لومړۍ 200 کرښې.
Hidup perlu diteruskan ke mana pun arahnya.
Lampu hijau sudah menyala. Sila melintas jalan.
Awak akan mati dalam masa 6 jam.
Tren menghala ke Suseo kini sedang menghampiri.
Semua penumpang, sila melangkah ke belakang.
Tolong jaga langkah anda
semasa anda naik dan turun kereta api.
Perhatian. Kereta api ini...
Setiap hari, saya menghantar teks peringatan kepada diri sendiri.
Jangan mati. Tabahkan hati, Lee Jung-yoon.
Heets Blue satu.
Adakah ini makanan?
Saya nampak awak makan
dan mahukannya juga, adik.
Jika awak bekerja sekeras itu,
mereka bayar lebih?
Walaupun bayar, tak banyak.
Namun, awak masih bekerja untuk kerajaan.
Semua orang sangat ingin jadi begitu.
Seorang penjawat awam.
Jadi kenapa awak tak cuba
seperti orang lain?
Tolonglah.
Saya bergelut untuk penuhi keperluan.
Ujian penjawat awam apa?
Saya tidak mahu kedengaran kolot,
jadi saya akan pergi.
Sebentar, Encik.
Apa?
Hari ini hari jadi saya.
Jadi?
Saya cakap saja.
Kenapa? Awak perlukan sesuatu?
Jika ya, awak akan belikan untuk saya?
Hmm...
Mari kita cari makanan sedap malam nanti.
Makanan apa yang sedap?
Saya akan fikirkannya.
Jumpa nanti.
(JUMPA AWAK PUKUL 6 PETANG PADA HARI ITU NANTI)
Oh Tuhan...
Selepas hari ini,
Umur 20-an saya akan berakhir.
Saya ingat saya akan hidup senang pada usia 30-an.
Saya terjaga dan nampak kulat di atas siling
unit separa bawah tanah saya.
Ia kelihatan lebih seperti kulat
di siling rumah ibu saya.
Saya ingat jika saya lari dari rumahnya yang umpama neraka itu,
semuanya akan baik-baik saja.
Tapi saya silap.
Saya melihat orang lain
dan mengimpikan hidup seperti mereka.
Hidup perlu diteruskan ke mana pun arahnya.
Lampu hijau sudah menyala. Sila melintas jalan.
Awak akan mati dalam masa 6 jam.
Awak kata apa tadi?
Saya kata, awak akan mati malam ini.
Apa? Adakah ini penipuan terkini?
Itu memang baru.
Saya mesti beritahu awak sesuatu. Ia penting.
Apa yang awak lakukan?
Beri saya 5 minit.
Maaf, ya?
Kenapa dengan awak? Saya dah lewat untuk satu pertemuan.
Lupakan saja. Pertemuan itu dibatalkan.
Mi-jung!
- Apa? - Lama awak menunggu?
Saya jumpa lelaki pelik dalam perjalanan...
Jung-yoon? Kenapa awak ke sini?
Awak tak dapat mesej saya?
Mesej apa?
Sayang!
Oh, awak pulang awal.
- Siapa ini? - Ini kawan saya Jung-yoon.
- Helo. - Hai.
Selamat berkenalan.
Lebih baik saya gerak sekarang. Filem akan bermula tak lama lagi.
Saya akan hubungi awak nanti.
- Baik. - Selamat tinggal.
Berseronoklah!
Kenapa awak selamatkan saya?
Awak kata, saya akan mati malam ini.
Jika awak mati di belakang sana,
sedikit sebanyak saya akan berasa lega.
Kerana itu bermakna saya silap.
Adakah awak psikik atau sesuatu?
Bayangan saya tak pernah salah.
Awak dah nampak tadi.
Adakah awak perlukan wang atau sesuatu?
Mahu dibayar kerana selamatkan nyawa saya?
Jangan mengarut lagi, boleh?
Saya tiada wang untuk penyangak macam awak.
Saya nampak.
Cara awak mati.
Saya nampak takdir awak.
Apa?
Takdir?
Saya dah kata awak takkan keluar dengan kawan awak, bukan?
Itu cuma
kawan saya terlupa kami sepatutnya berjumpa.
Namun, saya masih betul.
Itu tidak membuktikan kata-kata merepek awak.
Jangan muncul di hadapan saya lagi.
Jika muncul lagi, saya akan hubungi polis.
Saya boleh nampak masa depan seseorang.
Dalam masa 5 jam dan 49 minit,
awak akan mati.
Kenapa?
Kenapa saya mesti mati?
Nama, Kim Hae-ji. Umur 23.
Anggaran masa kematian
antara 23:00 pada 11 Julai
dan 02:00 pada 12 Julai.
Punca kematian ialah tikaman di dada
dan leher oleh senjata tajam.
Dia mati akibat pendarahan yang banyak.
Senjata tidak ditemui di tempat kejadian.
Nampaknya dia dibunuh di tempat lain
dan mayatnya telah diangkut ke tempat kejadian.
Awak dah jumpa sebarang petunjuk berguna?
Kami telah memeriksa telefon Kim Hae-ji.
Awak akan mati malam ini.
Kenapa awak buat begini kepada saya?
Saya memberitahu tentang takdir awak.
Ini dirakam pada hari pembunuhan.
Pernahkah Kim Hae-ji dihendap?
Dia menelefon tentang itu,
sebulan sebelum dia dibunuh.
Ini kes pembunuhan di kilang terbiar itu.
Pada hari Ji Seo-yeon meninggal dunia,
seorang lelaki tak dikenali
meramalkan bahawa dia akan dibunuh.
Adiknya kemudian beri keterangan.
- Meramal pembunuhannya? - Ya.
Awak akan
mati dalam masa 8 jam.
Adakah awak merakam filem?
Atau drama bersiri?
Saya pun tak tahu kenapa.
Saya hanya mendapat bayangan tentang masa depan seseorang.
Cara mereka mati?
Bukan setiap kali begitu.
Saya hanya nampak perkara luar biasa.
Seperti apa?
Di bawah sedar,
manusia hidup dengan mengasingkan apa yang boleh
dan tidak boleh berlaku kepada mereka.
Tapi apa yang saya lihat ialah perkara
yang orang tak terfikir akan berlaku.
Jadi, maksud awak,
awak boleh nampak apa saja yang awak mahukan pada masa depan?
Seperti masa depan semua orang di sini?
Saya bukan nampak mereka berdasarkan pilihan saya.
Apabila saya nampak seseorang,
bayangan itu hanya datang sekilas.
Jadi, secara kebetulan awak bertembung dengan saya
dan nampak bayangan saya di ambang maut?
Ya, betul.
Baiklah.
Jadi, bagaimana saya mati?
Dalam kemalangan kereta?
Serangan jantung?
Atau adakah saya digigit oleh zombi?
Awak dibunuh.
Saya dibunuh?
Bagaimana saya dibunuh?
Ditikam dengan pisau.
Di mana saya ditikam?
Dada awak.
Siapa tikam saya?
Saya hanya nampak
awak ditikam dan rebah.
Ia seperti siri drama.
Ia berakhir tepat pada detik yang penting.
Untuk disambung lain kali?
Jumpa lagi.
Oh ya,
bagaimana awak tahu saya akan mati 6 jam lagi?
Jam awak menunjukkan pukul 12:00.
Bagaimana awak tahu ia hari ini?
Ia boleh jadi esok.
Awak memakai itu.
Benarkah?
Jika saya tukar pakaian, saya takkan mati, bukan?
Lucu betul.
Saya akan pergi tukar pakaian.
Sehingga sekarang, semua bayangan itu...
Semuanya menjadi kenyataan.
Boleh awak buktikan?
Mari ke sini.
Itu saja.
Dengar.
Kita mesti kenal pasti seorang suspek
sebelum ia menjadi kes pembunuhan bersiri.
Apa kata kita fokus pada lelaki
yang mendakwa dia boleh meramal?
Kedua-dua mangsa mempunyai persamaan, iaitu mereka diekori.
Bolehkah peramal dan penghendap
jadi orang yang sama?
No comments yet. Be the first to leave one.