لومړۍ 200 کرښې.
Bagus.
Dah sedar pun.
Bangunlah, Tikus.
Selamat kembali ke dunia manusia.
Kita tak boleh lama di sini.
Baron mahukan kawan-kawan kau hujung minggu ini.
Aku tak mahulah mereka mereput.
Aku sangka pasukan besar yang bersenjata sedang menunggu Tikus.
Aku cuba pergi Jealousy untuk beri amaran.
Aku tak pernah terfikir
perangkapnya hanya seorang lelaki.
Ya.
Itu teman wanita kaukah?
Mistle.
Ya.
Betullah tekaan aku.
Ada juga orang yang namakan anak
dengan nama parasit.
Tumbuhan yang pergunakan perumahnya,
sedut semua zatnya.
Aku juga tak tahu jenis orangnya.
Tapi…
dialah yang sayang kau sepenuh hati, bukan?
Sebab itulah kau terburu-buru datang untuk menyelamatkan keadaan.
Sebab kau dah mula sayang.
Keluarganya.
Itu kelemahan mereka semua.
Kau tahu kenapa?
Sebab keluarga pentingkan kesetiaan,
dan kesetiaan…
Kesetiaan buat kita jadi bodoh.
Buat kita lemah.
Buat kita tertangkap. Malah, lebih daripada itu.
Segala yang berlaku selepas itu tiada kesan langsung kepada aku.
Tapi peluang kau masih ada.
Kau dah buang keluarga yang membebankan itu.
Sekarang,
kau boleh jadi lebih kuat,
lebih gagah.
Aku cuma perlu hidup.
Asalkan kau tak buat kesilapan yang mereka buat.
Sebab kau dan aku,
kisah kita,
baru bermula.
Kenapa kau buat begini?
Kenapa?
Rasanya…
Adalah sebabnya.
Yang kau mungkin perlu tahu.
Mulakanlah muzik.
ENAM BULAN SEBELUM ITU
Hei, perhatian.
Tempoh pertaruhan hampir tamat.
Pilih pemenang sebelum terlambat.
Kamu rasa siapa pemenangnya?
Doppler yang menakutkan?
Atau witcher kejam yang tak berhati perut?
Kau nampak risau.
Aku memerhati.
Kau risau jika ada pisau di belakang tong.
Pandai. Bagaimana kau tahu?
Kau masih tak percaya yang aku dengar fikiran kau.
Tempoh pertaruhan ditutup dan pertarungan akan bermula!
Masa untuk beraksi.
Sekarang, saksikanlah pertarungan terhebat abad ini.
Kita ada pembawa bala yang jelik rupanya, sang doppler.
Tidak!
Ya, dia memang ganas.
Tapi adakah dia setanding pedang perak
milik mutan paling keji di Kontinen,
yakni sang witcher?
Mana dia?
Apa dia buat?
Aku kata, sang witcher!
Ayuh, witcher!
Dia nampak tak terurus.
Mari kita mulakan.
Aku bertaruh 20 oren doppler itu akan tewaskan dia.
Baiklah.
Cepat, bunuh dia!
Pada doppler!
Hei, bang.
Kami cuma nak… berdua-duaan.
- Bilik ini bukan untuk orang awam. - Alahai. Janganlah macam itu.
Tunggu di sini.
- Mudah sangat. - Jom.
Pertaruhan ini mengarut!
Kalau itu doppler, aku badak sumbu.
- Mukanya berpeluh. - Yalah.
Belasah dia. Cepatlah!
Ada peluang terbuka. Cepatlah!
Ayuh. Kau boleh!
Alamak. Itu isyarat kita.
Perlawanan ini satu penipuan!
Perlawanan ini penipuan!
- Diamlah. - Penipu!
Diamlah.
Kau gilakah? Aku suruh kau serang sebelah kiri.
- Aku tak sengaja. - Memanglah, sebab kau mabuk lagi.
- Pulangkan duit aku! - Penipu!
- Penipu! - Ini mengarut betul.
Hoi! Itu aku punya.
- Bawa dia keluar! - Ayuh.
Tidak!
Ayuh! Aku dapat!
Itu aku punya!
Hei, budak setan.
Jangan sentuh.
Lepaskan aku!
Lepaskan aku!
Hei.
Hei!
Pulangkan duit aku, witcher.
Ayuh, cabut!
Hei, mari sini.
Juniper!
Tolonglah.
Jangan tinggalkan aku.
Kau curi upah aku.
Mistle, fokus!
- Ayuh, lawanlah sekarang. - Hei!
Mistle, ayuh! Mistle!
Kau biar betul.
- Tidak! - Asse, jom cabut!
- Jom, lari! - Hoi, celaka!
Tikus sial!
Sikit lagi.
Dah buka.
- Apa benda ini? - Kau kata ada emas di dalamnya?
- Sesetengahnya. - Ia takkan dapat dijual.
Atau dimakan. Aku dah kebulur.
Aku akan uruskan.
Ada juga orang bertaruh kapak.
Mari sini.
Berapa orang yang Raja Gemmera bunuh dengan benda ini?
Tak, benda itu dari Vicovaro.
- Raja Vicovaro. - Vicovaro ada pemerintah, bukan raja.
Pemerintah Vicovaro jahanam.
- Berapa? - Kosong.
Itu senjata upacara.
Diamlah. Aku suka lagu ini.
Lagu apa? Kau gilalah.
Hanya kerana kau tak dengar suara tak bermakna mereka tak menyanyi.
Kau bukan psikik. Kau gila.
Hati-hati.
Kau teka saja.
Jadi, bagaimana?
Selepas kita beli makanan dan bekalan,
kita bolehlah bertahan beberapa hari.
Beberapa hari?
Bunyinya macam kerja kau makin berbahaya dan tak menguntungkan.
Kau nampak segala yang berlaku. Nilfgaard buru semua orang.
Tapi kau nak aku buat apa? Tulis surat dan suarakan kebimbangan?
"Wahai Api Putih, perang kau buat kami sukar mencuri.
Tolong beri nasihat."
- Diamlah, Reef. - Betul. Untung kita sikit.
Tapi yang berbahaya, Mistle, ialah kau.
Mengelamun ketika bekerja, sekali lagi.
Bayangan yang mengganggu kau itu?
Kau perlu melupakannya.
Sebelum kau buat kita tertangkap atau terbunuh.
Kita tak boleh terus begini.
Boleh, sebab Issy boleh lihat masa depan.
Kita selamat tak?
Beginilah cara kau mati.
Ia tak semudah itu.
Kita hidup kalau ada duit.
Semudah itu saja. Kita perlukan jaminan tunai.
Psikik takkan beri kita makan.
Mungkin boleh.
Selamat datang.
Roh beritahu aku yang kamu akan datang.
Oh, kau rupanya.
Dah lama kita tak jumpa, Orla. Perniagaan nampak lembab.
Orang dah tahu kau psikik penipu, ya?
Ke mana kamu berdua pergi selama ini?
Sebelum Emhyr kerah lelaki supaya berjuang untuk mereka,
budak-budak jalananlah anak-anak aku.
Mereka berdua yang terbaik sehinggalah mereka ikut kamu.
Aku suruh mereka cari sarang burung, tapi mereka bawa balik telur.
Rupa-rupanya, kita tak perlukan mata ketiga untuk tahu siapa penipu,
siapa pencaras.
Orla tahu semuanya.
- Ya. Kami sedang mencari kerja. - Kerja yang upahnya tinggi.
- Tanpa barang sampingan. - Kalau sikit, bolehlah.
Buat betul-betul. Nanti kami bayar.
Aku semakin diiktiraf.
Dengar kata ada harta pusaka di Tyffi.
Atau gadis bar di Glyswen
yang buat urusan mencurigakan dengan geng Nissir itu.
Itu tak cukup bagus.
Entahlah, tapi ada satu perkara terakhir.
Ia besar, tapi,
berbahaya.
Kamu tahu Dom Houvenaghel?
Mestilah.
Dia uruskan pertarungan terbesar di Yaruga.
Itulah orangnya.
Khabarnya, dia akan buka medan perlawanan baru di Amarillo.
Aku pasti malam pembukaannya akan jadi malam yang paling dahsyat.
No comments yet. Be the first to leave one.