لومړۍ 200 کرښې.
Helo. Satu, dua, tiga, empat, sedia untuk rekod.
Hai, semua.
Ibu bapa saya ada pita rakaman,
pita audio yang mereka simpan.
B untuk bayi, saya sayang mereka. Sayang, anak saya cepat membesar.
C untuk kucing, saya kagum dan cemburu dengan sikap berdikarinya.
D untuk Desi, saya berterima kasih untuk dua anak saya yang sihat dan cantik
dan kebebasan saya.
Ada kira-kira 20 lebih pita sebegini.
Kebanyakan perkara ini tiada siapa yang tahu tentang saya.
Di sebalik semua perkara yang menyakitkan dan kekecewaan,
terasnya, adalah cinta sejati.
Saya sedar kini
LUCIE ARNAZ LUCKINBILL ANAK PEREMPUAN LUCY DAN DESI
saya lebih memaafkan apabila saya kenangkan semua ini.
Banyak perkara yang lebih jelas sekarang.
Rancangan nombor satu di Amerika, I Love Lucy.
Terimalah Lucille Ball dan Desi Arnaz,
sudah tentu, pasukan nombor satu di televisyen.
Itu salah satu perkara,
jika awak bertuah, mungkin sekali seumur hidup...
Hai! Ricky, mari sini.
Ricky, apa sahaja yang awak lakukan, saya maafkan awak.
Di mata dunia, pasangan Hollywood tiada masalah.
Kami ada, tetapi saya tak rasa mereka percaya.
Jika kami ada rumah, dua kereta dan kolam renang, apa masalahnya?
Malang sekali Lucille dan Desi bukan Lucy dan Ricky.
Saya amat cintakan Desi,
dan saya tak pernah rasa seperti itu dengan orang lain.
LUCY DAN DESI
Saya bertuah untuk memperkenalkan bintang gandingan
rancangan I Love Lucy, pelakon utama dan terkenal.
Tuan-tuan dan puan-puan, En. Desi Arnaz.
Terima kasih, Roy.
Selamat petang. Terima kasih.
Selamat datang ke Desilu Playhouse.
Saya ingin memperkenalkan anda kepada wanita muda berambut merah kegemaran saya,
iaitu Timbalan Presiden Produksi Desilu Berhad.
Saya adalah Presiden.
Ibu kepada anak saya, tuan-tuan dan puan-puan. Dia membawa watak Lucy.
Lucille Ball.
Dia sungguh cantik!
Terima kasih, mami. Terima kasih.
Ini... Seperkara lagi, saya melakonkan watak Ricky.
GEO. FOX. CORP. UJIAN SOLEKAN LUCILLE BALL - DESI ARNAZ
Hei, tengok ini. Ini malam sebelum kita berkahwin.
Kita memang seronok, bukan?
Ya, tuan. Ini adalah 15 tahun terbaik dalam hidup saya.
-Kenapa? -Kita baru 13 tahun berkahwin.
Maksud saya, rasa seperti 15.
Apa?
Bukan, maksud saya, ia mustahil
semua keseronokan itu terkumpul dalam hanya 13 tahun.
SUARA DESI ARNAZ
Rancangan itu adalah salah satu perkara terbaik dalam hidup saya.
Tetapi punca ia berlaku
adalah watak Lucy watak paling disukai di seluruh dunia.
Angkat kaki kanan sama ke paras palang.
I LOVE LUCY - BALET MUSIM 1, EPISOD 19
Sekarang, turunkan kaki dengan perlahan ke lantai.
Dia mengagumkan dalam komedinya.
CAROL BURNETT PELAKON, PENYANYI, PELAWAK DAN PENULIS
Dia amat aktif.
Puan, turunkan kaki.
Dia amat cantik dan dia tak takut nampak hodoh.
BETTE MIDLER PELAKON, PENYANYI, PENULIS DAN DERMAWAN.
Ini sesuatu yang kita tak nampak wanita lain buat.
Pakai sut gemuk, hitamkan gigi, pakai rambut palsu hodoh, semua itu,
sebab itu saya rasa ia masih kekal sehingga sekarang
sebab ia memang kelakar.
Saya tak suka apabila orang kata kerjanya mudah.
Tidak ada kelebihan sebagai wanita dalam industri televisyen pada tahun 1950-an.
LAURA LAPLACA - PENGARAH ARKIB DAN KAJIAN PUSAT KOMEDI KEBANGSAAN
Dia bukan bertuah, bijak, berbakat, tapi dia membina kejayaannya.
Saya mengkaji Lucy semenjak usia saya lima tahun.
Amat jelas dia ada pendekatan saintifik
untuk membuat jenaka.
SUARA LUCILLE BALL
Saya dapat idea daripada bacaan saya dipanggil "Rasa lakonan yang mempesona".
Saya membawa watak Lucy sementara Desi sebagai lelaki normal.
Kami kata, "Baiklah, ayuh berlakon,
"jadi kami tak ada masalah untuk percaya apa yang kami buat."
Ini dia!
Nampak seperti dia.
Ini amat hebat, Ricardo.
Lucy!
Seperti melompat membuat sesuatu daripada merancang.
Mencari sisi yang tak masuk akal apabila keadaan menjadi agak sukar.
Saya tak pernah jangka menjadi pelakon.
Datuk saya tak pernah ketinggalan menonton rancangan aneka ragam.
Dia membawa kami setiap hari Sabtu.
Dua setengah jam membuat orang menangis dan ketawa,
dan ia memang ajaib, dan saya rasa ia mendorong saya menyertainya.
Bapa kami mati sebelum saya lahir,
FRED BALL ABANG LUCY
jadi datuk saya membesarkan kami.
FREDERICK CHARLES HUNT DATUK KEPADA LUCY DAN FRED
Dia seorang lelaki yang baik, dan dia baik sebagai seorang bapa.
JAMESTOWN, NEW YORK
Kami tinggal di Tasik Chautauqua.
RUMAH LUCY DAN FRED SEWAKTU KECIL
Masa itu amat sukar.
Kami tak kenal sesiapa yang kaya.
Semua ahli keluarga bekerja sepanjang masa.
DESIREE "DEDE" BALL IBU KEPADA LUCY DAN FRED
Dede adalah komander. Amat suka memerintah.
Lucy mewarisi sifat itu.
Saya bekerja di Taman Celoron.
Saya memasak burger dan saya suka menjerit,
"Awas! Jangan pergi ke sana, datang ke sini dan makan burger."
Menakutkan orang ramai. Burgernya memang sedap.
Lucy selalu membuat kerjanya sendiri,
dan ketika saya berusia 12 tahun, dia pergi ke New York.
Pada suatu hari, teman wanita saya datang dan kami berlatih menembak.
Ada saya, teman wanita,
budak lelaki sebelah rumah dan Datuk.
Teman wanita saya memegang senapang, mengacu sasaran,
dan jiran melompat pada masa yang sama,
dan terkena di belakang dan melumpuhkannya.
Ia bukan salah sesiapa. Ia satu kemalangan.
Mereka menyaman datuk saya untuk semua harta kami.
Mereka memberi keterangan mengatakan datuk saya
menjadikan budak itu sasaran dan biar kami berlatih.
Ia suatu yang amat teruk,
memusnahkan kehidupan kami, dan kami berpindah,
dan datuk saya berubah sejak itu.
TEMU BUAL LADIES' HOME JOURNAL OLEH BETTY HANNAH HOFFMAN
Kemalangan itu, perbicaraan itu,
adakah awak rasa mengukuhkan perasaan keluarga awak, jadi lebih prihatin?
Ya, mungkin. Saya masih muda pada masa itu untuk ambil alih dan menjaga mereka.
Ketika kekayaan mereka merosot pada zaman itu,
saya tak sabar mencari wang untuk meringankan beban mereka.
Sewaktu ke sini, usia saya 15 atau 16, tak kenal sesiapa dalam dunia hiburan,
saya tak tahu bagaimana mencari di dalam akhbar.
Saya dapat kerja sebagai gadis panggung, tetapi saya tidak kekal.
Sebab selepas beberapa minggu, mereka sedar saya bodoh.
Jadi, saya kata, "Saya sudah bosan, saya mahu cari
"jalan membuat sesuatu yang mendapat bayaran."
Saya menjadi model, saya jadi model yang bagus.
Untuk menambah glamor dalam hidup, saya menukar nama kepada Diane Belmont.
Saya juga beritahu saya dari Montana, jadi saya mendapat nama timangan.
DUA SENAPANG
Dua Senapang.
Saya bersiar-siar di jalan pada Julai seseorang berkata,
"Awak hendak ke California?" "Saya ke mana sahaja untuk tidak panas."
GADIS GOLDWYN
Mereka perlu 12 gadis panggung untuk Sam Goldwyn.
Ibu kepada salah seorang gadis menarik kebenaran selepas 12 terpilih.
Kata Jim Movy, "Awak cukup tinggi, En. Goldwyn akan suka awak.
"Kami tak cukup masa untuk uji awak." Nasib baik tidak.
Saya tak akan berjaya, sebab tak pernah berjaya dalam uji bakat.
Kami menaiki kereta api, datang untuk satu kerja
selama enam minggu yang ambil masa enam bulan,
filem dengan Eddie Cantor bertajuk Roman Scandals.
Saya berkenalan baik dengan semua orang di studio,
saya suka Hollywood.
Saya impikan kediaman saya di situ, tempat saya mahu bawa keluarga saya.
Saya tak pernah terfikir untuk pulang.
Kenapa awak berdandan, Lucy?
Alamak, awak cam saya.
Kalau saya tak pakai begini, awak tahu siapa saya?
Sudah tentu. Apa yang awak nak buktikan?
Saya hanya berlatih.
Kita sebagai bintang perlu menyamar atau peminat akan serbu kita.
Awak Lucy Ricardo. Boleh dapatkan autograf awak?
Fred, jangan memandai.
Siapa yang memandai?
Saya mahu ditanda pada cek untuk sewa bulan ini.
Awak akan dapat wang awak, kawan. Kami bintang filem selalu bayar bil kami.
Tunggu sekejap. Saya ingat Ricky yang akan jadi bintang?
Dia juga akan jadi, jangan risau.
Juga?
Saya ingat kali pertama berjumpa Ricky sewaktu membesar di Lembah San Fernando.
EDUARDO MACHADO PENULIS DRAMA CUBA / PROFESOR
Selamat pagi, sayang.
Saya mempelajari bahasa Inggeris dengan menonton I Love Lucy.
Desi membawa kecanggihan
ketika orang Latin jarang sekali dikatakan canggih.
Ada Carmen Miranda.
Dia ada pisang.
Ada Cesar Romero, tetapi dia tak bawa watak lelaki Cuba.
Desi datang dan berkata,
"Saya Pete dari Cuba, Saya raja irama rumba."
Ya!
Saya tiba di negara ini miskin
SUARA DESI ARNAZ
dan saya tak faham bahasanya,
jadi saya cuba cari wang.
Sebab saya tidak ada apa-apa pun.
Kata bapa saya, "Hari ini kamu 16 tahun.
"Bagi ayah, itu bermakna kamu bukan lagi budak-budak.
"Kamu adalah lelaki."
Ada orang yang membela burung kenari, dan tugas saya mencuci sangkar,
dan saya dapat $15 seminggu, dan sekali makan.
Ada orang buat kumpulan kecil, dipanggil The Siboney Septet.
Dia tawarkan saya $39 seminggu. Itu caranya saya ke dunia persembahan.
Bapa saya hampir tidak dapat menamatkan sekolah tinggi,
tetapi dia berpeluang untuk belajar daripada yang terbaik.
Bapa saya belajar tentang urusan kumpulan daripada Xavier Cugat.
XAVIER CUGAT AHLI MUZIK SEPANYOL DAN KETUA KUMPULAN
No comments yet. Be the first to leave one.