لومړۍ 200 کرښې.
Tahniah, semua. Kamulah 3,828 pasukan yang terakhir.
Saya jumpa ini di arked negara.
Saya perlu bantuan awak.
Awak boleh mengesahkan reaktor meletup selepas mereka cuba hentikannya?
Awak fikir soalan yang tepat akan beri awak kebenaran?
Mereka akan bicarakan Dyatlov.
Kita akan diminta menjadi saksi.
Saya telah menganalisa data.
Mereka hentikan reaktor, lalu meletup.
Awak pernah melihat ini?
Saya tak tahu itu boleh menyebabkan letupan.
- Jadi, itu salah mereka? - Ya.
Bukan hanya mereka yang bersalah.
Kita boleh buat perjanjian dengan KGB.
Rahsiakan maklumat ini di Vienna...
...dan dalam diam mereka benarkan kita perbaiki reaktor selebihnya.
Awak ada peluang beritahu kepada dunia.
Seseorang harus mula jujur.
sarikata oleh Radio4ctiv
MALAYSIA SUBBER CREW
LIKE FACEBOOK KAMI MALAYSIA SUBBERS CREW
PRIPYAT, 25 APRIL 1986 12 JAM SEBELUM LETUPAN
Saya dengar mungkin mereka menaik pangkat Bryukhanov.
Masalah kecil kita mengenai ujian keselamatan ini...
...jika berjaya diselesaikan,
...saya rasa kenaikan itu sangat mungkin terjadi.
Siapa yang tahu, mungkin Moscow.
Mereka akan melantik saya ketua selepas dia pergi.
Saya perlu seseorang untuk mengisi jawatan lama saya.
Saya boleh memilih Sitnikov.
Saya mahu dipertimbangkan juga.
Kami akan memikirkannya.
Viktor Petrovich.
Persiapan ujian berjalan lancar.
En. Dyatlov sedang menguruskannya mengikut arahan saya.
Keluaran Reaktor 4 dikurangkan menjadi 1,600 megawatt.
Dengan persetujuan awak, kami sedia untuk terus menurunkan tenaga...
Kita harus menunggu.
Adakah...
Awak mahu tahu jika ada masalah, Nikolai?
Awak tak boleh baca raut wajah?
Sudah 3 tahun saya berusaha menyelesaikan ujian ini.
3 tahun.
Saya baru mendapat panggilan dari pihak kawalan grid di Kiev.
Katanya kita tak boleh turunkan tenaga selama 10 jam.
Pengawal grid? Siapa dia...
Ini bukan keputusan pengawal grid, Dyatlov.
Ini akhir bulan.
Semuanya kerana kuota produktiviti.
Semua orang bekerja lebih masa, kilang perlukan tenaga elektrik.
Seseorang menekan dari atas.
Kita tak tahu siapa.
Apakah kita perlu membatalkan?
Tidak, saya rasa tak perlu.
Jika perlu menunggu 10 jam, maka kita tunggu.
Beroperasi dengan setengah tenaga? Apakah tak ada masalah keseimbangan?
- Tidak, saya harus berfikir... - Saya tak bertanyakan awak.
Ianya selamat.
Pertahankan pada 1,600 megawatt. Saya akan pulang, untuk tidur dulu.
Saya kembali nanti malam. Kita akan teruskan nanti.
Saya sendiri yang akan mengawasi ujian itu.
Semuanya akan selesai.
Saya takkan menunggu di sini.
Hubungi saya jika sudah selesai.
MOSCOW MARCH 1987
Bagaimana keadaan awak?
Awak jumpa doktor kelmarin. Bagaimana kesihatan awak?
Awak tak tahu?
Dari Vienna.
Awak boleh membaca bahasa Jerman?
Tertulis, ″Akhirnya, saintis Soviet akan beritahu kebenarannya.″
Jelas saya membenci sindiran itu,
tapi saya akui awak memberi kesan baik semasa seminar.
Ternyata awak pandai dalam hal ini.
Dalam hal apa? Berbohong?
Ilmu politik, Legasov. Ilmu politik.
Barat sekarang yakin Chernobyl hanyalah hasil kesalahan pekerja.
Asasnya memang begitu.
Kami berterima kasih atas hal itu. Kami serius.
″Wira Kesatuan Soviet.″
Kehormatan tertinggi kami.
Mereka tak pernah memberikannya kepada saya.
″Tawaran jawatan Pengarah Institut Kurchatov.″
Saya berbangga.
Rasanya awak tak pernah berbangga, Valery Alexeyevich.
Penghargaan ini belum menjadi milik awak lagi.
Pertama, kenyataan awak semasa perbicaraan.
En. Charkov, saya faham tugas saya untuk negara.
Tapi awak memberi kami jaminan.
Reaktor itu akan selamat.
Ini sudah berbulan-bulan. Tak ada perubahan dibuat.
- Tak ada perbincangan perubahannya. - Pertama, perbicaraan.
Selepas selesai, akan ada orang jahat,
...akan ada wira, dan akan ada kebenaran.
Selepas itu, kita boleh menguruskan reaktor.
Awak naik keretapi?
Ya, saya naik keretapi.
Sekarang kita bercakap tentang Vienna.
Saya datang bukan untuk marahkan awak.
Saya tahu bagaimana caranya bukan seperti Shcherbina beritahu.
Lalu?
Kenapa awak ke sini?
Kerana saya sangat keras kepala.
Itu yang awak harapkan.
Charkov berkata mereka akan perbaiki reaktor selepas perbicaraan.
Awak percaya kepadanya?
Negara takkan pernah mahu perbaiki reaktor,
kerana mengakui masalahnya bermakna mengakui bahawa mereka berbohong.
Mereka mesti dipaksa.
Semasa perbicaraan, awak harus berkata yang sebenarnya.
Awak harus meyakinkan juri.
Perbicaraan ini sudah diatur.
- Juri sudah diberikan putusan... - Saya tak maksudkan mereka.
Jawatankuasa Pusat telah mengundang anggota komuniti saintis...
...untuk memerhati perbicaraan.
Rakan sekerja kita dari Kurchatov, Sredmash, dan Minenergo.
Mereka akan mendengar setiap perkataan awak.
Juri yang hanya kita kenal.
Semasa kenyataan awak tentang masa letupan.
Semasa itulah juri kita akan dengar kebenarannya.
- Apa yang awak mahukan? - Menuntut perubahan.
Bukan hanya RBMK, tapi seluruh industri.
Mereka tak boleh berfungsi tanpa kita. Jika kita...
Awak tahu apa yang terjadi terhadap Volkov?
Orang yang melaporkan kajian awak?
Mereka memecatnya dari jawatannya di Institut.
Dipecat kerana mengetahui kesalahan jenayah.
Awak kira semua saintis yang dipilih untuk menyaksikan perbicaraan...
...entah bagaimana akan tergerak untuk bertindak oleh saya?
Sebab tindakan perwira yang saya ambil bertentangan dengan negara?
- Ya. - Kenapa?
Sebab awak Valery Legasov dan awak sangat berpengaruh.
Saya fikir jika saya bercakap, itu cukup.
Tapi saya tahu caranya di dunia ini.
Mereka akan menembak saya, Khomyuk.
Awak menyuruh saya untuk siasat apa yang terjadi.
Saya bercakap dengan ramai orang.
Saya menulis setiap apa yang mereka beritahu.
Semuanya di buku-buku ini.
Ini mereka yang masih hidup. Ini mereka yang sudah mati.
Mereka mati saling menyelamatkan.
Memadamkan api. Merawat yang cedera.
Mereka tak ragu dan tak goyah. Mereka melakukan yang sepatutnya.
Begitu juga saya.
Begitu juga saya.
Saya pergi dengan sukarela ke reaktor terbuka.
Jadi saya sudah memberikan hidup saya.
Adakah itu belum cukup?
Tidak, maafkan saya. Itu belum cukup.
BANDAR CHERNOBYL JULAI 1987
Jawatankuasa Pusat di Parti Komunis Kesatuan Soviet...
...dan Presidium Majlis Agung telah menentukan...
...bahawa keadilan dilaksanakan atas nama rakyat...
...bersesuaian dengan tujuan umum Parti...
...sebagaimana ditentukan oleh Kongres ke-20, 21, dan 22,
...yang merupakan tujuan Leninisme.
Hanya itu dan menjadi satu-satunya tujuan sebenar di negara Soviet.
Jalan prinsip Leninisme harus konsisten dan terus diikuti...
...sebab hal itu mengekspresikan kepentingan kukuh Rakyat Soviet,
...harapan dan aspirasinya seperti panduan kehidupan kita di Parti dan Negara.
Sesi perbicaraan ini sekarang terbuka.
Diketuai Hakim Milan Kadnikov.
Dakwaan,
Viktor Bryukhanov, Anatoly Dyatlov, dan Nikolai Fomin...
...didakwa melanggar Pasal 22 Ayat 2 dari KUHP Kesatuan Soviet.
Menyebabkan bencana nuklear pada tarikh 26 April 1986.
Negara memanggil saksi Puan Khomyuk...
...dari Institut Nuklear Byelorusia,
...En. Legasov dari Institut Tenaga Atom Kurchatov...
...dan En. Boris Evdokimovich Shcherbina,
...Wakil Ketua Dewan Menteri dan ketua Biro Bahan Bakar dan Tenaga.
Semua bermula dengan ujian keselamatan.
Tapi kenapa diperlukan ujian keselamatan?
Reaktor 4 bukannya baru semasa kemalangan itu terjadi.
Malah mula beroperasi pada 20 Desember 1983.
Lalu 11 hari kemudian, pada hari terakhir tahun itu,
...Pengarah Loji, Viktor Bryukhanov, menandatangani dokumen ini.
Menyatakan penyelesaian pembangunan reaktor.
Sebagai hasil penyelesaian kerja sebelum akhir tahun,
...En. Bryukhanov dianugerahkan Wira Pekerja Sosialis.
En. Fomin dianugerahkan Pekerja Berani.
En. Dyatlov dilantik Anggota Panji Merah.
Tapi kerja belum selesai.
Dokumen ini adalah satu pembohongan.
Untuk menandatangani sijil ini, semua ujian keselamatan harus selesai,
tapi satu ujian tertinggal.
Reaktor nuklear menghasilkan haba pada bahagian teras di sini.
Beberapa pam di sini dan di sini...
...menghantar aliran air sejuk secara berterusan melalui teras.
Kepanasan teras mengubah air menjadi wap.
Wap memutar turbin di sini dan menghasilkan elektrik.
Bagaimana jika loji tenaga tiada elektrik?
Bagaimana jika tenaga loji terganggu?
Terputus bekalan, peralatan terhenti, atau serangan musuh asing?
Jika tiada tenaga, pam tak boleh menghantar air ke teras.
Tanpa air, teras terlalu panas, dan bahan bakar meleleh.
Pendek kata, bencana nuklear.
Penyelesaiannya?
Tiga generator sokongan bahan bakar diesel di sini.
Jadi masalah selesai?
No comments yet. Be the first to leave one.