لومړۍ 141 کرښې.
Apa yang telah berlaku?
Kami diserang.
Musuh telah cuba perangkap Ali.
Mereka...nyaris dapat pisahkan IRIS daripada dia.
Apa?
Mereka dah cipta alat baru dengan bantuan Dr. Aaron.
Rupanya itu rancangan mereka.
Tak sangka Aaron telah menyertai...
Bukan itu sahaja.
Uno ada di situ.
Dia tak gemuk!
Uno tak gemuk macam Pak Cik Bakar. Pak Cik tak bersalah!
Kita mesti lepaskan dia.
Tak boleh! Dia mungkin bukan Uno,
tapi kita belum boleh pastikan yang dia bukan pengintip musuh!
- Hah, tapi... - Bertenang, Ali.
Ini bukan masa untuk mengambil risiko.
Uno sudah mula turun padang.
Ini bermakna, rancangan mereka semakin menghampiri penghujungnya.
Saya jangkakan mereka akan bertindak dengan lebih agresif.
Maksud Jeneral?
Semua persiapan mereka telah diatur.
Hanya ada satu perkara yang tinggal.
Mereka akan datang untuk dapatkan Ali!
Hah?
Apa patut kita buat?
Kita tinggalkan tempat ni.
Elakkan musuh dan bawa Ali ke HQ. Dia akan selamat di sana.
Hmm, kami akan bersiap sedia untuk...
Bersiap sedia untuk serahkan IRIS.
- -
Apa khabar Ejen semua?
Apa yang tak kena dengan sistem sekuriti di sini?
Tak habis-habis kena ceroboh.
Awak tak rasa kelakar?
Agensi yang sepatutnya melindungi Cyberaya,
langsung tak mampu melindungi rumah sendiri.
- -
Ahh, super Ejen dah bangun?
Apa awak nak buat dengan IRIS?
Kurang bijak kalau saya sendiri
yang bongkarkan rancangan kepada awak semua, betul tak?
Begini, apa kata kita jangan buang masa.
Tak ada sebab pun untuk menggunakan kekerasan.
Serahkan diri.
Saya boleh tolong bebaskan awak daripada beban memakai IRIS.
Jangan harap! Saya tak akan biarkan awak dapat IRIS!
Budak mentah tak sedar diri.
Baru belajar guna IRIS sikit, awak ingat awak dah jadi Ejen?
Baiklah, kalau itu yang awak mahukan.
Saya akan pastikan awak menyesal kerana menolak tawaran ini.
Takkan mereka dah...
MEMUATKAN PENGAWASAN
Situ!
Cepatnya mereka dah sampai!
Macam mana ni?
Aktifkan sistem pertahanan maksimum. Saya akan halang mereka.
Jenny, awak bawa Ali ke HQ. Gunakan laluan...
Laluan itu ke?
Hah, cari jalan lain.
Dah tak sempat, Rizwan. Kita berundur ke bunker.
Hmm, pergi sekarang. Walau apa sekalipun yang terjadi,
jangan biar Uno dapatkan IRIS!
Ali, sila keluar dari bulatan.
Hah?
- Wah! -
Ali, sini.
Kita...nak pergi mana ni?
Bilik kebal bawah tanah.
Setiap fasiliti MATA dilengkapi dengan sekurang-kurangnya satu bunker.
Ia hanya akan digunakan dalam situasi kecemasan,
apabila Ejen sudah tiada tempat lain untuk berlindung.
Bunker ini dikelilingi titanium setebal satu kaki.
Ia mampu bertahan dari kerosakan luar serta tekanan yang tinggi,
tak kira daripada bencana alam ataupun apa-apa serangan,
termasuk letupan nuklear.
Maknanya, tiada apa yang boleh membahayakan awak di sini.
Wah!
Kita akan tunggu di sini sehingga Rizwan selesai menewaskan musuh.
Tapi, kalau dia kalah, macam mana?
Kita...tunggu bantuan dari HQ.
Tapi, bukankah mereka tengah tunggu kita?
Saya yakin nanti mereka akan perasan kita terperangkap di sini.
Tapi, berapa lama?
Selama yang diperlukan.
Jangan risau, Ali.
Kita ada cukup bekalan untuk hidup sehingga setahun di sini.
Hah? Tapi...ayah mesti akan cari saya!
Sekolah macam mana? Viktor? Alicia?
Eh, tak kisahlah Alicia.
- -
- -
Semua senjata pertahanan dah aktifkah?
Dah tak ada apalagi yang boleh pasang?
Emm. Sistem pertahanan dah diaktifkan pada tahap maksimum.
Dron?
Ya.
Robot?
Sudah.
Macam tak cukup saja.
Takkan itu saja yang ada?
Selama ni, saya kena serang dengan macam-macam!
Maaf, Ali. Tapi ini saja yang ada.
Macam mana ni?
Kita boleh hantar yang ini dekat atas!
Kita akan terpaksa membuka semula setiap lapis pintu kebal.
Lagipun, robot-robot ini merupakan barisan pertahanan kita yang terakhir.
Kalau-kalau...
Tapi, kita mesti cuba buat sesuatu!
Takkan nak duduk tunggu saja.
Saya tahu! Kita boleh minta bantuan!
Sampaikan mesej pada Ejen-Ejen yang lain.
Eh, tapi...
Uno dah godam sistem perhubungan kita semasa dia muncul tadi.
- -
Apa yang awak cuba lakukan?
Ali, berhenti! Nanti ro...
Dah hidup!
...rosak.
Oh, nampaknya, sistem komunikasi di sini berasingan dengan panel di atas.
Err...
Helo? Helo? Err...
Kecemasan! Kecemasan! Tolong!
ISYARAT TERGANGGU
Helo? Helo?
Helo!
Safe house ke HQ! Safe house ke HQ!
Kami sedang diserang musuh. Minta hantarkan bantuan.
Macam mana ni?
Safe house ke HQ! Saya ulangi.
Kami sedang diserang musuh. Minta hantarkan bantuan.
- -
Kenapa?
Sudah. Saya tak ada masa lagi nak tunggu.
Tepi!
Biar saya uruskan dia.
Heh, tadi berlagak sangat!
Uh, hebatnya! Kalau teruskan tadi,
mesti awak dah kalah.
Apa ni, Rizwan? Saya tahu awak lebih hebat dari itu.
Heh, bagus.
No comments yet. Be the first to leave one.