لومړۍ 200 کرښې.
Sial kau!
Macam mana?
Kaulah yang terbaik.
Sejak dulu lagi.
RULERS OF FORTUNE
Cepat.
Hei, aku polis. Boleh aku tengok mayat itu?
- Boleh. - Terima kasih.
- Betulkah dia? - Ya.
Tak…
EKSKLUSIF BEKAS PETINJU DIBUNUH
Dia memang hebat.
Dia berjaya buat apa yang Búfalo cuba buat berkali-kali
dengan sekali cuba saja.
Bukan susah pun nak bunuh si bodoh macam Búfalo itu, bukan?
Kamu ingat ini permainan video?
Cakap pasal itu, kamu pernah bunuh orang?
Berambus.
Pergilah.
Suzana pergi ke lokasi kejadian. Dah kecoh.
- Dia balas mesej kau? - Tak.
Pelik betul.
Kalau tengok gambar-gambar tadi, sama ada dia sangat pandai berlakon
atau dia memang takkan khianati Búfalo.
Yang pasti, aku tak percaya dia.
- Tunggu dan lihat. - Apa maksud kau? Kita tak buat apa-apa.
Kita ikut perjanjian. Itu saja.
Betul, Profeta?
Selagi kakak kau masih hidup, dia akan buat apa saja untuk jatuhkan kau.
Tak, kalau tiada Búfalo.
Dia cuma akan jadi lebih licik.
Kalau main api, nanti terbakar diri.
Apa rancangan kau? Padam api itu?
Langgar perjanjian dengan Suzana?
Macam itu?
Siapa yang licik sekarang?
Aku takkan benarkan kau sentuh dia.
Dia kakak aku.
Aku nak kau janji dengan aku.
Okey.
Itulah ceritanya.
Bos dah mati.
Dia masuk perangkap puki mak itu.
Gila nak mampus. Hancur mayat dia kena tembak.
Hati-hati, semua. Mungkin selepas ini giliran kita.
Yang tinggi itu tak nak bunuh saya.
Kemudian, seorang lagi muncul.
Dia nampak bengis. Mungkin dia bos mereka.
Jangan takut. Kamu cam muka mereka?
Dia salah seorangnya?
Ya, itulah dia.
- $1,000 untuk sekolah aku. - Yakah?
Kau tahu? Dia bertaruh $1,000 untuk sekolah dia.
Apa khabar?
Percayalah, dia takkan menang.
Sekolah Guerra akan menang.
Búfalo dah banyak berhabis.
- Kau barua diakah? - Aku serius.
Juri takkan bagi dia markah tinggi sebab dia dah mati?
- Itu… - Dia bukan suka samba.
Untuk pengetahuan kau orang,
aku dah beli bunga api sebagai penghormatan untuk dia.
- Baguslah. - Ya.
Terima kasih.
Cakap pasal itu,
ada benda yang kita patut bincang.
Pasal apa, Marcinho?
Aku ada terfikir
sambil cuba hadamkan semua yang dah berlaku.
Budak Profeta itu…
Entahlah.
Dia dah setuju nak berdamai, tapi dia serang Búfalo?
Nanti. Búfalo yang serang dia dulu.
Ya, betul,
tapi rasanya bukan aku seorang saja
yang mempersoalkan kredibiliti Profeta.
Kita patut tanya diri kita.
"Betulkah budak ini layak ada di sini?
Berak merata sampai kita terpalit?"
Kau tak merungut pasal Búfalo.
Aku tak merungut sebab Búfalo masih tahu hormat kita,
bukan macam dia.
Hari ini, dia sampai dari Campos.
Esok, dia tikam belakang bos sendiri. Kurang ajar betul.
Kau nak apa, Marcinho? Terus terang saja.
Kau tak nak dia masuk Lembaga?
Kalau macam itu, apa guna Lembaga ini?
Dia urus semua port di Selatan dan hampir semua port di belah Utara,
tapi tak boleh jadi ahli Lembaga?
Kita nak wariskan legasi kepada siapa?
Kalau bukan dia yang urus port-port itu, siapa lagi nak uruskannya?
Jawab.
Kau, Marcinho?
Aku terfikir yang mungkin kita boleh
cangkuk dia.
Kita jaga dia dan sebagai balasan,
dia kena serah sebahagian port dia kepada kita.
Okey, aku suka idea kau.
- Betul? - Tak. Nanti dulu.
Semua orang suka duit.
Aku nampak idea kau,
tapi kita mesti ikut peraturan.
Kalau kita langgar peraturan yang kita sendiri buat, apa gunanya?
Hiasan? Apa?
Kita boleh bincang pasal ini, tapi selepas karnival.
Lagi-lagi sebab kita tak tahu apa akan berlaku
kalau Profeta tolak cadangan kita.
Betul?
Perang akan berlarutan?
Perang? Apa dia boleh buat? Dia bukan siapa-siapa.
Renzo pun fikir macam itukah, Marcinho?
Sekejap lagi dia sampai.
PENJARA NEGERI GERICINÓ
Dia pasti setuju, Galego.
Aku pak cik dia.
Kenapa pak cik tak datang jemput aku?
Dia cuma akan datang untuk jatuhkan kau.
Aku tak sabar nak sambut karnival dengan dia.
Permainan dah bermula.
Kau lambat.
Ibu aku mengamuk apabila nampak ini.
Dia tak izinkan aku balik selagi aku kerja di sini
Rumah kau ada bilik kosong, bukan?
Siallah, Nelinho. Satu malam saja.
SAMPAI HATI KAMU!
KENAPA UBAH RANCANGAN? KAMU TAK PERCAYA KAKAK SENDIRI?
Awak nampak cantik.
"Apa kamu dah buat, Mirna? Kenapa kamu tak percaya kakak?"
Apa? Dia ingat aku nak mengaku?
Dia terdesak.
Kau dah sedia?
Untuk apa?
Kau melawak, bukan? Kau ingat senang?
Kita akan jumpa mereka untuk kali pertama sejak naik takhta.
Aku harap kau boleh kawal diri.
Kenapa?
Tiada apa-apa.
Aku terpesona tengok ratu aku.
Ratu?
Sini.
Kau yang datang sini.
Ikut ratu kau.
Kau ingat cincin ini?
Ayah aku tentu bangga ia disarung ke jari yang selayaknya,
tapi jangan sesekali lupa.
Raja sentiasa tunduk kepada ratunya.
Menjunjung titah, dinda.
Selamat petang.
Apa dah jadi?
Apa?
Muka kau.
Ayah tak faham.
Kenapa kamu tak duduk di sana? Bukankah situ tempat kamu?
Saya pun tak faham.
Mereka nak kita datang tanpa diundang?
Masanya akan tiba.
Pak cik!
Sini.
Puas saya cari pak cik, tahu?
Jom ambil gambar.
Sekali lagi.
Cantik!
Malam yang indah, bukan?
Malangnya, ia akan berakhir.
Bukan untuk kita, pak cik.
Kita kena fikir pasal karnival tahun depan.
Perarakan, lagu tema, betul?
Kenapa ini? Pak cik okey?
Malam masih muda, tapi perut pak cik dah kembung minum bir.
Kamu patut jadi presiden sekolah kita tahun depan.
Pak cik…
- Ayah takkan… - Nanti pak cik cakap dengan dia.
Seriuslah?
Terima kasih, pak cik.
Terima kasih.
Pak cik sayang kamu.
Ayuh!
Masa untuk bersamba, semua!
Ayuh!
Dia nak buat apa?
Dia tak datang untuk cakap pasal perang, bukan?
Oh, sayang!
Apa khabar?
Hah?
Saya takkan tipu awak, Galego. Saya sedih.
- Saya kuatkan semangat untuk datang. - Saya faham.
Sebab awak cuma manusia biasa, betul?
Apa pun, saya nak nasihat sikit.
Dengar nasihat saya.
Kuburkan semuanya dengan dia. Tanam semua dendam awak dengan dia.
Mayat dia dibakar.
Takziah, Suzana.
Búfalo selalu cakap semua ahli Lembaga macam keluarga dia sendiri.
Saya gembira dia rasa macam itu. Saya teringat ayah saya.
Saya nak keadilan ditegakkan.
Lebih-lebih lagi sebab mereka dah janji nak berdamai.
Akhirnya?
Suami saya kena bunuh?
Berdamai?
Awak nak bunuh Profeta di kubur hari itu.
No comments yet. Be the first to leave one.