لومړۍ 200 کرښې.
Dialog bahasa Jepun bersari kata biru Dialog bahasa Korea bersari kata kuning
Namanya Koh Hansu.
Orang cakap tangannya penuh darah.
Dia buat kerja kotor untuk seorang lelaki berkuasa di Jepun.
Khabar begitu buat kita tertanya,
adakah sekarang dia salah seorang daripada mereka?
Atau dia masih orang Korea?
Tiada sesiapa tahu hal itu. Saya cuma tahu harganya adil.
Dia tak mengganggu dan bersabar dengan orang bermasalah.
Wanita yang masak untuknya di sini
cakap dia tak pernah pakai baju yang sama dua kali.
Dia guna sekali dan buangnya.
Boleh awak bayangkan? Dia ingat dia siapa?
Dia lelaki beradab.
Sudah dua kali dia datang beri penghormatan kepada ayah saya.
Mereka sudah saling menyukai.
Tapi, Jiyun, ayah awak fikir dia akan tinggal di sini?
Atau dia akan kembali ke Osaka?
Mungkin jika dia ada rumah di sini…
dia akan tinggal di sini.
Rasanya begitu.
- Diam! - Tapi ayah, peraturannya sehasta.
Sehasta mengikut lengan saya!
Awak ingat saya tetapkan harga
mengikut lengan kanak-kanak yang merepek?
Tolong, tuan.
Jangan masuk campur.
Anak awak perlu bertanggungjawab sebab biadab.
Tapi kalau awak mahu, saya boleh panjangkan lengan awak.
Saya akan beli ikan ini.
Lima yen untuk 20 ekor gelama.
Tanda berterima kasih saya.
Alihkannya.
En. Koh Hansu!
BERDASARKAN BUKU OLEH MIN JIN LEE
Anda semua bergembira?
Saya baru lihat ibu bapa pengantin.
Sekarang saya tahu dari mana mereka dapat rupa mereka yang elok!
Semua orang mahu lihat saya gagal.
Itu tak benar. Jangan selalu fikir buruk tentang kami.
Saya akan cuba.
Negara ini sudah banyak berubah sejak awak ke Amerika.
Ramai orang menjadi kaya dengan cepat.
Orang yang tak dikenali beberapa tahun lalu.
Mungkin mereka yang negara ini perlukan.
Seperti anak lelaki pemilik pachinko?
Saya bergurau! Kita kawan lama.
Saya teringat sesuatu yang awak cakap semasa kita kecil.
Apa?
Awak cakap ayah awak beritahu
yang orang Korea mesti dibesarkan oleh anjing.
Kalau tidak kenapa kami mengasak muka kami ke dalam mangkuk
dan bukan mengangkat mangkuk seperti kamu?
- Saya cakap perkara teruk begitu? - Ya.
Dulu kita masih budak-budak.
Pasti saya salah dengar cakap ayah.
Syarikat awak bijak sebab jadikan Colton rakan kongsi Abe- san .
Dia pemaju terbaik di sini. Dia ada pengaruh yang kuat.
Sudah pasti apabila separuh Kementerian Kewangan
menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Itu membantu.
Ya, ramai orang kami di sini.
Jangan risau. Awak boleh sesuaikan diri dengan tali leher begitu.
Biar saya teka.
Armani.
Hermès. Lihat, awak sudah berjaya.
Pendapat Abe- san tentang awak tentu menarik.
Menarilah lagi
Satu, dua, tiga, senyum!
Dekat lagi.
Awak masih muda semasa tinggalkan Jepun, bukan?
Saya 14 tahun.
Saya dengar awak juga belajar di Amerika Syarikat.
Ya, Cambridge.
Harvard.
Sekolah perniagaan.
Bagaimana keadaan di Sekolah Perniagaan Harvard?
Tempat yang bagus untuk belajar pemikiran orang Amerika.
Maksud awak?
Amerika sukakan permainan.
Semuanya jadi permainan.
Jadi apabila saya berjumpa seseorang, kebanyakan lelaki
mahu cuba teka,
"Saya orang Asia mana?"
Itu biasa. Selalunya Cina dulu.
Mujurlah Jepun selalunya di tempat kedua.
Sekurang-kurangnya awak hanya perlu lalui dua negara.
Saya bertuah kalau Korea berada di empat pilihan pertama.
Jika saya bosan, saya angguk saja apabila mereka cakap Jepun.
Itu tidak salah sepenuhnya, bukan?
Tidak. Masih betul.
- Tom- san ! - Abe- san !
Menantu awak kelihatan seperti pencari nafkah yang bagus. Awak bertuah!
Demi anak saya, saya harap begitu.
Biar saya perkenalkan ahli terbaharu pasukan kami.
Ini Baek- san dari pejabat New York kami.
Terima kasih sebab menjemput saya. Ia satu penghormatan.
Apa jenis darah awak?
Saya jenis O.
Saya faham. Jadi seorang yang optimis.
Naluri untuk hidup dalam dunia ini.
Mari lihat kebaikannya untuk awak.
Sila berseronok di majlis ini.
Hei. Apa berlaku tadi?
Rasanya dia risaukan kesetiaan saya.
Ya. Masalah Korea dan Jepun.
Kenapa orang tak lupakan saja?
Ia sudah berlalu. Sudah selesai.
Awak boleh yakinkan Abe- san yang dia tak perlu risau tentang saya.
Kesetiaan saya milik Shiffley's.
Sebab mereka bayar saya gaji.
Kyunghee, bangun.
Masa makan lewat malam.
Mana Solomon?
Awak ingat dia ke Tokyo? Selesaikan urusan penting.
Sunja. Kita sudah tahu dari dulu, bukan?
Dia yang akan berjaya.
Dia budak baik.
Sekarang mari makan.
Awak tak bosan menjaga saya?
Jangan cakap begitu.
Lihat, saya masak makanan kegemaran awak.
Awak tak boleh makan ubat dengan perut kosong.
Berhenti buat begini.
Sunja,
saya tak mahu makan ubat.
Apa yang awak mengarut?
Awak dengar cakap doktor.
Awak perlu lawan sakit awak.
Sunja, kita sudah lama berlawan, bukan?
Awak mengarut.
Bagaimana ini berlaku?
Bagaimana masa berlalu begitu pantas?
Awak masih boleh hidup lama.
Jangan cakap begitu.
Dulu awak sentiasa berterus-terang.
Awak tetap cakap kebenaran walaupun ia menyakitkan.
Saya nampak semua muka itu lagi,
dalam mimpi saya.
Semua yang kita cuba lupakan.
Mungkin sebab masa saya sudah hampir berakhir,
tapi saya mahu ingat mereka semua.
Nama mereka,
rupa mereka…
Kalaulah saya boleh balik buat kali terakhir.
Tapi, Sunja,
berterus-terang dengan saya.
Lelaki itu,
awak memang tak pernah fikirkan dia?
Atau terfikir bagaimana kehidupan awak
jika awak buat pilihan berbeza?
Awak memang dungu.
Saya boleh campak awak dan seluruh keluarga awak ke dalam lautan.
Dia tak bersalah, tuan.
Dia tak jual ikan ini.
Saya sendiri nampak.
Saya ada beberapa biji tangerin. Kami bertukar hasil.
Lihat, saya tak ambil duitnya!
Jangan salahkan dia. Dia tak buat kesalahan.
Beritahu saya,
kenapa kita tak jual ikan kecil?
Jika kita tangkap sebelum ia bertelur,
kita akan sentiasa rugi.
Maksudnya hasil kita takkan cukup
dan kita saling berebut hasil yang tinggal.
Kita sudah buat begitu sekarang, bukan?
Pergi.
Sunja, kenapa lama sangat?
Kami risau.
Kenapa? Ada sesuatu berlaku, Donghee?
Tidak.
Pn. Kim.
Kali ini betul.
En. Rhee sendiri nampak.
Awak sudah habis bergosip?
Sekarang mungkin awak boleh siapkan kerja.
Saya bukan sengaja curi tulang.
Pn. Kim percaya
tentang cerita kanak-kanak Jepun di bandar
membaling lumpur dan najis
pada wanita Korea yang masih berani berpakaian putih.
Saya tak nampak perkara begitu.
Awak tahu cara dia suka bergosip.
Tapi demi keselamatan awak, Sunja, mak tak mahu awak keluar bersendirian.
Mungkin bawa Donghee atau Bokhee bersama awak?
Cuba mak fikir.
Saya sudah ke sana sendirian sejak berusia sembilan tahun.
- Tapi… - Kita ada banyak kerja di sini.
Mak upah Bokhee dan Donghee untuk tolong mak.
Pn. Kim perempuan dungu sebab suka mereka cerita.
Dengarlah cara awak bercakap. Ia akan beri awak masalah.
Menurut kata Pn. Kim,
orang tengah nelayan baharu daerah ini sangat kacak.
Sunja, awak pernah nampak dia?
Kecoh betul! Tak ada yang istimewa tentang dia.
Ia menyusahkan saya selama tiga tahun ini.
Kru pembinaan sudah mula pecahkan tanah di sekelilingnya.
Abe- san selalu mendesak saya.
Selain itu, pegawai di tingkat 43 hubungi saya setiap hari
kerana mahu tahu bila dia mahu jual.
Kami sudah buat tiga tawaran tinggi melebihi nilai pasaran.
No comments yet. Be the first to leave one.