Üç Harfliler: Beddua

Üç Harfliler: Beddua

د Malay ژباړه ډاونلوډ کړئ

د خپرونې معلومات

Üç Harfliler: Beddua (Beddua: The Curse) Web
د لخوا تبصره azizLee
Muat turun movie di (https://www.youtube.com/watch?v=uUXL_U4Aj4A). Sila bagi rate untuk sokongan dan semangat agar terus berkarya..

تګونه

web
په خپور شو: 2019-07-03
ډاونلوډونه: 92
د اوریدلو معیوبیت: No

د Malay سرليکونو مخکتنه

لومړۍ 200 کرښې.

SUMPAHAN Terjemahan Oleh Aziz Lee, Brunei.

Melek?

Kamukah yang menjerit tadi?

Davut?

"Nama-nama pelakon dalam filem ini telah diubah atas dasar keselamatan dan undang-undang"

"Osmangazi, Bursa"

Selamat pagi.

- Saya rasa ada pesanan masuk. - Nantilah saya tengok.

Hakan?

Kenapa kamu letak katalaluan pada telefon kamu?

Apa maksud kamu kenapa saya letak katalaluan?

Saya letak pun sebab ia memang perlu diletak.

Saya tak buat macam tu pun.

Janganlah nak fikir bukan-bukan.

- Siapa yang mesej kamu? - Manalah saya tahu, tengok pun belum.

Hakan?

- Saya cuma tertanya-tanya. - Kenapa perlu bersangka buruk?

Tak kesahlah dari siapa pun.

- Dia masih menghubungi kamu? - Jangan nak mengarut.

Dah banyak kali kita bincang pasal hal ni.

Okey.

Cuba tengok mesej tu dari siapa.

Dia yang hantar, kan?

Pasti dari dia.

Memang dari dia pun. Kamu bacalah, apa yang dia tulis.

"Semoga Allah merahmati kalian.."

Pakcik Bekir.

Saya tak kesah kamu cemburu, Burcu. Tapi janganlah melampau.

"Burcu yang mudah bersedih dengan apapun.."

"..dan mudah menangis ini, selalu ada disetiap suka dan duka."

"Dia sering mengambil tahu hal ehwal kewangan di kelas kami."

"Disebabkan dia sering meminjamkan wang kepada semua orang,.."

"..kami menggelarnya ahli bank."

"Dialah teman yang selalu menjaga jiwanya sesuci bayi yang baru dilahirkan,.."

"..bersedia mendengar luahan tanpa merasa bosan,.."

"..dan tidak pernah mengharap balasan."

"Sukar digambarkan dengan kata-kata mahupun dengan waktu,.."

"..pengalaman manis yang kami lalui bersama."

"Tapi apa yang kami tahu,.."

"..senyuman manis kamu itu tidak akan pernah dilupakan, Burcu."

"Kampung Misi"

Sini. Comelnya kamu.

Sini. Ayuh. Jangan takut, jangan takut.

Sini. Sayang. Sayang, apa kamu buat kat sini?

Sayang.

"Eda, adalah satu-satunya pencinta haiwan di kelas kami."

"Kucing, anjing, tikus, lalat tiada masalah buat Eda."

"Eda yang selalu gembira dan ceria ini.."

"..ada kalanya menjengkelkan dan berubah menjadi ganas..."

"...apabila kekerasan dilakukan kepada haiwan."

"Jika dia mendapat keputusan yang rendah dalam ujian,.."

"..dia akan berduka selama tiga hari dan selalu membantah cakap cikgu."

"Buat Eda yang bercita-cita nak menjadi seorang doktor haiwan ini,.."

"..kami doakan agar dia berjaya dalam hidupnya."

"Kami akan selalu merindui kamu, teman."

"ALTIN MAKAS. KEDAI JAHIT LELAKI & WANITA. "

- Ada apa Ayla? - "Burcu."

Tak tahulah kamu dah tahu atau belum,..

"..tapi mereka sudah memecat ayah Melek, Pakcik Davut."

Kesiannya. Bila tu?

Entahlah. Saya pun baru tahu.

Saya saja telefon nak bagitahu.

"Kehidupan mereka pasti akan lebih terhimpit."

Saya faham, Ayla. Saya faham.

Tak mengapalah. Biar saya uruskan dan nanti saya bagitahu.

Baiklah.

"Ayla yang sering menarik perhatian dengan rambut panjangnya ini,.."

"..adalah gadis tercantik di kelas kami."

"Dia ni sangat sensitif,.."

"..sehingga sebilangan guru kami takut bertanya.."

"..semasa peperiksaan lisan untuk menghalang sesuatu hal berlaku terhadap mereka.

"Ayla mula bekerja dengan ayahnya sebelum habis sekolah."

"Semoga kehidupannya indah seperti gaun yang dijahitnya dan Ayla,.."

"..kami yakin kamu akan menjadi pereka fesyen.."

"..yang termasyur di masa hadapan."

"Terima kasih di atas sokongan dan segala impian.."

"...yang memberikan erti semasa bersama kamu, Ayla."

Ayah, kenapalah kamu tergamak buat macam tu?

Tak sangka betul!

- Siapa kamu telefon? - Ayah saya.

- "Kenapa, nak?" - Helo, Ayah. Kamu apa khabar?

"Baik, nak. Kamu pula? Macammana dengan pelajaran kamu?"

Baik, Ayah. Ayah,..

..teman saya Ayla tadi ada menelefon.

Pasal pemecatan ayah Melek, Pakcik Davut.

Ayah. Tahu tak yang anaknya tak boleh bercakap dan berjalan?

Apa yang akan mereka lakukan sekarang? Mereka dah tak ada sumber pendapatan lain.

"Nak, ayah tak boleh berbuat apa-apa. Ayah terpaksa memecat 16 pekerja."

Ayah, Melek adalah teman baik saya.

Ayah faham tak? Dia tu teman baik saya.

Cuba ayah bagitahu, macammana saya nak berdepan dengan emak dan ayahnya nanti?

"Baiklah, nak. Tak payahlah kamu risau."

Ayah, kalau kamu sayangkan saya. Ayah kena ambil semula pakcik Davud.

"Jangan risau, nak."

Saya tak sangka yang ayah tergamak buat macam tu?

- "Nanti ayah akan uruskan." - Baiklah.

Esok malam saya pulang dan berbincang.

- "Sampai jumpa, nak." - Bai.

Ada apa?

Tak ada apa-apa! Cuma ada masalah dengan ayah!

Ceritalah. Saya pun nak tahu. Siapa Melek?

Dia ni dulu teman sekolah saya.

Salah seorang teman baik saya dari 3 teman rapat saya ketika itu.

Satu kejadian buruk menimpa dia beberapa tahun lalu.

Dia lumpuh.

Saya kesian pada dia.

Tak pernah pun kamu cerita pada saya.

Apa lagi yang tidak saya tahu?

Saya tak cerita sebab saya tak mahu mengingatinya.

Sewaktu kami belajar di sekolah menengah.

Ada malamnya, kami akan keluar rumah..

..dengan alasan belajar sebaliknya kami melepak di sebuah rumah usang di bandar.

"Persekitaran yang menakutkan di tempat itu menarik minat kami."

"Suatu malam tu,.."

"..kami berjanji untuk bertemu di sana lagi."

"Semasa kami mendekati rumah itu,.."

..kami semacam mula mendengar satu jeritan."

Tak tahu suara siapa.

Awalnya kami tak tahu apa yang terjadi.

Rupanya yang penduduk kampung..

..gelar sebagai dukun gila itu,..

..Havel,..

..tinggal kat sana.

Dia itulah dukun Havel.

Dia buat apa tu?

Kami sangat takut.

Kami tak tahu nak buat apa.

Kami ingat dia dah bunuh Melek.

Kami pun pergi meminta bantuan lantas memberitahu apa yang kami nampak.

Sewaktu semua penduduk datang ke tempat itu,..

..mereka mendapati Melek sedang terbaring, di mana rambutnya telah dipotong.

Berbulan juga dia dirawat kat rumah sakit.

Sedar saja dia seakan orang lain.

Semalam saya terdengar bunyi bising.

Saya rasa, Melek cuba nak bercakap.

"Semalam saya terdengar bunyi bising. Saya rasa, Melek cuba nak bercakap."

Seolah-olah dia ingin memberitahu sesuatu.

Entahlah. Mungkin saya sedang bermimpi.

Itu pun dah buat saya rasa gembira, Saliha.

Kak Munevver, jangan terlalu cemas.

Melek pasti akan sembuh.

"Melek pasti akan sembuh."

Masalah terus menimpa, Saliha.

Sekarang, Davut pula dibuang kerja.

Kami dah tak ada apa-apa lagi.

Allah maha mengetahui, Kak Munevver.

Bersabarlah.

Percayalah, saya akan selalu mendoakan kalian.

Tahu tak apa yang lebih teruk lagi?

Orang yang buat semua ni masih berkeliaran di luar.

"Orang yang buat semua ni masih berkeliaran di luar."

"Semoga Allah melaknat perempuan tu!"

Makan ni.

- Eda,.. - Huh!

..makcik Munevver kamu beritahu yang Melek cuba nak bercakap semalam.

Oh, apa yang dia cakap?

Dia takdelah bercakap. Tapi kedengaran seperti mahu bercakap.

Lega saya, mak. Saya dah lega sekarang.

Nanti saya melawat dia,..

..dan membawa kura-kura saya sekali.

Melek pasti gembira bila nampak kura-kura saya.

Pergilah, nak. Itulah yang sebaiknya.

Ada tak kawan kamu Burcu bagitau pasal pekerjaan ayah Melek?

Ada, mak. Dia ada bagitahu.

Dengar saja nanti. Burcu nak berbincang dulu dengan ayahnya.

Insyaallah.

"Shaman maksudnya seorang dukun."

"Ada beberapa pengertian tentang Shaman."

"Ada yang cakap,.."

"..ianya diambil dari bahasa Manchu atau Mongolia,..

"..dan ada yang beritahu ianya dari bahasa Sanskritik."

"Kebanyakkan orang-orang Turki menggelarnya sebagai Shaman 'Kam'.

"Shaman biasanya.."

"..melakukan hal-hal seperti penyeruan, sihir dan apa-apa saja untuk menawan korban.

Hakan?

Hakan?

Hakan?

- Helo, Hakan? - "Saya?"

- Kamu kat mana ni? - "Keluar beli rokok."

"Kejap lagi saya pulang."

Jangan lambat. Saya takut kalau kamu tak ada.

Baiklah. Saya pulang sekarang.

Baiklah.

Burcu?

Burcu?

Burcu? Saya ni.

Tenang, tenang. Jangan takut, okey.

Tenang, tenang, tenang. Saya ni, Burcu. Tenanglah.

Tenang, tenang.

Siang tadi ada panggilan dari pejabat.

Dia suruh saya ke pejabat esok. Katanya ada berita baik buat saya.

Berita apakah itu?

Saya ada tanya, tapi dia tak bagitahu.

Katanya Tuan Vehdi nak jumpa saya.

Dia nak bincang pasal apa?

Saya pun tak tahu.

Melek dah makan?

Saya dah bagi dia makan.

Tadi dekat restoran, ada orang cakap pasal lelaki ni.

Mereka bercakap pasal seorang Hodja.

تبصرې

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left