لومړۍ 200 کرښې.
MELETUP
Bapa di syurga
aku melutut di depan-Mu hari ini
dalam kehadiran-Mu yang berkuasa
untuk meminta Kau berikanku kekuatan.
Kekuatan untuk melalui semua tugas hari ini
sama ada kecil atau besar.
Aku tahu aku hidup atas kehendak-Mu.
Aku juga tahu dengan kehendak-Mu aku takkan jadi lemah hari ini.
Aku takkan bermalas-malasan...
HANYA TUHAN BOLEH MENGADILIKU
dan aku tak akan gagal melakukan tugasan yang ditetapkan di depanku.
Terima kasih atas kehadiran-Mu yang kekal abadi, Tuhan.
Aku berdoa dengan nama Jesus.
Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Amin.
Ayah akan pergi untuk beberapa hari.
Ayah takkan pergi lama, tapi mak kamu ada di sini dan dia...
Kamu tahulah.
Apa pun, ayah cuma nak beritahu kamu.
Ayah akan pergi dan...
PECAHKAN KACA JIKA ADA KECEMASAN
Viking, Utsire Utara dan Selatan, Forties.
Angin barat daya, melencong ke barat laut
skala enam hingga lapan
mungkin meningkat ke sembilan kemudian.
Hujan, kemudian hujan sejuk
jarak penglihatan sederhana atau buruk, sebelum menjadi baik.
Cromarty Forth, Tyne, Dogger.
Angin barat daya, melencong ke barat
skala lima hingga tujuh, kadangkala lapan.
Hujan, kemudian hujan renyai
jarak penglihatan sederhana atau baik.
Fisher.
Angin barat daya, melencong ke barat, skala enam hingga lapan
mungkin meningkat ke skala sembilan kemudian.
Hujan, kemudian hujan sejuk
jarak penglihatan sederhana atau buruk, sebelum menjadi baik.
German Bight, Humber.
Angin barat daya, melencong ke barat, skala tujuh hingga sembilan
menurun ke skala enam di Humber kemudian.
Hujan, kemudian hujan renyai
jarak penglihatan sederhana atau teruk, sebelum menjadi baik.
Thames, Dover, Wight, Portland, Plymouth.
Angin barat daya, skala enam hingga lapan
kadangkala sembilan, melencong ke...
Harta pusaka kita.
Terima kasih.
Berkatilah kami, Tuhan dan kurniaan-Mu ini
yang bakal kami terima.
Melalui Christ, Tuhan kami, kami berdoa.
Dua puluh tahun, ya?
Tuhan memberkati awak, saudara.
Pergilah!
Brian.
Brian.
Sayang.
Ke mana dia pergi?
Siapa?
Ayah kamu?
Ayah jumpa diakah?
Tapi apa kaitan dia dengan semua ini, mak?
- Apa kaitan dia dengan semua ini? - Semuanya.
Apa?
Kenapa kamu cederakan budak itu?
- Dia yang cari masalah, mak. - Brian.
Dia ada cakap sesuatu tentang ayah kamu?
Jem ialah ayah saya.
Atau dia cakap sesuatu tentang Ray?
Kalau mak dah tahu banyak sangat, kenapa mak tanya saya?
Jangan mengada-ada.
Mak cuma nak bercakap dengan kamu.
Kamu hampir bunuh budak itu. Kamu dengar?
Bertambahlah lagi seorang pembunuh dalam keluarga.
Siapa yang peduli?
Ray bukan pembunuh.
Kalau dia pembunuh pun
perlukah kamu jadi pembunuh juga?
Mari sini.
Ray bukan pembunuh.
Luahkannya.
Bapa kami yang berada di syurga, dimuliakanlah nama-Mu.
Datanglah kerajaan-Mu
jadilah kehendak-Mu seperti di syurga.
Berikan kami rezeki hari ini dan ampunilah kesalahan kami
seperti kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.
Ke hadapan Ray.
Saya tak pasti awak akan dapat surat ini atau membacanya.
Jadi atas dasar doa dan harapan yang termakbul
bahawa awak akan membaca surat ini
saya nak mulakan dengan bertanya khabar.
Kesunyian ini masih terasa perit walaupun selepas bertahun-tahun.
Saya selalu tertanya-tanya jika awak fikir tentang saya, kita.
Awak dah baca?
Awak dah baca?
Tak, saya tak baca.
"Berikan minuman keras kepada dia yang hampir binasa
dan wain kepada mereka yang merana jiwanya."
Amin.
Demi Permaisuri Yang Mulia.
Apa jadi dengan doa "Untuk apa yang bakal kami terima"?
Jadi, awak hanya berdoa sebelum makan?
Tuhan tak kisahkah kalau awak minum arak tanpa sepatah kata pun?
Awak lupa lap punggung pagi tadi.
Saya nampak najis dalam seluar awak.
Tak, itu najis semalam.
Pengotor betul.
Adakah kebersihan termasuk dalam keimanan?
Macam mana awak tahu Dia tak kotor?
Ada bukti dalam Bible
mengatakan Tuhan mandi tiga kali seminggu?
Tukar seluar dalam setiap hari?
Tuhan tak perlukan seluar dalam
sebab Dia tak penuh dengan najis macam awak.
Yakah?
Dia ada bekalan tanpa had di atas sana?
Mesti Dia tak perlu pakai seluar dalam yang sama dua kali.
Dia suka yang ketat?
Atau dia suka ruang yang luas
supaya Dia selesa untuk bergerak?
Macam loceng gereja yang besar itu.
Mesti macam Katedral Canterbury di bawah sana.
Awak akan masuk neraka.
Perjumpaan keluarga?
Paderi Rippon meninggal minggu lepas.
Saya baca dalam surat khabar.
Saya tak baca surat khabar.
Awak pernah jumpa dia lagi?
Adakah itu satu soalan?
Saya dengar dia dihantar ke rumah sakit jiwa beberapa tahun lalu.
Tolong baca surat itu, Ray.
Semasa saya balik bercuti selepas tugasan ketiga di wilayah itu
kehilangan dua orang kawan masa itu
saya mula terfikir tentang dia, Rippon.
Lebih banyak saya fikir tentang dia, lebih kerap saya rasa nak melawat dia
bertanya khabar dan berbual tentang masa lalu.
Apa pun, apabila saya pulang, saya cari dia.
Susah nak cari dia.
Sudah tentulah, mereka pindahkan dia merata-rata.
Macam biasalah.
Saya jejak dia sampai ke Huddersfield.
Awak patut lihat saya segak berbaju seragam nombor dua.
Untuk orang yang nampak comot setiap hari
saya nampak sangat kemas ketika itu.
Saya letak seluar di bawah tilam pada malam sebelumnya.
Garisan lipatan tajam di depan dan belakang.
Saya gilap but saya sepanjang pagi
sampai jadi macam cermin.
Ini standard perbarisan rasmi, Jem.
Saya boleh buat tugas istiadat di Istana Buckingham
saya kelihatan sesegak itu.
Baju seragam nombor dua bersama pingat-pingat.
Saya nampak sangat hebat.
Saya boleh dengar suara mak kesayangan kita berkata.
"Baliklah, nak. Semuanya dimaafkan."
Nombor satu.
- Apa? - Baju seragam nombor satu di istana.
Ya, betul. Itulah maksud saya.
Saya sebijak itu, awak takkan tahu perbezaannya.
Ya, sebab awak jahil.
Jadi saya pergi ke rumahnya.
Kotej kecil yang cantik hasil ihsan Paus, sudah semestinya.
Kotak bunga di tingkap
laman yang sempurna
pagar pokok renek yang kemas dipotong.
Saya ketuk pintu dan dia ada di sana.
Bersih, kulit merah jambu dan berkilat.
Nampak sangat tua.
Saya ingat dia sebagai lelaki besar yang kuat.
Tapi dia cuma
orang tua kurus dengan perut buncit.
Saya terkejut melihat betapa kecilnya dia.
Saya kata, "Paderi Rippon, bukan?"
Saya sedang mengutip derma untuk Persatuan Veteran.
"Boleh saya masuk sekejap?"
Saya boleh nampak yang dia kagum.
"Masuklah, anak muda.
Awak dialu-alukan, nak. Jemputlah masuk."
Dia nampak teruja dan tak duduk diam.
Air dijerang, pinggan mangkuk tembikar, biskut, semuanya.
"Awak nak secawan, bukan?"
Kami duduk.
Kami duduk di ruang tamunya yang kemas
berbual tentang itu dan ini.
Saya tanya, "Ini kawasan kariah awak, bukan, paderi?"
Dia jawab, "Saya tak ada kariah tetap.
Saya dah nak bersara."
Saya kata, "Tentu sukar selepas bertahun-tahun berkhidmat."
Kami bercakap tentang
keadaan sekarang
remaja yang sukar dikawal dan tak takut Tuhan.
Dia tanya saya, "Adakah awak orang yang beriman?"
Saya jawab, "Iman amat kuat dalam keluarga kami, paderi."
Dia kata, "Sudah tentu, saya paling rindu bekerja dengan orang muda."
Saya hampir tersedak biskut krim kastard yang saya makan.
Apa pun, perbualan mula menjadi sunyi.
Dia kata, "Maafkan saya, koperal.
Mungkin awak mahu sesuatu yang lebih kuat."
Saya pandang dia lama-lama.
"Awak nak sesuatu yang lebih kuat, paderi?"
No comments yet. Be the first to leave one.