dia tak buat apa-apa.

Mereka masih tak baikinya?

Ia berada di lorong belakang yang gelap!

Bagaimana jika sesuatu berlaku dalam gelap?

Penjawat awam tak guna!

Apa awak buat?

Awak melanggar hak peribadi saya.

Aduan berkaitan dengan proses mengumpul bukti mesti dirakam juga.

Siapa awak?

Awak lelaki baru yang ganti lelaki kurus itu?

Puan ada hantar aduan untuk lampu keselamatan itu?

Apa?

Jika belum, sila isi borang ini dulu.

Semuanya akan dibuat mengikut prosedur.

Prosedur?

Lupakan saja. Ikut saya dan selesaikan sekarang.

Nombor 4.

Saya sampai dulu.

Pada pukul 9:00.

Puan dah ambil nombor?

Nombor apa?

Saya tak pernah ambil nombor di sini.

Jadi, sila mula ambilnya dari sekarang.

Selamat tinggal.

Nombor 6.

"Park Minjae"

Encik Park Minjae.

Jumpa lagi.

Hantu nenek.

Dia masalah terbesar di bandar dan semua kenal dia.

Hantu nenek?

Apabila ada orang melanggar undang-undang...

...dia akan cari dan laporkannya!

Tapi dialah sebenarnya masalah nombor satu kita.

Pakai topi keledar.

Saya sibuklah!

Ambil kotak awak!

Tahu berapa banyak aduan yang dia failkan setakat ini?

Hampir 8000!

Macam mana itu boleh terjadi?

Dia laporkan aduan setiap hari selama 20 tahun kecuali cuti.

Jalan ini milik awakkah?

Jangan halang, ke tepi!

Tak apalah asalkan orang boleh lalu!

Apa lagi ni, puan?

Tengok wayar itu! Semuanya dah rosak!

Kalau hujan, kami akan terkena renjatan elektrik.

Lakukan sesuatu, encik!

Ia okey saja puan!

Tengok longkang ini. Ia tersumbat dan berbau.

Berhenti hubungi saya Mana kain rentang haram tu?

Dia dah dilantik jadi presiden.

Jadi? Dah tiba masa untuk tanggalkannya!

- Tapi Presiden... - Turunkannya!

Tolong lupakannya untuk kali ini.

- Encik Yang, gembira jumpa awak! - Saya nak berhenti kerja.

- Ini cuma perkara kecil. - Mereka bayar awak untuk kerja ini.

Dia mengadu kepada lima pengarah yang pernah kerja di sini.

Saya di Tahap 6 ini, pernah di Tahap 9 macam awak...

...bolehkah awak uruskan dia?

Saya akan ikut peraturan.

Nombor 17.

Puan dah isi borang?

Sudah tentu.

Saya kena ikut prosedur.

Ia telah difailkan.

- Nombor 18. - Saya lagi.

- Nombor 19. - Itu saya juga.

Puan?

Jika puan ambil semua nombor bagaimana dengan yang lain?

Cik Sohn?

Saya akan uruskan semua rungutan dia. Boleh awak layan yang lain?

Puan?

Saya akan ambil semuanya.

Baiklah.

Ini dia.

Minjae?

Pengarah panggil awak.

Pengarah?

Ya, di pejabatnya. Ketua Yang pun ada juga.

Okey.

Encik Im. Boleh awak buat ini untuk saya?

Baiklah. Teruskan.

Biar saya lihat. Apa semua ini?

Aduhai, banyak betul aduan puan.

Masuklah. Silakan duduk.

Awak pernah bekerja di daerah Yongchun?

Saya berkawan dengan pengarah di sana.

Bukankah dia dalam parti yang berbeza?

Kawan lebih penting daripada politik, ya?

Saya tukar pihak untuk bertanding.

Seperti kelawar.

Awak buat demi rakyat dan bukan untuk parti.

Saya dengar awak lelaki yang berkebolehan.

Tahap 9 yang berkebolehan sama seperti Tahap 7 atau 6.

Pegawai Tahap 9 kerja paling keras.

Pembinaan semula bangunan ditangguhkan kerana aduan awam dan saya pening.

Saya dah baca fail dari Ketua Yang.

Ada caranya, tuan.

Pejabat Daerah kita...

...boleh keluarkan arahan untuk hentikan pembangunan semula.

Arahan untuk halang saya?

Itu gila!

Tidak.

Bila arahan dikeluarkan...

...Pembinaan Yelim boleh buat tuntutan mahkamah...

...membantah perbuatan kita.

Tuntutan mahkamah?

Ya.

Yelim beli semua kedai secara sah.

Dan keselamatan bangunan menurun dari B ke D.

Maksudnya kita akan kalah dalam tuntutan mahkamah itu.

Dan masalah penyewa mengadu tentang kerosakan...

...boleh diselesaikan dengan...

...melaraskan tempoh diagnosis keselamatan.

Kenapa kita nak keluarkan arahan...

...walaupun kita akan kalah tuntutan mahkamah?

Saya faham.

Ia menunjukkan kita buat dalam had undang-undang.

Ini penyelesaian gaya kerajaan yang sebenar!

Kita takkan bertanggungjawab.

Apa pendapat tuan?

Bunyinya macam rancangan yang bagus.

Dia lelaki berbakat dan terkenal di Yongchun.

Harap dia tak jadi Tahap 7 dan pindah ke dewan bandar.

Saya gembira berada di sini sekarang.

Awak dapat 950?

Saya kagum.

Bila saya ambil? Ia ada tarikh luput.

"Akademi Inggeris"

Belum dua tahun lagi jadi awak masih boleh gunakannya.

Ini untuk apa?

Peperiksaan perkhidmatan awam.

Peperiksaan awam Tahap 7? Sebab itu awak nak markah TOEIC?

Saya tak pernah halang jalan!

Awak letak papan tanda besar dan halangnya tadi!

Saya buat?

Bila?

Awak ada buktikah?

Tengok! Ini bukti!

Awak melanggar peraturan pengiklanan di luar!

Saya melanggar peraturan yang sangat dahsyat.

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left