لومړۍ 200 کرښې.
Sub bY VIU
Adakah awak sudah selesai dengan kerja sambilan awak?
Adakah awak datang untuk tanya saya itu?
Saya ingin ucapkan terima kasih untuk gimbap itu.
Jika awak ada masa,
bagaimana jika kita buat kaunseling yang kita terlepas hari ini?
Kaunseling, konon!
Jadi, bagaimana jika kita berbual sahaja?
Apa yang pengkhianat mahu cakap kepada saya?
Saya minta maaf...
kerana tidak menepati janji kita hari ini.
Saya dengar awak bercakap dengan timbalan pengarah.
Kenapa awak baik kepada saya? Awak akhirnya mengelirukan saya.
Awak sama sahaja seperti orang lain.
Awak mempermainkan perasaan saya.
Saya fikir awak akan berbeza.
Adakah awak bergurau?
Kenapa awak datang jika awak akan menjadi seperti ini?
Saya belum mengira hingga 100 lagi.
Saya mengira untuk melihat berapa lama masa untuk awak kembali.
Awak membuatkan saya sangat marah!
Apabila awak marah sebegini, teruskan sahaja dan pukul saya.
Seperti ini.
Itu sebenarnya menyakitkan.
Tentang apa yang awak dengar tadi...
Bukan itu yang saya benar-benar rasakan.
Secara jujurnya,
sejak pertama kali kita bertemu,
awak berbeza dengan pesakit lain.
Bagaimana?
Setiap kali kita bertemu,
awak meninggalkan kesan diri awak.
Bagaimana saya berbeza?
Ketika pertama kali bertemu, saya terus tahu...
yang awak sangat sakit.
Jadi, maksud awak, saya sakit parah.
Kita adalah serupa.
Saya ada matlamat baru.
Saya akan menghalang awak...
daripada mencari ibu angkat awak.
Saya ingin menolong awak...
kembali ke pentas muzikal.
Doktor Lee.
- Awak suka saya, bukan? - Apa?
Kenapa lagi awak...
baik sebegini kepada saya?
Jangan suka saya.
Awak akan kata yang awak suka saya, kemudian, hanya melarikan diri.
Saya tidak melarikan diri.
Sebab saya mahu merawat awak...
juga kerana saya ingin mengatasi trauma saya.
Itulah bagaimana awak...
menolong saya.
Suatu masa dahulu,
saya ada pesakit yang serupa dengan awak.
Saya tidak dapat menyembuhkannya.
Jadi, bagi saya, awak...
gunung yang mesti saya daki.
Jika awak menjadi lebih baik, saya juga menjadi lebih baik.
Masih benar.
Awak suka saya, bukan?
Bukan begitu.
- Saya sudah dapat tahu. - Awak benar-benar salah.
Mulai sekarang,
saya akan bercakap dengan awak pada waktu ditetapkan di pejabat saya.
Kita akan bermula esok.
Pihak hospital akan menghantar mesej kepada awak.
Sila datang tepat pada masanya.
Saya pergi dahulu, jika begitu.
Dia mengelak dari saya.
Bagaimana dia menyedarinya?
Dia begitu bijak.
Helo, doktor.
- Percubaan membunuh diri? - Ya. Lalu sini.
Penjaganya kata yang dia makan semua ubat di rumah,
jadi, kami telah mengepam perutnya.
Baik.
- Dia adalah ahli bomba? - Saya rasa begitu.
Abang saya disahkan menghidap GSPT.
Untuk seketika, dia pergi ke hospital...
berkaitan dengan Ibu Pejabat Pengurusan Bomba dan Bencana.
Adakah dia pekerja penyelamat?
Dia kini sedang cuti.
- Jadi, kenapa dia memakai... - Dia takkan menanggalkannya.
Dia juga tidur di dalamnya. Dia tidak normal.
Bolehkah awak beritahu saya secara terperinci seperti apa simptomnya?
Di rumah,
dia tidak tahan melihat sesuatu terpasang.
Dia mencabut periuk nasi.
Hari ini, kami bergaduh kerana saya biarkan pengering rambut terpasang.
Di restoran juga,
dia mengira alat pemadam api,
dan periksa di mana pintu keluar kecemasan dulu.
Doktor. Tolonglah masukkan abang saya ke hospital.
Saya takut obsesinya akan membunuh keluarga kami dulu.
Ke bilik pengasingan.
Tolong dia tukar baju dulu.
- Tidak, biarkan dia apa adanya. - Kenapa?
Adiknya minta kita buat begitu.
Dia boleh tukar baju selepas konsultasi esok.
Dia boleh menakutkan pesakit kita yang lain.
Itulah sebabnya saya hantar dia ke bilik pengasingan.
Biarkan dia buat masa sekarang.
Dia ada di sini sekarang, jadi, kita akan ambil masa.
Saya yakin dia akan jadi lebih baik. Jangan terlalu risau.
Baik.
Tolong bantu kami.
Siapa dia?
Penjaga cubaan bunuh diri dari BK.
Kita masukkan dia.
Apa penyebabnya?
Saya rasa dia ada GSPT dan GKU.
Kenapa awak masih di sini? Awak tidak pulang?
- Saya di sini untuk tidur. - Awak ada rumah.
Kenapa awak bertugas malam di BK? Bagaimana dengan doktor pelatih?
Mereka mahu mengadakan parti Noo Ri di Restoran Gongbap.
Woo Jung dan Se Chan sudah kembali, jadi, saya akan pergi sekarang.
Betulkah? Jika begitu, patutkah kita pergi minum juga?
- Angin awak sedang baik? - Tidak.
- Tidak. - Saya rasa ya.
Tidak. Tiada apa yang berlaku. Angin saya bukan sedang baik.
Jika awak tidak mahu minum, berhenti cakap...
perkara mengarut dan pulang ke rumah.
Selamat tinggal.
Angin dia sedang baik.
Sebab saya mahu merawat awak,
ialah kerana saya juga mahu mengatasi trauma saya.
Itulah bagaimana awak...
menolong saya.
Adakah dia maksudkan saya doktor dia?
Dia akan tolong saya kembali ke pentas.
Bagusnya.
Ada api.
Awak akan baik-baik sahaja.
Adakah awak baik-baik sahaja?
Bangun!
Bangun.
Tidak mengapa.
Tidak guna.
Api! Ada api! Bangun.
Bangunlah, semua orang!
Awak mesti keluar! Keluar dari sini!
Bangun!
Awak tidak apa-apa? Adakah awak nampak saya?
Awak mesti keluar. Keluar dari sini!
Ada api! Ia terbakar!
- Ada api! - Api! Kami dalam kebakaran!
- Apa? - Api!
Tidak mengapa. Awak tidak apa-apa? Adakah awak cedera?
Awak mesti keluar dari sini. Ikut saya.
Tidak! Tidak mengapa!
Ada api! Kita mesti keluar!
Api! Ada api!
Ada orang di dalam! Saya mesti selamatkan mereka!
- Bertenang. - Api!
- Helo? - Doktor Lee.
Saya perlukan awak di wad.
Kenapa? Apa masalahnya?
Baiklah, saya faham. Saya akan berada di sana.
Saya dalam perjalanan.
Tidak mengapa. Tiada bahaya.
Mari semua kembali ke katil.
Lepaskan saya.
Sekarang, bertenang.
- Bertenang. - Tidak.
- Apa yang berlaku? - Maaf kerana kejutkan awak.
Saya telefon Doktor In dan dia suruh saya hubungi awak dulu.
- Baik. - Ada orang di dalam.
Awak tidak apa-apa?
Tidak mengapa.
Ada orang di dalamnya.
Mereka mesti diselamatkan.
Ya, saya faham.
Pertama sekali, tarik nafas...
dalam-dalam.
Lakukan seperti yang saya katakan.
Tarik nafas. Hembus.
Bagus. Tarik nafas.
Hembus.
Tarik nafas. Hembus.
Sangat bagus.
Bagus.
Apa yang awak nampak?
Namakan tiga perkara yang awak nampak di hadapan awak.
Meja ping-pong.
Rak buku.
Boleh awak baca ini untuk saya?
"Pusat Perubatan Psikiatri ".
"Lee Si Joon".
Awak rasa awak berada di mana sekarang?
Boleh awak lihat apa yang mereka pakai?
Kot putih.
Dan, kasut putih.
Kenapa awak ketawa?
Saya tidak tahu.
Saya tidak boleh kawal diri saya.
Saya rasa saya sudah hilang akal.
Hei, awak ada di sini.
Itu doktor awak.
Helo, saya doktor awak, In Dong Hyuk.
No comments yet. Be the first to leave one.